I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tips Dan Info Solat Jumaat

Salam…

Hari ni hari Jumaat.. Penghulu segala hari.. Bagi sesiapa yg jarang solat berjemaah, hari ni satu waktu solat wajib kena berjemaah.. Kalau tak berdosa..

Ada sorang brader tu bagitau, yg dia solat Jumaat sebulan sekali je.. kadang2 2 kali.. sbb dia dok ingat solat Jumaat ni sunat.. kalau tak solat Jumaat 3x berturut2, baru berdosa.. Sedangkan yg sebetulnya, solat Jumaat ni adalah fardhu (wajib).. meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja walaupun sekali adalah haram dan berdosa.. kalau meninggalkannya 3x berturut2 dikira sebagai seorang yg fasiq (berterusan dalam melakukan dosa)

Sempena hari Jumaat ni, Ustaz Love nak berkongsi beberapa info Jumaat berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Ustaz Love..

– Imam dan bilal di masjid Wilayah Persekutuan akan memakai jubah putih di dalam dan menyarungkan jubah hitam di luar.. Juga memakai kopiah merah berlilit kain putih serta memakai stoking berwarna hitam.. Itu merupakan pakaian rasmi Imam dan bilal semasa hari Jumaat.

– Khatib dan Imam serta Bilal yang bertugas adalah mengikut jadual.. jadi, jika ada masjid yg bacaan khutbah dan imamnya sedap pada minggu ni, belum tentu lagi sedap pada minggu depan..

– Teks khutbah Jumaat untuk masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah seragam. Ia disediakan oleh JAWI dan disediakan dalam bentuk buku yg mengandungi teks khutbah untuk sebulan.. Jadi, pergi la masjid mana2 pun kat KL ni, teks bacaan khutbah adalah sama.

– Kebanyakan masjid di KL ada skrin projektor.. Ia bertujuan untuk memancarkan khutbah multimedia iaitu powerpoint slide berkenaan isi khutbah.

– Teks khutbah dan multimedia boleh di download di laman web JAWI.. takyah susah2 nak jumpa imam bawak pendrive ke nak copy slide..

– Kebiasaannya, khutbah daripada JAWI adalah pendek.. sekitar 10 ke 15 minit je.. kalau panjang tahap gaban, ada kemungkinan khatib buat penambahan pada teks khutbah.

– Teks khutbah di Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan (Jalan Duta), Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi) dan Masjid Putra (Putrajaya) disediakan oleh JAKIM.

– Masjid Jamek Bandaraya mengadakan tazkirah Jumaat sebelum masuk waktu.. biasanya pukul 12.00 pm dah start.. dan penceramah pula adalah yg top2 spt Dato’ Daud Che Ngah dll.

– Buah pisang adalah buah yg paling digemari sebelum solat Jumaat.. tak pasti plak ada tak masjid yg org sedekah buah epal ke, anggur ke..

– Imam dan Bilal akan berhenti rehat (makan) selepas mengira duit kutipan Jumaat. Jadi, jika ada urusan dgn Imam, maka pendekkanlah.. sbb jemaah masjid biasanya makan sebelum Jumaat.. kesian kat pegawai masjid yg makan lambat..

–  Saf depan yg diletakkan sejadah khas adalah untuk imam bertugas dan imam2 tak bertugas.. jangan duduk atas sejadah belakang imam.. sebab kalau imam yg bertugas terbatal solat, maka yg di belakang itu yg akan menggantikan imam yg terbatal itu.. ada bran?

– Untuk mengelakkan mata mengantuk, pakukan mata di skrin untuk melihat khutbah multimedia.. jangan memilih untuk tido.. kerana anda mungkin berdengkur dan mengganggu tumpuan jemaah lain.. silap2 nnt dengkuran anda boleh di download di youtube..

– Jangan bermain sms semasa khatib berkhutbah.. ianya sama seperti larangan berkata2.. illah (sebab) larangan itu adalah mendatangkan gangguan.. kita suh org lain diam pun, mengganggu jemaah lain yg tgh dengar khutbah.. main sms pun mengganggu tumpuan jemaah di sebelah gak..

– Bila datang ke masjid awal, penuhkan saf2 hadapan dan ruang2 kosong.. sbb ramai lagi jemaah yg nak masuk.. terutama bagi yg solat di Masjid Jamek Bandaraya mahupun Masjid India..

– Jangan bawak kasut masuk sekali dalam masjid.. “sayangkan anak, tangan2kan.. sayangkan isteri, tinggal2kan.. sayangkan kasut, tanggal2kan”. Sila baca tips mengelakkan kehilangan kasut di sini..

– Jika nak solat sunat selepas Jumaat, sila jangan solat depan pintu.. menyusahkan jemaah nak keluar.

– Waktu keluar rehat bagi penjawat awam lebih awal daripada biasa.. 12.30 kalu tak silap.. dan masuk balik pukul 2.30 /2.45.. tapi biasanya 3.30 baru nampak muka.. 😀

Setakat itu dulu.. ada masa, Ustaz Love sambung kat entry lain 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
    1. hehe.. kalau nak suruh org ramai tengok, baik suruh ben ashaari buat review.. nescaya ramai yg akan tengok dan reply.. Ustaz Love ni follower tak banyak mana.. banyak yg touch n go je.. lepas follow, terus hilang..

      insyaAllah, nnt Ustaz Love buatkan review.. tapi jgn terlalu mengharap ramai yg baca.. yg pastinya, Ustaz Love yakin Mama Zharfan, atehqshe dan beberapa org yg rajin komen kat entry Ustaz Love, akan membacanya 😉

    1. hehe.. yg balik lambat tu kekadang org pempuan yg tak solat jumaat.. sbb terkandas kat tempat shopping 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme