I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tanda Syiah

Salam…

Ustaz Love dah agak layu dah dok menjawab bab Syiah ni… 10 tahun lepas, memang Ustaz Love rajin mengondem Syiah ni… tapi lama kelamaan terasa malas nak menjawab.. Sbb mereka dah kuat berpegang pada akidah mereka.. umpama menjiruskan air ke muka yg bermekap.. tak telap air.. hehe..

Walau bagaimanapun, bila Ustaz Love meneliti kembali, rupa2nya ramai yg masih belum faham akan isu Syiah ini.. sbb itu ianya semakin berkembang (walaupun dah diharamkan).. tak seperti kumpulan al-Arqam, ajaran mereka ini tak berkembang.. kalau ada pun yg cuba2 nak menghidupkannya kembali, adalah mereka2 yg menjadi bekas pengikut juga.. pusing2 orang yg sama..

Ditambah dgn berita2 kehebatan Iran dengan senjatanya, dan Ahmadinejad dgn kelantangan dan ‘kezuhudannya’, maka ramai yg kembali menumpukan perhatian kepada ajaran Syiah ini.. Seolah2nya, kalau kita menjadi Syiah, maka kita boleh menggentarkan musuh2 spt Amerika dan Yahudi…

Sebenarnya entry ni Ustaz Love nak menjawab persoalan yg ditimbulkan oleh kakyon dan kakjem (bila sebut kakak2 ni, terasa yg Ustaz Love ni masih muda sebenarnya.. hehe) iaitu tanda2 org yg berfahaman Syiah ini.. Ustaz Love tak dapat nak menjelaskan lebih lanjut tentang perkara ini sebab Ustaz Love kekurangan pengalaman dan pengetahuan tentangnya..

Kesesatan akidah Syiah ini adalah pada akidahnya… oleh sebab akidah itu adalah kepercayaan, maka kita boleh mengesannya melalui percakapan mahupun penulisan (contohnya terlalu memuja Ahlul Bayt, menghina para sahabat dsb). Jarang Syiah Melayu ni nak mengaku Syiah.. melainkan jika ada isu2 melibatkan Syiah, maka mereka akan terasa hati dan kepanasan… sbb Syiah ini ada akidah kitman (menyembunyikan akidah) dan taqiyyah (berpura2 di sudut amalan.. cthnya beliau solat juga di belakang Imam sunni, takde bezanya.. tetapi bila berseorangan, mereka akan bersolat mengikut cara Syiah… iaitu dengan meletakkan batu karbala dan sujud di atasnya..

Syiah juga terkenal dgn serban hitam… sebenarnya serban hitam adalah sunnah Nabi s.a.w. Namun, jika dijadikan pakaian seragam (sbg pakaian keagamaan), maka ia tidak menepati sunnah Nabi s.a.w. Kerana Nabi juga memakai serban merah dan putih.. Tapi jangan terus melabelkan mereka2 yg memakai serban hitam itu sebagai Syiah.. kena faham konsep ni… “Yang pakai serban hitam itu bukanlah semuanya Syiah, sebaliknya Syiah memakai serban hitam”.. cuma kebelakangan ini saja mereka telah memakai serban putih..

Juga dikenali jika mereka membawa batu karbala dan sujud di atasnya semasa solat..

Mazhab Syiah juga menafsirkan kaedah berwuduk pada membasuh kaki dengan menyapunya saja… berbeza dgn mazhab yg 4, kita membasuh kaki dan bukan menyapu di atasnya..

Setakat itu saja yg Ustaz Love teringat.. untuk maklumat lebih lengkap, boleh rujuk ke laman web JAKIM.. insyaAllah, akan jumpa info yg lebih lengkap dan lebih sahih..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
    1. memang banyak perkara sebenarnya kakyon.. entry Ustaz Love sebenarnya sebagai pencetus sahaja.. sbb Ustaz Love pun bukan tinggi sangat ilmu.. apa yg sedikit itu, sedikit jugalah yg dikongsikan.. kena banyak lagi menyelidik.. insyaAllah, Allah akan tunjukkan kalau kita benar2 memohon kepadaNya supaya ditunjukkan mana yg haq dan mana yg batil πŸ˜‰

  1. Fuh.. Semakin laju makan keropok lekor smbil membaca entry Ustaz Love dari Jawab FT – Kemesraan JAKIM – Syiah lagi.. Berpeluh2.. πŸ™‚

    Teringat konsep kesederhanaan yg selalu Ustazah kat kuliah mention.. Ttg tidak boleh ekstrem. Tak ambik tahu, ekstrem sbb tak usaha cari ilmu. Dah amik tahu, ekstrem plak kalau salah pandu..

    Apepun.. Hanya ucapan terima kasih boleh diberi kat Ustaz diatas episod back to back mengenai Syiah ni.. Bnyk menambah ilmu. Dan kenalah ditambah2 lagi gak sendiri.. Syukran Jazilan.. πŸ™‚

    1. cukup la tu.. org celik, bagi api mancis pun dia bleh guna utk cari barang… org buta, pasang 10 lampu kalimantang pun dia tak bleh nampak, apatah lagi nak cari πŸ˜‰

  2. eloklah ustaz berjumpa dgn org yg tahu psl syiah..sbb kita memusuhi apa yg kita x tau..apa yg ustaz ckp ni smuanya x betul bila saya berjumpa dgn org syiah..so,elok jgn kembangkan fitnah yg x perlu..tanya dan belajar dulu akar umbi syiah,baru kita tahu asal ceritanya bagaimana..

    1. kalau tak tahu, lebih baik bertanya, nanti jatuh fitnah pulak,
      cuba 2 check youtube , penceramah ustaz kamal haydari, seorang ulama syiah ttg hadith dari sunnah wal jamaah

      1. puak2 Syiah ni memang selalu dok perasan dia je yg lebih tahu.. org lain suka buat fitnah belaka.. padahal merekalah maharaja fitnah mega πŸ˜€

    2. Ente ni kena hormati orang alim ulama dan belajar dengan mereka, kena dalami kitab Ahlul Sunnah Wal Jamaah ,kena banyak buka kitab Sirah Islam apa yang berlaku sejak Khalifah Ar-Rashidin hingga Turki Ottoman. Ulama pewaris nabi SAW. Ini bukan fitnah tapi facts. Siapakah orang munafik ? Siapa berani mengaku kalau buat salah penghujung zaman? Syaitan nak sesatkan anak Adam banyak jalan. Hanya orang yang mencintai Nabi Muhammad SAW bersamanya di akhirat. Kita mesti cuba amal segala amalan Nabi SAW. Para sahabat rah. berjaya dunia akhirat sebab amalan mereka menepati syariat Nabi SAW. Ente bacalah kitab Hayatus Sahabah karangan Maulana Yusof.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme