Salam…
Ustaz Love buat masa ni masih lagi dalam mode berdebar2… sebab esok Ustaz Love bakal membuat satu tindakan yang drastik yang bakal melibatkan masa depan dan kehidupan Ustaz Love.. bunyinya macam besar.. tapi memang besar…
Tahun 2004, Ustaz Love telah membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja (kerja tetap) di sebuah tempat… Ustaz Love dapat offer untuk menyambung pelajaran ke Yaman… Memandangkan Yaman merupakan sebuah negara yang menggunakan 100% Bahasa Arab, jadi Ustaz Love beranggapan bahawa ianya dapat memantapkan lagi penguasaan Bahasa Arab Ustaz Love..
Sayangnya perancangan Ustaz Love tak selancar yang diharapkan… Ustaz Love gagal untuk pergi ke sana… sebab kekangan kewangan.. itu antara perkara yg Ustaz Love terlepas pandang… Mungkin sebab terlalu mengambil mudah.. Tambahan bila dijanjikan bahawa perbelanjaan akan di sponsor… Akhirnya janji tinggal janji.. Ustaz Love menggigit gusi..
Kalau tak, mungkin sekarang ni Ustaz Love berblogging guna Bahasa Arab.. cewahh… melampau2 plak imaginasinya..
Apa pun, Ustaz Love berdoa dan berharap.. agar keputusan drastik kali ini akan membuahkan hasil yang baik.. Sebab Ustaz Love berniat baik.. jadi, Ustaz Love berdoa semoga Allah memandang niat baik Ustaz Love.. walaupun seluruh makhluk memandang Ustaz Love seumpama memandang lembu berterbangan…
Doakan semoga Ustaz Love selamat dan berjaya.. π

salam..hahha..lembu berterbangan? semoga selamat dan berjaya ^^..hehe..aja aja fighting !
salam gurl..
hehe.. macih.. insyaAllah, aminn π
tak kisah la lembu terbang atau tak janji ada hala tujunya kan Ustaz.. semoga berjaya insya-Allah ameen!
betul3x.. macih ahyad.. insyaAllah, aminn.. π
knapa harus lembu terbang?
apa2 pun, gud luck ustaz ^^
lembu terbang itu cuma kiasan je.. hehe π
terima kasih caliph.. insyaAllah, amin
moga dipermudahkan segala cita2 dan usaha..Amiin
insyaAllah.. aminn π
semoga berjaya ustaz,semoga dipermudahkan urusan.amin
insyaAllah, aminn
semoga dipermudahkan jalan menuntut ilmu dan setia menyebarkan da’wahNYA..
terima kasih ibnuDDIn… insyaAllah, aminn π
kputusan kali ni tu apa ke bendanya?kongsi2 jugak lerr ngan kiteorg……huhuhu…cam suspen je….
apa2 pun solat istikharah jgn lupa ustaz sbb itulah kputusan yg tersgt…berhasil, sesungguhnya Allah sgt mengetahui segala sesuatu .Maka dgn petunjuk-Nya bolehlah ustaz membuat keputusan sama ada nak diteruskan atau dibatalkan ….
terima kasih kak jem atas nasihat tu.. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba amalkan π
tungguuu π
GOOD LUCK USTAZ LOVE…SEMOGA SELAMAT…
terima kasih faizal.. insyaAllah, aminn π
salam..
nak sambung belajar lagi ke?
alhamdulillah..semoga berjaya
salam bro zul..
insyaAllah, nnt Ustaz Love revealkan.. terima kasih atas doa bro zul.. semoga Allah kabulkan π
semoga dipermudahkan Allah segala urusan Ustaz
terima kasih Mama.. insyaAllah, aminn.. π