Kenapa Kebanyakan Penggemar Nasi Lemak Berbadan Besar??

Anda Memang Layak Untuk Mendapatkan Kereta Percuma!!

Kisah Cinta 20 Sen Yang Sangat Mengujakan!!

We Serve No Pork

Salam…

Best rasanya hati ini bila dapat guna laptop sendiri…  bak kata pepatah “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. lebih baik hujan emas di negeri sendiri”..

Ini kerana Ustaz Love dapat la meletakkan gambar kat entry… sbb kat laptop Ustaz Love ada banyak gambar dan ada photoshop… Bleh edit gambar sesuka hati.. dan bleh meletak watermark kat gambar tu..

Mukaddimah ni takde kaitan dgn tajuk entry.. dan takde kaitan gak dgn Syiah… tiba2 terasa nak muntah bila sebut2 Syiah ni (agaknya sbb banyak sangat entry pasal diorg.. hehe)..

Ustaz Love serba salah sebenarnya nak menulis entry ni.. takde kena mengena dengan nuffnang.. tapi ada kena mengena dengan iklannya.. sbb jika ada yg menerima nasihat Ustaz Love ini, kemungkinan restoran tu akan kekurangan pelanggan khususnya pelanggan Islam..

Tapi, penerangan dan penjelasan itu lebih patut diutamakan.. Ustaz Love cuma bagi kesedaran, soal nak ikut atau tak.. itu terpulang pada individu masing2..

Kedapatan blogger2 Melayu beragama Islam mempromosikan restoran yang diiklankan dalam nuffnang.. mungkin tak menyedari.. bahawa iklan2 itu kadang2 menjurus kepada perkara2 syubhah (meragukan)..

Kalimah cinta “we serve no pork” atau “pork free” biasanya ada kat restoran cina jenis kopitiam.. contohnya macam kat old town kopitiam (sekarang tak pasti diorang masih guna lagi ke tak) dan beberapa jenis restoran kopitiam..

Apa beza “halal” dan “pork free”? Adakah jika tiada penyediaan makanan berasaskan babi itu, maka boleh makan di situ dgn yakin tanpa was2?

Inilah isu sebenar.. kadang2 non-muslim tak berapa faham konsep halal.. mungkin bleh rujuk entry ni untuk lebih jelas http://ustazlove.com/blog/2010/06/halal-atau-halam/

Walaupun tiada babi (pork free), tapi makanan lain yg jenis daging (ayam ke, lembu ke – stik) tetap memerlukan pengesahan halal JAKIM.. sbb diragui bagaimana cara penyembelihannya, dan cara memasaknya…

Jadi, Ustaz Love tak cadangkan kepada sesiapa yg nak makan di restoran yg ada tag “pork free” atau “we serve no pork” ni… sebab babi itu haram zatnya, tetapi isu halal itu masih lagi merangkumi banyak perkara.. bukan semata2 babi saja..

Sekian.. no heart feeling okeh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. saya setuju
    sebab saya penah jumpa restoran cina
    even tulis ‘we serve no pork’
    dari segi penyediaan bahan2 sehinggalah ke perkakasan yg diguna utk masak rata2 di ragui status halalnya

    kan baik makan kedai melayu saja x pun masak sendiri^^

    1. kadang2 org malas nak masuk kedai melayu ni sbb servis lembap.. cashier pun muka masam.. waiter pun lambat.. susunan kedai pun tak teratur.. sbb tu org lebih suka makan kat restoran moden (mcm kopitiam cina yg guna logo halal walaupun bukan yg dikeluarkan oleh JAKIM) atau restoran mamak :D

    1. kalau makan dgn family, better masak.. save bajet.. tapi kalau makan sorang2 atau berdua (blom ada anak), kos masak sendiri lg banyak dibandingkan dgn makan kat luar.. apapun, kena pandai pilih tempat makanan yg sesuai.. ;)

  2. ustaz..if kedai seafood plak cmne?seafodd kn xpayah sembelih2..so if dia tulih pork free..consider halal??

    1. kedai seafood pun sama juga.. sbb kadang2 kita tak tahu cara dia masak seafood tu.. guna arak ke.. spt yg berlaku pada TGI Fridays yg memerap daging dengan arak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site


Active Search Resultswidgets,  tips, tutorials and SEO[Valid RSS]