Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Batu Karbala

Salam…

Laju plak tangan ni menaip malam ni… terasa mcm penulis skrip plak.. hehe.. Bukannya apa, tapi disebabkan komen2 daripada blogger yang Ustaz Love rasakan patut dikongsi dan dijadikan entry, maka Ustaz Love menahan diri dulu daripada menjawab di kotak komen… Kalau tulis panjang2, ia tidak akan timbul sebagai tajuk entry.. jadi agak susah untuk membuat carian…

Ada satu persoalan daripada Hanim tentang batu Karbala ni..

gambar ni Ustaz Love amik kat : http://takmirpenang.blogspot.com

Soalannya :

Jawapan :

Ustaz Love tak pasti ianya kesan sujud atas batu atau sujud atas sejadah… Cuma tanda pada dahi ini kebiasaannya wujud pada orang yang rajin bersolat.. sebab banyak bersujud.. pun begitu, tak boleh gak nak kata, org yg bertanda di dahi itu kuat solat… Sbb kalau kita memahami kaedah solat yg sebenarnya, maka mungkin tanda di dahi itu tak ada.. Ini kerana, jika kita bersujud, kita menekan tapak tangan ke lantai.. dan bukan menekan dahi… Kalau menekan dahi, maka ianya tak menepati kaedah sujud yg sebenar… sbb dahi itu setakat dicecahkan ke lantai, dan bukannya ditekan.. jika berlaku spt ini, maka mana mungkin dahi itu akan bertanda..

Ustaz Love pernah berborak dgn pacik2 jemaah masjid… Ada kisah mat rempit yg nak bernikah dgn anak tok imam, dia amik pelepah pisang, dan menghentakkan berkali2 kat dahi sampai lebam.. kononnya nak nampak mcm orang yg rajin solat la..

Sebenarnya, tanda solat adalah pada wajah.. bukan pada dahi.. tiada tafsiran ulamak pun yg mengatakan dahi itu sebagai tanda org yg menjaga solat.. Wajah yang berseri itu sebagai tanda orang yg rajin solat…

Soal Syiah dgn batu karbalanya itu, memang diorg sujud atas kepingan tanah (batu) itu… jadi, kemungkinan untuk bertanda di dahi itu nampaknya lebih cerah :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. Maaf ustaz jika apa yg saya sampaikan ini salah…

    ade sesetengah pendapat mnenyatakan bahawa tanda didahi tu bukan lah kerana dia rajin bersolat atau ditekan ke tempat sujud utk menmpkkn dia rajin bersolat..tp ianya satu tanda bahawa seseorg itu bersolat dengan ikhlas dan tawaduq.

    Betulkah pendapat ini ustaz? Boleh huraikan..?

    1. Tak betul tu… keikhlasan tiada kaitan dgn tanda di dahi… orang Syiah, org Arqam pun banyak yg bertanda di dahi… sbb ikhlas ni takde tanda.. cuma ada rasa.. bak kata org tua dulu.. “ikhlas menderma spt kita berak dlm jamban… kita tidak akan mengingati pun apa yg kita buang.. dan tak sanggup pun nak ingat balik.. dan tak sibuk2 nak tahu ke mana laluan bahan buangan tersebut”..

      Di dalam tafsir ibn Kathir, tiada tafsiran ttg dahi.. yg ada hanyalah wajah… sbb ikhlas itu adalah soal rohani.. jadi kesannya juga nampak secara rohani (spt wajah berseri2) dan bukannya bertanda secara zahir (spt tanda di dahi) ;)

    1. tanda tu datangnya daripada sujud… mungkin terlalu banyak sujud sampai wujud tanda tu.. ataupun setiap kali sujud, ditenyeh2 dahi kat karpet sampai wujud tanda tu :D

  2. Salam…
    Thanks bebnyk sb ustaz love sudi buat entry psl soalan saya. Saya setuju sgt2 dgn pendpt ustaz sb kalu solat yg sebenar, masa sujud tu just letak dahi kat sejadah secara perlahan2, dgn lembut gitu. Mustahil akan lekat tanda hitam melainkan ditenyeh2. Lagipun, pd pandangan saya la, bila ada tanda hitam kat dahi, tak de la nampak bseri malah mcm kurang sikit kehenseman lelaki tersebut, jd comot skit sb ada hitam2 (Maaf kalau agak kasar, ni pndgn peribadi saje). Confius jugak naper lelaki je yg ada tanda sujud tp puan tak de? Agaknya puan solat tak cukup satu bulan pd setiap bulan kot :)

    1. Ada kemungkinan juga.. tapi Maulana2 yg tinggi ilmunya di Masjid Seri Petaling ada juga yg bertanda di dahi.. dan ada juga yg tak bertanda di dahi.. sbb itu kita tak bleh juga nak nilaikan orang yg bertanda dahi itu sebagai kuat ibadah, dan org yg tak bertanda di dahi itu kurang ibadah.. sbb ibadah itu hak persendirian… sendiri mau cek sendiri punya ibadah jugaa (ayoyo.. suda berpusing2 ini ayat.. hehe ) :D

  3. rasanya ustaz ni xtahu ttg adanya dalil sujud atas tanah ni….mohon ustaz mengkaji lagi agar jwpn ustaz lbh bernas….

    1. oleh kerana mohd mengatakan Ustaz Love tak tahu ttg dalil sujud atas tanah karbala ini, maka sila la mohd bentangkan dalilnya.. boleh kita sama2 bahaskan ;)

    2. merepek kuasa dua…
      tanah disangka batu jua…
      tanah merata2 kat dunia…
      batu karbala hanya syiah jua…

  4. dr pndpt sorg ustaz,

    tanda sujud pd dahi disebabkan org tu mempunyai kulit yg nipis@cepat berbekas pd dahi, atau mungkin bergeser dgn permukaan sejadah yg kasar dsb., bukanlah tanda karamah tp semata2 kesan biologi semata-mata, wallahua’lam..

    bercakap pasal biologi :)

    Wassalam..

    1. ada benarnya pendapat itu..

      Dari Humaid bin Abdirrahman, aku berada berdekatan dengan as Saib bin Yazid ketika seorang yang bernama az Zubair bin Suhail bin Abdirrahman bin Auf datang. Melihat kedatangannya, as Saib berkata, “Sungguh dia telah merosakkan wajahnya. Demi Allah bekas di dahi itu bukanlah bekas sujud. Demi Allah aku telah solat dengan menggunakan wajahku ini selama sekian waktu lamanya namun sujud tidaklah memberi bekas sedikitpun pada wajahku” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3701).

  5. salam ustaz..ustaz sure ker dn phrase nih..”Sbb kalau kita memahami kaedah solat yg sebenarnya, maka mungkin tanda di dahi itu tak ada.. Ini kerana, jika kita bersujud, kita menekan tapak tangan ke lantai.. dan bukan menekan dahi… Kalau menekan dahi, maka ianya tak menepati kaedah sujud yg sebenar… sbb dahi itu setakat dicecahkan ke lantai, dan bukannya ditekan.. jika berlaku spt ini, maka mana mungkin dahi itu akan bertanda..”..
    setahu sy,kite kene beratkan badan kite..bukan tangan yg tampung berat badan..tp dahi..pape pun,cube check balik..sertakan skali dgn hadis nabi..tq ustaz

    1. Salam abu affan..

      Memang dalam hadis dinyatakan supaya menekan dahi dan tapak tangan, tetapi dalam hadis juga menerangkan tentang menekan hidung.. adakah ianya juga bermaksud menampung badan dengan hidung juga?

      “Nabi tatkala sujud, baginda menekan hidung dan dahinya ke tanah, menjauhkan dua tangan dari rusuknya dan meletakkan dua tapak tangan setentang dua bahunya” (HR. at-Tirmidzi)

      Ustaz Love tersilap menggunakan istilah tekan itu.. maksud Ustaz Love adalah ‘memberatkan’.. kerana sujud itu juga ditampung dengan kedua belah tangan.. bukanlah semata2 dahi sahaja..

      Imam Haramain berkata, “Pada pandanganku sujud itu cukup dengan meletakkan kepala dan tidak perlu ditekankan walau bagaimana pun bentuk tempat sujud”

      “Apabila kamu sujud, sujudlah dengan menekan” (HR. Ahmad)

      “Rasulullah s.a.w. menekankan kedua lututnya dan bahagian depan telapak kaki ke tanah.” (HR. al-Baihaqi).

      “Apabila kamu sujud, tekanlah wajahmu dan kedua tanganmu ke tanah sehingga setiap ruas tulangmu kembali ke tempatnya.” (HR. Ibnu Khuzaimah, dengan sanad hasan)

      Banyak lagi hadis2 yg menceritakan kaedah ‘menekan’ ini.. termasuk menekan tangan, meneka lutut, kaki, dahi dan hidung.

      Jadi, tekanan itu ditampung oleh 7 anggota sujud (tambah anggota hidung yg merupakan sunat bg mazhab Syafie), dan bukanlah semata2 dahi itu menampung tekanan..

      Jadi, sujud itu adalah meletakkan dahi dengan memampatkannya, tetapi tidak melampau dalam menekan itu.

      WA

      1. w’salam ustaz..betul tuh…memang kite x tekan melampau..tp ade rase sikit tekanan kat dahi..so,kalo kite istiqamah solat 5 waktu TEPAT pada waktunya,x mustahil dahi ade sikit tanda melecet or lebam…sebab dahi tuh dah kematu..hari2 kene tekan pada waktu yg same..kalo kite sujud cecah kening,dahi..hidung pon insyallah kemek jugak kene kat sejadah..huhu..so,kite xleh nak tuduh org2 yg bertanda dahi nih saje nak ade tanda or hentak kuat2 kat lantai or tenyeh2…juz my 2 cents ustaz love…wallahualam..as,salam

        1. As salam..

          Ustaz Love minta maaf kalau ada yg terasa.. sbb ada antara kawan2 Ustaz Love dulu memang saja sujud di karpet keras (berbanding sujud atas sejadah) dan menekan kuat2 dahi sampai merah2 muka masa sujud, semata2 nak dapatkan tanda di dahi.. siap tanya2 orang mcm mana nak dapatkan tanda tu..

          Tulisan Ustaz Love ini sekadar menjelaskan, bahawa tanda sujud yg dimaksudkan dalam ayat al-Quran itu bukanlah bermaksud dahi bertanda seperti mana difahami kebanyakan orang.

          WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


× 5 = forty five

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site