I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sambutan Hari Kekasih

Salam…

Dah masuk pun 14 Februari… tiada peristiwa yang lebih penting daripada sambutan Hari Valentine.. atau hari memperingati kekasih.. Suatu sambutan yang diraikan di seluruh dunia.. Maka, pada hari inilah merupakan waktu penting yang dikatakan sebagai waktu untuk menunjukkan kecintaan seorang kekasih terhadap kekasihnya..

Ada yang meraikan dengan memberikan bunga dan kad.. ada yang gi dating.. jalan2 dsb… Bagi sesetengah pasangan yang agak Islamik, mungkin hari ini disambut dengan diberikan kad2 berisi kata cinta Islamik, sms berisi hadis dan mutiara kata kepada pasangan kekasih..dsb.. Pendek kata, pasangan kekasih (tak kira la Islamik ke, tak Islamik ke) akan memikirkan cara tersendiri untuk meraikan hari ini..

Mungkin ada pasangan yang terasa iri hati melihat pasangan lain yg menerima hadiah, bunga, kad ucapan dsb.. tetapi pasangannya sendiri tak menghantar apa2 pun.. Dah la tak hantar apa2, hantar plak sms bagitau hukum meraikan Valentine’s Day.. haram la.. cerita pasal sejarah kejatuhan Islam la.. walaupun akal dapat menerima, tapi kadang2 hati itu agak terusik..

Seperti mana pasangan yang dating pun bawak adik.. rasa cemburu jelas terpancar pada wajahnya bila melihatkan pasangan lain berjalan berpegangan tangan, berpeluk2an, bercumbuan.. Walaupun akalnya sudah dapat menerima perkara itu merupakan suatu perkara yang dilarang agama, namun hati masih teringinkan untuk melakukan itu semua.. Itu bukanlah sesuatu yang ginjal ganjil.. Sebab manusia itu mempunyai nafsu.. Biarlah serban sebakul, tudung labuh sampai ke lutut sekalipun, namun nafsu itu adalah nafsu yg sama yg ada pada setiap manusia..

Yang menjadi ukuran adalah sejauh mana kita dapat mengawal nafsu tersebut.. nak hilangkan memang tak boleh.. sbb ia adalah fitrah.. Maka, di sinilah iman itu memainkan peranan..

Iman yang kuat seperti para Nabi dan sahabat, bukan setakat dapat menghalang diri mereka daripada menurut segala kehendak songsang sang nafsu, bahkan lebih daripada itu mampu mengubah kehendak nafsu orang di sekitarnya.. Sebab itu, pujangga ada mengatakan bahawa cukuplah dengan memandang wajah ulamak itu dapat mengingatkan kita pada akhirat..

Namun, bagi kita sebagai orang awam.. yang iman pun tak kuat mana.. amal pun banyak kurangnya.. maka bukan setakat kita tak mampu nak ubah keadaan sekeliling dengan akhlak dan amal kita, kadang2 kita pulak yang terikut2 dengan keadaan sekeliling.. sebab orang awam ini imannya adalah mengikut suasana.. Bila berada dalam suasana orang2 yang melakukan amal (spt dalam masjid), maka hati pun rasa tergerak untuk melakukan amalan.. tengok orang baca al-Quran, kita pun terasa nak baca al-Quran.. tengok orang solat sunat, kita pun terasa nak solat sunat..

Sebab itulah, dalam meniti 24 jam sepanjang sambutan Hari Kekasih ini, maka memerlukan kita melakukan pelbagai langkah drastik untuk mengelakkan kita tergelincir daripada landasan yang sepatutnya… Antaranya memperbanyakkan amalan pada hari ini.. kita kena memahami konsep kegelapan dan cahaya.. kita tak mampu nak halau kegelapan itu.. guna la apa pun.. penyapu ke, guna vacuum cleaner ke.. kegelapan tu takkan hilang.. Sebaliknya jika kita membawa cahaya.. walaupun sekadar cahaya lilin.. ia mampu untuk menghilangkan sedikit kegelapan.. apatah lagi kalau kita pasang lampu kalimantang.. maka gelap pun akan hilang..

Begitu juga pada Hari Kekasih yang penuh dengan zulmat (kegelapan) ini.. maka perbanyakkanlah amalan… insyaAllah, dengan amal yang kita lakukan, walaupun mungkin tak dapat mengubah suasana sekeliling (kawan2 yg menyambut Hari Kekasih), namun sekurang2nya kita dapat menyelamatkan diri kita daripada turut sama terjebak dalam amalan gelap ini..

Islam tidak melarang meraikan kekasih.. tetapi ada waktunya.. iaitu selepas akad nikah.. dan tidak tertakluk pada 14 Februari setiap tahun, atau Malam Jumaat setiap minggu sahaja.. Kerana, selepas akad nikah, setiap malam adalah malam Jumaat.. dan setiap hari adalah Hari Kekasih πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Comments

Add a Comment
  1. perenggan terakhir tu part yg paling best heheh πŸ™‚
    yg single mingle, yg mana nafsu tgh membara, susah jugak nak ubah trend ni ustaz — even me masa single2 dulu pun, memang sana sini ramai kwn2 yg ada couple memang kuar tgk wayang, mkn2 etc –me dok melangut kat bilik or paling tidak pegi umah kakak ajer–bkn tak de boyfrend, tp me jenis tak celebrate valentine–syukur alhamdlulillah

    1. betul tu mama.. kalau ketagih sangat nak bagi bunga ke, nak bagi kad ke, bagi la sehari selepas Valentine’s Day ke.. seminggu lepas tu ke.. jangan diberi pada hari 14 Februari tu πŸ˜‰

  2. salam ustazlove,

    sy suker ayat ustazlove yg last sekali tu…:))
    selepas akad nikah,setiap malam adalah malam pertama..( nak2 makan BIdadari) dan setiap hari adalah hari berkasehhh…

    terimakseh info yg bermanfaat..

    1. salam ateh..

      kenapa nak makan bidadari? bidadari tu adalah keistimewaan untuk lelaki kat syurga.. jangan jeles.. hehe (padahal tak tentu lagi masuk syurga ke tak)

  3. salam ustaz.. hari ni ye ‘balentain day’ tu.. emm, saya xperasan pula hari ni.. yela, day yg x important for us sebagai umat islam.. xperlu diingati, x tersemat dalam diari.. tetapi, di luar masih ramai saudara seislam yang ketagih pada hari ini.. menunggu dan merai.. semoga kita semua mendapat hidayah.. amiin..

  4. alhamdulillah, tak pernah menyambut valentine sbb dr sekolah dah diberi pendedahan..lepas kawen, yess betul kata ustaz love..hari2 adalah hari kekasih πŸ˜›

    1. walaupun Ustaz Love tak berapa suka Valentine, tapi Ustaz Love sangat meminati Valentino Rossi πŸ˜€

  5. amboii,tiap2 malam, malam jumaat,tiap2 hari, hari kekasih..sedap jer bunyi nya..Tu bagi yg pandai menghargai pasangan ler,yg tidak..

    1. biskut kalau dibiarkan terdedah, lama2 akan lemau.. mcm tu la jugak kasih sayang.. kena sentiasa dibaja dan dijaga.. kalau masa bercinta ketiaknya licin, jangan la dah kawin dah mcm tumbuh lalang je.. itu antara perkara2 yg kena diambil berat untuk sentiasa menghangatkan cinta πŸ˜€

  6. salam ustaz…..

    penutup kata πŸ™‚

    ada terbaca statistik anak luar nikah ari tu menyatakan bahawa anak yg lahir ekoran dr sambutan2 spt tahun baru, merdeka, hari kekasih adalah tinggi berbanding hr biasa….

    1. salam qistyna..

      mungkin ada kebenarannya.. sbb hari2 sambutan tu banyak dipenuhi dengan aktiviti yg menjurus ke arah maksiat

  7. patut lerr kat langat ni mlm tadi heboh katanya Jais nak wat operasi,kakjem x perasan plak rupa2nya dah 14hb….(kakjem mmg semenjak dolu2 x de valentine2 ni..jadi mmg x perasan ngan 14hb tu….)
    mengikut fakta kebanyakkan org buang anak tu 9 bulan stelah hari valentine tu…..

  8. jom sama2 kita sarankan pihak berwajib agar menggantikan valentine’s day ni kepada hari berkasih sayang pada setiap 1 Zulhijjah..sebab tarikh tu saidina Ali berkahwin dengan saidatina Fatimah..mudah-mudahan tarikh tu mengingatkan kita dan pasangan (yang dah berkahwin) agar sentiasa mencambahkan benih-benih cinta di hati masing-masing agar perkahwinan kekal bahagia ke akhir hayat..insyaallah

    1. tak perlu kita mencipta tarikh baru untuk memperingati kekasih.. sbb hari berkasih adalah setiap hari… dan tidak tertakluk kepada kasih kepada pasangan saja.. kasih juga kepada ibu bapa, sanak saudara, jiran tetangga, haiwan, alam dsb.. πŸ˜‰

  9. salam ustaz, nak tanya jika seorang muslim tu tak pergi sembahyang jumaat just sbb dia pegi dating then dia sembahyang zohor, jatuh hukum kafir tak? kalau tak pegi sembahyang jumaat 3 kali berturut-turut kafirkan?

    1. salam koknlak..

      meninggalkan solat jumaat dengan sengaja, hukumnya haram dan berdosa (sekalipun dia ganti dengan solat zohor).. dating pun berdosa juga.. jadi 2x dosa..

      tak jatuh kafir, kecuali jika dia beriktikad bahawa solat Jumaat itu tak wajib..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme