I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bersin Dalam Solat

Salam..

Lama dah tak buat entry soal jawab ni.. biasanya dok jawab soalan2 geng Syiah je.. tapi kita biarkan la mereka.. dah cukup banyak sumber untuk mereka dalami tentang kesesatan Syiah, namun jika masih lagi nak berpegang akidah mahupun penulisan geng2 Syiah (novelis ke, siapa ke), terpulang la pada mereka.. Jalan dah ditunjukkan, soal mereka nak ikut arah yg ditunjuk, atau ikut jalan yg mereka yakin betul.. itu keputusan mereka..

Aiseyman.. terlajak sudaaa.. hehe

Soalannya datang daripada atehqshe :

mohon jasa baik dan penerangan dari ustaz…
jika terbersin ketika solat…..bolih kah kite ucap alhamdulilah….contoh: ketika membaca al-fatihah di pertengahan ??
kalau bolih ustazlove komen kat n3 baru saya okehh..D))

Bersin dan sendawa (sesetengah orang memanggil ‘terbelahak’) dalam solat tidak membatalkan solat.. kerana bersin dan sendawa itu bukan keluar daripada qubul (kemaluan) atau dubur (punggung)..

Jika bersin, maka harus mengucapkan alhamdulillah.. org yg mendengar juga harus menyambutnya dgn ‘yarhamukallah’.. perhatikan perkataan ‘harus’ itu.. bermakna ianya dibenarkan.. dan bukanlah dituntut.. cuma kalau boleh pastikan agar semburan bersin itu tidak tersebar (takut2 ada hingus.. selepek kat belakang jemaah depan kang).. tutuplah mulut ketika bersin mahupun menguap..

Jika terbersin semasa membaca al-Fatihah, dan tersebut alhamdulillah (sbb dah biasa setiap kali bersin, sebut alhamdulillah), maka perlu mengulang ayat sebelumnya saja.. dan teruskan sampai habis.. tak perlu ulang daripada awal.. Sbb itu, jangan jadikan amalan, bersin je terus cakap “excuse me”.. sbb mengucapkan “excuse me” dalam solat menyebabkan solat terbatal..

Jika menjadi imam solat jahr (yg baca kuat – Mahgrib, Isyak dan Subuh) dan terbersin, adalah lebih baik teruskan tanpa ucap apa2.. sbb membaca al-Fatihah itu adalah lebih utama daripada mengucapkan alhamdulillah.. lepas habis baca al-Fatihah pun boleh ucap lagi alhamdulillah.. kalau ucap masa bersin tu jugak pun takde masalah.. cuma kena ulang balik ayat sebelumnya..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Comments

Add a Comment
    1. salam ustaz coklat..

      Ustaz Love ni menulis bila terlintas idea je.. kadang2 tgh tgk tv pun, bleh berenti bila idea sudaa mari.. kalu idea tara mari, tara update la.. hehe 😀

  1. part kelakar yg membuatkan entry ustaz love sgt menarik–ada x-factor lah kiranya–me senyum sorang2 dpn lappy heheh
    kalau tak terkentut, kuar ingus la plak dlm entry ni, heheh LOL

    1. hehe.. kena sesuaikan dgn tajuk.. kalau nak sebut kentut melekat kat jemaah, mcm tak kena plak 😀

  2. Assalamualaikum,ustaz.sy nk mintak tlg ustaz terangkan mengenai hadith yg sy baca dlm buku keluaran Al-Hidayah judul Hadith Arbain An-Nawawiyah dan Terjemahan.

    hadisnya begini,
    Dariapada Abu Mas’ud bin Amr Al-Ansari Al-Badri r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda:Sesungguhnya sebahagian yg masih dikenali umat manuusia dari perkataan para Nabi terdahulu adalah bila kamu tidak malu,lakukanlah sesukamu.-HR Bukhari

    xphm,heee:)
    boleh ke mintak tlg ustaz?
    maaf ganggu ustaz.
    tq:)

  3. Assalamualaikum Ustaz

    Saya ada satu kemusykilan. Seperti sedia maklum, darah mengalir adalah najis. Kalau darah beki macam mana pulak?

    Kalau air wuduk lalu/kena darah beku, apa status air itu? Mutannajis?

    Syukran.

    1. Waalaikumussalam…

      Darah beku yang telah keluar daripada kulit tetap dikira sebagai najis.. status air tak berubah kerana air itu bersifat menyucikan (termasuk menyucikan darah beku tadi).. kecualilah kalau darah itu jatuh ke dalam air, maka jika mengubah sifat air, ia dikira mutanajjis. Air wuduk yg melalui darah beku tadi tidak menukarkan air itu menjadi mutanajjis, sebaliknya basuhan wuduk itu dikira tak sah kerana adanya najis yang menghalang anggota wuduk itu.

      WA

      1. Alhamdulillah Ustaz sudah menjawab.

        Jadi saya wajib mengkupil darah beku setiap kali sebelum ingin mengambil berwuduk?

          1. Minta maaf Ustaz. Saya masih kurang jelas.

            Muka saya sering ditumbuhi jerawat yang dimana jika dipicit/dipecahkan darah mengalir. Seteleah dibasuh kemudian bila dibiar lama (contoh antara waktu solat) dia jadi beku.

            Jadi solat seterusnya, saya kena kupil dan bersihkan ya?

            Syukran Ustaz.

          2. owh.. pasal jerawat ke? kalau ia darah, cuma bersihkan dengan gosok2 saja.. tak perlu dikupil atau diumpil (kihkih..maaf.. terbuat lawak plak).. kalau tak keluar, itu maknanya kuping.. kuping ni tak perlu kupil / kutil.. nanti ia akan menyebabkan parut yg mencacatkan wajah.

            sebaiknya jangan picit jerawat. gunakan produk2 penjagaan muka atau makan kolagen banyak2 😀

  4. Oh begitu Ustaz. Baru saya faham.

    Darah beku yang ustaz fahami sebelum ini yang mana satu Ustaz? Darah bekam ke? (Untuk masa akan datang, InsyaAllah manfaat)

    1. Maksud saya, apa yang saya faham, darah jerawat yang dibiar lama itu darah beku. Dan darah ini lah yang ustaz kata menghalang anggota wuduk.

      Betul kan saya kalau salah Ustaz.

      (Lupa nak gelak, hehe tidak kisah lawak-lawak ini Ustaz)

      1. kihkih.. gelak pun boleh lupa2..

        jika darah itu masih bertakung di dlm tempat luka, ia tidak dikatakan mengalir.. namun, jika dah meleleh ke pipi, dan selepas wuduk, ada lagi darah tersebut kat pipi, nyatalah yg air tadi tak kena kulit.. sbb darah kering boleh menghalang air terkena kulit kalau tak basuh betul2.

        1. Maka sohih lah saya kena buang/kupil darah kering atau beku itu dahulu baru boleh berwuduk.

          Syukran Ustaz 🙂

  5. Salam ustaz,saya solat kemudian selesai solat sudah beberapa jam baru saya teraedar ada darah beku di mulut sy yg kering,sy kena ulang ke solat tu ustaz? Syukron

  6. salam ustaz,, sya nk tnya..apa kah sah solat , sya solat 4 rakaat rakaat ke 2 msi boleh lafazkan becaan tp rakaat ke 3..4 tu sya dh tk boleh lafazkan sbab trkumpul air liur kt mulut sya..sbab sya puasa kalau sya pksa juak mmbca jatuh air liur sya..apa kah solat sya tu sah..????

  7. Assalamualaikum,saya ada satu soalan nk tnya…semasa sedang sy membaca al-fatihah dlm solat sy terlupa samada sy tertinggal ayat tertentu dan kemudian sy mengulangi al-fatihah dr mula semula…adakah boleh berbuat demikian??adakah batal solat saya…?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme