I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Dialog PUM – Syiah, Satu Lagi Putar Belit

Salam…

Ini lagi kenyataan mohd :

Pemimpin PUM pun mengajak ke arah perpaduan di kalangan mazhab2 dlm islam sewaktu lawatan Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran Hujjatul Islam Muhammad Hasan Vahedi….” dan beliau memberikan link tersebut…

Ustaz Love cuma akan paparkan kenyataan di laman web itu saja :

Perpaduan umat Islam sangat penting sementara kewujudan individu jahil dan fanatik dalam masyarakat yang berbilang kaum menjadi batu penghalang

 

Pertemuan Konsul Kebudayaan Iran dengan pemimpin PUMAgensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) – Berikutan masalah komuniti Syiah Imamiyah yang menghadapi tuduhan dan penghinaan tidak berasas setelah serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Hawzah Imam Ridha serta timbulnya beberapa bantahan terhadap JAIS, pemimpin persatuan Ulama Malaysia (PUM) Syaikh Abdul Halim Abdul Qadir sempat menghadiri sesi dialog bersama Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi.

Dalam pertemuan ini kedua belah pihak sebulat suara bahawa perpaduan pengikut mazhab-mazhab dalam Islam sangatlah penting ketika ini. Kewujudan individu jahil dan fanatik dalam masyarakat yang berbilang kaum menjadi batu penghalang gagasan penyatuan ini. Sempena minggu perpaduan di Iran yang diistiharkan oleh Imam Khomeini, dan gagasan Majma’ Taqrib Bainal Mazahib  yang diasaskan pemimpin revolusi Islam Iran menyatakan tuduhan berat yang dilemparkan terhadap Syiah boleh menimbulkan rasa tidak senang empat ratus juta pengikut Ahlul Bait (a.s.) di seluruh dunia. Beberapa perkara penting seperti meluaskan kebudayaan perpaduan Islam di Malaysia turut dibincangkan.

Komen Ustaz Love :

Ustaz Love baru saja telefon Dato’ Syeikh Abdul Halim dan cuba bertanyakan tentang perkara ini. Ternyata ianya indah khabar dari rupa… Malah beliau juga tak tahu menahu isu ini digunakan atas dasar yg kononnya menyatakan sokongan terhadap Iran dan digunakan secara meluas untuk memberitahu yg Dato’ Abdul Halim secara indirect membangkang penangkapan pengikut Syiah di Gombak oleh JAIS. Sila baca penekanannya di sini :

Berikutan masalah komuniti Syiah Imamiyah yang menghadapi tuduhan dan penghinaan tidak berasas setelah serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Hawzah Imam Ridha serta timbulnya beberapa bantahan terhadap JAIS…

Pihak Syiah juga menyatakan bahawa Dato’ Abdul Halim sempat menghadiri (seolah2nya macam Dato’ Halim yang datang ke Konsulat Iran untuk berdialog).. sila baca kenyataan ini :

pemimpin persatuan Ulama Malaysia (PUM) Syaikh Abdul Halim Abdul Qadir sempat menghadiri sesi dialog bersama Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi

Hakikatnya, menurut perbualan telefon Ustaz Love dgn Dato’ Abdul Halim sebentar tadi (kira2 jam 4 pm), Dato’ Abdul Halim menyatakan bahawa pihak konsulat Iran yang datang menemui beliau untuk berjumpa… katanya dengan 2 buah kereta… Dan beliau menyatakan bahawa pihaknya dan PUM sentiasa terbuka menerima kunjungan daripada mana2 pihak pun.. hatta daripada non-Muslim pun beliau akan terima..

Sambil itu beliau juga menyatakan memang beliau ada mengatakan pentingnya perpaduan, tapi secara umum saja la… perpaduan hatta dgn non-Muslim pun.. jadi, tidaklah beliau menyatakan secara khusus mengenai perpaduan Sunni-Syiah ini.. semua kita juga inginkan perpaduan (contohnya perpaduan di Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama)… tapi bukanlah perpaduan atas nama agama.. kerana Syiah ini ternyata sesatnya…

Beliau juga telah meminta link website tersebut untuk melihat isi kandungannya, dan Ustaz Love dah sms kepada beliau…

Jadi, bagi sesiapa yg membaca artikel di atas dgn memahami bahawa PUM menyeru perpaduan agama dgn Syiah, dan mengutuk penahanan golongan Syiah di Gombak, maka ianya adalah tidak benar sama sekali…

p/s: Ustaz Love selalu perasan… Syiah memang suka memutar-belitkan fakta… sbb tu diorg suka letak bukti bergambar saja.. padahal boleh je diorg amik rakaman dialog dgn Dato’ Abdul Halim… sbb kalau video, susah sket nak bohong (walaupun bleh edit, tapi agak susah dan mudah dikesan).. sbb tu kenyataan bertulis je yg diberikan.. dan bukti gambar tanpa suara 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. hahaha…
    syiah tetaplah syiah…

    bleh laa ustaz suruh mohd tuh call Dato’ Halim tuh sendiri…
    cerr kita tengok versi apa plak keluar…hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme