I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Pendapatan Hasil Nuffnang

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan lagi daripada qisya.. Walaupun beliau mahukan comment di blog / shoutbox sahaja, tapi Ustaz Love merasakan bahawa ianya agak penting untuk dikongsikan dalam bentuk entry..

Ini bagi menjelaskan keraguan dan kekeliruan berkenaan hasil pendapatan daripada iklan Nuffnang.. terutama apabila mengetahui yang Nuffnang juga menerima kontrak pengiklanan daripada syarikat arak..

Soalan beliau :

Salam ust, bile bce psl arak kat ust punye entry yg milkadeal tu kan, sy jd terfikir plak, bukan ke nuffnang punye ‘sumber rezeki’ dtg drpd iklan arak sikit? so, duit yg die bg kite tu? camnne?kalau bole ust comment jelah kat blg saye ye, saye buntu ..

Jawapan Ustaz Love :

Pertamanya kita kena jelas situasi sama ada kita ada membenarkan Nuffnang meletakkan iklan arak ataupun tidak.. Ianya ada di setting update survey pada akaun nuffnang kita :

Would you be willing to run alcohol-related ads?

Jika kita tandakan “yes” (maknanya kita membenarkan iklan jenis alkohol / arak), dan keluar iklan arak pada blog kita, dan ada org klik iklan arak itu dan kita dapat pendapatan, maka pendapatan kita adalah bercampur antara halal dgn haram.. Maka, pada ketika ini hukum pendapatan kita adalah haram.. kerana kita bersetuju untuk mempromosikan arak dan mengambil hasil daripadanya.

Sekiranya kita tandakan “no” (kita tak membenarkan iklan jenis arak), tetapi keluar juga iklan arak.. maka kita boleh menghubungi NuffnangΒ  untuk menghapuskan iklan itu (dan Nuffnang pun dah umumkan ianya kesilapan teknikal dan meminta maaf.. serta memberi kepastian bahawa pendapatan hasil iklan arak itu takkan dimasukkan dalam akaun kita). Sekiranya pihak Nuffnang tak ambil peduli dan meneruskan iklan arak, maka wajib bagi kita membuang iklan tersebut dgn cara delete akaun blog kita pada nuffnang, atau edit skrip iklan Nuffnang pada blog kita. Ini kerana, kita sendiri yg menentukan iklan jenis apa yg kita nak.. dan ia seterusnya menjadi kesan kepada pendapatan kita..

Berbalik pada persoalan asal… Kita sememangnya mengetahui yg Nuffnang mempunyai kontrak pengiklanan dengan syarikat arak dan rokok.. Sekalipun kita tak setuju yg iklan arak dan rokok itu berlegar2 dalam blog kita, dan memang tiada iklan arak, pendapatan Nuffnang masih lagi bercampur dgn hasil halal dan haram.. Jadi, bagaimana pula dgn situasi kita sebagai ‘pekerja’ yg mengiklankan iklan daripada Nuffnang di blog?

Sebelum itu, mari kita melihat kenyataan al-Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin :

Jika bercampur antara harta yang halal dengan harta yang haram dan kedua-duanya tidak dapat dibezakan maka tidaklah bermasalah untuk kita menggunakannya.”

Kita lihat pula kenyataan drp Us. Zaharuddin :

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka,Β selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul.

Maka, isunya di sini adalah :

1. Pendapatannya syarikat itu bercampur halal dan haram.. maka pekerjanya harus menerima gaji daripada syarikat itu.. sama kesnya dgn pendapatan drp Nuffnang.

2. Pendapatan syarikat itu memang haram.. contohnya bekerja sebagai despatch kepada syarikat arak, maka pendapatannya adalah haram.

3. Jika kita sendiri cara bekerjanya betul, tetapi menerima pendapatan daripada syarikat yg bercampur pendapatannya halal dan haram, maka hukum pendapatan kita adalah halal.. sama macam kes pertama..

Makanya, Ustaz Love menyimpulkan bahawa pendapatan hasil Nuffnang adalah halal dan harus diterima.. berdasarkan bahawa kerja pengiklanan kita adalah betul, dan Nuffnang bukanlah syarikat yg mendapat hasil yg haram semata2.

Yassiruu wa la tu’assiruu (permudahkanlah.. jangan menyusahkan) πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

35 Comments

Add a Comment
  1. assalamualaikum..
    terima kasih atas penjelasan
    ada juga dengar sebelum ni dari blogger lain
    yang duit nuffnang ni haram

    tapi bila dah baca penjelasan ustaz
    baru lah saya faham

    thanks πŸ™‚

    1. begitulah kira2nya.. pengiklanan di Malaysia kebanyakannya masih dikuasai oleh non-muslim.. πŸ˜‰

  2. alhamdulillah lega saya bila dah baca entry ni.
    sebelum ni pun memang dah pilih ‘no’ untuk iklan2 yg x sepatutnya

    1. bila kita beramal dgn dalil, baru datang keyakinan.. berbanding amal ikut2an (taqlid).. sbb taqlid lebih membawa kepada taksub πŸ˜‰

  3. terima kasih ust…saya mmg suka tanye byk2..saya mmg slalu tanye ust sy, ustazah, hmm..naru la jelas..nk korek hadis,, bukan bijak sangat…syukran jazilan..

  4. Assalamu’laikum.

    Saya tertarik untuk menjadikan isu ini sebagai penulisan saya (master). Namun, saya tidak berhasil menemukan tajuk yang sesuai.

    Mungkinkah boleh boleh membantu. πŸ™‚

    1. Waalaikumussalam…

      Kebiasaannya kita menulis dulu isi tesis itu (dalam ruang lingkup yang sepatutnya).. dah siap baru kita bleh fikirkan tajuk yg sesuai dengan kita.. sbb kadang2, kalau kita tentukan tajuk lebih dulu, takut2 isinya tak dapat berkembang πŸ˜‰

    1. Salam Si Beloot..

      Pendapatan yg bercampur antara halal dan haram, ianya adalah syubhah.. maka lebih baik ditinggalkan.. namun, kita masih boleh mengawal iklan2 yg keluar di blog.. kita boleh update survey kat blog manager.. dekat yg seksyen no 6 tu, jangan tick iklan yg ada kemungkinan akan keluar model wanita spt iklan cosmetic, clothes dsb.. kalau masih keluar juga, maka kita ada pilihan untuk membuang iklan tersebut.. dan pasang balik bila kempen yg mendedahkan aurat itu tamat πŸ˜‰

    1. salam..

      nak delete tu, Ustaz Love pun tak tahu mcm mana.. mungkin boleh hantar ticket kepada pihak nuffnang untuk delete akaun πŸ˜‰

  5. Ustaz , saya ada satu pekerjaan di hotel . Kekadang , saya kena surve arak untuk costumer . Walaupun hati saya serba salah saya terpaksa . Tetapi niat saya baik untuk membantu keluarga . Adakah pendapatan saya haram ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme