I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Istikharah Penunjuk Jalan

Salam…

Ustaz Love mengucapkan ribuan terima kasih kepada para blogger yang telah memberikan kata2 semangat dan doa kepada Ustaz Love dalam mengambil suatu keputusan drastik.. Sayangnya, Ustaz Love masih belum membuat apa2 keputusan.. Sebab hari ni, Ustaz Love masih lagi sibuk ke sana sini sehingga terpaksa mengabaikan kerja.. Mujurlah Ustaz Love mempunyai seorang bos yang sangat kesukanan (sporting). Tapi, esok still kena apply cuti.. sbb Ustaz Love keje gomen.. bukan kerja sendiri..

Memang betul.. yang terbaik bak kata kak jem adalah istikharah… kerana apabila kita istikharah, sebenarnya kita telah menyerahkan urusan kita kepada Allah.. dan memohon supaya Allah tunjukkan jalan yang terbaik..

Kadang2 kita takut nak melakukan istikharah, sebab kita tak sanggup nak hadapi keputusan yang Allah tunjukkan pada kita.. Umpamanya kita bercinta dengan seseorang.. dan takut untuk melakukan istikharah kerana ditakuti pilihan kita itu bukanlah seperti yang ditunjukkan oleh Allah..

Ustaz Love teringat satu kisah.. seorang Ustazah merangkap member baik Ustaz Love (walaupun umur beliau jauh tuanya daripada Ustaz Love)… dia pernah bercerita tentang kisah masa lalunya.. bukan la kisah hitam ke, kisah kelabu taik anjing ke.. tapi kisah yang penuh dengan pengajaran.. Boleh amik iktibar daripadanya…

Katanya.. beliau bercinta agak lama dengan seorang lelaki ini (Ustazah pun manusia jugak.. punya hati dan perasaan.. masa tu belum jadi Ustazah lagi).. sehingga sampai ke tahap dah kenal rapat dengan keluarga lelaki itu… Apabila tiba masanya lelaki itu melamar beliau.. dan keluarga beliau pun bersetuju.. Beliau, lagi2 la setujunya.. hehe

Dalam proses pertunangan itu, tak berapa lama lagi nak bernikah.. Beliau telah melakukan istikharah.. memohon agar Allah tunjukkan adakah tunangnya itu merupakan jodoh terbaik buatnya… Tapi, 3x beliau solat istikharah, 3x jugak la ditunjukkan wajah pemuda lain..

Pemuda itu merupakan kenalan beliau… dan sangat meminati beliau.. sehingga frust tertonggek apabila mengetahui beliau telah bertunang dengan lelaki lain…

Akhirnya, Ustazah itu membuat keputusan drastik lagi spastik… Beliau telefon tunangnya dan bagitau nak putuskan pertunangan.. meraunglah sang jejaka (ini ayat tambahan Ustaz Love.. tak pasti plak beliau meraung ke, menangis terisak2 ke.. yg pastinya, mengalir gak la air mata teruna beliau).. Maka beliau dan seluruh keluarga tunangnya itu memujuk supaya tak dibatalkan pernikahan itu.. Sebaliknya, beliau tetap dengan keputusannya..

Ustazah tu telefon jejaka yg muncul dalam mimpinya itu.. dan menyatakan hasrat untuk menyambung kembali apa yg telah terputus (perhubungan).. diriwayatkan oleh adik ipar beliau, bahawa abangnya ketika menerima berita itu telah melompat2 umpama mercun katak lagaknya.. kerana terlalu gembira..

Dipendekkan cerita, mereka pun berkahwin dan beranak pinak.. Ustazah tu pun memang nampak bahagia hidupnya.. sebab berat beliau makin bertambah.. org kata, kalau hati senang, badan pun boleh mengembang…

Itu antara kebaikan orang yang beristikharah.. sebab Allah dah berfirman dalam al-Quran : “Bila kamu telah berazam, maka tawakkal lah kepada Allah”… bila kita dah nekad untuk terima apa saja keputusan hasil istikharah, maka serahkan segala2nya kepada Allah.. kita ikut je lepas tu.. insyaAllah, ada kejayaan..

Kalau istikharah nak tambah isteri, orang kampung Ustaz Love sebut “isterikharah” πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

34 Comments

Add a Comment
  1. part last tu kelakar tp geram gak bila joke2 bab2 poligami heheh

    me pun bdn mengembang ni..memang lah happy, tp kalau gomoks jd tak sihat–so kena kurangkan mkn πŸ™‚

    moga ustaz dpt buat pilihan terbaik..AMiin

    1. org lelaki memang suka joke2 poligami ni.. walaupun tak berapa nak berani.. hehe..

      terima kasih mama.. insyaAllah, aminn πŸ˜‰

  2. betul tu ustaz..tp xsemua istikharah natijahnya berbentuk mimpi.. kdg2 hati terarah kepada sesuatu yg lain yg mungkin lebih baik~

    ingat pesan Tuhan: perhaps perkara yg kamu benci itu adalah yg baik buat kamu..dan kemungkinan juga perkara yg kamu syg itu adalah yg buruk buat kamu..

    Subhanallah..indah tersirat kalimat Tuhan..

    cikgu zass~!!

    1. betul2.. Ustaz Love cuma ceritakan cara Ustazah tu dapat petunjuk iaitu melalui mimpi πŸ˜‰

    1. itulah seperti yg Ustaz Love bgtau dalam entry.. itu tandanya kita lebih memilih untuk mengikut nafsu daripada petunjuk πŸ˜‰

    1. salam UL.. kalau lah dapat UL beritahu etika nak berhenti kerja mcam mane? sy tak faham yang notis tu. kalau 24 notis boleh ke?

      -maaf terkeluar tajuk sekejap-

  3. DOA SESUDAH ISTIKHARAH BUAT USTAZLOVE…

    Ya Allah sesungguhnya aku meminta petunjuk yg baik dr Mu.Aku minta dr Mu dr kelebihan yg banyak.Maka sesungguhnya Engkau berkuasa,aku tidak berkuasa.Engkau mengetahui,bahkan Engkau sgt mengetahui segala yg ghaib.
    Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa perkara yg drastik yg akan dilakukan oleh ustazlove itu baik utknya pd agamanya,pd dunianya dan baik kesudahan urusannya,maka tntukanlah ia & permudahkan ia dan berkatilah ia.
    Tetapi jika Engkau mengetahui bhwa perkara itu tidak baik utk agamanya dan dunianya serta kesudahan urusannya,maka jauhkan ia dr ustazlove dan jauhkanlah ustazlove drnya.
    Tentukan kebaikan utk ustazlove dimana sahaja ustazlove berada kemudian redhailah dia….aminnnnyarobbalalamin…

  4. betul kata ustaz love..kadang2 kita takut utk terima keputusan yang Allah tentukan utk kita…tapi jika kita yakin, insya-Allah, Dialah Penentu dan Dia tahu apa yang terbaik utk kita…

    1. betul tu cik atika.. kadang2 kita bukan meminta, malah seolah2 mengarahkan plak supaya Allah buat itu dan ini untuk kita.. adab sebagai hamba itu langsung tak dijaga.. tapi lagi teruk kalau merasakan diri lebih hebat daripada Tuhan.. πŸ˜‰

  5. assalamualaikum.. ustaz boleh tak bagitau bagaimana cara untuk solat istikharah dengan terperinci.. sebab banyak sangat cara sampai saya sendiri tak tau nak ikut mana satu..

    1. waalaikumussalam hunny..

      kalau Ustaz Love bagitau caranya secara terperinci, mungkin akan makin bertambah cara sehingga memeningkan kepala hunny.. buat je mana yang termampu… solat 2 rakaat niat solat istikharah… bacalah apa2 ayat yang ingat.. dan doalah apa2 doa yang nak diminta supaya ditunjukkan pilihan.. permudahkan, jangan menyusahkan πŸ˜‰

  6. salam uztaz..betul tu solat istikharah adalah jalan terakhir bila kite menemui jalan buntu..banyak kali saye menghadapi menda yg sama..walaupon pahit…hidup kena diteruskan:)

    1. salam harisa..

      solat istikharah tak patut dijadikan jalan terakhir untuk kita membuat keputusan.. sepatutnya, istikharah kita kena jadikan jalan pertama bagi kita membuat keputusan.. bukan semata2 bila kita dah buntu atau tak jumpa jalan keluar.. πŸ˜‰

  7. Salam. Ada sedikit kemusykilan tentang keputusan Ustazah itu. Begini: Istikharah adalah untuk perkara harus. Jika seseorang sedang bertunang, yang paling tepat mengikut syarak adalah meneruskan perkahwinan dengan tunang itu? Kecuali ada perkara2 yang mewajarkan utk memutuskan pertunangan (contoh:diketahui ada sisi tak baik pada tunangan dll).
    Sekadar mimpi melihat wajah lelaki lain,tanpa mengetahui ilmu takwil mimpi, tambahan pula hanya 3x istikharah, adakah wajar itu dijadikan faktor memutuskan pertunangan?
    Tambahan pula telah bercinta lama dengan tunangannya, & tarikh kahwin juga dekat. Memutuskan pertunangan hanya kerana sebab itu, akan membawa implikasi negatif yang besar kepada tunangannya & keluarganya. Adakah ini harus, atau haram hukumnya?
    Sepatutnya istikharah dilakukan sebelum buat keputusan bertunang? Setelah ikat pertunangan, maka sepatutnya berazam & bertawakal meneruskan perkahwinan?

    1. Saya juga musykil seperti yang di nyatakan oleh shah. Harap mendapat penjelasan berkenaan kemusykilan ini. Terima kasih

  8. asalam ustaz,say nak bertanye ttg istikharah jugak ni, dalam kes cerita ni,ustaz ade katakan ppuan ni nampak kenalan ye,,tpi dalam kes saya, orang yang saya bakal bertunang ni dalam istikarah nye ,dia nampak laki laen yang tak pernah dia kenal pun..camne tu ustaz…

    1. Macam yg Ustaz Love selalu nyatakan, petunjuk istikharah ni bukan semestinya datang melalui mimpi.. kebanyakannya datang melalui kecenderungan hati..

  9. salam ustaz love, erm adakah kalo kite solat wajib xpenuh tp nak solat istikharah, bole dipercayai k jawapan utk solat istikharah tu nti? saya mcm tersepit plak..satu tu knln sy n satu lg, diperknlkn oleh mak cik sy? adakah sy patut berkwn je dlu atau pilih salah satu? bab pilih itu yg mnyerabutkan sy,..

    1. Kalau saudari sendiri dah tak yakin petunjuk yang diberikan Allah melalui jalan istikharah, maka kenapa nak buat istikharah? Boleh saja saudari nak try and error, tapi nanti sendiri tanggung la.

      Sebaiknya saudari istikharah la sampai perasaan saudari bulat dan tekad untuk memilih. WA

  10. Saya dan bekas kekasih telah buat solat istikharah, saya tak dapat petunjuk dan dia dapat. Tapi dalam mimpinya wanita lain yang muncul. Walaupun saya tahu bukan sayalah wanita dalam mimpinya, saya selalu buat solat hajat agar jodohnya dipertemukan dgn saya, dan jika sebaliknya saya mohon agar Allah relakan hati saya atas ketentuannya. Saya ingin bertanya adakah berdosa sekiranya saya solat hajat untuk berjodoh denganya sedangkan saya tahu bukan saya wanita dalam mimpinya. Adakah saya dianggap sebagai melawan takdir Allah dengan melakukan doa yang seolah2 memaksa Allah untuk menentukan jodoh saya? Tapi ne adalah usaha saya selagi tidak dipertemukan dgn org yg tepat dan dalam masa yg sama saya tetap minta Allah merelakan hati saya sekiranya dia bukan ditakdirkan untuk saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme