I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tandas Masjid

Salam…

Kehangatan AJL 25 masih lagi terasa… kat mana2 je org sibuk berbicara tentang kekalahan Yuna di tangan Anna Raffali… kat blog, kat kedai kopi.. hatta kat beranda masjid sekalipun orang bercerita… apa yg berlaku biarkan berlalu… takde keuntungan pun yg kita dapat… bleh sakit jantung lagi ada la (sbb simpan geram.. hehe)

Ustaz Love yakin, bagi yang biasa singgah ke masjid (tak kira la untuk solat ke, untuk melepas ke) akan biasa menggunakan tandas masjid (apa punya ayat daa.. dah namanya melepas, mesti la kat toilet kan? kihkih)… Antara isu utama masjid (selain kasut hilang lepas solat Jumaat) adalah isu kebersihan tandas masjid..

Kalau kita pergi ke masjid2 kampung, kebiasaannya tandas masjid adalah bersih… Bersih bukan la sebab ramai cleaner yg tolong bersihkan, tapi sebab jemaah pun tak berapa kerat je yang guna. Jadi, kita tolak dulu bab masjid2 kampung ni.. (jangan silap faham.. istilah masjid kampung bukanlah nak merendah2kan institusi masjid, tapi dah memang masjid tu ada dlm kawasan kampung)..

Berbeza dengan masjid2 di bandar, selagi masjid tu tak tutup pagar (biasanya lepas Isyak), selagi tu la ada je orang datang.. Nak solat, nak iktikaf, nak tido, nak berehat dsb… Dan mereka2 ini juga la yg menjadi pengguna setia tandas masjid untuk tujuan qadha hajat, mandi dsb (ada gak yg advance membasuh kat situ)..

Bila dah ramai orang guna, cepat la kotornya.. baru je 10 minit tadi Noja bersihkan, sekejap je dah kotor… Lepas tu masuk plak dlm paper kata tandas masjid kotor.. Ini menjadi dilema bagi masjid2 bandar…

Itu belum lagi masuk kes vandalisme… Kadang2, sambil2 kita melepas, siap boleh membaca dialog2 yg ditulis kat pintu tandas.. bersambung2 drp org berlainan.. sampai boleh jadi satu cerita… ada gak yg letak no phone untuk mendajalkan org (kononnya itu no bohsia la, janda gersang la)..

Tandas tersumbat satu hal lagi… apa keras sangat ke najis tu sampai bleh buat tandas tersumbat?

Sebenarnya, benda2 ni banyak melibatkan golongan penagih dan peragut… Kadang2, barang yg diorg isap tu dibuang dlm lubang jamban… ataupun wallet yg diorg seluk ke, ragut ke.. pun dibuang dlm lubang jamban.. mana la tak tersumbat kawan tu…

Jadi, Ustaz Love ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyeru kita bersama2 membanteras benda ni… kalau kita tak mampu nak cegah org, kita cegah diri kita daripada mengambil bahagian dalam perkara2 mcm ni.. kena ingat sket, kalau kita pecahkan pintu rumah org pun dah berdosa.. bagaimana plak dosanya memecahkan pintu tandas masjid…

Dan juga jangan terlalu menyalahkan pegawai masjid dgn dakwaan mereka tak buat kerja la, makan gaji buta la… Sbb kita tak berada di tempat mereka… Alangkah baiknya kalau kita berganding bahu dgn para pegawai masjid untuk sama2 memastikan kebersihan masjid.. Sbb tanggungjawab menjaga rumah Allah ini tanggungjawab bersama… bukan hak individu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. me sgt setuju dgn apa yg ustaz tulis–kebykan toilet masjid adalah kotor–sbb kebykan org yg guna pun bersifat lps tgn..sungguh tak selari dgn ajaran islam..

    1. bab kebersihan ni mmg susah bagi negara yg mempunyai rakyat yg mentalnya dari golongan kelas ke-3.. dan masalah kebersihan juga yg selalu menjadi fitnah kepada agama, padahal Islam sangat menekankan kebersihan sbg salah satu bahagian drp iman..

      nak cerita panjang tu tak lalu.. hehe πŸ˜€

      1. masalahnya org kelas ke-3 tu x baca blog ustaz..cam mana diorg nak tau….(yg bukak blog ustaz ni smuanya org kelas -1)hehehhehe

        1. kita pun tak pasti apa kelasnya.. yg pastinya, kalau org yg membaca blog Ustaz Love ni daripada golongan minda kelas pertama, maka sampai2kan la pada golongan yg tak membacanya.. mungkin mereka lebih memahami berbanding yg baca blog Ustaz Love ni (sama spt wasiat Nabi s.a.w… sampaikan.. mungkin yg disampaikan berita itu lebih memahami drp yg mendengar drp Nabi s.a.w. itu sendiri) πŸ˜‰

          1. hehehe…baca cite mmg senyum sdri sy ustaz…tp btl jgk kta ustaz 2…kta perlu b’kejasama..:)

  2. Ustaz, saya sangat setuju dengan artikel ni..saya selalu travel ke utara n pantai timur n paling menyedihkan bila singgah di masjid, tandas yg ade x dijaga walhal masjid sepatutnya menjadi tempat contoh.. n disebabkan itu sy lebih prefer solat di tmpat RnR atau petronas yg mana tandasnye lebih bersih..

    harapnye rakyat malaysia ni dapat la lebih prihatin n kte same2 jaga kebersihan tandas

    1. kita kena faham… RnR dan Petronas atau mana2 tandas di stesen minyak, sentiasa ada org menjaganya… kiranya ada yg akan mencucinya tak kira masa (cuba tgk kat RnR.. kadang2 kita tgh melepas dlm toilet pun, dia boleh sembur air bawah pintu..

      Tapi, kat masjid tak ramai pegawai… kalau ada pun, biasanya pagi2 tu diorg dah bersihkan.. pastu petang sekali lagi.. dan di antaranya itu, mungkin tandas tu kembali kotor disebabkan ramai org yg guna.. Kadang2 dah letak signboard jangan bawak masuk kasut pun, kita hentam masuk sekali dgn kasut.. padahal kat depan pintu tandas tu dah ada terompah.. tak guna, sebab malas nak bukak kasut..

      Sebab itu masjid ni kita kena sama2 jaga.. jangan harapkan pegawai masjid je (tambah2 pegawai masjid ramai yg dah tua2.. tak larat).. kalau nampak sampah, tolong la kutip.. bukan kita plak yg jadi tukang penyumbang sampah tu πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme