I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Syiah Mempertikai Abu Hurairah

Salam…

Ustaz Love nak menyambung pasal topik Syiah ni.. Bukan sebab nak tarik trafik, tapi disebabkan ada soalan2 daripada geng Syiah ini yang ‘kononnya’ menuntut penjelasan.. Padahal, bila diberi penjelasan, mereka dgn mentah2 menolaknya.. bila didatangkan dalil daripada kitab mereka sendiri, dgn mudah2 mereka mengatakan itu pendapat palsu la, ia pegangan Syiah ghulat (pelampau) la.. Padahal pendapat2 tu adalah pendapat Ayatollah2 mereka sendiri…

Kali ni ada satu (sebenarnya 2) dirangkumkan sekali pertanyaan tersebut.. daripada ustloveyazid (satu lagi kebiasaan Syiah menggunakan identiti org lain utk dinisbahkan sesuatu perkara..) :

apa ni ustaz sang penakut..soalan dulu tak terjawab..knapa abu hurairah yg hidup dua tahun ngn Rasulullah tp meriwayatkn hadith lebih dari sahabat2 lain yg hidup lama ngn nabi..beribu riban hadith dia riwayatkan direct daripada rasulullah kononnya..

Pertamanya, riwayat mana yg mengatakan Abu Hurairah r.anhu hidup 2 tahun saja bersama Nabi s.a.w? Abu Hurairah hidup 4 tahun (sejak masuk Islam semasa di Khaibar pada tahun ke 7 Hijrah).. jadi, tak betul Abu Hurairah hidup cuma 2 tahun bersama Rasulullah s.a.w.

Kemudian, ada apa masalah dgn riwayat beliau yg beribu2 itu? Bukankah Aisyah yg meriwayatkan lebih 2 ribu hadis dan hidup bersama Nabi s.a.w. berbelas tahun juga, ditolak dan difitnah oleh puak Syiah ini?

Sbb itu, Syiah kena lihat kembali ke belakang.. jangan kerjanya dok nafi je.. Ulamak Syiah kata lain, ulamak Syiah kemudian ni kata lain.. maka tak pandang dah ke belakang.. padahal, kalau menolak ulamak terdahulu (apatah lagi ulamak besar spt Baqir Majlisi yg kononnya lebih hebat berbanding al-Bukhari), bagaimana pula dgn kesinambungan sanad? Apakah cukup dgn  mengatakan kitab itu palsu, pendapat itu daripada syiah ghulat dsb tanpa ada hujah ilmiah? Daripada hari tu lagi Ustaz Love dok tanya, mana yg palsunya dalam kitab “Al-Anwar An-Nukmaniyyah” tu… sorang pun takde yg mampir menjelaskannya…

Jika diteliti daripada athar dan sejarah para sahabat, maka kita memahami bahawa Abu Hurairah r.anhu termasuk di kalangan ahlus suffah (golongan yg miskin yg duduk di masjid Nabi) yg mengabdikan hidup mereka untuk mendengar dakwah Nabi s.a.w. Berbeza dgn para Muhajirin (yg lebih lama masuk Islam), mereka kebanyakan masanya ada yg berniaga, berkebun, berdakwah dsb.. maka masa mereka bersama Nabi s.a.w. agak kurang..

Abu Hurairah r.anhu adalah seorang sahabat yg sentiasa berdamping dgn Nabi s.a.w. Lebih daripada itu, beliau dikurniakan keistimewaan dari segi hafalan.. jadi, tiada masalah bagi beliau yg meluangkan sepenuh masa bersama Rasulullah s.a.w. untuk menceritakan kembali hadis2 yg keluar daripada mulut Nabi s.a.w. atau perbuatan Baginda..

Adakah org yg kuat hafalan dan pintar seperti itu? Kenapa pula tak ada.. Kat Malaysia ni pun kita ada Adiputra yg kepintarannya mengalahkan professor Universiti… apatah lagi kalau para sahabat yg secara umumnya kita (ahlus sunnah) menerima ‘adalah (keadilan) mereka…

Sbb itu titik pertemuan antara Sunni dan Syiah ini tak dapat nak bercantum.. sbb Syiah tidak menerima ‘adalah para sahabat.. bukan setakat tak terima, dikutuk lagi.. dihina.. difitnah…

Buktinya, ustloveyazid itu sendiri menyatakan :

bodo la kau ni aizam…org ckp pertubuhan zaman skg.. bukan zaman dulu..aku tgk ko ni hujjah lemah..balik2 pusing2 putar2..tapi aku tak heranlah sbb nasibi mmg mcmtu karakter dorg..mcm yazid ibn muawiyah la lebih kurang“..

Ustaz Love ni Ustaz Aizam? Inilah sikap Syiah yg suka serkap jarang.. kalau nak sangat berdialog dgn Ustaz Aizam, sila ke blog beliau http://mufakkir-islami.blogspot.com/

Ustaz Love ni ada rupa mcm Ustaz Aizam ke? 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. Teruskan usaha murni ustaz love dalam berdakwah. Penjelasan yg sungguh jelas dan meyakinkan. Tahniah 🙂

  2. wakakaka…
    ustaz love adalah ustaz aizam?
    wakakaka lagik…

    ustaz aizam mesti tersedak sampai tersedu2 bila baca nih…. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme