I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kenapa Iran Tak Bunuh Sunni?

Salam…

Ini lagi kenyataan daripada mohd :

Namakan satu pertubuhan yg berjaya mengusir yahudi selain Hezbolah? Al-Qaeda pun xberperang dgn yahudi tp mengganggu ketentraman awam di merata dunia…..Dan kalaulah benar SYIAH MENGHALALKAN DARAH GLGN AHLUL SUNNAH maka pastinya di Iran telah pupus glgn Sunni akibat berlumba-lumbanya glgn Syiah membunuh mereka kerana ia mndpt pahala besar seperti yg ustaz love kata….

Ustaz Love dah jawab persoalan Hezbollah dan al-Qaeda dalam entry sebelum ni…

Itu bukanlah kenyataan peribadi daripada Ustaz Love.. sebaliknya ia merupakan kenyataan ulamak Syiah sendiri… menjawab persoalan kenapa Iran tak bunuh golongan sunnah? Cuba baca laporan berikut :

1. 20 September 2010 – Sunnionline

KURDISTAN: Beberapa hari lepas, pihak berkuasa Iran menahan Ulama Sunni, Shaikh Mullah Muhsen Husaini, imam dan khatib masyarakat Sunni di bandar Kamyaran dalam wilayah Kurdistan.
Menurut HRANA, sebuah pertubuhan aktif hak asasi manusia di Iran, beberapa hari lalu pihak berkuasa rahsia Iran di Kamyaran menahan ulama Sunni yang juga seorang hakim Mahkamah Keluarga Kamyaran, dan ditempatkan di penjara yang tidak diketahui. Dua minggu sebelum itu, Shaikh Husaini menyebut dalam khutbah Jumaat mengaitkan kerajaan mensabotaj usaha-usaha kearah perpaduan antara penganut Sunni dan Syiah. Ulama berkenaan telah beberapa kali ditahan sebelum ini kerana menyuarakan diskriminasi dan kemiskinan dalam kawasan masyarakat Kurdis.

2. 21 Jun 2010

TEHRAN: Abdolmalek Rigi (gambar)- digelar Umar Mukhtar kedua, ketua pemberontak kumpulan Sunni, Jundullah, yang melancarkan penentangan di wilayah Sistan-Baluchestan, digantung pagi Ahad lalu, lapor IRNA.
“Selepas diputuskan dalam tribunal revolusi Tehran, Abdolmalek Rigi digantung pagi Ahad di penjara Ein Evin ,” kata IRNA.

3. Bahman Shakuri dari Tawalesh, sebuah bandar di bahagian barat Irana, dituduh kerana tidak mempercayai Imam 12 Syiah adalah nabi, dan dihukum bunuh pada 1988.

4. Shaikh Abdel Wahab Khafi dari Khorasan, dituduh bekerjasama dengan wahabism, akibatnya disiksa hingga mati pada 1990.

5. Dr. Ali Mozafarian seorang pemimpin agama Sunni Muslim dan seorang pakar bedah terkenal, telah disiksa dengan teruk dan akhirnya dihukum mati pada 1992 kerana tuduhan mempunyai hubungan dengan pergerakan wahabi.

6. Ayatollah Allameh Abu AlFazl Borqaie pemimpin agama Syiah terkenal sebelum revolusi, kemudiannya memeluk Sunni. Percubaan kali pertama untuk membunuhnya gagal. Kemudian ditahan dan dibuang daerah. Akhirnya meninggal pada 1992.

7. Allameh Ahmad Mofti Zadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Kurdis, menderita disiksa di penjara selama beberapa tahun sehingga membawa kematiannya pada 1993. Telah dibebaskan sebelum itu, tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan luar negeri.

8. Molavi Abdel Malek Mullazadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Baluchi. Moalvi Abdel Malek adalah anak sulung kepada pemimpin agama terulung di Baluchistan, terbunuh dalam serangan di Karachi oleh kumpulan pengganas Aid Mohamed Bamari yang didalangi regime Iran pada 1996. Kumpulan yang sama juga dipercayai terlibat dalam usaha menghapuskan pemimpin pembangkang Iran di Britain.

9. Molavi Abdel Naser Jamshid Zahi, dari Baluchista, Iran – seorang pensyarah di salah sebuah sekolah Islam Karachi terbunuh syahid bersama Movlavi Abdel Malek pada 1996 di Karachi.

10. Farouq Farsad dibunuh pada 1996 selepas dibuang daerah.

11. Molavi Qlandar Zahi dibunuh pada 1997.

Molla Mohammed Rabiei pemimpin agama Sunni Muslims di Kermanshah dibunuh oleh pihak perisikan Iran pada 1996. Beliau adalah penulis terkenal yang telah menghasilkan 40 buah buku dan artikel-artikel penting.

Dr. Ahmad Mirin salah seorang ulama terulung di Baluchstan dibunuh oleh pihak regime padan 1996 selepas ditahan di lapangan terbang Bandar Abbas.

sumber dipetik di sini… boleh baca daripada awal, bagaimana tekanan dikenakan ke atas golongan sunni di Iran 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. sebenarnya bukan negara Islam, tapi negara Syiah.. sama juga masa Revolusi 1979 dulu.. bukan Revolusi Islam, tapi Revolusi Syiah.. 😉

  1. bl dibaca teliti syiah telah menyeleweng dr agama islam yg asal…syahadah mereka pun tokok tambah n semasa menunaikan solat pun dlm solat mereka mengkeji sahabat rasulllulah n saiditina aisyah…kalo tgk dr cara ulama syiah bercium mulut dgn pengikut dia pun rsnye zmn rasullullah pun x buat mcm tu…sebenarnye kene bukak mata hati untuk menilai mana yg benar tentang islam atau tidak…coz sejak kematian gadafi baru saya terfikir nak tau apa itu syiah atau sunni…saya harus mengaku yg selama ini saya jahil tentang agama n tak tau apa itu sunni n syiah…islam saya hanya ikut2…rsnye ramai lg yg mcm saya coz suami saya pun x tau apa itu syiah n sunni…siap blh kata saya bkn sunni lagi…pdhal dilahirkan dlm islam bersyahadahkan rasulllullah sebagai rasul…

    1. cukuplah jika difikir dengan akal pun, manusia yg waras akan menolak syiah ini.. belum menolak dgn hujjah dalil lagi tu 😉

      1. Ingatkan pasal Muammar Gaddafi td..huhu.pasal syiah rupenya..
        Pasal Muammar Gaddafi tu, walaupun semasa hidupnya bukan org baik tp tak seharusnya mayatnya dipamerkan sehingga busuk..isk. x phm la manusia yg suka suki nk adili org dah mati ni..

        1. begitulah bila dah meletakkan nafsu di depan.. sepatutnya beliau kena dibicarakan dulu.. bukan main bunuh mcm tu je 😉

  2. Diikutkan ustaz, masyarakat syiah juga banyak dibunuh oleh pemimpin yang berfahaman aswj. Termasuklah mass murder di iraq yang berlaku pada masa pemerintahan presiden iraq yang dihukum gantung. Di iran juga, semasa pemerintahan shah iran, syiah ditindas dan dibunuh (mass murder). Kedua-duanya ada dalam lipatan sejarah. Bagi saya, isu pembunuhan dan penindasan ini lebih kepada isu politik, konflik politik di timur tengah. Namun ada pihak yang berjaya menguatkan sentimen sectarian di antara mereka lalu mutakhir ini berlakunya perang sivil diantara mereka. Contoh petualangnya ialah arab saudi (negara sunni). Ianya juga bagi saya bukan bersifat sectarian, tetapi politik. Namun mereka mainkan isu sectarian, demi melunaskan misi politik mereka.

    Di malaysia juga ada yang mengamalkan mazhab syiah. Kita perlu lebih bersedia dari segi ilmu untuk mentarbiah mereka supaya tidak jauh lagi lari daripada aqidah. Namun ianya takkan berlaku sekiranya kita penuh dengan sentimen dan memandang mereka ibarat sampah yang harus dilupuskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme