I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Talak Dan Poligami

Salam…

Ustaz Love terasa mual.. mungkin sebab makan sate daging.. terus menangkap ke medula oblongata sampai berurat2 dahi (bukan bertanda di dahi okeh)… Kebetulan malam ni, Ustaz takde mengajar, jadi Imam masjid pasang VCD ceramah Ustaz Kazem Elias al-Hafiz.. pasang kat projektor biar jemaah ramai2 tengok.. kiranya terisi gak la masa.. daripada duduk bersembang..

Pada kesempatan ini, Ustaz Love ingin mengucapkan takziah kepada kakak Ustaz Kazem dan family.. kerana kakak beliau merupakan wanita yang terbakar muka disambar api (katanya ada masuk dlm TV dan paper, tapi Ustaz Love tak pasti yg mana satu).. Semoga kakak beliau dan keluarga dapat bersabar dan tabah..

Pada entry ni, Ustaz Love nak menjawab soalan hunny pie… kalau ikutkan semalam lagi nak jawab, tapi asyik tertangguh… Jadi malam ni baru ada masa sket..

Soalan beliau :

“assalamualaikum ustaz..
bagaimana pula kalau yang kahwin tanpa kebenaran isteri pertama..
dan jika rahsia tue terbongkar pada anak2.. dan dia menafikan perkahwinan nya yang terbaru.. adakah sah..
dan jika dia tidak lagi berjumpa serta tidak menunai kan tanggunjawab sebagai suami atau bapa sudah sekian lama.. adakah akan jatuh talak serta merta..”

Waalaikumussalam…

Mengikut hukum fiqh, untuk berpoligami, tidak disyaratkan untuk mendapatkan kebenaran isteri pertama… cuma dari sudut undang2 syariah di Malaysia memerlukan kebenaran isteri pertama bagi suami yg ingin berpoligami..

Jika beliau merahsiakan pernikahannya, dan diketahui oleh anak2nya.. dan beliau menafikan beliau bernikah lain.. itu masih belum jatuh talak.. melainkan kalau beliau jelas menyatakan kepada anaknya bahawa beliau telah mentalakkan isteri barunya… ianya masih lagi memerlukan pengesahan hakim untuk menentukan talak sudah jatuh ataupun tidak..

jika beliau tidak bertanggungjawab, tidak memberi nafkah dan meninggalkan isteri serta anak2nya untuk jangka masa yg lama, dan isteri memfailkan cerai secara khuluk (biasa disebut dalam lafaz taklik selepas akad nikah), maka ketika itu hakim akan menjatuhkan talak khuluk… sekiranya tiada apa2 permohonan difailkan ke mahkamah syariah, maka hubungan suami isteri itu masih sah sampai bila2…

Talak tak boleh jatuh serta merta… mesti melalui lafaz.. sama ada lafaz yg sarih (jelas) ketika itu juga ataupun lafaz taklik.. maka apabila berlaku perkara yg ditaklikkan, maka jatuhlah talak secara taklik.. namun, ianya masih lagi memerlukan pengesahan daripada mahkamah untuk menentukan kesahihan taklik sebelum diputuskan talak telah jatuh ataupun tak..

WA 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

114 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum ustaz…

    mungkinkah permohonan untuk wali hakim…(sbb wali x setuju) untuk bernikah boleh untuk kes ingin berpoligami??…

    1. Waalaikumussalam..

      Bagi kes wali tak setuju ni, wanita itu boleh memfailkan permohonan perbicaraan wali enggan.. hakim akan memanggil wali dan wanita itu untuk dibicarakan.. jika munasabah sebab wali itu enggan mewalikan, maka hakim juga biasanya tidak akan membenarkan pernikahan tersebut.. sebaliknya jika alasan wali itu tak kukuh, maka hak perwalian itu akan berpindah kepada hakim.. dan hakim akan mengeluarkan arahan pernikahan berwalikan hakim.

      apapun, untuk maklumat dan penjelasan yg lebih tepat, sila dapatkan khidmat kaunseling daripada jabatan agama 😉

  2. saya telah berumahtangga selama 20tahun. pada awal perkahwinan dulu saya pernah meminta suami berjanji tidak akan mencari perempuan lain saya meminta dia berjanji agar tidak curang jika tidak bermakna dia telah mentalakkan saya, lalu dia pun berjanji dengan lafas yang saya arahkan satu persatu. (saya tidak akan curang dengan awak jika tidak bermakna saya telah ceraikan awak) masalahnya sekarang dia telah berkahwin lagi satu tapi perkahwinan itu hanya bertahan tak sampai seminggu dengan 1kali bersetubuh kerana perempuan itu bukanlah anak dara malah sudah melahirkan anak (suami saya tertipu) apabila saya bertanya kepada dia adakah dia lupa kepada perjanjian kami dulu, jawabnya dia ingat tapi baginya perjanjian itu dah terlalu lama dan itu bukanlah kehendak dirinya dia melafaskan hanyalah kerana mengikut kehendak saya demi menjaga hati saya sedangkan dihatinya tidak pernah terniat untuk menceraikan saya. apakah sebenarnya situasi kami sekarang ni?

  3. salam ustaz…..bagaimana pula dengan kinayah?

    kalau dia lafaz secara seorang diri bahawa “aku cintakan kamu”……tetapi dalam hati pada waktu itu berniat cerai, adakah kinayah? sebab ayatnya bukan berbentuk sorih ataupun kinayah.

    1. cinta itu kita fahami maksudnya dengan jelas.. yg dimaksudkan dengan lafaz kinayah pada talak itu adalah lafaz yg tak jelas.. spt “aku lepaskan kamu”.. “kita berpisah” dsb.. yg boleh memberi maksud cerai atau maksud yg lain.

  4. isteri usik suami dan suami kata “saya geli”……isteri usik sekali lagi dan suami kata “saya serius ni”, menandakan btol2 x thn geli. kalu terlintas niat cerai waktu tu? adakah jatuh talak?

  5. salam ustaz….selamat hari raya……

    saya nak tanya……dalam satu keadaan…..suami isteri ke sebuah majlis, ada seseorang berkata….”bagi la wife makan banyak sikit”……suami jawab…..”cmene nak bagi makan, kitorang duduk asing2….”

    terlintas mengenai cerai, tanpa niat untuk bercerai langsung, sebab suami isteri dan orang yang bertanya sedang bergurau bersama2. jadi adakah ini hanya lintasan atau niat saya tak pasti.

    harap boleh bantu

      1. itu hanyalah lintasan.. sekalipun ia ada niat cerai, ia masih belum boleh dikatakan sebagai lafaz talak kerana ia bukan ayat lafaz talak (sarih atau kinayah)..

  6. salam ustaz….kalu dalam perbualan….suami berbual ngn kawan dia….dia kata….”si A tu bukan dia…..em…..dah bercerai?” . kalu waktu ni terlintas mengenai cerai ngn isteri sendiri…..cmne ustaz ye? bukan niat asal….tapi bila terucap perkataan cerai……benda ni tiba2 dtg dlm hati

    1. itu hanyalah rasa was2 yg ditimbulkan oleh syaitan. Perkataan itu tidak menyebabkn jatuhnya talak..

      WA

  7. assalamualaikum.. saya ada pertanyaan tentang NAFKAH EDAH.. c isteri sudah habis tempoh edah.. tetapi bekas suami ini belum langsaikan nafkah edah itu..dalam masa tersebut c bekas suami ni hendak mendirikan rumahtangga yang baru kerana ada pihak yang ingin mempercepatkan majlis perkhawinan nya atas sebab ingin hindarkan dosa umpat orang ?? adakah baik atau sebaliknya..?? apa hukum nya… ??

    1. hukumnya wajib bagi bekas suami itu menyelesaikan nafkah edah bekas isteri..tak kira la sebelum atau selepas beliau bernikah lg..

  8. salam ustaz.. saya bernikah secara sah di siam pada tahun lepas. tapi sampai sekarang, kami belum daftar nikah di malaysia. semalam saya minta suami lafazkan cerai ke atas saya ketika bergaduh. dan suami jatuhkan talak 1. tapi kami berjanji akan berhubung seperti biasa kerana kami masih menaruh harapan yg kami akan bertemu kembali jodoh. dan pada hari yg sama selepas talak jatuh, kami bermesra (peluk, cium) tetapi tidak bersetubuh. apakah hukumnya? dan sekiranya nanti kami sampai satu tahap shingga bersetubuh tetapi tanpa lafaz niat dari suami, bagaimana pula?

  9. Assalam ustaz..
    Suami sy menghantar sms dan menyatakan..
    “kau pergi dari sini tinggalkan aku, kau keluar dari rumah aku, pergilah selamanya dan jangan kembali lagi, jangan balik lagi sbb aku dah tak mahu tgk muka kau, isteri aku dah mati..”
    pelbagai sms dihantar menunjukkan dia mahu sy uruskan penceraian di mahkamah dan pelbagai kata2 lagi, namun secara jelas dia tidak menyebut lafaz talak “aku ceraikan kau”.
    adakah jatuh talak?

    1. Lafaz tu tak jelas menunjukkan talak..memerlukan niat suami utk mengesahkan ianya lafaz talak. Sebaiknya puan failkan permohonan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah. Biar hakim yg memutuskannya..

    1. Lafaz itu maksudnya gabungan beberapa perkataan yg membentuk ayat.. atau yg difahami sebagai maksud sesuatu ayat.

  10. salam ustaz……..kalu saya sedang bersembang dengan rakan…..tiba2 dia tanya mengenai apa yang saya buat td, “adakah saya telah tahu cara joint wayar?”….saya kata “belum”…..dia tanya lagi……”oooo….baru pisah jela (pisahkan wayar)? ” saya jawab “baru pisah”…..

    adakah ianya lafaz kinayah jika berniat cerai ketika itu?

  11. Ass
    Jika seorang suami berkata iya besok aku ceraikan kamu..
    Apakah itu sudah jatuh talak ??????
    Terima kasih.

  12. Klu seseorng brkata ” u mean nothing to me” pada mulanya….saja2 nk lafaz….kmudian klu dia tiba2 terbyg akan isterinya…..adakah lafaz kinayah?

    1. itu bukan lafaz kinayah.. kecuali kalau dia iktikad dalam hati bahawa ayat “u mean nothing to me” itu dengan maksud lafaz cerai..

    1. maksud iktikad dalam konteks persoalan di atas adalah keyakinan atau lafaz yg disertai dengan niat yg pasti bahawa ia merupakan lafaz cerai. Jika tanpa niat cerai, maka lafaz sebegitu tidak dikira apa2..

  13. Maksudnya ustaz……jika seseorng melafazkan sebarang ayat yang seakan-akan kinayah…..tetapi lafaz tersebut jika ditujukan kepada orang lain (contohnya seseorng itu memarahi seseorang yang bukan isterinya), maka ianya tidak dikira kinayah kerana ia tidak beritikad. Ia sekadar bayangan. Perasaan yang timbul lebih kepada was-was gitu.

    betol ke pemahaman saya begitu ustaz?

    TQ ustaz love sebab selalu update dgn soalan saya. minta maaf banyak2 sebab terlalu bnyak bertnya kerana perasaan ingin tahu.

  14. salam. ustaz…..

    si suami ingin ke kedai, dan jika isterinya bertanya “abg pergi kejap ye?” suami berkata “em.”

    maksud isteri adalah pergi ke kedai dan suami mengetahuinya, adakah kiranya itu lafaz kinayah kalu suami niat cerai waktu itu (suami berkata dalam hati nak pergi)

  15. si isteri sedih sebab tidak dapat melaksanakan tugasan di tempat belajarnya kemudian berkata pada suami “saya nak minta tolong siapa ni”

    dalam keadaan marah suami berkata “suruh khai ajar @ tanyalah khai esok”.

    Adakah ianya lafaz kinayah jika suami berniat cerai pada ketika itu dengan berkata dalam hati pergi jela pada khai tu? Khai adalah kawan lelaki si isteri

      1. Assalamualaikum ustazlove..saya kerap kena lintasan hati mengenai talak,sehingga saya jadi was-was. SOALAN SAYA: Apabila sisuami itu berkata pada isterinya seperti ayat ”awak sudah makan”,pada masa yg sama terlintas hati niat mahu samakan maksud ”awak sudah makan” dgn lafaz sorih seperti ”aku ceraikan kau”.adakah lafaz sisuami itu jatuh talak??

        1. Pada pandangan Ustaz Love, saudara mengalami tahap was2 yg agak kronik.. sebaiknya saudara pergi berubat.. ini semua gangguan syaitan yg tak berkaitan dengan apa yg dimaksudkan. Lafaz itu tidak dikira sebagai talak, sebab ia tidak difahami sebagai talak, atau paling kurang disyaki sebagai lafaz talak.. sbb lafaz itu langsung takde kaitan dgn talak.. WA

          1. Maksud ustaz lafaz tersebut tidak dikira sbg talak,bermakna tidak jatuh talak ?

  16. 1)Boleh ustazlove terangkan pekara yg boleh jatuhnya talak mengikut hukum sebenar dlm islam? 2)Ada atau tidak,pekara talak yg tersembunyi atau lafaz talak yg berselindung dgn ayat takde kaitan dgn talak?

  17. Assalamualaikum Ustaz…

    Saya ada kemusykilan ingin ditanya. Sebelum itu, biarla saya berterus-terang saya menghidap penyakit was-was sudah bertahun-tahun lamanya. Maaf ustaz tulisan saya ini agak panjang.

    Dipendekkan cerita..kami pernah disahkan oleh mahkamah jatuh talak dulu akibat satu insiden (saya secara tak sengaja meniru lafaz cerai yang SOREH ketika menonton sebuah filem dan berpaling kepada kpd isteri)..sebelum melalui prosedur mahkamah..saya ada bertanyakan soalan secara online di website JAKIM..dan jawapannya talak jatuh dan dinasihatkan supaya merujuk ke mahkamah..setelah melalui prosedur, mahkamah sah kan talak memang jatuh..hanya Tuhan sahaja yang tahu ketika itu bagaimana perasaan kami..lebih2 lagi isteri saya..saya redha dengan ketentuannya. Lama-kelamaan kami dapat menerima hakikat. Hidup kami makin bahagia..ditambah lagi dengan kehadiran seorang cahaya mata.

    Tetapi, beberapa bulan yang lepas..saya secara tak sengaja terjumpa semula soalan saya dalam web JAKIM, tapi kali ini..lain pula jawapan yang diberi..baru saya sedar bahawa, soalan saya di jawab oleh beberapa orang panel sebenarnya..sebelum ini panel JAKIM mengatakan talak jatuh..tapi yang saya baru jumpa hari itu pula..mengatakan talak tidak jatuh dengan lafaz yang saya tiru dalam filem tersebut..saya jadi keliru..dan secara automatik lafaz cerai yang lama tersebut..bermain-main semula di fikiran..sedang asyik berfikir ..TIBA-TIBA SECARA TAK SENGAJA LAFAZ YANG LAMA TERSEBUT TERPACUL/ TERLAFAZ KELUAR DRPD MULUT SAYA…saya berani bersumpah ketika itu..malah sebelum itu pun saya tiada sedikit niat pun untuk menceraikan isteri saya kerana saya tiada masalah dengan isteri malah amat menyanyangi isteri saya. Ia terlafaz kerana saya memikir lafaz tersebut dalam kepala fikiran.

    Saya yakini diri saya lagi..”logikkah jika aku, seorang yang dalam keadaan waras dan sedar yang aku seorang suami yang amat menyayangi isterinya, dengan secara tiba-tiba tanpa apa-apa alasan, engkau lafaz cerai tersebut kepada isterimu? Logikkah? Sudah tentu TIDAK!! ia terlafaz kerana apa yang sedang kamu fikirkan ketika itu..tiada niat bercerai..yakinla” Tapi oleh kerana ia lafaz soreh saya jadi risau, bimbang..ditambah lagi dengan keadaan saya yang ada penyakit was-was.

    Kemudian timbul pula kata-kata jahat dalam kepala mengatakan.. ”Memang la kau takde niat..ntah-ntah kau secara tak sengaja tujukan lafaz tersebut pada isteri kau dalam hati saje nak cuba-cuba lepas tu terlafaz di mulut.…mana tau kan? lafaz soreh ni kalau takde niat tapi kalau dituju pada isteri jatuh talak tau..” Subhanallah..suara2 halus tersebut selalu bermain di fikiran saya ustaz. Tolonglah saya ustaz. Saya yakinkan diri saya ini suma kata-kata jahat..was-was yang dibisikkan oleh syaitan. Betul kan ustaz ini semua drpd syaitan.? Bagaimana mahu meyakini diri suara2 halus ini benar-benar drpd syaitan ustaz? Saya sudah sehabis jujur dengan diri saya ustaz.

    Soalan 1: Bolehkah ustaz ulas permasalahan saya ini. Adakah jatuh talak dalam keadaan ini? Adakah ia berpunca drp penyakit was-was yang saya alami selama ini? Saya dekatkan diri dengan Allah SWT mohon perlindungan drpd was-was ini. Solat hajat..menangis mohon perlindungan-NYA.

    Soalan 2: Bolehkah saya mengambil pendekatan ini untuk menghilangkan keraguan saya ini ustaz?..Berkata Asy-Syaikh al-Allamah Shalih Al-Fauzan..” Apabila ragu-ragu telah jatuh talak darinya, maka istrinya tidaklah tertalak hanya semata-mata ragu-ragu. Dikarenakan pernikahannya dibangun diatas keyakinan dan tidak bisa gugur hanya karena ragu-ragu..” atau dengan Kaedah fiqh yang kedua iaitu al-Yaqiin la Yuzaal bil al-Syak (Keyakinan tidak hilang dengan keraguan).

    Diharap ustaz dapat membantu saya dalam kesulitan saya ini.

  18. Salam ustaz..pekara ni amat mengelirukan saya, soalan 1) adakah keadaan batuk/berdehem/memhembus angin dari mulut sehingga bunyi angin ,talak akan jatuh?jika diniatkan talak…….soalan 2) jika seseorang itu memhembus angin dari mulut sehingga bunyi angin kerana isap rokok@bunyi angin sebab lain,pada masa yg sama lintasan hati ayat soreh berlaku tanpa niat.adakah ini talak akan jatuh?…….soalan 3) jika seseorang itu memhembus angin dari mulut yg mengeluarkan angin mengikuti lafaz soreh,adakah terjadinya talak?

  19. Kepada saudara amin,ustazlove ada terangkan pada saya,,lafaz soreh mestilah difahami.jika tidak difahami tidak dikira talak.alhamdulilah was-was saya alami makin kurang sejak ustazlove beri pandangannya.

  20. Assalamualaikum ustaz..saya nak tanya berkenaan zihar,kalau sisuami menyamakan anggota badan anak perempuan kandung dgn isteri, adakah zihar ke?

  21. Salam ustaz…saya ingin tahu pasal zihar,bagaimana contoh lafaz zihar?apa kafarah orang yg melangar zihar?

  22. Salam ustaz..bagaimana seseorang itu saja-saja mahu lafaz soreh dalam keadaan seorang diri,padahal isterinya tidak dengar..walaupun tidak ada niat?

  23. Salam ustaz..bagaimana seseorang itu sengaja lafaz soreh seorang diri.padahal isterinya tidak dengar..walaupun tidak ada niat talak?

  24. Assalamualaikum ustaz..saya ada soalan.suami saya telah pun melafazkan talak 1 pada saya akan tetapi keadaan dia pada masa itu dia begitu marah dan sedang bertekak dengan ibu dia tentang rumahtangga kami dan penyakit halusinasi dan kemarahan melampau dia datang pada masa itu kesan dari pengambilan dadah pil kuda.saya dapat tahu dia ambil benda itu. saya dapat lihat kelainan pada dia. soalan saya adakah jatuh talak itu?

    sekarang dia telah pergi berubat.dan apabila sekembali dari berubat, dia baru sedar yang dia dah pilih jalan yang salah.dan tidak mahu ulangi lagi dan akan berubah..dia brharap untuk saya merujuk kembali dengan dia akan tetapi saya tidak mahu kerana saya khuatir dan rasa serik dengan kesengsaraan saya semasa bersama dia sebelum ini. apa hukumnya jika saya tidak mahu rujuk?

    1. Rujuk tidak berada di tangan isteri, sebaliknya ia hak suami. Sebaiknya puan failkan pengesahan lafaz talak di mahkamah (untuk menentukan kesahihan talak tersebut) dan sekiranya puan tidak mahu kembali bersama, puan juga boleh memfailkan permohonan cerai (melalui tebus talak, fasakh dsb) di mahkamah.

      WA

  25. Assalamualaikum ustaz..saya keliru mengenai lafaz kinayah.Menyebabkan penyakit was2 saya agak kronik.1)adakah ini lafaz kinayah “saya hantar awak balik kampung@awak pergi balik kampung@awak pergi kerja@awak pergi ke kedai.adakah ayat diatas kinayah?sebab saya mengalami lintasan hati apabila lafaz.

    1. bukan.. lafaz kinayah adalah lafaz yg memberi kemungkinan cerai dan bukan semua lafaz kita boleh nisbahkan dengan perceraian. Lintasan hati itu hanyalah gangguan semata2. Abaikan saja.

  26. Salam ustaz…maaf saya tanya lagi,bagaimana seseorang itu lafaz seorang diri ayatnya “aku taknak” ataupun “taknak” adakah ini ayat kinayah?

  27. Salam ustaz..bagaimana dgn lafaz rujuk ni,jika dilafaz dgn ayat “aku sayang kamu” tapi dlm hati niat rujuk..sah ke?

    1. lafaz rujuk kena jelas, dan bukan sindiran.. contohnya aku rujuk kamu atau aku kembali kepada kamu..

  28. Salam ustazlove,SOALAN 1.sisuami sedang tidur,lalu siisteri kacau suami tidur..sisuami pun berkata “awak ni teruK la”.itu lafaz Kinayah ke?..SOALAN 2..Siisteri tahu suaminya nak ke pasar mlm beli brg,isteri bertanya “abg nak pergi ke? Suami jwb “ye. NI lafaz kinayah?

  29. Salam ustaz..SOALAN 1.situasinya berlaku macam ni,siisteri tanya “awak dah habis ke?(habis kerja meeting).lalu sisuami jwb “dah habis “.ayat kinayah ke?..SOALAN 2.isteri bergurau geletek pinggang suami.suami xtahan geli,suami kata “jgn kacau abg la”.ayat kinayah ke?..SOALAN 3.suami kata “jom” (tanpa sebut lokasi mana).itu ayat kinayah?

    1. bukan.. bukan.. bukan..

      lafaz kinayah ni adalah lafaz sindiran yg boleh membawa 2 atau lebih maksud yg salah satunya memberi maksud cerai.. contohnya ayat :

      – Kita dah tak ada apa2 hubungan lagi mulai sekarang.
      – Kita berpisah.
      – We’re finish.
      – Mulai hari ni, saya pulangkan balik awak kepada mak ayah awak.
      – Kita bukan lagi suami isteri.
      – Awak bukan isteri saya lagi.

      Semua lafaz kinayah ini memerlukan kehadiran niat untuk menceraikan. Kalau lafaz seperti :

      – Jom makan nasik.
      – Ketiak awak berbau tahi.
      – Saya nak tido la.
      – Mana seluar dalam saya?
      – Saya nak pergi keluar ni.

      Semua ayat ni, bukan lafaz kinayah sekalipun ada niat nak menceraikan. Ia hanya berupa keraguan dan was2 daripada syaitan.

      Jika betul nak cerai, tak perlu lafaz kinayah ni, bagi je lafaz sorih (terang2). Syaitan memang suka memainkan perasaan manusia dengan mendatangkan rasa was2. Jika datang lagi bisikan2 macam ni, istighfar banyak2.

      WA

  30. Salam ustaz,

    Saya ada persoalan mengenai lafaz yang saya sendiri tidak pasti. Begini, pada satu hari kawan saya ada bergurau ayatnya, kalau tayar kereta aku haus aku terus tukar kereta baru, yang kawan saya yang lagi satu bercakap kalau tayar kereta aku haus aku tukar enjin kereta.. tiba-tiba saya mencelah contoh ayat pada hari itu, kalau tayar haus nak kena tukar orang rumah… adakah ianya taklik sebab saya menggunakan ayat tu untuk umum atau am bukan mewakili diri saya… saya betul-betul stress memikirkan kelancangan lidah saya ketika itu.. mohon penjelasan ustaz..

  31. Salam ustaz, maaf satu lagi soalan…

    Bagaimana jika seorang isteri ada menyebut memang kita ni tak lama… setelah beberapa ketika kerana terlalu tertekan si suami berkata memang benar kata isteri aku kita memang tak lama… tapi tak niat nak talak atau cerai cuma celaru dengan masalah dan stress. Mohon pencerahan pihak ustaz.

    Terima kasih

  32. maaf ustaz,

    kalau talak tak jatuh, tapi sebabkan was-was saya lafazkan ayat rujuk.. adakah ada kesan apa2 sebabkan sifat was2 tu terhadap talak?

  33. Maaf ustaz saya banyak bertanya,keterangan ustaz dapat mengurangkan penyakit was-was saya alami bertahun2..ustaz,kinayah ke ayat ni “awak pergi balik ke rumah mak awak

  34. Salam ustaz,seperti masalah saudara zulhilmi,beliau lafaz rujuk disebabkan was-was ayat yg dilafazkan,jawapan ustaz,tak ada apa kesan.Soalan saya,jika seseorang itu was-was ayat yg dilafazkan,ayat tersebut bukan kinayah,lalu dia lafaz rujuk disebabkan was2,dia mengambil pendekatan yakin telah jatuh.padahal dia lafaz bukan kinayah,ada apa apa kesan ke?

    1. tak ada kesan.. yakin pun kena bergantung pada realiti.. kalau dia mengeluarkan kenyataan yg bukan lafaz talak (sama ada sorih atau kinayah), macam mana dia nak yakin bahawa itu lafaz talak? Itu bermakna, si suami itu sedang diserang penyakit was2.

  35. Salam ustaz,

    Saya ada kemusykilan, sekiranya suami teringat akan peristiwa dia bertengkar dengan isterinya dan keluarla ayat.. aku memang tak boleh… maskudnya xboleh tahan dengan perangai isteri tetapi bukan niat nak cerai atau ape pun.. bila dah terjadi ayat begitu mula la jiwa tak tenteram. Adakah gangguan syaitan atau sifat was2 setan semua tu.. mohon ustaz jelaskan

    Terima kasih

    1. itu semua bisikan syaitan yg cuba nak menjadikan manusia itu was2.. istighfar dan lupakan saja bisikan tu..

  36. Assalamualaikum Ustaz
    macamana ejaan nama bila ditranslate dari arab ke rumi: adakah Az-Zubair atau Az-Zubayr?
    terimakasih

  37. Salam ustaz..apa hukumnya jika si suami lafaz ayat kinayah@soreh yg tidak lengkap.maksudnya tidak lafaz perkataan aku dan awak..

  38. Salam ustaz,

    Isteri saya pernah bertanyakan soalan mengenai kalau dia cerita mengenai kisah silam dia dengan bekas pakwe dia dia ada tanya ‘ abang ada terasa tak?” kemudian saya menjawab ‘kalau tak terasa apa-apa bukan suamila… (beberapa saat terdiam)…..memangla ada terasa…” saya xda niat nak cerai atau apa… adakah ia lafaz soreh atau kinayah? mohon bantuan ustaz…

      1. Salam ustaz,

        Dalam hal ini, takde niat langsung nak lafaz cerai… cuma kalau akan datang isteri ualang balik ceritakan kisah silamnya dengan pakwe namun suami xde rasa apa2 adakah apa2 kesan?

        1. niat cerai dgn niat nak lafaz cerai tu berbeza.. jika saudara kata bukan niat cerai dgn menyebut lafaz itu, maka tak jadi la ia lafaz kinayah.. maka dianggap tak berlaku apa2 kesan pun sama ada saudara terasa atau tak terasa dengan kisah silam isteri.

  39. A’salam ustaz.saya juga mengalami was-was yg melampau.saya berborak dgn rakan saya,saya kata “si jazrul besok tugas di k.lumpur”.rakan saya pulak jawab “jazrul ganti awak ke?(tugas di Kl).lepastu saya kata “dia ganti saya”..adakah lafaz kinayah ke?

  40. Salam ustaz,
    Bagaimanakah dengan situasi sekiranya si suami telah melafazkan ayat “ Kita memang tak lama” disebabkan oleh perasaan was-was iaitu talak telah terjadi (walaupun tiada talak berlaku).
    Adakah lafaz “kita memang tak lama” itu dikira Lafaz Kinayah atau Taklik walaupun disebabkan oleh sifat was-was talak terjadi ?
    Atau ia sekadar mainan dan bisikan syaitan?
    Mohon jasa baik ustaz dalam hal ini.

  41. Ustaz,situasinya macam ni,adakah ini lafaz kinayah.kawan saya bertanya “hari ahad lepas awak kerja tak?.saya jawab “saya dah OFF(kelepasan kerja)

  42. A’salam ustaz.saya juga mengalami was-was yg melampau.saya berborak dgn rakan saya,saya kata “si jazrul besok tugas di k.lumpur”.rakan saya pulak jawab “jazrul ganti awak ke?(tugas di Kl).lepastu saya kata “dia ganti saya”..adakah lafaz kinayah ke?

  43. Salam ustaz,jika si suami itu melafazkan ayat kinayah,beliau tidak yakin@was-was sama ada niat atau tidak.jadi apa hukumnya ustaz?

    1. kembali kepada yg yakin, iaitu tidak ada niat.. sebaiknya sahkan lafaz itu di mahkamah untuk lebih kepastian.

  44. Kalau xpergi ke mahkamah xper ke ustaz?sebab sisuami itu yakin tidak niat .setelah mengambil pendekatan yakin tidak niat

  45. ustaz..Kalau sisuami tu,melafaz ayat kinayah,dia jadi ragu-ragu sama ada niat atau tidak.dan beliau mengambil pendekatan yakin telah jatuh.selepas tu,mengambil pendekatan yakin tidak jatuh plak.ada kesan ape-ape ke ustaz? Di sebabkan si suami ragu2..

  46. Salam Ustaz…saya nak bertanya..kalau saya dan suami bergado… then..suami saya cakap ” “saya nak tinggalkan awak..tapi awk tak nak”.. itu macam mana yer…kira jatuh talak atau tak…saya betol2 nak tau & risau..

  47. Assalamulaikum ustaz.. saya nak bertanya… adakah saya berdosa menyembunyikan poligami ayah saya dari ibu saya?.. dalam masa yang sama demi menutup kesalahan, ayah saya memfitnah ibu saya yang mengatakan ibu saya berlaku zalim kpd ayah dan tidak hormat dia sedangkan semua tu tak berlaku.. jika ibu saya tahu pasti dia akan meminta cerai dan keluarga berantakan… apa yang perlu saya lakukan?

    1. Saudara tak berdosa menyembunyikan perkara itu, sebab poligami itu bukan suatu dosa. Jadi, tiada dosa bersubahat di situ. Perbuatan ayah memfitnah ibu itu adalah berdosa. Sebaiknya saudara nasihatkan ayah agar tak memburukkan dan memfitnah ibu kerana ia perbuatan dosa. Selebihnya, biarlah mak ayah selesaikan sendiri masalah mereka. Saudara cuma banyakkan berdoa semoga semuanya berjalan dengan baik.

  48. salam ustaz love,
    mahu bertanya…hari itu sy dah tanya ustaz pasal keadaan n kemusykilan sy tentang talak kinayah..n rujuk kat pejabat agama pon..depa kata tak jatuh talak kinayah…

    tapi sy sbg istri was was n selalu terfkir ade lagi ke lafaz yg kita terlupa ke…dan si suami yakin die xberniat nk ceraikan kan kita…

    dah kebetulan pejabat agama pon kata xjatuh talak so kami xforward hal ni ke mahkamah..cume was was je

    so keadaan yang macam ne suami kene cakap rujuk balik atau kene menikah balik??

    kalo talak xjelas ni jatuh maknenye kene menikah balik atau just boleh lafaz kan rujuk je…?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme