I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Islam Separuh?

Salam…

Rupanya banyak lagi rentetan daripada isu tudung ni… Ustaz Love tak pernah menjangka yang isu tudung merupakan isu yang panas dan meletop… sbb tak pernah dibicarakan kat rancangan Melodi pun.. hehe..

Jadi, walaupun entry ni sebenarnya lebih umum daripada itu, tak dapat tidak, ianya berkait jugak sedikit sebanyak dengan isu tudung.. tak kira la tudung shawl ke, tudung butang ke, tudung bawal ke.. mahupun baju kurung, baju jubah ataupun bikini…

Betul ke Islam tu tak bleh amik separuh2? Maksudnya amal separuh, tinggal separuh? Kiranya mcm puasa bulan Ramadhan 15 hari, pastu tinggal puasa lagi 15 hari tu? Ataupun pakai tudung tutup separuh rambut je ke, ataupun mcm cukur misai separuh, separuh lagi biarkan… Pelik tak? Memang pelik kalu ikut logik akal… Begitulah juga kalau ikut syariat… tak bleh ikut separuh2.. kena buat semua sekali…

Dalilnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (al-Baqarah : 208)

Betul ke tafsirannya spt mana yg kita faham?

Dalam memahami al-Quran ini, kita tidak boleh mentafsirkan secara literal (zahir) sahaja… kerana al-Quran ini adalah Kalam al-Mu’jiz (Kalamullah yg menjadi mukjizat) dan menggunakan bahasa Arab peringkat tertinggi… Orang Arab sendiri belum tentu memahami sesetengah maksud ayat al-Quran, apatah lagi orang ‘Ajam (bukan bangsa Arab)..

Untuk menceburkan diri dalam bidang tafsir, perlu menguasai ilmu alat (nahu, saraf, balaghah dsb) serta mempunyai pengetahuan ttg asbabun nuzul (sbb turun ayat) supaya penafsiran tak lari daripada maksud sebenar..

Jika mengikut kaedah “al-‘ibrah bi ‘umumil lafdzi la bi khususis sabab” (iktibar diambil drp umum lafaz dan bukan sebab yg khusus) maka, betullah spt yg kita fahami… Kena ambil semua hukum syariat, tak bleh amik separuh2… Cuma, kalau kita memahami asbabun nuzul, maka kita akan mengetahui akan maksud ayat itu dengan lebih tepat..

Ayat ini turun berkenaan dengan pendeta2 Yahudi yang telah memeluk Islam, tetapi masih lagi nak mengguna pakai syariat Nabi Musa (yg ada dalam kitab Taurat) pada sebahagian hukum, dan beramal dgn syariat Nabi Muhammad s.a.w. pada sebahagian hukum.. maka, amalan sebegini adalah tertolak.. kerana selepas memeluk Islam, hanya syariat Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang boleh diamalkan..

Dan Allamah Ibn Kathir (ulamak tafsir terkenal) mentafsirkan bahawa kena beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. sepenuhnya, menerima keseluruhan syariat Allah, dan meninggalkan seluruh larangan Allah.. sesuai dengan kemampuan mereka..

Maka, di sudut kemampuan itulah yang menjadi polemik perbincangan sebenarnya… Sbb kalau kita tak mampu nak solat Zohor (kerana terlalu sibuk kononnya), kita setakat berdosa saja.. tapi kalau kita menafikan / mengingkari kefardhuan solat Zohor itu, maka kita telah terkeluar drp Islam.. Beza antara kekurangan kemampuan untuk beramal dan keingkaran atas kewajipan sesuatu amalan..

Sebab itu, dalam hal kemampuan, hanya kita saja yang tahu diri kita mampu atau tidak.. Kita sendiri tak mampu nak menentukan kemampuan org lain untuk beramal dgn keseluruhan agama..

Kata Syed Qutb (kalau tak silap) : “Kalau tak mampu nak amal semua, jangan tinggal semua”..

Seperti kita buat rumah.. bukanlah rumah tu terus siap dengan tingkap, pintu, atap, dinding dll pada hari yg sama.. untuk pasang tiang pasak (kalau rumah kampung la), mungkin amik masa gak 3 4 hari.. itu belum dinding lagi.. belum masuk atap lagi… dah ada dinding, ada tiang, ada atap.. kita panggil juga rumah, walaupun pintu, tingkap dan lantainya belum siap lagi…

Jika difahami maksud ayat al-Quran di atas dengan buat semua sekali secara serentak, maka akan lembik la org yg baru masuk Islam sbb dipaksa puasa sebulan penuh, padahal dah berpuluh tahun beliau tak pernah berpuasa… bukanlah Ustaz Love nak bgtau puasa mendatangkan mudarat (jgn silap paham) plak, tapi nak bagitau setiap perkara ada tingkatannya..

Nak jadi engineer (pekerjaan dunia) ni pun perlukan beberapa tahap (sekolah tadika, sekolah rendah, menengah, matrik, U dsb), apatah lagi amalan agama.. Memang mudah kalau dah biasa.. Tapi cukup payah kalau tak biasa…

Cuba suruh pak Imam lumba lari 100 meter dgn Usain Bolt… Usain tak sempat berpeluh pun, tapi pak Imam mungkin pingsan kat garisan penamat.. Cuba plak suruh Usain jadi imam solat, mau terketar2 berbanding pak Imam yg dah biasa mengimamkan solat.. Sbb tu tak ramai pemimpin yg sanggup mengimamkan solat, walaupun mereka menjadi ketua kepada masyarakat yg lebih ramai berbanding jemaah masjid…

Cumanya, janganlah kita sentiasa menganggap yg kita ni dok tak mampu je.. sepuluh tahun lepas dah elok2 berkopiah berjanggut, tapi skrg tak mampu plak hatta nak bela janggut seurat… Ini menunjukkan kemunduran… Sepatutnya kita kena berusaha ke arah yg lebih baik… Kalau dulu janggut nipis, naik sket tahap berjanggut mcm Osama ke.. jangan sampai ke lutut dah la…

Panjang plak penulisan ni.. harap dapat menjawab persoalan sang penanya πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. assalamualaikum
    sangat tertarik dengan entry ini
    bagi saya, perubahan memang perlukan masa
    yelah, sebagai contohnya
    orang jahat yang ditangkap dan dihukum dalam penjara
    tak terus-terusan dia jadi baik sejurus sejam masuk penjara kan

    begitu juga dengan berubah ke arah yang lebih sempurna
    kena berperingkat
    baru rasa nikmat yang sedikit-sedikit itu
    memang benar kena ambil sepenuhnya Islam itu
    tapi, kalau terus-terus terima sepenuhnya
    esok rasa terbeban, dan berhenti nak berubah
    tak guna juga

    saya pun bukan terel bab-bab macam ni
    tapi saya setuju dengan pandangan ustaz
    kena berperingkat..

    Insya Allah, lama-lama kita akan berjaya berubah dan menjadi lebih baik
    πŸ™‚

    1. waalaikumussalam…

      Ustaz Love nak komen sket kenyataan ni :

      “memang benar kena ambil sepenuhnya Islam itu tapi, kalau terus-terus terima sepenuhnya esok rasa terbeban, dan berhenti nak berubah tak guna juga”

      kita kena terima sepenuhnya… persoalan kemampuan, bukan kemampuan menerima, tapi kemampuan beramal… kena terima semua, tapi beramal ikut kemampuan πŸ˜‰

  2. Salam Ustaz,

    Memang betul kata2 ustaz tu..saya setuju..nak berubah perlu mengambil masa..tetapi kadg2 ade org tu kate nk berubah..tp tgguh2..tu yg x betul..sepatutnya kita melakukan perubahan itu tiap2 hari kepada yg lebh baik..

    seprti ade dlm doa yg selalu di baca..

    jdkan hari ini amalanku lebih baik daripada hari semalam dan jdikan hari esok lebih baik amalan ku daripada hari ini…

    dan terjemahan daripada surah al-asr..

    demi masa, sesungghnya manusia itu dalam kerugian, maka berpesan2lah kearah kebaikan dan berpesan2lah kepada keburukan..

    jd berpesan2 kepada sesama kita juga pnting dalam kita nak kosisten dalam melakukan perubahan..

    walhuallam..
    p/s: kalo salah tolong btulkan ustaz..hehehe..

    1. Salam chipcoklat..

      betul tu… sbb kita ni semua dah dijatuhkan hukuman mati, tapi tak tahu bila hukuman tu akan dilaksanakan… takut tak sempat nak berubah πŸ˜‰

    1. Terima kasih kakyon.. insyaAllah, selagi Allah berikan ruang dan peluang, Ustaz Love akan gunakan sebaik mungkin πŸ˜‰

  3. sayer pernah gk dgr pasal ayat ne tp y xley separuh tu ialah hal y berkaitan ngan aqidah..mengenai amal,sedikit2 dahulu..jgn jadi mcm sesetgh y bermula dgn tutup semua tp lamer2 da makin bukak..tak ke haru camtu..terime kaseh ustaz cuz bg pndagn ne..hehe

    1. dalam bab akidah, kepercayaan mesti kena 100%.. dan bab ibadah juga, kena amal 100%.. soal amal 100% dengan kemampuan nak amal 100%, ia 2 perkara yg berbeza.. contohnya kita menerima dan meyakini bahawa puasa bulan Ramadhan itu kena penuh sebulan, tapi ada keringanan bagi mereka2 (yg dibenarkan syarak) untuk tidak berpuasa spt orang bermusafir, org yg uzur, wanita mengandung dsb.. jadi, jika tak mampu nak amal semua, jangan tinggal semua.. dan sentiasa berusaha untuk beramal kesemuanya πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme