I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tudung Sanggul Unta

Salam…

Ustaz Love berehat sebentar daripada isu Syiah… Ustaz Love pun dah naik boring dgn watak2 Syiah yg masuk dlm blog Ustaz Love ni… pusing sana, pusing sini.. suh org jawab soalan, tapi soalan org dia buat derkk je.. banyak lagi soalan ni.. mungkin sambung nanti2 la.. soalan Dr. Faisal Tehrani pun tak habis jawab lagi.. πŸ˜€

Ustaz Love menerima pertanyaan tentang sanggul tinggi oleh Fareed dan Chipcoklat…

Ustaz Love tak ingat dia punya link (yg diberikan oleh Fareed).. tapi menurut Dr. Salam, yg menjawab persoalan itu, kena fahami maksud hadis secara lebih menyeluruh, dan jangan fokus pada sanggul je..

Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.“(Riwayat Muslim)

Ustaz Love bersetuju dengan pandangan Dr. Salam… Apatah lagi dalam hadis ini, tidak dinyatakan bahawa ianya jenis tudung yg meninggikan sanggul.. tetapi sanggul itu sendiri yg dinyatakan (spt sanggul yg ditambah oleh mak andam untuk mencucuk perhiasan emas pada sanggul masa bersanding)..

Kalau dah rambutnya panjang, tentu la sanggulnya tinggi.. sangat berbeza dgn org yg rambut pendek.. adakah dgn ini, menjadikan membela rambut panjang bagi wanita itu hukumnya haram? Sudah tentu tidak..

Sbb itu, Ustaz Love harapkan agar bagi sesiapa yg ingin memahami hadis, agar dapat membaca sekali dgn syarah hadis tersebut… supaya kita tak memahami hadis secara zahir semata2…

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

37 Comments

Add a Comment
  1. betol3..fiqah stuju sgt ngn ustaz…kdg2 ble sesorg tu bce hadis,depa dok bace luaq jaaa…pastu paham snirik2 jaa…klo phm snirik2 tu betoi xpela jugak…nie x..tersalah tafsir pulak…haaa..itu la sebabnye kn nape kte klo nk menuntut ilmu,mesti berguru…btol x ustaz…?? huhu..wallahu’alam…sekadar pandangan fiqah jer…(^.^)

    1. bukan setakat sanggul palsu, rambut palsu pun haram memakainya… cuma dalam konteks hadis ni, nak menerangkan akan tujuan salah meninggikan sanggul itu.. iaitu dgn tujuan menarik perhatian org lain.. sama keadaannya dgn memakai pakaian nipis (berpakaian tapi telanjang) πŸ˜‰

    1. betul tu mama.. tapi bersanggul saja memang haram pun.. sbb tak pakai tudung.. bersanggul dalam tudung barulah harus πŸ˜€

  2. ooo…macam tu..bukan la pakai tudung tapi sanggul tinggi tu yg haram..rupanya pasal pakai sanggul tambahan dan sengaja meninggikannya tu yang haram..macam tu ye ustaz..?

    1. asalnya, berhias untuk diri sendiri dan suami hukumnya harus… malah jadi wajib jika disuruh suami.. dan menghias diri dgn tujuan menarik perhatian bukan mahram hukumnya haram.. itu asasnya..

      ghalibnya (kebiasaannya) org memakai tudung sanggul ni untuk tontonan bukan mahram supaya nampak tertarik, jadi haram bukan sbb tudung ataupun sanggul itu.. tapi sebab berhias untuk menarik perhatian bukan mahram πŸ˜‰

  3. sy rase sy phm kot…bkn alasan kalau rambut pjg mesti kene sanggul tinggi…boleh jek nak ikat cm bese…xnampak tinggi pon…sy rase tu alasan jek semata2…kalau sy salah tlg betolkan…=)

    1. kalau tak sanggul pun takde masalah, nak sanggul pun tiada masalah.. yg penting tutup rambut tu.. sbb aurat itu konsepnya menutup… πŸ˜‰

  4. salam..saya
    masih kelam..
    boleh ke tak boleh?
    bertudung sanggul
    macam bonggol unta..
    nampak memang
    si perempuan sengaja
    nak menunjukkan kecantikan
    di pandangan ramai bila
    bersanggul begitu..dah
    tentu hukumnya ____??
    wallahualam..

    1. salam bro zul..

      kalau ikutkan zahir hadis, memang nampak mcm haram.. sama juga mcm yg pakai bra (ada span tebal) dgn tujuan untuk bagi org nampak payudaranya besar.. sekalipun memakai tudung labuh, masih haram.. sbb niat beliau memakai itu, dan tudung labuh juga tak mampu menyembunyikan ‘kebesarannya’ itu…

      tapi, isu pokok di dalam hadis itu bukanlah sanggul tinggi, tapi niat untuk menunjuk kepada org lain.. sbb itu ada juga disebutkan tentang ‘berpakaian tapi telanjang’… yg memberi maksud berpakaian nipis, atau ketat dan yg seumpamanya.. dgn tujuan menarik perhatian org lain…

      habis tu, kalau pakai ketat, tapi tak niat nak tunjuk pada org.. bleh ke? Pun tak boleh gak.. sbb tak menepati ciri2 aurat.. sbb menampakkan juga susuk tubuh.. berbeza dgn rambut yg disanggul, ianya bukan bentuk asal rambut.. jadi tiada istilah yg tepat untuk mengaitkannya dgn penampakan bentuk aurat..

      jadi, bertudung sanggul hukumnya harus.. kecuali kalau ditambahi sanggul itu dgn tujuan nak bgtau org rambutnya panjang… bukan haramnya sbb sanggul, tapi haramnya sbb salah niat (menunjuk) πŸ˜‰

  5. ustaz…lau rambut panjang xsemestinya sanggul tinggi…dan orang perempuan yg pakai sanggul tinggi skang xsemestinya dorang ada rambut panjang..dorg ade pakai something utk jadikan sanggul itu tinggi…tu yang sy tau la…bg sy lau perempuan tu pakai sanggul tinggi(ikat rambut tinggi@pakai sanggul)…die akan menjadi perhatian org ramai…pendapat sy la…sorry lau salah…hehe

    1. asalkan perbuatannya tak menyalahi syarak, tiada masalah.. pakai purdah pun bisa menarik perhatian org.. pakai shawl ke, jubah labuci ke.. πŸ˜‰

  6. ustaz: walaupun rambut panjang, boleh ape ikat rendah2..kawan saye rambut sampai pinggang, tapi tak tau pu rambut dia panjang.
    ust, saya ade nampak kat sini:
    13. DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

    Ertinya:
    Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. bersabda, “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.

    H.R. Muslim

    Keterangan
    Kebenaran sabdaan Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

    Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

    dari laman web ni: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2012.0

    bagi saya, ikat rambut randah2..tak payah tinggi..
    bukan gitu,,rambut panjang akan menjadikan sanggul itu besar, bukan tinggi. =D

    (saya bercakap dalam nada yang ceria dan curious, bukan rude! okay..chillax =) )

      1. thanx ustaz..tapi qisya terkilan sikit sebab cara ust cakap menandakan yang qisya nak berbahas ngan ust, qisya just nak penjelasan yang sangat pasti .. tapi terima ksih sangat2,

        qisya tak pernah terfikir nak terjemah hadis dan memahaminya secara zahir semata2, ustaz lebih banyak ilmu, dan itu sbb nya qisya kemukakan comment macam kat atas..

        qisya pernah tanye ustaz qisya dan qisya tak nak lah jawapan dari sumber yang terhad. hal ni serius dan qisya masih was was. semua masih samar2 sbb macam2 pandangan.

        anyway,, syukran JAZILAn..sangat2 terima kasih sebab dah ‘sharpen my curiosity’ for all this while.

        p/s: qisya bukan nak cari publisiti murahan ye. =)

        harap2 tade sape yg slh sangke kat qisya lah..

        1. sama2.. dan Ustaz Love juga minta maaf atas keterkilanan qisya..

          cuma satu je Ustaz Love nak highlight.. dalam kita menyampaikan dakwah Islam, jangan letakkan hukum di depan.. kerana hukum itu tak sama bagi setiap orang.. kecuali kalau hukum qat’ie yg memang dah sabit drp al-Quran dan hadis.. kita berdakwah supaya org tertarik dgn agama.. bukan menjauhkan lagi org drp agama.. sbb itu, kata2 perlu diperhalusi.. dekat siapa kita kena berlembut, dan kepada siapa kita perlu berkeras.. ianya memerlukan latihan dan pengalaman.. πŸ˜‰

  7. kalau rambut panjang pun, sanggul mana ade nampak sangat, itupun kalau sendiri yang berniat nak ikat tinggi-tinggi.

    Semuanya bergantung dengan niat masing-masing,
    sesungguhnya allah lebih mengetahui..
    :3

    1. Ustaz Love pernah tengok org yg rambut panjang sampai ke lutut.. dan sanggulnya memang tinggi.. kalau disanggul rendah, maka sanggulnya akan terburai.. kadang2, kita sendiri yg nampak mcm terlalu bijak menilai niat org lain.. sedangkan soal niat itu amalan hati.. bukannya perbuatan anggota πŸ˜‰

  8. saya terkilan sangat kepada umat2 yang terus menjatuhkan hukum haram kepada wanita yang bersanggul di dalam tudung walhal, saya sendiri memang memakai tudung dan bersanggul di dalamnya, menambahkan eksesori sanggul supaya kelihatan lebih kemas dan selesa sewaktu memakai tudung. saya pernah mengikat rambut semata2, hasilnya kehidupan saya tidak fokus kerana asyiklah duk serabut kat rambut yang berselirat di kepala.. asyiklah kena buka tudung dan betulkan balik rambut di dalamnya… pokoknya, saya bersanggul untuk keselesaan saya sendiri.. salah ke?

    1. errr.. saya risau ustaz tersalah tafsir, saya nak memperjelaskan lagi keadaan diri saya…

      saya menambahkan aksesori sanggul pd rambut saya yang panjang supaya sanggul saya kemas dan tidak terburai, bukan menambahkan sanggul segera pada rambut saya

      1. sebab itulah dalam kita nak berhukum menggunakan dalil al-Quran dan hadis, kita memerlukan panduan daripada alim ulamak supaya kita tak tersalah tafsir. Umpama kita nak minum air, sekalipun kita boleh teguk terus daripada cerek, tetapi kita masih perlu menggunakan cawan untuk minum walaupun hakikatnya air yg kita minum dari cawan itu datangnya daripada cerek yg kita tuangkan air tadi. πŸ˜‰

  9. Entah apa yang cantiknyer bila bersanggul tinggi camtu. Rambut panjang pun boleh je sanggul kat bawah sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme