I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Siapa Nasibi?

Salam…

Ustaz Love menerima beberapa komen berkaitan ‘nasibi’… iaitu daripada geng2 Syiah ini… berikut adalah kenyatan pembelaan daripada beberapa pengkomen Syiah berkenaan ‘nasibi’…

Ini komen drp mohd (pengkomen tegar kat blog Ustaz Love)

“rupa2nya ustazlove xtau apa makna nasibi….nasibi bg glgn syiah adalah mereka yg mencaci maki ahlul bait suci nabi…cth nasibi adalha Salman Rusydi……Ahlul sunnah yg lain bukan nasibi bg glgn syiah…Bahkan ramai dari golongan syiah berkahwin dengan glgn ahlul sunnah,xkan la isteri atau suami mereka najis plak…..”

Mungkin Ustaz Love yang tersilap, atau mohd sendiri yang salah pandang… Memang agak sukar untuk berdebat dgn golongan Syiah ini, sbb perangai mereka yg suka bermuka2… Walaupun dah jelas dinyatakan dalam kitab2 mereka, tapi bila mereka cuba mempertahankan diri, mereka akan mengatakan bahawa ianya kenyataan palsu, kitab mereka ada hadis dhaif dan palsu (padahal manhaj mereka dlm Ulumul Hadith pun tak berapa jelas.. Jadi, bagaimana mereka sendiri pulak yg menentukan ianya sahih atau palsu?

Dalam kes ini, contoh yang terdekat adalah berkenaan dgn golongan Nasibi… mereka mempertikaikan maksud yg difahami oleh golongan Sunnah bahawa Nasibi itu dimaksudkan dgn Ahlus Sunnah… mereka menafikan sekeras2nya.. sbb banyak kenyataan2 ulamak besar mereka yg mengecam golongan Nasibi ini.. dan yg paling keras adalah kenyataan bahawa golongan Nasibi ini halal darahnya, dan mereka juga adalah najis..

Maka, nak tak nak, Ustaz Love terpaksa membandingkan dgn kenyataan itu dgn kenyataan sebenar drp Ulamak Besar mereka…

Dalam Usul al-Kafi, kitab paling sahih di sisi Syiah yang mereka dakwa mengatasi Sahih al-Bukhari menyebut menyebut satu riwayat yang menggunakan lafaz ‘al-nasib’ kepada Imam Abu Hanifah. Lihat al-Kafi jil 8, m.s : 292, Cetakan Dar al-Kutub al-Islamiyyah, Teheran. . Begitu juga kitab Iddah al-Masai’l, cetakan Qom – pada muka surat 253,263, 265, 268 dan 270.

Syeikh Husin bin Muhammad Aali al-‘Usfur ad-Darazi al-Bahrani menegaskan : “Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah” Lihat Al-Mahasin al-Nafsaniyyah fi Ajwibah Al-Masail al-Khurasaniyah. Hlm. 147, Cetakan Beirut.

Berkenaan dgn pernikahan dgn pasangan Sunni-Syiah, memang boleh berlaku.. berapa banyak kes pernikahan Islam-Buddha, Islam-Kristian, Islam-Hindu dsb?.. bukanlah sbb ianya memang ajaran Islam, sebaliknya ia merupakan kehendak mereka sendiri yg dipandu nafsu tanpa memikirkan batas syariat..

Tambahan pula, ada di kalangan Syiah yg kurang kuat pegangan dlm akidah Syiah (spt Syiah liberal dsb).. maka tiada masalah bagi mereka untuk bernikah dgn golongan Sunnah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme