I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Pelajar Agama Gelap Masa Depan

Salam…

Ustaz Love nak menyambung lagi berkenaan karguzari (laporan usaha agama) daripada kontraktor karkun tersebut.. Kali ni, beliau bercerita tentang anak2nya.. beberapa orang anak beliau telah menjadi huffaz al-Quran (penghafal al-Quran).. Dan beliau memberitahu, ada seorang hamba Allah mengatakan kepada beliau.. yang dia kesiankan beliau sbb anak2 takde sorang pun yang berjaya..

Hamba Allah itu menilaikan kejayaan itu dengan perkara dunia.. Kalau menggenggam segulung ijazah, maka itulah kejayaan.. kalau kerja best, itulah kejayaan.. rumah besar, kereta besar, isteri besar.. itulah kejayaan.. Sedangkan Allah sendiri berfirman dalam al-Quran :

“Sesiapa yang diselamatkan daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah berjaya”

Dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud :

“Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah berjaya dengan kejayaan yang agung”

Bermaknya, definisi kejayaan bagi orang Islam adalah, bagaimana kehidupannya dipenuhi dengan amal agama mengikut sunnah Nabi s.a.w… dan di akhirat nanti, dia dimasukkan ke dalam syurga.. itulah sebenarnya maksud kejayaan yang kekal..

Berapa banyak orang yg berjaya menggenggam segulung ijazah, kerja yg baik, isteri yg cantik, rumah yg besar.. tetapi kosong dengan amalan agama.. Ustaz Love beberapa kali berhadapan dgn situasi orang yang terpelajar (cendekiawan) tapi menangis2 jumpa Ustaz Love sebab tak mampu nak baca al-Quran.. ini bukan “kau tipu2 aku lagi”, tapi memang kejadian sebenar..

Lalu Ustaz Love memberitahu kontraktor tadi, suatu kisah masa Ustaz Love belajar dulu… Ada seorang Maulana (muda lagi.. rasanya masa tu sama umur dgn Ustaz Love).. tapi hafiz al-Quran, pakar nahwu dan saraf (tatabahasa Arab), pakar hadis (mempunyai silsilah sanad), pakar ilmu usul dll cabang ilmu Islam.. Keilmuannya terserlah dengan padatnya isi ceramah beliau dengan ilmu (bukan borak2 kosong pasal isu semasa.. yg tu, pakcik kat kedai kopi pun pakar).. Namun, kita selalu melihat kejayaan org, dan terlupa dengan segala jerih perih sebelum beliau berjaya..

Masa kecik2 lagi (tak silap dlm umur 7 tahun) biasanya anak2 dihantar ke sekolah rendah.. tetapi Maulana ni dihantar oleh ayahnya (seorang Ustaz di sekolah) ke Pakistan untuk menghafaz al-Quran dan seterusnya menyambung ke pengajian alim.. Satu kampung mengutuk tindakan ayahnya yang kononnya menggelapkan masa depan anaknya.. Tetapi sang ayah sabar (ayahnya seorang Ustaz yg kelakar.. suka mengusik)..

Hinggalah tiba anaknya tamat pengajian (dalam umur belasan tahun) dan menjadi imam tarawih, imam masjid, tenaga pengajar di maahad tahfiz, kuliah di masjid2 dsb.. maka orang kampung pun sudah terbuka mata hatinya.. Maka ramailah mak ayah yang merisik Maulana muda itu untuk dijodohkan dengan anaknya.. padahal, dulu diorg jugak yg kata ‘budak’ itu takde masa depan..

Janganlah kita berfikiran seperti mana fikiran komunisme.. yg menganggap agama itu candu kepada masyarakat.. agama adalah penawar kepada manusia yang dah mabuk candu dunia ni.. sehingga dah tak dapat nak bezakan mana satu yg halal, mana satu yg haram.. dan mana satu yg halam (syubhah)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
  1. perspektif masyarakat..

    Sudah pun difirmankan Allah, Dunia hanya senda gurau dan permainan..

    Maka, pilihan di akal kita..

    Ye ustaz?.. salam..hehe

  2. sbb negara kita pernah dijajah berabad lamanya–so pemikiran dan mentaliti lah nampak bidang agama tu mcm tak de future–walhal nya bukan begitu realitinya

  3. untung sungguh ibubapa yg mempunyai anak2 yg hafiz,alhamdulillah 3 org anak sedara kakjem pun skrg ni sdang menuntut di sek tahfiz,insyaAllah 1 hari nnti kakjem pun akan hantar anak2 kakjem sama juga….cuma skrg ni kakjem x mampu nak b’pisah ngan anak2..almaklumlah anaknya 2 org je…klau smua dah p tinggal lerr kakjem terkontang kanting(almaklumlah suami keje p pagi bliknya dah malam)…

    1. alaa.. apa susahnya kakjem.. suh je suami tu carikan ‘kawan’ (madu) untuk kakjem.. ada gak teman nak borak2 di kala kesunyian πŸ˜€

      1. wah2x…..sesuka hati je….kakjem lebih rela kesunyian drpd makan hati…..kejammmnya ustaz soh cam tu……(x mau…..)

        1. itu bukan kejam la kakjem.. itu sekadar cadangan yg bernas drp Ustaz Love je.. harap dipertimbangkan.. hehe πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme