I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tips Mencegah Kehilangan Di Masjid

Salam…

Masih lagi berkisar isu masjid.. bila dah masuk satu2 bab tu, ada je idea yang melintas… terutama bila ada komen2 membina daripada blogger2 yang mencetuskan idea dalam kepala otak Ustaz Love ini..

Isu masjid yang paling common (cewahh) adalah isu kehilangan.. tak kira la kehilangan kasut ke, kehilangan beg ke, kehilangan tabung masjid ke, kehilangan motor ke.. pendek kata semua jenis kehilangan la..

Ustaz Love nak berkongsi tips sket bagi mencegah kehilangan ini..

Ustaz Love pernah kehilangan kasut yang baru dibeli 2 hari kat masjid di ibu kota.. Member Ustaz Love (seorang imam muda) kehilangan motor selepas solat Jumaat.. jemaah wanita selalu kehilangan beg tangan masa solat tarawih.. tabung masjid dilarikan orang dsb.. Ini isu biasa berlaku di masjid..

Ustaz Love pernah berborak dengan seorang orang tua berjanggut merah di Masjid Seri Petaling (tak silap namanya Bai Khalid).. orangnya memang nampak garang dengan janggut lebat berwarna merah (perang kemerahan).. siap bawak rotan lagi… ada nametag lagi.. dah rupa mcm guru disiplin plak.. hehe..

Beliau mengulas (cewahh.. mcm laporan akhbar je) tentang kejadian kehilangan barang yg sering melanda para jemaah yg iktikaf di masjid tersebut.. Katanya, kita kena faham.. tak semua orang yang datang bertujuan untuk iktikaf.. ada yg datang dgn tujuan nak berniaga (biasa lepas bacaan kita selepas solat Isyak, ada bazar jualan kat belah bawah luar kawasan masjid), ada yang datang sbb takde tempat tinggal (kira nak tumpang tido), ada yg datang nak curi selipar, barang2 dsb.. Macam2 ada..

Jadi, menjadi tanggungjawab para jemaah untuk menjaga sendiri barang2.. takkan barang2 sendiri hilang, imam plak yg dipersalahkan.. ye tak? Ada la sekali seorang Arab menjerit2 dalam masjid sbb beg dia dilarikan orang.. serba salah pak imam dibuatnya..

Jadi, berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar org berpengalaman, Ustaz Love perturunkan serba sedikit petua / tips mencegah kehilangan ni..

1. Jangan pakai kasut ke masjid.. apatah lagi kasut yg mahal2.. pakai selipar jepun dah le.. memang la kita nak ke masjid nak solat (seolah2 mcm nak jumpa Tuhan), tapi kita tak bawak kasut tu masuk masjid.. Apatah lagi solat dengan memakai kasut..

2. Kalau memang kita memakai kasut dan singgah untuk bersolat di masjid, cuba cari kot2 ada perkhidmatan menyimpan kasut.. kalau kat masjid India, ikhlas je nak bagi berapa kat tukang jaga kasut tu.. tapi kalau kat Masjid Jamek Bandaraya, kena bayar RM1.. tapi diletakkan dalam rak berkunci.. insyaAllah selamat..

3. Kalau takde tempat simpan kasut, maka cuba cara ni.. sorokkan sebelah kasut kat tempat tersorok sket.. yg sebelah lagi, sorokkan kat tempat yg jauh sket daripada yg sebelah tadi.. biasanya pencuri kasut takkan curi kasut sebelah je.. kecuali yg memang hampagas..

4. Kalau pakai selipar mahal plak, bleh cuba cara manggakan selipar tu kat rak kasut (mangga berantai).. insyaAllah, jangan kata nak curi, nak dekat pun orang malas.. nak tengok pun org menyampah.. selipar Tat Seng pun nak dimanggakan..

5. Barang2 mcm beg ke, beg tangan ke, handset ke.. jangan diletak di belakang.. letak kat depan saf pertama.. sbb kepantasan tangan mereka untuk menghilangkan barang2 tu sangat menakjubkan.. kadang2, kita letak sebelah je pun, bangun sujud pertama ada lagi.. bangun sujud ke 2 dah hilang..

6. Jangan amik mudah walaupun parking motor dalam kawasan masjid.. sediakan segala mak nenek mangga untuk dikunci di motor.. dan kena selalu set dlm kepala, tongkat je motor, terus cabut kunci.. tak guna gak kunci banyak2, kalau kunci tu sendiri tertinggal kat motor..

7. Bagi kereta2 plak, jangan parking jauh sangat daripada masjid.. memang banyak kes kereta kena pecah waktu org tgh solat Jumaat.. yg penting, jangan tinggalkan barang berharga walaupun duit syiling.. kalau terpaksa simpan laptop dalam kereta, pastikan bateri laptop tu dicabut dulu.. sbb pencuri laptop biasanya ada detector (pengesan) yg boleh mengesan kehadiran laptop dalam kereta.. walaupun kita sorok sebegitu rupa..

8. Bagi pentadbir dan AJK masjid, tabung masjid jangan dilubangkan besar2 sangat.. cukup2 besar syiling 50 sen je.. sbb kalu nak masuk duit kertas, bleh lipat2.. Ini kerana, kalau lubang tu besar, budak2 biasa memancing duit.. letak chewing gum kat lidi, pastu tarik duit dlm tabung..

Cukup la dulu buat masa ni.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
  1. Lucu pulak part yg ‘biasanya pencuri kasut takkan curi kasut sebelah je.. kecuali yg memang hampagas..’
    Kelakar la ustaz ni.

    Tips mencegah kehilangan yg berguna drp ustaz love.
    Apa2 pun, mencegah lebih baik drp merawat.

  2. Salam Ya Ustaz. Artikel peringatan yang disampaikan dengan santai, tetapi mampu dilekat terus dalam kepala ni.. (‘ ‘ , ) Alhamdulillah.. Syukran..

    1. Salam ya mariah..

      Lebih penting daripada itu, sampai2kan la kepada yg lain.. sbb cara nak mengingati sesuatu ilmu itu adalah dengan mengamalkan dan menyampaikan πŸ˜‰

  3. salam ustzlove…

    sape tak kenal ustazlove…kalau n3 beliau tak diselitkan unsur2 lucu memang tak sah…hihi

    mohon jasa baik dan penerangan dari ustaz…
    jika terbersin ketika solat…..bolih kah kite ucap alhamdulilah….contoh: ketika membaca al-fatihah di pertengahan ??
    kalau bolih ustazlove komen kat n3 baru saya okehh..D))

    Mekaseh.

    1. jangan kata takde… sbb kadang2 org yg dah dicuri kasutnya itu, akan memakai selipar buruk yg ada di sekitar dgn sangkaan selipar tu takde tuan punya πŸ˜€

  4. hahaha.. saya teringat zaman saya kecik dulu.. pegi masjid mengaji.. lepas mengaji main kejar2.. ada sorg kawan saya, memang jenis gatal tangan, punya la tak bermoral dia tuh, boleh kata tiap2 kali dia ada, mesti jadi kes selipar sebelah ada, sebelah takde.. bukan dia curi, saje je dia menyakat orang tua.. dia g sorok kat belakang masjid, kat bawah pasu dan sebagainya.. haish.. budak2.. hahahaha

    1. gitu la budak2.. kadang2 diorg pun main2 tu menyusahkan para jemaah.. sebab tu anak2 ni kena dikawal oleh ibu bapa.. kalau rasa tak mampu nak kawal, tinggal je kat rumah.. sbb tok siak ke, pak bilal ke bukan dibayar gaji utk menjaga anak2 kita kat masjid πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme