Salam…
Seperti yang dijanjikan, Ustaz Love meluangkan sedikit masa untuk membuat satu entry khas sepertimana permintaan emancloud :
“Salam ustaz. boleh x bace entri ni http://bilatergigithalia.com/2011/01/05/tudung-shawl-menyakitkan-mata-fatin-liyana-irine-nadia-m-diketuk/
lepastu ustaz buat satu entri khas. walaupun eman boleh pikir logik style tudung ape semua tuh. tapi eman nak satu entri khas dari ustaz. klu boleh ustaz drop komen ye nanti?”
maaf la.. Ustaz Love takde gambar gadis yg pakai shawl..hehe
Ustaz Love pun tak tahu nak mulakan dari mana… cuma mungkin Ustaz Love boleh cuba untuk menjelaskan serba sedikit dari sudut hukum.. Apa jua pakaian, hendaklah menutup aurat dengan sempurna… Tak kira lelaki ke, pempuan ke… Kalau pempuan pakai seluar ketat hingga menampakkan susuk punggung, hukumnya adalah haram.. begitu juga lelaki kalau pakai seluar ketat.. Jadi, jangan ingat kalau pakai tight sampai lutut (masa main bola ke), itu dah tutup aurat sempurna dah..
Dan aurat juga banyak bahagian.. bukan setakat rambut (bagi wanita) atau kepala lutut (bagi lelaki) je… tapi meliputi apa yg digariskan oleh syariat.. iaitu bagi wanita, seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.. manakala bagi lelaki, auratnya daripada pusat hingga lutut… termasuk yg berada di belakang pusat dan juga belakang pelipat lutut..
Itu dari sudut hukumnya… Namun, banyak lagi faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum kita menjatuhkan hukuman pada seseorang itu sebagai berdosa, fasiq, munafiq, hipokrit dsb…
Adalah tidak adil sekiranya kita membandingkan seorang yang baru belajar2 nak pakai tudung, dengan wanita Arab Saudi yg memakai tudung dan berpurdah (niqab) atau memakai burqa (menutup seluruh badan termasuk mata..kat bahagian mata tu ada jaring untuk melihat)… Juga tidak adil membandingkan seorang artis yang bertudung dengan seorang ustazah lepasan al-Azhar…
Hukum itu jelas.. tiada pertikaian di situ.. cuma dari sudut amali, maka banyak perkara dilonggarkan agar tidak menyebabkan seorang yang baru2 nak berjinak dengan amalan agama ni, terus meninggalkan amalan tersebut…
Bagi seseorang yang memang ada kesedaran beragama dan berpegang teguh pada agama, maka hendaklah dia menutup aurat dengan sempurna. Bagi yang belum ada kesedaran, tapi memakainya disebabkan untuk nampak cantik, nampak bergaya dsb, maka pakailah sekadar kemampuannya.. Ini adalah lebih baik daripada langsung tak pakai tudung…
Kaedah bertudung juga kita perlu fahami… bukanlah maksud menutup aurat tu adalah memakai tudung bulat ke, tudung bawal ke, tudung periuk ke.. tapi bermaksud menutup.. walau dengan apa bahan sekalipun… kalau org kampung zaman dulu2, kaum wanita menutup kepala dengan kain batik.. Kalau di sebelah Afghan, diorg tutup dengan kain labuh… kadang2 terbuka, kadang2 tertutup.. berbeza dengan tudung yg dipakai oleh orang Melayu Malaysia, siap ada pin2 bagai… Jadi, kaedah pemakaian mahupun jenis tudung itu sendiri bukanlah menjadi persoalan… Asalkan menutup aurat, jalan je..
Berkenaan dengan tudung shawl ni plak, sama juga dengan tudung2 lain… yg pentingnya menutup aurat.. itu yg utama.. bila dah istiqamah bertudung, maka boleh la nak fikir pasal labuh, kemudian pasal warna dsb.
Kalau takde keinginan nak menutup aurat, dan digalakkan dgn fesyen2 yg nampak cantik, ranggi dsb.. maka tiada salahnya menggunakan alasan itu dulu… Umpama seorang budak yang malas belajar.. dijanjikan dengan hadiah2 kalau lulus periksa, maka tak jadi masalah.. sbb bukan tahap budak2 tu lagi nak fikir soal ikhlas ke, apa ke.. sbb keinginan nak belajar pun beliau takde..
Jadi, pandangan Ustaz Love takde la liberal… hukum menutup aurat tu wajib… tapi, kalau sesiapa yang dgn bertudung fesyen ini menjadikan beliau istiqamah bertudung, maka teruskan la… Sampai ke satu tahap, kita pergi ke tahap labuh plak.. pastu ke tahap warna yg tak menarik perhatian plak.. Bak kata Mydin “Naik tangga jangan berlari nanti jatuh”…
Kalau kehidupan dunia, kita nak semakin maju (daripada naik bas, nak naik motor.. pastu nak beli kereta.. pastu nak beli bas), maka dalam beragama pun kita kena ada keinginan sebegitu… Kalau dulu pakai tudung bawal, maka naik la tahap sikit pakai tudung jaws ke, tudung paus ke… Kalau dulu, solat berjemaah cuma seminggu sekali, naikkan la tahap sikit.. seminggu dua kali ke.. hinggalah akhirnya mencapai matlamat tertinggi iaitu solat berjemaah setiap waktu…
Panjangnya Ustaz Love menulis… tak pasti la menjawab soalan ke tak.. hehe
WA





![Validate my RSS feed [Valid RSS]](http://ustazlove.com/blog/wp-content/uploads/2012/04/valid-rss-rogers.png)
32C
06/01/2011 at 10:27 pm
sangat suka dengan tulisan ustaz nih.
lagi baik pakai tudung macam adik kat atas tu.
selamat. tak yah susah pikir. ^_^
Ustaz Love
06/01/2011 at 10:56 pm
itu bukan adik lorr.. itu anak.. kihkih
Princess MOMOY
17/03/2011 at 3:36 pm
comelnya anak ustaz
momoy baru nak mula pakai tudung tapi bila mula pakai selendang
ada saja kutukan
ada niat nak pakai tudung tapi tak nak pakai tudung tapi baju ketat2
hmm… macam mana nih
Ustaz Love
18/03/2011 at 12:23 am
anak Ustaz Love memang comel.. ikut muka Ustaz Love.. hehe..
niat nak pakai tudung tu pun dah berpahala.. insyaAllah, bila dah mula pakai tudung nanti, niat plak kerana Allah.. insyaAllah dapat 2 pahala..
jangan pedulikan kutukan orang.. tapi serap balik kutukan tu dan keluarkan dalam bentuk keazaman kita untuk terus memperbaiki dari semasa ke semasa.. Gunakan kekuatan lawan untuk lawan balik.. mcm dalam cerita Kungfu Panda
emancloud
06/01/2011 at 10:41 pm
wah salam ustaz.. boleh lah tu.. =) dorang kene bace elok2. =) thx nak update pasl ni.
Ustaz Love
06/01/2011 at 10:55 pm
salam eman…
ok… macihh
emancloud
06/01/2011 at 10:54 pm
http://bilatergigithalia.com/2011/01/06/jawab-ustazlove-isu-shawl-yg-diketengahkan-lensarosak-kpd-blogger-femes/ siap. pasni ramailah trjah blog Ustaz
Ustaz Love
06/01/2011 at 11:00 pm
owh.. pantasnyaa… macihh
emancloud
06/01/2011 at 11:06 pm
same. ustaz terbaek wok haha dah due soalan eman Ustaz jawab tengs.
Ustaz Love
06/01/2011 at 11:12 pm
sama2… Ustaz Love jawab mana yg Ustaz Love tahu je
Jawab UstazLove Isu Shawl yg diketengahkan LENSAROSAK kpd Blogger FEMES. :
06/01/2011 at 10:55 pm
[...] UztazLove.com/isuShawldanaurat. [...]
fiq
06/01/2011 at 11:01 pm
yup2..stuju dgn pndangan ustaz…kira berperingkat2 la…takyah la skali nk pakai tudung,trus labuh bagai tp lama2 rasa jemu..baik mula dari sikit2 tapi istiqamah
Ustaz Love
06/01/2011 at 11:14 pm
setiap org tak sama tahap keimanan dan ketaqwaan… jadi, org yg lebih bertaqwa, hendaklah memakai pakaian sesuai dgn ketaqwaannya… yg kurang plak, janganlah sampai melepasi batas minimum yg ditetapkan syariat
Mama Zharfan
06/01/2011 at 11:03 pm
syukran for this entry
isu yg sentiasa releven..and ramai sgt wanita mcm tak paham apa itu menutup aurat–me remind diri me sendiri jugak
Ustaz Love
06/01/2011 at 11:12 pm
afwan ya mama… harap2 ada la manfaatnya entry ni
caliph
06/01/2011 at 11:31 pm
perkongsian ilmu yg cukup baik ^^
Ustaz Love
06/01/2011 at 11:40 pm
macihh caliph
WanFadhilah
07/01/2011 at 12:19 am
waaahh.. penerangan yang sya rasa sangat jelas.. bagi sapa2 tu, baca2 lah apa yg ustaz love tulis ni.. =)
Ustaz Love
07/01/2011 at 12:20 am
macihh wan
fya
07/01/2011 at 2:38 am
alhamdulillah lega hati saya baca entry ni
ada asasnya..semoga kita semua dpt menilai baik buruk..
wallahualam…
Ustaz Love
07/01/2011 at 11:56 am
terima kasih fya
Amiey
07/01/2011 at 5:03 am
Assalamualaikum ustaz . Walaupun amiey tak bertudung tapi Ins/Allah dah tergerak hati bila ibu sendiri hadiahkan tudung pada hari lahir lepas – paling ibu x suka bertudung (bersanggul) katanya semak macam unta . tapi info ini cukup membuatkan amiey terasa nak memakai tudung kerana Agama bukan berfashion
Ustaz Love
07/01/2011 at 11:53 am
Waalaikumussalam Amiey…
Semua ibadah kita kena lakukan semata2 kerana Allah.. kalau tak, ianya tak dikira sebagai ibadah dan tidak mendapat apa2 ganjaran… Namun, bagi yang masih memerlukan ganjaran dunia untuk melakukan amalan akhirat, maka galakkanlah mereka… dan doakan semoga suatu hari nnt, iman mereka akan menjadi ‘dewasa’ dan melakukan ibadah semata2 kerana Allah… kerana ikhlas itu tidak bermula dengan ikhlas, sebaliknya bermula dengan istiqamah
PinkyLucia
07/01/2011 at 7:46 am
salam ziarah.
jawapan yang baik. saya suka. =)
Ustaz Love
07/01/2011 at 11:50 am
salam Pinky… macihh
Anonymous
07/01/2011 at 8:04 am
Setuju sangat dengan pandangan ustaz..
Comelnya anak uztaz… : )
Ustaz Love
07/01/2011 at 11:50 am
macihh kak anon.. hehe
Anonymous
07/01/2011 at 8:19 am
setuju sangat dengan tulisan ustaz. mengingatkan diri akak sendiri..
Ustaz Love
07/01/2011 at 11:50 am
terima kasih kak anon
kakyon
07/01/2011 at 8:21 am
suka sangat tulisan ustaz..
jadi panduan dan mengingatkan diri akak sendiri..
Ustaz Love
07/01/2011 at 11:49 am
macihh kakyon…
faezah hannah albaj
07/01/2011 at 8:31 am
salam n morning ustaz love..
isu ni selalu memporak perandakan keadaan..smpy ada yg mengutuk2..kn dh bg impak -ve..sbb apa? sbb masih ramai yg kurang jelas dgn garis syariat yg sebenar..kurang jelas sbb apa? sbb tak mahu mencari penjelasan..malah lebih malang lg, ada antara depa yg mmg dh jelas sgt2 akan hukum menutup aurat, tp mentaliti yg pasif dan ego menidakkan kebenaran..xmahu mengikut acuan yg betul..ats alasan xtrendy..xmoden..xmengikut peredaran zaman..pasai tu lah kalo pakai tudung @shawl@bawal bagai tp pakai leggings.. pakai bj xketat tp tayang dada..hm..
sebenany kn ustaz lOve..depa ni ramai yg ikut2 ja.. tau dh hukum dlm beraurat..tp saja suka2 nk tambah dosa..sbb depa dok pk kubur lain2.. xtaw dosa mereka tertempias juga kat kita..
pening jugak ustz love..mcm mn lg nk buat.. T__T
Ustaz Love
07/01/2011 at 11:49 am
soal kekuatan untuk beramal ni bukan datang daripada pengetahuan semata2, tapi lebih kepada kekuatan iman itu sendiri… Kalau dalam sebuah kereta, iman itu boleh diumpamakan sebagai enjin.. manakala sterengnya itu adalah ilmu pengetahuan.. ilmu akan memandu kita arah yg betul… sebaliknya, yg menggerakkan kita untuk melakukan amal agama itu sendiri adalah iman…
dalam hal perbandingan antara yg sempurna dan tak sempurna, lebih baik kita mengambil satu kaedah usul “akhaffu ad-dhararain” (mengambil mudarat yg lebih kurang sekiranya bertembung 2 kemudaratan)… contohnya, antara memakai tudung dan berbaju ketat, dengan free-hair dan berbaju ketat, sudah tentu lebih baik bertudung dan berbaju ketat.. walaupun tentulah tak sebanding dengan yg menutup aurat dgn sempurna..
Apapun, yg penting kita kena galakkan mereka2 yg ada benih2 nak berubah ni supaya mereka2 ini dapat istiqamah.. dan bukan sebaliknya.. kerana menyiram anak benih itu bakal menghasilkan sepohon kayu yg subur, berbanding kita membiarkan di bawah terik matahari tanpa apa2 perlindungan)
chintahati
07/01/2011 at 3:02 pm
assalamualaikum ustaz love…
a’lilah setiap kali sy membaca penerangan yg ustaz bagi untuk setiap permasalahan yg dikemukakan sy rasa amat tertarik dan smp ke hati… bg sy penerangan yg ustaz bg itu sgt jelas dan mgambarkan betapa islam itu indah sebenarnya dan tidak menindas/menyusahkan penganutnya… dan sy paling suka ustaz tidak merendah2kan mana2 pihak malah terus mgalakkan semua org berubah menjadi umat islam yg lebih baik dgn cara yg halus dan lebih berkesan di hati org lain…teruskan perjuangan ustaz:-).. smoga kita semua terus diberkati Allah S.W.T…
Ustaz Love
07/01/2011 at 3:57 pm
waalaikumussalam chintahati…
terima kasih atas komen itu.. Ustaz Love pun tengah belajar2 untuk menyampaikan secara berhikmah… risau juga takut menyinggung perasaan mana2 pihak.. tapi yg penting, redha Allah
akim
07/01/2011 at 9:33 am
assalam.
islam ni mudah.
jgn buatkan ianya nampak susah.
x gitu ustaz?
hehe.
wallahua’lam
Ustaz Love
07/01/2011 at 11:42 am
salam akim…
betul3x… tapi jangan memudah2kan dah le
shizu
07/01/2011 at 9:37 am
entry yang sangat menarik…=)
Ustaz Love
07/01/2011 at 11:42 am
terima kasih shizu
mankuchai
07/01/2011 at 10:44 am
Salam Ustaz Love,
Memang cantik dan ayu bila wanita bertudung dengan sempurna sejuk mata memandang, terutama yang melabuhkan tudung mereka…
P/S : dah terjawab tu bagi memahaminya..
Ustaz Love
07/01/2011 at 11:41 am
Salam bro mankuchai…
Memang sejuk mata kita memandang… tapi panas plak yg memakai tu.. tambah2 yg pakai tudung labuh kain tebal… tunggu bas.. memang panas.. Agaknya sbb tu ramai yg suka pakai tudung nipis, sbb sejuk sket… hehe
belladiea
07/01/2011 at 11:03 am
salam ustaz…sy baru nak request ustaz buat entri pasal shawl..tup2 ustaz da buat..mcm tau2 jek…hehe…n lagi satu..saya de pinjam name ustaz love dlm entri sy..harap2 ustaz xkesah..kalau ustaz kesah sy leh remove…thanx ustaz…=)
Ustaz Love
07/01/2011 at 11:36 am
Salam bella…
Ustaz Love ada sixth sense.. hehe.. takpe, nak pinjam pun boleh, nak sewa pun boleh
atikah amalina
07/01/2011 at 11:07 am
salam ustaz…
terima kasih atas penerangannya.. amat bermanfaat..
may Allah bless us =)
Ustaz Love
07/01/2011 at 11:35 am
Salam atikah…
sama2.. insyaAllah, aminn..
mamakembar3
07/01/2011 at 12:39 pm
setuju & suka dgn cara ustaz huraikan isu ni. Mula skit skit dgn niat nak sampai ke tahap yg paling baik/sempurna spt yang dituntut agama adalah lebih baik daripada tak buat langsung kan? Mama ada je kawan kawan yang dulunya free hair tp skarang tertarik nak pakai tudung sbb tgk fesyen tudung cantik cantik camtu, which is better than tak pakai tudung langsung.
Ustaz Love
07/01/2011 at 4:01 pm
terima kasih mamakembar3 atas komen itu… yg paling penting adalah menjaga diri kita dahulu.. kemudian baru ahli keluarga dan masyarakat… kita kena menekankan tahap maksima untuk amal agama itu pada diri kita, dan bertolak-ansur dgn orang lain.. dan bukan sebaliknya… sbb kita bertanggungjawab atas diri kita sendiri… atas org lain, kita cuma bertanggungjawab menyampaikan, dan bukannya mengubah..
o'gosh
07/01/2011 at 3:20 pm
salam ustaz…terima kasih sebab jawab soalan eman tu….saya rasa kalau ramai yang berdakwah macam uztaz ni mesti orang lebih cepat lembut hati berbanding dengan orang yang tau nak jatuh hukum je..terima kasih atas penjelasan yang cukup jelas..
Ustaz Love
07/01/2011 at 3:50 pm
salam o’gosh..
terima kasih atas komen itu.. tanggungjawab Ustaz Love cuma memberitahu… soal nak amal tak amal, itu hak individu… Ustaz Love sendiri takde hak nak mengadili siapa berdosa, siapa berpahala.. itu semua hak Allah
Zefa NorAsmara
07/01/2011 at 3:56 pm
Salam ust.. semoga n3 ini membuka hati mereka yg masih belum menutup aurat untuk menutup aurat.. motivasi kepada di ri saya juga utk istiqamah.
Tang panas sejuk tu, tak apalah panas di dunia.. jangan panas di akhirat..
Ustaz Love
07/01/2011 at 4:02 pm
Salam Zefa… insyaAllah, aminn.. Ustaz Love pun mengharapkan yg sama.. semoga jika ada pahalanya, dapatlah barang sedikit untuk bekalan Ustaz Love kat akhirat nanti
kakjem
07/01/2011 at 4:20 pm
segala tudung ustaz sebut termasuk tudung piuk…,”tudung saji terlupa plak ke…”hehehhehe…
-apa kata uji bakat raja lawak yg akan dtg ustaz p…..kihkihkih sesuaiii…
Ustaz Love
07/01/2011 at 7:20 pm
tudung saji tak termasuk dlm topik perbincangan.. hehe..
Ustaz Love ingat nak apply jadi otai raja lawak.. kalu tak dapat, jadi juri pun ok dah…
Izzat Aziz
07/01/2011 at 11:00 pm
Hidayah ni akan diberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Pakailah macam mana pun, tapi mesti ada niat someday nak completekan akidah kita.
Selalu yang saya jumpa tentang bila mengenai menutup aurat adalah mereka “tidak ready”, okay tidak ready mungkin kerana dari kecil mereka tidak didik untuk memakai tundung, jadi kena pasang niat untuk mencuba-cuba kearah kebaikan, mencuba-cuba kearah pemakaina tudung, InsyaAllah kalau Allah sayang kita sebelum kita mati, kita mejadi muslim/muslimah yang sempurna, tapi yang penting kena ada niat.
Tetapi mesti diingat, Islam kita tidak boleh amik separuh-separuh, kita kena amik complete, jadi cuba lah kalau sekarang sekadar berfesyen, cuba pula tukar niat ke ingin menutup aurat.
Tetapi kita jangan menghukum orang yang tak sempurna, sebaliknya megingatkan apa itu kesempurnaan dalam Islam, ajar mereka, ajak mereka, supaya mereka menjadi sempurna, bukan sahaja mereka, kita sendiri pun kena.
Satu persoalan Ustaz, bagaimana dengan suami? Katakan Suami tahu yang isterinya tidak menutup aurat seperti dituntut, dan si Suami sudah menyuruh supaya Isterinya menutup aurat dengan sempurna, tetapi Isteri nya memberikan alasan tidak ready lagi.. adakah suami perlu paksa? jika ingkar, isteri akan dosa besar, atau adakah suami perlu menunggu sahaja supaya isterinya bersedia, menurut pengetahuan saya yang cetek, dosa isteri ditanggung suami kan?
Maaf kalau ternyata saya ini kekurangan ilmu.
Ustaz Love
07/01/2011 at 11:38 pm
Bab isteri ini, beliau memang berada di bawah tanggungjawab suami.. bermakna, suami bertanggungjawab atas segala keperluan beliau sama ada zahir mahupun batin… juga bertanggungjawab menegur jika isteri melakukan kesalahan dan menunjukkan ke jalan yg betul…
Namun, bab dosa pahala ini, adalah hak masing2.. siapa yg buat baik, dia yg dapat pahala.. siapa yg buat dosa, dia yg akan menanggungnya… boleh rujuk surah al-An’am : 164 :
“Katakanlah: “(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.”
Allah s.w.t. telah menunjukkan bagaimana kaedah suami untuk mengajar isterinya :
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (an-Nisaa’ : 34)
WA
32C
09/01/2011 at 12:01 pm
Tetapi mesti diingat, Islam kita tidak boleh amik separuh-separuh, kita kena amik complete, jadi cuba lah kalau sekarang sekadar berfesyen, cuba pula tukar niat ke ingin menutup aurat.
boleh ustaz love ulas sket tak extract comment tu? macihh…
Ustaz Love
09/01/2011 at 12:14 pm
aikk… belum habis lagi rupanya isu ni.. hehe.. insyaAllah, nnt Ustaz Love buatkan entry jawapan
yuyuZulaikha
08/01/2011 at 11:21 am
bagus nye entry ni…
boleh buat rujukan.. yuyu baru start nak fully bertudung. sebelom ni, asyikk teragak2 je..
Ustaz Love
08/01/2011 at 1:00 pm
terima kasih yuyu.. Ustaz Love pun sampai skrg belum ada kekuatan nak bertudung lagi (gurau je.. jgn marah.. hehe).. InsyaAllah, niat yg baik dan disertai dgn amal yg baik, maka kebaikan juga yg kita akan dapat… Tahniah buat yuyu
eqacashperlala
08/01/2011 at 2:01 pm
assalamualaikum ustaz
setuju dengan pandangan ustaz
yelah, perubahan perlukan masa
macam saya juga, baru-baru lagi memakai tudung
dan saya suka memakai shawl
tetapi bila baca sesetangah tulisan blogger
yang menghentam pemakai shawl dan juga pemakai tudung
rasa sedih pun ada, geram pun ada
tetapi bila baca tulisan ustaz
saya rasa suka
yelah, kerana teguran yang ustaz bagi
penuh tertib dan tanpa hukuman melulu
insya Allah ustaz
saya akan berubah ke arah yang lebih sempurna
dan terima kasih atas tulisan membina ustaz ini
semoga kita sama-sama diberkati Allah
Ustaz Love
08/01/2011 at 2:43 pm
waalaikumussalam eqa..
setiap org ada cara masing2… dan ada yg suka cara yg lain.. ada juga yg tak suka cara Ustaz Love.. itulah variasi dalam dunia dakwah ni.. sbb berhikmah itu bukanlah maksud berlembut, tapi menyampaikan sesuai dengan situasi..
Tapi, Ustaz Love pun tak berapa suka kaedah provokasi ni..
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah dari Allah kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras, tentulah mereka lari dari sekelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (kesalahan yang mereka lakukan), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”. (Ali-’Imran : 159)
tahniah buat eqa.. dan selamat maju jaya
Pejuang Kesenian Extreme
08/01/2011 at 7:28 pm
Penyampaian entri ini sangat menarik…Rasanya perempuan yang terlibat dengan pemakaian shawl/dan tak menutup aurat pun tak sakit hati ketika membaca entri ini..Penulisan entri ini menampak satu hal..
ISLAM ITU MUDAH UNTUK DIIKUTI
Ustaz Love
08/01/2011 at 8:11 pm
Islam itu mudah diikuti.. cuma jangan mempermudahkan sehingga melanggar batasan.. apapun, terima kasih atas komen ini
emancloud
09/01/2011 at 6:16 pm
hahahah terima kasih yuyu.. Ustaz Love pun sampai skrg belum ada kekuatan nak bertudung lagi (gurau je.. jgn marah.. hehe).. InsyaAllah, niat yg baik dan disertai dgn amal yg baik, maka kebaikan juga yg kita akan dapat… Tahniah buat yuyu lawak2..
Ustaz Love
09/01/2011 at 6:20 pm
hehe… Ustaz Love ni memang kelakar.. dah la kelakar, hensem plak tu..
eityzaty
12/01/2011 at 3:32 pm
tenx ustaz..
setuju ngn ustaz..kiranya x jd hal la kn
nawaitu tue yg penting
Ustaz Love
12/01/2011 at 6:36 pm
sebagai permulaan, tidak menjadi hal.. tapi lama2, kena la tingkatkan sikit amalan kita.. labuhkan sikit tudung.. panjangkan sikit baju.. baru ada peningkatan dlm kehidupan… soal nawaitu, itu soal hati.. dan ianya perkara rohani.. soal aurat, ianya soal anggota badan dan merupakan perkara zahir.. kedua2nya kena berjalan seiring
Muhammad Iqbal
13/03/2011 at 10:25 am
macam hukum arak di laksanakan,
berperingkat-peringkat..
Ustaz Love
13/03/2011 at 1:05 pm
hukum arak itu tak sama dengan hukum bertudung ini.. kerana hukum arak itu jelas (qat’ie).. memang tak bleh nak ejas2 dah.. sedangkan hukum menutup aurat ini masih lagi punya ruang perbahasannya..
cuma kaedah berperingkat itu boleh digunakan.. supaya istiqamah itu dapat dicapai..
buuwa
18/03/2011 at 5:16 pm
mohon share ya ustaz… ^_^
Ustaz Love
18/03/2011 at 6:50 pm
boleh2.. sila2
mohamadSaleh
27/03/2011 at 11:49 pm
bila hilang perasaan malu… penat menulis, penat nasihat, hanya sedikit yg ambil pengajaran. Setahu saya, bila 70% org lelaki akhir baligh solat berjemaah 5 waktu di satu2 kawasan, Allah akan masukkan sifat malu dlm wanita… fikirkan?
Ustaz Love
28/03/2011 at 1:43 pm
dalam berdakwah, memang tiada istilah penat.. sampai ke akhir hayat Abu Talib, Nabi s.a.w. sentiasa berdakwah kepada beliau.. sbb yg penting adalah usaha kita, bukan hasilnya.. Walaupun Nabi Nuh berdakwah 950 tahun dan pengikut setakat 80 lebih, tapi itu bukan ukuran kejayaan dakwah Baginda.. usaha Baginda itu yg dinilai oleh Allah..
Kaisara
28/03/2011 at 8:25 am
SAYA TIDAK BERSETUJU DENGAN PENDAPAT USTAZ.
KENAPA? USTAZ PERLU MEMBACA LAGI KITAB2 DAN HADITH2. KETERANGAN USTAZ BANYAK TERPESONG DARIPADA AGAMA ISLAM YANG SEBENAR. WALAUPUN SAYA PEREMPUAN, SAYA SENDIRI TELAH MEMPELAJARI CARA2 PEMAKAIAN CARA ISLAM.
SYUKRAN.
Ustaz Love
28/03/2011 at 1:34 pm
Kalau Kaisara tak bersetuju, maka itu hak Kaisara.. cuma, kalau mengatakan yg Ustaz Love banyak memesongkan ajaran Islam sebenar, maka Kaisara kena kemukakan hujjah.. bukan sekadar tuduhan..
Tak semestinya perempuan sahaja yg memahami isu2 keperempuanan.. Banyak bab fiqh spt bab haidh, nifas, istihadhah dsb berkaitan wanita ditulis dan disyarahkan oleh ulamak2 lelaki yang tak pernah pun mengalami haidh
Pashmina
28/03/2011 at 4:37 pm
kaisara, cukup ke sekadar baca kitab2 ngan hadith2 semata2?
khatam seluruh isi kitab dari kulit ke kulit.
dengan syeikh yang mengajar dan bertemu lutut ke lutut.
berguru face to ‘babyface’
baru nak menjatuhkan ‘terpesong dari ajaran islam’ tu berasas.
Ustaz Love
28/03/2011 at 10:13 pm
Setiap orang pasti ada pendapat masing2.. bagus la kalau Kaisara sendiri dapat menutup aurat dengan sempurna.. bertudung labuh.. berjubah dsb.. itu yg terbaik.. tetapi, jangan sampai memandang rendah org2 yg baru nak bertudung.. sbb hidayah ni milik Allah.. bila2 je Allah boleh bagi dan boleh tarik balik
ira-yoshida
18/04/2011 at 8:54 am
sy suka entry nih.. (6,^)
Ustaz Love
18/04/2011 at 11:44 am
terima kasih krn sukakannya
yuyu
30/04/2011 at 6:56 pm
saya pun baru skrg rasa betul2 ingin menutup aurat..sebelum ni saya pun bertudung.tp dgn cara berfesyen.tp saya pun x pasti, sejak bila..saya mula rasa ingin melabuhkan hingga menutup dada..cuba mencari pakaian yang tidak menampakkan susuk tubuh..alhamdulillah saya masih diberi peluang oleh ALLAH
Ustaz Love
01/05/2011 at 3:11 am
alhamdulillah.. semoga Allah kekalkan petunjuk dan hidayahNya sampai kita mati
tt
19/05/2011 at 10:46 am
ustz ni mcm mnggalakn org berlambat lambat dlm urusan agama…berfesyen mmg boleh..tp mcm selendang 2..kainnya nipis..mmg jelas walaupun tutp b.dada..tp bentuk dada tetap kelihatan sbb nipis..so..mmg still haram la..
Ustaz Love
20/05/2011 at 11:55 am
Ustaz Love bukan nak menggalakkan berlambat2 dalam urusan agama, Ustaz Love cuma mengingatkan agar tak tergopoh-gapah dalam urusan agama.. panduannya dah jelas.. tinggal nak ikut ke, tak nak je lagi.. itu semua soal hidayah.. jadi Ustaz Love tidak menggalakkan sebarang penghinaan terhadap golongan2 yg belum sempurna menutup aurat.. sebaliknya menggalakkan kita agar sama2 menyokong mereka supaya mereka akan dapat menutup aurat dengan sempurna..
Jangan hangat2 tahi ayam.. masa sekolah berjubah bertudung labuh.. masuk je universiti, terus pakai seluar baju ketat.. dengan alasan tak nak hipokrit
ika
28/08/2011 at 11:42 pm
sy stuju tu ustaz..
dlu saya pun x la pakai tudung terus straight pkai…sy pakai skejap2..last2 tudung tu da melekat kt kpala saya.. if saya x pakai rase cm ad bnde yg hilang kt diri saya…
jadi x kisahla if org kt lua sne ad sstengah pakai tudung hanya niat nak berfesyen je..nanti lama2 niat tu insyaAllah diperbetulkan..
Ustaz Love
29/08/2011 at 12:03 am
ikhlas itu biasanya datang selepas istiqamah
Jiejah Gorjes
29/08/2011 at 12:31 am
ooo ada entri panas kat sini hehehe…
ustad terima kasehhhhhhhh….terbaek hehehehe
entri bes dan jelas.
sy pun dulu asalnye tak bertudung. pehtu dari tertarik tgk kengkawan bertudung cantik jer terus slow2 belajar bertudung dgn betul.
pakai tudung mcm senang tgk dgn mata kasar. tp bile kite niat betul2 ikhlas nk bertudung baru tau tudung pun ada cara yg betul nye.
eh tanak komen panjang2 nt2 la sy sambung hujan lak nk tido kihkihkih….
Ustaz Love
29/08/2011 at 3:33 pm
bukan setakat panas, dah hangit dah pun
Cahaya Hidayah
02/11/2011 at 9:49 pm
assalamualaikum ustaz love. best baca blog ustaz ni =)
saya ada soalan nk tanya ustaz. dilema sangat ni ustaz. masalah ni takde la nak berat sangat tapi menyebabkan dilema menhantui diri ini sejak sebulan dua bulan ni.
macam ni ustaz. saya nk tanya pasal make up ni. apa hukum dia kalau pakai make up yg nampak natural (pakai eyeshadow warna coklat gelap sikit drpd warna kulit, pakai eyeliner warna koko, pakai pemerah pipi tp xnmpak sgt & pakai lipstick (lipice) yg bg warna nampak pink natural) dgn niat nk bg nampak segar & tak pucat?
saya ni sebenarnya dulu memang pakai make up tebal, then saya start berubah slow2 -labuhkan tudung, jaga aurat semua- cuma saya susah nk tinggalkan bab make up ni sbb dah jadi sebati dgn diri saya. cuma sy kurangkan dgn pakai yg natural utk xnk bg nampak pucat & nk bg nampak fresh & segar.
minta penjelasan ustaz. dilema ni. saya ada keinginan nak tinggalkan make up semua ni cuma kdg2 bila tgk muka nampak pucat semacam menjadikan saya tercalit jg lipice tu kat bibir.
minta tolong yea ustaz. dilema ni. saya memang nk jadi wanita muslimah yg baik :’(
tolong yea ustaz. may Allah bless
Ustaz Love
02/11/2011 at 10:39 pm
waalaikumussalam..
terima kasih kerana sudi membaca blog Ustaz Love.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba buatkan entry pasal ni
Durratul Mujahid
08/11/2011 at 3:36 pm
Yang paling penting ialah menutup aurat menepati syariat.. Tudung labuh menutupi dada pun kalau di belakang ada bonggol unta.. nampak bentuk leher, kurang dah syaratnya.
Soal cepat atau lambat…yang penting dalam memenuhi yang wajib tetap wajib.. Cepat ke lambat tetap kena labuhkan menutupi dada..itu dah ada dalam al-Quran.. bukan soal tak nak berubah drastik ke nak berubah slow2 ke..tapi kalau nak berubah biarlah mengikut apa yang ditetapkan Islam
Ustaz Love
08/11/2011 at 4:20 pm
nak sempurnakan semua sekali itu memang susah.. yg penting adalah berusaha ke arah kesempurnaan.. ambil iktibar kisah lelaki Bani Israel yg nak bertaubat setelah membunuh 100 orang, tetapi mati sebelum sampai ke tempat yg sepatutnya dituju.. dgn rahmat Allah, lelaki itu terselamat drp azab
Anne
06/12/2011 at 10:54 pm
assalamualaikum ustaz…terima kasih diatas pandangan! Entry yg sgt menarik!
Memang senang sekiranya dari kecil sudah memakai tudung….tapi seperti saya, amat sukar sekali kerana sebelum ini hanya memakai tudung hanya ketika berada di kwsn sekolah (rendah)…dan pernah mencuba….tapi tak lama….
Semoga dipermudahkan kali ini…amin!
Ustaz Love
07/12/2011 at 2:30 am
waalaikumussalam..
insyaAllah, yg penting adalah usaha dan doa.. Allah akan mudahkan segalanya
Kambing Senyum
27/12/2011 at 11:43 am
Ustazah ana cakap, selendang tu tabarruj…
ade jugak terdengar UAI cakap itu tabarruj jugak…
guane tu ustak love..?
Ustaz Love
27/12/2011 at 6:33 pm
Semua yang bertujuan untuk menarik perhatian lelaki ajnabi itulah yg dinamakan tabarruj.. bukan semata2 selendang, bahkan beg tangan, gelang, blusher, celak, gincu, bedak, perfume, rantai, subang, pewarna kuku.. apa lagi ye?… memang banyak kalau nak sebut..
Perbincangan dalam entry ni lebih kepada soal memberi galakkan untuk beramal, walaupun tak mampu lagi nak beramal dgn sempurna.. bukan semata2 persoalan hukum
aten
07/01/2012 at 4:26 pm
thanks ustaz,sgt membantu utk sape2 yg bru nk mule tuh:)
Ustaz Love
07/01/2012 at 8:40 pm
u are welcome