I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Tengok Wayang

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada qisya :

ustaz..thanx utk information ni..ade jgak yg saya baru tahu..sangat bermanfaat sbg pengetahuan! saya harap ust boleh jgak buat sedikit review pasal entry saya kat blo ustz ni sbb ust dah ramai follower, so ramai yg tgok! http://atmaanaqisya.blogspot.com/2011/01/hukum-tengok-wayang-haram.html
benda ni mmg umum dah tahu..tp ade jgk yg tak tahu atau lupa, atau tak sedar an?

Jawapan Ustaz Love :

Asal sesuatu perkara adalah harus.. sehingga datang dalil atau hujjah yg menjadikannya haram, wajib, sunat atau makruh.. Ini adalah kaedah usul..

Oleh kerana wayang gambar tidak ada pada zaman Nabi s.a.w., maka tiadalah hukum khusus yg dikeluarkan oleh Nabi s.a.w. berkenaan menonton wayang ni.. Jadi, ianya adalah perkara baru.. dan kembali kepada hukum asal iaitu harus..

Dr. Yusuf al-Qardhawi menyatakan :

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan dan hiburan, maka hal-ehwal setiap alat ini dilihat sama ada ianya digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitinya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya. Dengan itu kami berpendapat bahawa panggung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan menuntut agar mematuhi syarat yg berikut :

– Tajuk dan jalan cerita tak bertentangan dgn akidah, syariah mahupun akhlak Islamiah..

– Tidak melalaikan daripada kewajipan spt solat dsb.

– Tidak bergaul antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tidak dalam keadaan syubhah dan perkara2 yg boleh mendatangkan fitnah..

Makanya, hukum menonton wayang adalah harus.. tetapi boleh berubah menjadi haram sekiranya melanggar syarat2 yg ditetapkan seperti di atas..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. dalam panggung tu sendiri dah syubhah..manede panggung wayang yg takde ciri2 syubhah skrg..

    sebaik2nya tak payah pergi wayang..

    niatkan tgk wayang utk hiburan yg tak melampau..pastu katakan ada unsur2 maksiat dalam panggung tersebut, dan kita tak mampu utk tegur..selemah2 iman, cegah guna hati..

    1. dari segi hukum, begitulah jawapannya.. ianya adalah harus.. soal praktikal itu yg perlu lebih diperhalusi..

      menonton bersama keluarga, masih lagi tertakluk kepada hukum harus ini.. sedangkan menonton berpasangan (bukan mahram), maka ianya haram bukan pada menonton, sebaliknya haram pada berkhalwat..

      kita tak boleh pukul rata memberikan hukum.. spt hukum bernikah.. ada masanya ia menjadi wajib pada org lain, mungkin ianya sunat pada yg lain.. dan mungkin ianya haram pada yg lain.. semuanya bergantung pada illah (sebab)..

      sbb hukum wadh’ie (mendatang) ini bukanlah seperti hukum qat’ie (yg telah diputuskan oleh nas al-Quran mahupun hadis).. hukum qat’ie, jika telah diputuskan haram, buat la cara apa pun, ianya tetap haram.. spt memakan daging babi.. πŸ˜‰

  2. jejaka terhangat…
    apa yg syubhahnya dalam panggung tu?
    boleh detail?
    nak sebut hukum taklifi nih kena perhalus.
    sebab tuh yg ada ilmu jaa patut dirujuk.
    cerr cite apa yg syubhahnya.

  3. erm..saya x suka tengok wayang..first tyme g tengok wayang form two dengan maksu..itulah kali pertama dan terakhir g tgk wayang..tgk muvi kt rumah lg best kot..huhu

    1. tgk movie kat boleh buat mcm2 posisi.. mengiring ke, terlentang ke, duduk tegak ke, sambil makan nasik ke.. kalau kat wayang, kena duduk tegak je sepanjang masa πŸ˜€

    1. lebih kurang je.. cuma suasana tu berbeza.. tgk tv cerita komedia, 3 4 orang je yg tolong gelak.. kalau kat wayang, satu panggung gelak.. lebih kurang mcm tgk bola kat tv, dgn tgk live kat stadium πŸ˜€

  4. terima kasih banyak2 ust sbb tolong review ..hmm,, saya just nak penerangan lebih lanjut jje n ia memuaskan..thanx alot..again..

    1. sama2.. Ustaz Love rasa, input yg qisya dapat sebelum ni dah banyak dah pun.. mungkin jawapan Ustaz Love tak menepati syarat qisya yg ‘jangan longgar2 sangat’.. apapun, Ustaz Love gembira qisya berpuas hati πŸ˜‰

  5. Soal Nabi Muhammad yang ke 26kepada iblis: β€œHai Iblis! Di mana tempat perhimpunan engkau?” berkatalah Raja Iblis, β€œ Iaitu tiap-tiap rumah wayang dan tempat bermain joget dan seumpamanya seperti tempat percampuran antara pemuda dan pemudi”

    1. dari mana sumber ni? agak pelik isinya.. sbb zaman Nabi s.a.w. mana ada wayang gambar ni πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme