I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bila Cicak Berkata2

Salam…

Ustaz Love menerima satu pertanyaan tadi… Ustaz Love minta maaf kalau publishkan pertanyaan ni sebab Ustaz Love rasa macam penting gak nak berkongsi jawapannya.. Tapi Ustaz Love dah mintak izin sang penanya dan dah ada mesej keizinan daripada beliau..

Ustaz Love biasa gak mendengar benda2 mcm ni… Kadang2 bila Ustaz Love tengah dok berborak dengan member, tetiba ada bunyi cicak berdecit (Ustaz Love pun tak pasti nak gunakan perkataan apa untuk menggambarkan suara cicak itu… takkan nak sebut berkokok plak kan?).. Terus member Ustaz Love cakap.. “Haa.. tengok.. cicak tu pun mengiakan cakap aku”… hehe

ini bukan gambar cicak.. tapi iguana.. kira boleh la.. hehe

Pertanyaan beliau :

“Assalamualaikum ustaz..
nak brtnye mngenai kbenaran cicak dlm kt berkata2…
orang2 tua dlu ada cakap, bila manusia bercakap dan cicak berbunyi maka apa yg kita cakap kan tu benar.
Betul ke ustaz? Ada ke kebenaran ni dalam Al-quran??…”

Jawapan Ustaz Love pendek je… Itu orang2 tua melawak je… biasa la zaman dulu.. bila malam je, takde benda nak buat.. Tunggu cucu nak tido, tak tido2 gak.. jadi bila ada bunyi cicak ke, bunyi cengkerik ke.. maka akan dimasukkan jugak dalam bedtime story tu..

Dalam al-Quran takde cerita pasal cicak ni.. cuma dalam hadis, ada diceritakan kalau jumpa cicak, bunuh la dia.. sbb cicak ni adalah fuwaiqah (penjahat kecik)… dan masa Nabi Ibrahim a.s. dimasukkan ke dalam api, cicak ni menghembus api dgn tujuan kononnya nak memarakkan lagi api yg membakar Nabi Ibrahim a.s. tapi sebenarnya tak jadi apa pun.. kira penjahat gak la cicak ni..

Lagi satu, cicak ni binatang pengotor.. sbb berak merata2… walaupun taik beliau tak berbau, tapi masih lagi dikira najis.. tak kira tempat beliau melepas.. atas sejadah imam pun beliau bleh melepas..

Kalau zaman sekolah dulu, ada sorang member Ustaz Love ni…Β  otak beliau agak gila2 sket… beliau akan lastik cicak, tapi beliau tak bunuh dulu.. beliau kumpul banyak2 dalam plastik, pastu sediakan satu baldi.. masukkan klorox dlm tu.. pastu masukkan cicak tu.. Sambil ketawa berdekah2, beliau akan tengok saat2 kematian cicak tu yg mengembung dan mengelupas kulit…

Cara kejam mcm ni memang tak boleh.. kalau nak bunuh, bunuh terus sampai mati.. jangan seksa mcm tu… Tapi biasa la, zaman budak2.. zaman explorasi.. semua nak cuba…

Panjang plak cerita.. padahal jawapan dia pendek je.. hehe.. Apapun, kalau jumpa cicak, sila la bunuh okeh… jangan tunggu malam Jumaat je.. sbb malam Jumaat ni malam orang Melayu.. semua nak buat malam Jumaat.. mana nak sempat.. ye tak? πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
    1. maksud Ustaz Love, malam tu la nak buat kenduri arwah, nak baca yaasin dll… mana sempat nak lastik cicak.. hehe πŸ˜€

    1. hehe.. Ustaz Love ni memang kelakar.. dah la kelakar, hensem plak tu… πŸ˜€

      petua bunuh cicak mudah je… kalau tak nak bersepai, kakyon bleh guna sumpit… sumpit terus ke jantung cicak tu.. insyaAllah, beliau akan mati serta merta πŸ˜‰

  1. best betul la kisah cicak ni…. terima kasih ustat love mengingatkan kita semua….. ni memang gian ni…. he he bkn gian malam jumaat ye……gian nak jd pembunuh….. pembunuh cicak le…. dalam aircond umah aku pun dia nak bertenet… pas tu bising pulak… ni tgh stndby gundu getah je ni …he he….hawaunye cicak… tgu je ni…ha ha

    1. haa.. bagus2… dah mati cicak tu nnt, update la kat sini.. biar jadi pemangkin semangat kepada pembunuh2 cicak lain di luar sana.. πŸ˜€

  2. assalamualaikum ustaz
    hehehe!
    kawan saya pun selalu cakap macam itu
    bila dia cakap, lepas itu cicak berbunyi
    mesti dia cakap “betul kata cicak”

    hehe πŸ™‚
    btw, nice entry

    1. waalaikumussalam…

      cuba cicak tu cakap “betul3x” sambil mengilai2… agak2nya dia nak ckp cicak tu betul ke tak? πŸ˜€

    1. malam Jumaat memang special untuk org Melayu.. hatta malam Jumaat pun dikatakan malam hantu berkeliaran.. habis tu mlm2 lain diorg buat apa? terbaring dlm kubur? hehe πŸ˜€

  3. assalammualaikum~ bagaimana pula dengan cicak tokek yang dikatakan enzimnya boleh mengubati penyakit? adakah patut dibunuh juga?

    1. waalaikumussalam lina..

      yg patut dibunuh adalah cicak rumah… cicak tokek bukan spesies cicak rumah, begitu juga dengan mengkarung dan iguana… πŸ˜‰

  4. assalamualaikum.. hehehe.. baru jew baca entri nie.. teringat zaman kecik2.. saya ngan abang mesti tunggu malam jumaat.. pastu wat game.. sape dapat bunuh cicak paling manyak ngan saper lastik paling tepat.. hehehe.. skang pown still lagi ader tapi abg jew la yang wat

    1. waalaikumussalam…

      skrg ni dah ada senapang cicak.. tembak terus bersepai cicak tu.. tapi rasanya diharamkan di Malaysia.. sbb agak berbahaya πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme