I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kepala Dan Punggung

Salam…

Semalam Ustaz Love tak dapat nak tido sangat.. Mata terkelip2 je.. teringatkan ular kapak yang berlingkar pagi semalam.. tetiba je terbayang ular ada atas perut la (mcm ada sorang blogger cerita pengalaman beliau kat komen entry ular tu).. Jadi hari ni badan pun tak berapa sihat.. mata pun kuyu dan layu…

Ustaz Love solat Jumaat kat area Selangor.. rupanya kat Selangor boleh baca khutbah tanpa teks.. tak pasti la sama ada org tertentu je yg boleh baca tanpa teks.. khatib pun dah tersilap baca selawat Ibrahimiah (selawat yg selalu kita baca masa tahiyyat akhir).. mungkin tak perasan sbb tak tengok teks.. tapi isi khutbah memang best..kiranya ada gak la pro dan kontra baca khutbah dengan teks atau tanpa teks ni..

Entry ni dibuat pada 11.58 pm dan dijangka siap keesokannya (pkl 12 ++).. bermakna, 4hb takde satu pun entry.. takpe la.. bukannya selalu.. cuma jangan dibiasakan.. nanti jadi kebiasaan..

Sebenarnya entry Ustaz Love kali ni ada perkaitan dgn adat dan adab sesuatu bangsa.. Percaya tak kalau Ustaz Love bagitau yang kebanyakan orang Melayu memang akan marah dan bengang kalau kepalanya dipermainkan? Umpamanya diketuk2 ke.. ditepuk dari belakang ke.. Terus keluar perkataan “ko ingat aku tak bayar fitrah ke?”..

Ustaz Love rasa, ianya ada kaitan dengan cukai kepala yg pernah dipopularkan pada zaman dulu2.. Maksud sebenarnya bukanlah cukai kepada kepala.. sbb takkan kepala je, kaki tangan, perut dll tak nak cukaikan gak ke? Maksudnya cukai itu dikira ikut kepala.. mcm bufet yg kita makan kat hotel2 tu la.. kira kepala.. satu kepala RM8 contohnya..

Jadi tak relevan sebenarnya kepala tu dikaitkan dengan zakat fitrah.. Cuma ianya sudah menjadi adat orang Melayu.. jangan main kepala.. nak sentuh kaki ke, lutut ke, siku ke.. itu ok lagi.. tapi bukan kepala.. sbb kepala dianggap sebagai maruah.. org selalu dibuli biasanya dengan cara diketuk2 kepala.. dgn tujuan untuk merendahkan maruahnya..

Namun, bagi org2 arab pula, tepuk la kepala beliau.. beliau tak kisah.. sbb pegang kepala tu sebagai satu tanda penghormatan.. tapi jangan berani2 nak tepuk punggung.. nanti kena karate skali kang.. sbb menepuk punggung itu dianggap sesuatu yang menjatuhkan maruah..

Lain padang lain belalang.. lain jenis inspektor angkasa, lain jenis belalang tempurnya πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
    1. Ustaz Love tahu pun daripada Dato’ Daud Che Ngah.. bila ntah dengar ceramah beliau πŸ˜€

  1. owh..sebenarnye tahu ayat :ingat x bayar zakat ftrah ke” lam drama mlayu bru2 ni..hik2 sungguh kwn2 ku bangsa ape sbb x penah gne pon ayt tu haha

  2. inspektor angkasa, belalang tempur.. ni msti ada kaitan dgn gaban, hukk…

    p/s: ustaz.. anak hamster tu ntah gi mana.. x kn ibu dia dh ngap :p

    1. begitulah lebih kurang.. hehe

      anak hamster tu mungkin dah meninggal dunia dan selamat dikebumikan dlm perut ibunya..

    1. kalau usap2 kepala anak yatim, dapat pahala.. tapi kalau tunjal2 kepala, memang berdosa πŸ˜€

  3. x kan ustaz x tau kat slangor ni mmg biasa baca khutbah tanpa teks,kenkdg berdentam dentup khutbahnya ,apa2pun “mantop”…….hihihihi..

    1. Ustaz Love dah lama tak dengar khutbah kat Selangor sejak meninggalkan alam persekolahan berbelas tahun nan lalu πŸ˜‰

  4. hmm..bila sujud kepala kita lagi rendah daripada punggung kan.. bila berdiri balik kepala kita tinggi balik daripada punggung kita..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme