I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kelas Pengajian Al-Quran Di Blog

Salam…

Tadi member Ustaz Love yang jurunikah yang baru bernikah tu (ada Ustaz Love buatkan entry khas untuk beliau) call… sebab esok we olz akan sama2 pergi kursus… Banyak yang diborakkan.. Maklum la, beliau pun bercuti lama.. walaupun Ustaz Love tak dapat menghadiri majlis walimah beliau yang gilang-gemilang itu, tapi tak tergerak nak sms ke, call ke.. takut mengganggu beliau plak nanti..

Khabarnya beliau juga akan menghadiri kursus tarannum selama 2 bulan… Habis kursus nanti, makin sedap la bacaan beliau.. bacaan Ustaz Love ni je yang tak meningkat2.. sama je daripada jaman sekolah dulu..

Ustaz Love dah lama memikirkan perancangan ni.. sebab Ustaz Love mahukan agar sesuatu yang bermanfaat (selain Ustaz Love mengarut dan merapu masa menulis) berada di blog Ustaz Love ni..

Ustaz Love merancang untuk mengadakan kelas bacaan al-Quran dalam blog ni… mungkin akan menggunakan medium video yang Ustaz Love akan upload… sebab Ustaz Love dah lama tak mengajar al-Quran ni.. takut ilmu berkarat…

Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran di blog Ustaz Love ini, takde apa2 syarat dan yuran dikenakan.. cuma datang je ke blog Ustaz Love… dan belajar melalui video yang Ustaz Love akan letakkan..

Bila waktunya akan dimulakan, Ustaz Love belum putuskan lagi.. insyaAllah, mungkin akan bermula lepas Ustaz Love habis kursus… Sekurang2nya, ianya dapat memberi manfaat kepada diri Ustaz Love (dapat mengasah balik ilmu yang dah lama tak praktik) dan juga kepada para pembaca blog Ustaz Love..

Mafhum daripada sebuah hadis “Sebaik2 kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”..

Apa kata survey? πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Comments

Add a Comment
    1. salam ateh..

      terima kasih kerana berminat.. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba mulakan secepat mungkin πŸ˜‰

    1. alhamdulillah.. terima kasih mila.. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba mulakan secepat mungkin πŸ˜‰

    1. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba sedaya mungkin.. sekadar ilmu yg ada pada Ustaz Love.. nak mendalam sangat Ustaz Love pun bukan mahir sangat πŸ˜€

    1. terima kasih kakjem.. Ustaz Love harap ianya dapat menjadi pelaburan akhirat untuk Ustaz Love nanti πŸ˜‰

    1. terima kasih fendi.. insyaAllah, Ustaz Love akan mulakan secepat mungkin.. doakan semoga ianya berjaya dilaksanakan πŸ˜‰

  1. Imam Abdul Wahab al-Sya’rani berkata: Daku mendengar guruku Sayyidi Ali al-Khawwas r.’a berkata:

    “Hukum menyampaikan ilmu kepada manusia dan kepada mereka yang diharap dapat mengamalkan ilmu tersebut adalah fardu ain walaupun penyampai sendiri tidak mengamalkannya.”

    1. salam kakyon..

      buat masa ni, belum bercadang lagi nak buat sidang video (pehh.. dah mcm sidang akhbar plak).. tapi lebih kepada video tutorial.. supaya orang lain yg sibuk bleh belajar bila2 masa je.. akan datang, insyaAllah kemungkinan tu ada πŸ˜‰

    1. Salam bro zul..

      insyaAllah, aminn.. buat masa ni Ustaz Love masih lagi berada dalam mode sibuk.. jadi projek tu akan ditangguhkan buat masa yg singkat πŸ˜‰

    1. Salam mdhafiz..

      Terima kasih.. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba mulakan secepat mungkin πŸ˜‰

      1. bila niat dah ada dah tercatit pahala ,lebih2 lagi klau disempurnakan……hihihihi..share lerr skit pahala tu ngan kakjem….hihiiihi.

        1. bab2 pahala ni, kena individualistik sket.. kalu nak share dosa, memang bila2 Ustaz Love sanggup.. hehe πŸ˜€

  2. assalammualaikum,
    ustaz dah mula kan kelas pengajian al-Quran di blog Ustaz Love?
    blog dgn tajuk apa ?. saya nak ikuti dari yg mula-mula.
    maaf, ustaz, saya terlambat…huhuuu

    1. waalaikumussalam…

      Ustaz Love belum mula apa2 lagi.. masih lagi dalam perancangan.. insyaAllah, bila dah mula nanti, Ustaz Love akan buat pengumuman di blog ni πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme