I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ibu Derhaka

Salam…

Semalam Ustaz Love leka blogwalking.. sangat semangat lepas trafik naik beribu2 limau.. sampai la mata Ustaz Love tersangkut pada satu blog ni… penulisnya menamakan diri dengan Syaiful Putra (http://ipulstory.blogspot.com).. Ustaz Love tertarik dengan penulisan beliau dalam entry bertajuk “Malin Kundang (Ibunya Durhaka)“..

Baru Ustaz Love tahu rupanya cerita Malin Kundang yang versi drama dan VCD tu sebenarnya versi yg diubahsuai.. Versi yg asal adalah seperti kisah Si Tenggang… Ustaz Love memang minat betul cerita Malin Kundang yang berubah menjadi Maling (pencuri dalam bahasa Indonesia.. Arwah Tompel ada sebut dlm cerita Do Re Mi “Ini bukan darling, ini maling”)

Adakah gambar di atas tu, gambar Malin Kundang yang kecundang? Bukan.. kalau yg gambar batu tu, mungkin.. tapi yg berkopiah itu bukan malin mahupun malingsia.. Itu adalah Ustaz Yusuf Mansur..

Bagi yang telah membaca artikel di blog tersebut, pastinya dah tahu siapa Ustaz Yusuf Mansur ini..

Emangnya (cewahh.. belajar cakap Indonesia jap) memang ada perkaitan antara Malin dan Ustaz Yusuf ini.. bukan pertalian darah, tapi pertalian kisah.. Kisah mereka berdua amat mirip dan sama walaupun tak serupa..

Malin dan Ustaz Yusuf ini memang merupakan harapan keluarga.. Malin merantau mencari harta… tetapi, bila dia kembali dia melupakan ibunya (cuba ingat2 balik cerita Si Tenggang lakonan Tan Sri Jeans Shamsuddin) dan tidak mengaku ibunya.. serta menderhaka… dengan jarak masa yg tak lama, ibunya menyumpah beliau menjadi batu (kalau sumpah jadi rumah pun ok masa tu, takyah hidup melarat lg)..

Manakala Ustaz Yusuf juga asalnya seorang anak derhaka.. Beliau menjadi penipu ketika dewasa dan gagal dalam perniagaan.. lalu melakukan beberapa bisnes haram, menimbulkan masalah sehingga 2 kali dimasukkan ke dalam penjara..

Tetapi Ustaz Yusuf tidak disumpah menjadi batu… atau disumpah menjadi penyu.. beliau bahkan telah mendapat hidayah dan bertaubat atas dosa2 lalu.. dan beliau juga menjadi tenaga pengajar di Pesantren Penghafal Al-Quran PPPA Daarul Quran..

Mungkin kisah Malin Kundang mahupun Si Tenggang itu satu kisah dongeng (kerana tiada catatan sejarah yg boleh dipercayai), namun kisah Ustaz Yusuf adalah kisah benar.. bahkan beliau telah menulis sendiri kisah itu dalam novelnya “Mencari Tuhan Yang Hilang”.. dan beliau juga aktif dalam web WisataHati Online

Tapi, apakah pengajaran daripada kedua kisah ini?

Pengajaran utama yg selalu kita dapat adalah iktibar tentang kesudahan anak derhaka.. tetapi yg lebih utama sebenarnya adalah iktibar bagaimana untuk menjadi ibu yang tak derhaka…

Ibu si Tanggang / Malin Kundang.. bila tidak diakui sebagai ibu oleh anaknya, maka dalam masa yg singkat terus beliau mengecop di dahi Malin sebagai anak derhaka.. dan terus menyumpah2…

Manakala ibu kepada Ustaz Yusuf Mansur ini, walaupun bertahun2 menahan penderitaan akibat perbuatan anaknya yg jahat ketika itu, namun doa tak putus2 keluar daripada mulut sang ibu… Akhirnya, asbab kesabaran dan istiqamah sang ibu, Allah telah mengubah hati Ustaz Yusuf Mansur daripada jahat, menjadi terbaik (bukan takat baik tahap biasa je.. mcm tahap org tua yg masa muda, joli sakan.. bila dah tua, gi masjid).. bahkan menjadi seorang alim pula…

Itulah bezanya antara dua orang ibu.. seorang yg cepat berputus asa.. seorang lagi yang tak pernah putus asa daripada rahmat Allah.. akhirnya, bukan setakat ibunya selamat, anaknya juga berjaya.. berbanding ibu si Tanggang.. anaknya mati keras, ibunya pun takde la jadi kaya pun lepas tu…

“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah”..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Comments

Add a Comment
  1. Subhanallah…tibe2 tingat citer..*x ingat nama tabiin tuh* yang nak kuar gi mencari ilmu, tapi ibu nya x bagi berdoa kat Allah pulangkan anak dia..Akhirnya Allah pulangkan tanpa mata tgan dan kaki..huhu

    1. Cerita ni memang femes masa Ustaz Love sekolah dulu.. cuma tak pasti kesahihannya disandarkan pada tabi’en tu.. InsyaAllah, nnt Ustaz Love cuba carikan… tapi iktibarnya memang mencucuk perasaan πŸ˜‰

  2. salam ustaz..
    lama tk singgah sini.sbb kebizian tahap melampau
    best n3 ni..dlm ustaz melawak..terselit pengajaran.seorang ibu kena bnyak bersabar dan bermuhasabah diri banyak2.klau anak nakal..jangan terus salahkan anak..salahkan diri dulu di mana kekurangan nya. πŸ™‚

    1. salam kakyon…

      bizinya kakyon.. mcm mak datin plak.. hehe..

      Muhasabah diri tak sampai ke tahap menyalahkan diri sendiri.. Kita cuma melihat dan menilai.. lalu, melakukan perubahan kat mana2 yg patut.. Sebab, kalau kita selalu menyalahkan diri, ditakuti suatu masa nnt kita akan mula salahkan Tuhan.. keinsafan itu lebih penting daripada menujukan salah kepada sesiapa.. sbb yg baik dan yg buruk itu datangnya daripada Allah

    1. Ustaz Yusuf ni orang Indonesia.. sebelah mana Ustaz Love pun tak pasti.. mungkin bleh siasat kat website beliau wisatahati.com..

      Ustaz Love plak orang Malaysia.. hehe πŸ˜€

  3. salam ustaz.. pendapat peribadi saya pula, apabila kita terusan melihat kekurangan diri kita, maka kekurangan pada orang lain akan dapat dimaafkan. dengan itu, mungkin (ibu maling/tanggang) tidak akan menyumpah anaknya begitu sekali..

    apa2 situasi kita pun, sesama siapa pun, kita perlu terapkan sikap ini.

    saya hanya berpendapat begitu.. πŸ™‚

    1. salam mariah…

      melihat kekurangan diri itu adalah salah satu proses muhasabah.. tetapi menyalahkan diri itu lebih kepada sikap seorang yg berputus asa.. πŸ˜‰

    1. insyaAllah, aminn..

      tak kira la ibu bapa itu masih hidup atau telah meninggal dunia, ada kaedah untuk membalas jasa πŸ˜‰

  4. first time dengar cite pasal ustaz yusuf, alhamdulillah beliau mendapat petunjuk allah..tapi ustaz boleh tak saya nak tahu, macam mana pulak bagi ibu yang mendoakan perkara yg tidak baik utk anaknya kerana berkecil hati anaknya tidak berkahwin dgn pilihannya lalu memutuskan silaturrahim antara anaknya dgn ayah dan adik2nya..berdosakah si ibu tu?terima kasih

    1. sbb tu kena belajar2 kawal mulut.. sbb kerana pulut santan binasa.. kerana mulut, pulut binasa πŸ˜€

  5. askum ustaz..

    sy sedang cr2 tntng anak drhaka bl sy trjmp post ustaz tntng ibu derhaka ni. sy nk luahkan mslh sy cz sy xth cmner cr tuk tnykan soalan pd ustaz.sy ni blh la dkategorikan sbgi anak prmpuan y jns degil orngnyer n brckp lantang.mslh sy ni bermula pd pkrn sy cz mlt sy y trlalu lntang dlm berckp n meluahkan sesuatu.
    Buat pngthuan ustaz, fmly adik brdk ayah sy telah brgdh dsebabkan prbutan harta y sdkt n hasad dngki.emak saudara sy tlh menfitnah mak n ayah sy dgn sgla tohmahan n hngga kini hbgn antra fmly mak ayah sdre n fmly kami tlh trputus lbh 5 thn.ayah amik kptsn utk tdk pnjgkn hal harta dgn anggapan harta hnyalah godaan. ayah sy ni dl trlalu mghormati atok n nenek sy hnggkn mak sy y dbenci oleh mereka ttpi ayah ttp mmprthnkn fmly ayah n sy sbgi anak rs sedih bl mak sy kn mrh n sy pon mmperthnkan mak sy tp sikap sy tu hnya mngundang mrh ayah sy.ye, sy memg lantang brckp hal y sy x suka tp dgn cr bersopan tp xdtrima ayah krn sikap lantang sy tu..ayah sy ni mmpunyai sikap y hnya orang tua y btl n sy srngkli dmarahi cz prthnkn hal y sy btl.
    mak sy pulak jns xleyh trima kslhn dr sndri.cth, sy slalu mngur mak sy agar x berpikiran buruk tntg orng lain dgn cr y elok n ingtan sy xnk mak sy mkin brtmbh prasangka buruk pd orng lain n hal bgni pon buatkan sy slalu dmrahi..n pnh sy mnolak twrn kerja cz mak sy skt tenat n semua klngkpn mak sy uruskan tp runtuhnya hati sy bl hr ke 2 mak sy sht sdkt, mak sy tlh menengking sy dhdpn orng lain hnya bl sy brtnyakan soalan y ringkas.malah sy sering dtengking bl mak sy serabut wlaupun sy hnya brtnyakan dmanakah kicap y mak bl.sy tmpuh hal ni dr kecil smp la bl skrg dh hbs dgree.kesan dr slalu dmarahi n dipersalahkan ni mmg mmbuatkan sy jd pemarah orangnyer..sy jg slalu dpersalahkan atas kslpn orang lain cnth dpersalahkan cz ayah sy y mmbuka tngkp dlm blk dmlm hr n trlupa menutupnya n sgla hal y berlaku dlm rumah.thp mrh mak sy ni smpi thp kt sy anak drhka bl sy mmbela diri n sumpah seranah mmg sinonim dgn mak sy.
    kdg2 bl trlmbt buat kerja rumah pon mak sy akan ungkit mcm sy ni xpnh wat keje rumah.even dmn n asthma sklipun sy akan wt keje cz bosankan leteran mak sy y xpnh nk brsyukur smpikan pnh sy pening dlm toilet n trgelincir smpikan pth gg..n sy xbgth pon hal tu cz mak n ayah sy hnya th ckp sy ni xthn lasak xmcm zmn doramg dl2 y elektrik n api pn xde lg n xmaju lg..
    n kdg2 bl kwn mak sy dtg rumah pon dia akan ckp sy ni pemalas dpn y lain.sy xth pe lg y sy kn wt hngga mak sy xckp sy ni pmls..ms mak sy skt dl, lbh dr 3 bln sy wt keje rumah n even sapu lntai pon mak sy xwat tp smp mcm 2 skli lynn mak pd sy.bl sy ckp hal ni pd ayah sy, ayah ckp tu mak sy n sy hnya kn ikut biarpun sy ni srsuka hati dgelar anak derhaka n binatang bl mak sy mrh2.slh kew bl sy tnggikan suara tuk prthnkn hak sy n hal sy y btl? mcm mn tuk sy hdpi semua hal ni lg? skrg ni dh 2 hr sy xtnya khbr o ckp gn mak cz sy xnk soalan n kt2 sy pd mak wt sy jd lbh kurang ajar.sy buntulah ustaz.

  6. anak sulung lelaki saya berumur 11 thn, sejak akhir2 ni agak payah nak di tegur dan cepat melenting, terkadang meninggikan suara dgn saya walaupun saya berlembut dgn beliau. mungkin dia rasakan dia sudah besar agaknya. apakah saya patut tegur perlakuannya dan memukulnya sebagai peringatan?,mohon pendapat dan pandangan ustaz

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme