I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Update Imam Muda Qaryah (IMQ)

Salam…

Ustaz Love dapat makluman bahawa Program Imam Muda Qaryah (IMQ) akan bermula awal bulan Februari… Tarikh yang spesifik belum lagi diberitahu.. Yg confirmnya cuma bulan Februari..

Dan ada maklumat terkini (tapi Ustaz Love pun belum pasti kesahihannya.. cuma khabar2 ribut kuat bertiup) mengatakan bahawa setiap peserta yang menyertainya dan menghadiri kelas tanpa ponteng (kelas akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad… 2 kali je sebulan selama 6 bulan), maka akan mendapat RM1k berserta sijil penyertaan..

Kiranya walaupun tak menang, dapat gak la habuan..

Tapi bagi Ustaz Love, habuan tu setakat untuk menaikkan semangat je.. yg lebih penting adalah ilmu yang bakal diperolehi dalam kelas2 teori dan amali sepanjang program tu berlangsung.. Para peserta akan diajar segala yg berkaitan dgn keimaman (bukan imamah Syiah tu okeh.. tapi segala yg berkaitan dgn tugas2 Imam).. Mana nak dapat ilmu free2 mcm tu? Ustaz Love dulu pun belajar kena bayar beribu2.. ini, belajar free… dapat plak ganjaran RM1k..

Tapi sayangnya tak ramai yg berminat nak mengikutinya.. Ustaz Love pun tak pasti kat mana silapnya.. Sebab masa audition Program Imam Muda Astro dulu, Ustaz Love ada gak la pergi tengok peserta2 peringkat awal.. punya la ramai.. siap ada yg berjubah berserban lagi (padahal peserta peringkat akhir Imam Muda tu pun pakai songkok, pakai blazer je)…

Mungkin sebab Program Astro tu ada masuk dlm TV.. fofular la sikit.. sedangkan IMQ ni takde masuk TV..

Apapun, itu pandangan peribadi Ustaz Love je.. Ustaz Love sendiri tak bleh nak masuk sbb Ustaz Love kerja dgn jabatan… dan tarikh tutup pun dah lepas (20 Januari).. jadi, sama2 la kita tunggu apa keputusannya.. Pemenang dah tentu2 dapat RM20k.. tapi tak tahu le sama ada ditugaskan kat masjid ke tak.. Sebab tak ramai yg sanggup nak jadi pegawai masjid ni… πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
  1. Nak tanye ustaz love, info dari mana setiap peserta dpt RM1K? Sy pun selalu mengikuti perkembangan IMQ.. Sabtu 11/03/2011 ada seminar kat dewan muktamar… Mohon penjelasan mengenai RM1K

    1. itu info tak rasmi.. kan dah Ustaz Love nyatakan di atas “Dan ada maklumat terkini (tapi Ustaz Love pun belum pasti kesahihannya.. cuma khabar2 ribut kuat bertiup)“.. jadi ianya belum pasti.. cuma ada maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai.. untuk kepastian, kena tunggu pengumuman terkini dulu..

      rasanya 12/03 tu bukan majlis pelancaran IMQ.. apa pun, kena tunggu esok sama ada ianya betul2 akan dilancarkan atau tak dilancarkan πŸ˜‰

  2. Untuk makluman ustaz love 12/03/2011 Majlis Perasmian ditunda ada tarikh yg akan diberitahu kelak.. jd pada tarikh ni kita tukar kepada program kendiri iaitu Seminar Pemahaman Kekeluargaan Islam di Dewan Muktamar jam 8.00 pg – 1.00 tgh.. Harap Maklum..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme