I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ustaz Kena Ikhlas

Salam…

Ustaz Love baru lepas keluar cari makan… Sbb ingat nak makan ringan je malam ni.. mulut terasa nak makan durian, tapi sayangnya berpusing2 mencari, tapi takde pun orang jual durian.. agaknya dah pupus penjual durian buat malam ni.. pergi kat Jusco pun macik yg jaga part buah2 tu kata bukan musim..

Agak keciwa, maka hati ini dipujuk.. makan nasik lagi kenyang… tapi best gak kalau makan nasik ada tempoyak.. tempoyak pun durian gak… tapi mana nak cari tempoyak malam2 ni?

Kali ni Ustaz Love nak cerita kisah member Ustaz Love.. jangan pelik ye.. asyik2 member Ustaz Love.. bilanya nak cerita pasal diri Ustaz Love? Tunggu la tahun depan.. Ustaz Love cerita pasal diri siap dgn gambar mulut muncung lagi.. hehe

Lama dah perborakan Ustaz Love dgn member ni dilakukan.. tahun lepas lagi rasanya… Tapi sebelum ni tak teringat plak nak cerita..

Kisahnya bila member Ustaz Love ni (yg juga merupakan seorang jurunikah) pergi nak nikahkan satu pasangan ni… Bab nikah ni, memang member Ustaz Love akan datang ikut masa yg tepat.. kalu kata pukul 10 pagi, pukul 10 la beliau sampai.. tapi kadang2 terpaksa plak menunggu pengantin yg tak sampai2..

Dah selesai akad nikah, maka member ni pun nak balik dah… tapi tuan rumah salam kosong je.. aikk? Takkan bleh salam tekan nadi, tapi kosong je?

Member Ustaz Love tu bukan la bercerita sebab nak mengungkit.. saje je borak2 sampai termasuk bab tu…

Kalau ikutkan kat wilayah ni, bayaran untuk jurunikah telah ditetapkan iaitu RM80.. dan saksi RM10.. kiranya jurunikah termasuk 2 orang saksi, kena bayar RM100 la..

Tapi takde la member Ustaz Love mintak.. cuma paham2 je la.. time tu dah la time cuti.. nak datang pun jauh.. dengan minyak lagi.. dgn tol lagi.. dgn masa lagi..

Agaknya bapa pengantin tu ingat Ustaz2 ni kena ikhlas je la kalau tiba bab agama.. padahal yg menikah tu anaknya, bukan Ustaz2 tu..

Bila timbul isu2 duit ni, kerapkali para Ustaz2 yang mengajar ke, yg bagi kuliah ke.. dipandang sebagai materialistik.. sedangkan yg tukang kutuk itu tak tanya kat diri sendiri.. berapa punya ikhlas dirinya nak nilai2 keikhlasan org..

Andaikan dgn bacaan al-Quran boleh membeli beras, maka mungkin takde masalah para Ustaz ni nak sara diri dan keluarga.. pergi je kedai.. “tokey.. mintak beras 10 kilo.. saya bayar dengan bacaan al-Fatihah 10 kali”.. ada ke yg nak terima?

Sebab itu, sebelum kita menilai keikhlasan org (terutama org yg mengajar agama kepada kita), nilaikan dulu keikhlasan diri kita.. kita jemput org untuk mengimarahkan majlis kita (kuliah agama ke, nikah kawin ke), tapi kita terlupa masa dan tenaga serta perjalanan yg ditempuh olehnya, semata2 nak menerima jemputan kita..

Itu belum lagi masuk bab ilmu yg kita dapat.. para Ustaz yg mengajar tu bukan spontan je mengajar kat masjid (mcm siri Raja Lawak yg buat lawak spontan tu).. kena mutolaah (ulangkaji).. kena fikirkan cara penyampaian yg sesuai dgn audience.. kuliah plak sejam.. dgn suara sampai serak2.. lepas tu kena jadi imam lagi.. tengok dalam sampul ada RM10..

Siapa yg tak ikhlas sebenarnya… yg menerima ataupun yg memberi? πŸ˜‰

Ustaz Fauzan yang menjadi pembaca doa di setiap majlis prebiu mendapat saguhati RM10ribu

credit : www.budiey.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
    1. org yg suka membuat penilaian terhadap org alim ni kebanyakannya takde la alim mana pun.. semangat je lebih πŸ˜€

  1. i like this entry!! memang sgt betul apa yg ustaz ckp ni..me tak paham dgn golongan2 yg sgt kedekut bab2 nak byr ustaz or imam or yg sewaktu dgnnya–kalau byr artis, ribu raban pun tak berkira…dunia akhir zaman kan..

    1. betul tu mama.. ada org kata, tak adil membandingkan Ustaz dgn artis.. sbb artis dibayar berdasarkan populariti.. tapi bagi Ustaz Love, Ustaz ke, artis ke.. dua2 makan nasik.. jadi, dua2 perlukan duit..

      kalau Ustaz sibuk bekerja (berniaga pasar malam ke, buat MLM ke, keje petrol pump ke), sape yg nak mengajar masyarakat ttg ilmu agama? sanggup ke org2 yg banyak duit ini masuk U 3 4 tahun nak belajar agama?

      Jadi, jangan berkira sangat soal agama.. πŸ˜‰

    1. ikhlas ni bukan urusan kita.. kita cuma mampu berusaha, Allah jua yg menentukan sama ada kita ikhlas atau tak.. ianya umpama semut hitam, di atas batu yg hitam, pakai spek hitam.. di malam yg gelap gelita πŸ˜‰

  2. salam ustaz Love.. itula, bila berkaitan keagamaan, seperti para penceramah, semua kena ikhlas, xperlu beri la, mcm2 la..

    tapi bila berkaitan dunia, seperti artis ke, jenguk muka pun dah bayar beribu, ikhlas beri pada artis katanya..

    perbandingan yg biasa namun sedih dengan persepsi yang begini..

    p/s:kerana ayah saya juga penceramah bebas.. (“-)

  3. wasalam….umah den ad tempoyak….ehehe…byk..tp,xthu nk bg pd spe2..alang2 ustaz cri,umah den ado..^_^…erm,klau durian tu,btl ls kata mkcik yg jaga tu,mmg kna ikut musim..sbb,umh=ah den byk pokok durian,..klau durian tumbuh pn,mcm musim..ehehe..

  4. umah den byk tempoyak…usaz nk ker?klau nk,den blh bg…sbb,ari tu musim durian..umah byk durian gugur,alang2 ank2 ma xmkn,mak bt tempoyak.haah..haha…

    1. owh.. sayangnya siapa2 yg tak suka makan durian.. hilang satu nikmat dunia.. kihkih.. boleh2.. rejeki jangan ditolak πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme