I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Syiah Guna Dalil Wikipedia?

Salam…

Kalau ikutkan, Ustaz Love malas nak menjawab pertanyaan ustloveyazid ni… sbb kenyataan beliau agak ‘bodoh’ berbanding dgn kenyataan ‘kawan2’ beliau yg Ustaz Love jawab sebelum ni..

Ustaz Love minta datangkan sumber kenyataan beliau sebelum ni daripada kitab2.. tapi beliau mengemukakan dalil wikipedia dan berpegang sungguh2 dgn dalil tersebut… Dengan dalil wikipedia, dia cuba nak meragui Abu Hurairah?

aduh kelaka la ustazlove ni..tak baik berbohong semata2 nak jaga kedudukan dimata followers blogger anda..kalau anda cakp saya kurang arif itu lebih baik…ni baca lah..saya pasti ustaz love boeh bca bahasa arab kan..

أبو هريرة أكثر الصحابة رواية للحديث رسول الله لكن جزء كبير من أحاديثه مشكوك بصحتها فهو لم يعرف الرسول الكريم إلا لمدة سنتين فقط,و كان من أشدالمقربين لمعاوية بن أبي سفيان المعروف عنه مخالفته لتعاليم الإسلام. اسمه في الجاهلية عبد شمس بن صخر ولما أسلم أسماه رسول الله عبد الرحمن بن صخر الدوسي نسبة إلى قبيلة دوس بن عدثان بن عبد الله بن زهران.

ni bru saya ambil dari wikipedia sbb rujukan ni senang di capai oleh semua org termasuk org awam..nak saya ambil dari rujukan2 sejarah dll pulak ke? terang2 kat situ disebut abu hurairah 2 tahun bersama nabi dan dia merupakan kalangan sahabat yang paling dengan muawiyah bin abi sufyan yang kita semua sedia maklum baik islam atau kristien atau yahudi bahawasanya muawiyah mempunyai permusuhan dengan saidina ali karramallahu wajhah sehingga..ni nak bagitau kalau umar bin abdul aziz tak hentikan budaya melaknat saidina ali (yg dipupuk dan diwajibkn sehingga menjadi “sunnah”) di atas mimbar2 masjid terutamanya di syam, agaknya ustaz love pn akan melaknat dan menganggap itu satu perkara syarei..auzubillah..Allahumashad inni atabarrau’ min a’daa’ auliaaika ya rabb..para followers blog ni blh pg tgk n kaji sendiri..kalo asik dgr cakap ustaz (kt kampung saya peniaga satay pn dipanggil ustaz) nanti kita tak tahu kebenaran..kenalilah kebenaran dahulu nescaya kamu akan kenali ahli2nye (ahli kebenaran)

kita kaji sikit ye ustloveyazid :

1. perhatikan pada kalimah “جزء كبير من أحاديثه مشكوك بصحتها” (sebahagian besar hadis2 yg diriwayatkan (oleh Abu Hurairah) diragui kesahihannya)

2. perhatikan lagi kat “فهو لم يعرف الرسول الكريم إلا لمدة سنتين فقط” (Abu Hurairah tidak mengenali Nabi s.a.w. kecuali untuk tempoh 2 tahun sahaja)

3. perhatikan lagi pada “و كان من أشدالمقربين لمعاوية بن أبي سفيان المعروف عنه مخالفته لتعاليم الإسلام” (Abu Hurairah sangat2 rapat dengan Mu’awiyah bin Abu Sufyan yang terkenal dgn penyelewengannya terhadap ajaran Islam)

4. perhatikan pada petikan di wikipedia tapi tak diletakkan di sini : “وهاجر في محرم من السنة السابعة من الهجرة إلى المدينة أثناء فتح خيبر أي بعد إسلامه بعشر سنوات” (Abu Hurairah berhijrah pada bulan Muharram tahun ke 7 daripada Hijrah semasa peperangan Khaibar iaitu selepas 10 tahun beliau memeluk Islam)

5. perhatikan pada “أسلم على يد الصحابي الجليل الطفيل بن عمرو الدوسي رضي الله عنه في السنة الثالثه قبل هجرة الرسول” (Abu Hurairah memeluk Islam di tangan at-Tufail bin Amr Ad-Dusi pada tahun ke 3 sebelum Hijrah)

Maka kita akan bongkarkan tentang tipudaya Syiah ini… jadi, berhati2lah sebelum menggunakan wikipedia sebagai sumber rujukan 😉

1. Seperti yg kita sedia maklum, wikipedia ni bukanlah suatu sumber yg diiktiraf.. sesiapa pun boleh menambah sesuka hati… contohnya, Ustaz Love menulis tentang diri Ustaz Love sebagai bekas ketua persatuan ulamak sedunia (kira kalah la PUM.. hehe) lepas tu, ada org google Ustaz Love, insyaAllah beliau akan mendapati bahawa Ustaz Love merupakan bekas ketua persatuan ulamak sedunia.. tapi boleh percaya ke? sebab tu kena selidik dulu… kalau tak kita akan malu sendiri..

2. Kemudian, cuba bandingkan teks asal dalam kitab “أئمة الحديث النبوي” dengan yg ada di Wiki-wiki :

  • أبو هريرة أكثر الناس رواية و من أشهر صحابة رسول الله محمد (صلى الله عليه و سلم).
  • Abu Hurairah merupakan org yg paling banyak meriwayatkan hadis dan di antara sahabat2 Nabi s.a.w. yg masyhur
  • أبو هريرة أكثر الصحابة رواية للحديث رسول الله لكن جزء كبير من أحاديثه مشكوك بصحتها

  • Abu Hurairah adalah sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. tetapi sebahagian besar hadis2 yg diriwayatkan (oleh Abu Hurairah) diragui kesahihannya

Apa beza 2 teks di atas? Teks yg pertama itu tiada penambahan (sebahagian besar hadis2 riwayatnya diragui kesahihan).. Teks ke 2 adalah daripada wikipedia.. dan ada penambahan itu..

Selain itu, teks yg dikemukakan di wikipedia juga mengandungi kecaman terhadap Muawiyah (yg mana ianya bukanlah sesuatu yg dibenarkan oleh golongan sunni untuk mengutuk / menghina sahabat Nabi s.a.w.

Walaupun ustloveyazid ini menggunakan rujukan Dr. Abdul Majid Hashim Al-Husayni dan Tabaqat Ibn Saad, tapi ternyata ia bukanlah daripada yg asal.. tambahan pula riwayat2 dalam Tabaqat ibn Saad ada yg melalui jalan gurunya (al-Waqidi) sedangkan al-Waqidi menurut penilaian ahli hadith adalah ‘matruk’ iaitu hadisnya tidak boleh diterima langsung (footnote Musnad Ahmad jilid 43 : 369)

Berkenaan dgn masanya beliau bersama Rasulullah, berikut adalah penjelasannya :

يرى البعض ان أبو هريرة قد عاشر رسول الإسلام محمد بن عبد الله عاما وتسعة أشهر أو ثلاثة أعوام حسب بعض الروايات

“Sesetengah ulamak berpandangan bahawa Abu Hurairah telah bersama2 Rasulullah selama setahun sembilan bulan… atau 3 tahun menurut sesetengah riwayat…

Pandangan Ustaz Love adalah berdasarkan apa yg dinyatakan dalam kitab itu “A’immatul Hadith An-Nabawi” bahawa Abu Hurairah telah memeluk Islam pada tahun ke 7 Hijrah dan umurnya ketika itu 30-an (berlawanan dgn kenyataan wiki2 – no 5 – yg menyatakan Abu Hurairah memeluk Islam pada tahun ke 3 SEBELUM hijrah Nabi s.a.w.)

أسلم في السنة السابعة من الهجرة عام خيبر و كان عمره حينذاك نحوا من الثلاثين سنة

Dan Ustaz Love mengambil pandangan yg lebih kuat dalam penilaian tarikh kewafatan Nabi s.a.w. (bukan angka 12 yg menjadi kegemaran Syiah Imamiyyah – Syiah Imam 12)

“daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua’im Fadhal bin Dukain dan lain-lain. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579). Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M.”

Oleh kerana Abu Hurairah masuk Islam tahun ke 7 Hijrah, dan Nabi s.a.w. wafat pada tahun ke 11 Hijrah, bukankah jarak masa itu adalah selama 4 tahun?

Pasal fitnah yg kononnya Muawiyyah melaknat Ali sehingga mewajibkan melaknat Ali di minbar2, jap lagi la Ustaz Love jawab.. nak gi berak jap..

p/s : kebetulan Ustaz Love memang suka makan satay.. tapi tak pandai nak bakar satay.. 😀

أبو هريرة أكثر الناس رواية و من أشهر صحابة رسول الله محمد (صلى الله عليه و سلم). اسمه في الجاهلية عبد شمس بن صخر ولما أسلم سماه رسول الله (صلى الله عليه و سلم) عبد الرحمن دوس نسبة لزهران أحد قبائل اليمن العريقة في عروبتها. أما سر كنيته أنه كان يرعى الغنم و معه هرة صغيرة يعطف عليها ويضعها في الليل في الشجر ويصحبها في النهار فكناه قومه أبا هريرة.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. sebenarnya banyak lagi persoalan2 merepek puak Syiah ni.. ada la dekat 50 komen Ustaz Love tak approve.. tapi disebabkan beliau bertanya kat blog Ustaz Love, maka menjadi tanggungjawab Ustaz Love untuk menjelaskannya.. harapan Ustaz Love agar ianya menjadi iktibar buat golongan sunnah untuk lebih menguatkan keyakinan terhadap pegangan ahlus sunnah dan menolak pegangan Syiah.. begitu juga pada golongan Syiah, semoga mereka bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yg sebenar 😀

  1. salam ustazlove,

    gi santai kat mana hujung minggu nie ghan anak-anak..:)
    alahaii….letih ustazlove menjawapnya ,mulut tempayan bolih ditutup,inikan pulak mulut manusia…(ehh kena mengena tak dgn entry ustaz nie……hihi )

    tak sudah sudah lagi kes Syiah nie yer..ishh

    1. salam ateh..

      Ustaz Love takde ke mana2 pun.. duduk umah je.. malas nak kuar..

      Kes Syiah ni memang tak bleh selesai… mcm kerja syaitan juga, tak pernah selesai.. kiranya manusia ni ada je masa nak berehat.. tapi syaitan ni kerjanya 24 jam cuba menyesatkan manusia 😀

  2. salam ustaz…
    tak pandai nak komenlah ustaz. akak baca tulisan ustaz utk tambah ilmu.
    akak baru balik dari makan sate kerang.. kat tanjung karang.. 😀

    1. salam kakyon..

      ok je kak yon.. lepas ni, bleh la Ustaz Love panggil kak yon Ustazah.. sbb dah makan sate 😀

    1. apa2 pun, kena siasat dulu sebelum amik sebagai pegangan.. sbb sumber terbuka ni memang terdedah dgn penyelewengan 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme