I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : As-Salam Ke Salam?

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Mama Zharfan berkenaan dengan ucapan salam…

ustaz, bila 2ustaz free nanti, tlg jwb psl ni yer..ni blog kwn me ni

http://babyibu.blogspot.com/2011/01/alkisah-salam-akum-semekom-dan-bye.html

sbb setahu me, boleh guna perkataan salam..
entry ni ckp kena guna “as-salam”, tak leh guna “salam” ajer

Isu ni pernah ditanyakan kepada Ustaz Love.. tapi rasanya Ustaz Love jawab kat shoutbox je..

Jawapan Ustaz Love :

Ustaz Love tak berhasrat nak menerangkan lebih lanjut berkenaan maksud assalamualaikum, salam, askum, akum dsb.. semuanya dah diterangkan pada blog di atas..

Cumanya, Ustaz Love nak menjelaskan tentang keharusan menggunakan singkatan salam itu dengan “salam” atau “as-salam”.. mana yg betul dan mana yg salah?

Sebenarnya kedua2nya boleh digunakan.. kerana ia juga merupakan maksud singkatan kepada “assalamualaikum”.. jika dipertikaikan dgn mengatakan hanya “as-salam” saja boleh digunakan, maka ianya masih ada ruang hujahan di situ.. kerana “salam” dan “as-salam” itu masih lagi mewakili singkatan kepada lafaz “assalamualaikum”.

Lafaz “assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi s.a.w. Maka secara kebiasaannya, kita boleh mengambil “as salam” sbg lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”.

Sedangkan lafaz “salamun alaikum” (takde alif lam – as-salam) juga terdapat dalam al-Quran surah ar-Ra’d : 24

Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

Kalimah selamat sejahtera itu menggunakan lafaz سَلاَمٌ عَلَيْكُم (salamun alaikum) dan bukan “assalamualaikum”..

Ini memberi maksud, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam bagi assalamualaikum” atau “salam bagi singkatan salamun alaikum”.. kedua2nya adalah harus digunakan. Ini menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi.. tetapi menurut pendapat Imam Nawawi, “assalamualaikum” itu lebih utama..

Jadi tiada masalah nak gunakan singkatan as-salam mahupun salam yg mewakili kedua2 cara memberi salam itu.. kalau penulisan Braille (utk org buta), lagi la.. guna titik2 je.. tapi ia tetap simbol yg mewakili “assalamualaikum”.. kalau org bisu pula, guna isyarat tangan je utk lafaz salam.. makna itu yg lebih penting..

Sebab itu, dalam hal ni, kita jangan terlalu gopoh.. sbb benda ni bukan sesuatu yg besar…

Cumanya, kalau ianya ada kaitan dgn sesuatu yg tak elok, maka lebih baik kita tak gunakan.. sbb sadd az-zariah (menutup jalan keburukan).. cthnya lafaz2 gantian assalamualaikum spt ass (punggung), askum (tatau apa makna), kum (hantu kum kum), akum (ada kaitan dgn Yahudi ke apa ntah), as (singkatan nama penyanyi Feminin, Asfarina) dsb..

Maka itu, nak guna “as-salam” ke, “salam” ke.. kedua2nya masih lagi menepati singkatan yg mewakili “assalamualaikum”.. tapi, yg terbaik adalah “assalamualaikum”.. yg lebih terbaik “assalamualaikum warahmatullah”.. yg lagi paling sangat terbaik “assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh” 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

53 Comments

Add a Comment
    1. Waalaikumussalam..

      hantu kum kum merupakan hantu yg agak femes masa Ustaz Love kecik2.. kononnya, hantu itu memakai purdah (nak takut2kan org dgn geng al-Arqam yg mempopularkan pemakaian purdah) dan bawa anak.. ketuk pintu rumah org nak mintak susu untuk anaknya.. bila tengok, rupa2nya dia bawak batu nisan yg dibungkus.. gitu la lebih kurang ceritanya yg Ustaz Love dengar drp makcik2 yg duduk bersembang sambil basuh kain 😀

  1. Rasanya dah betul gunakan salam..setelah membuat pembacaan rapi..tapi baca gak entri nie untuk kepastian muktamad…kan Islam itu lengkap dan sentiasa ada pedoman..huhu..T/K

  2. salam ustazlove,

    baru berkesempatan nak singgah dan mood dah ok ckit nie..hihi

    bertambah lagi ilmu…mekaseh kongsi ilmu yer ustaz..
    kum kum…zaman sy kanak-kanak memang hangat pasal hantu tu…memang takutlah nak keluar malam…:))

    1. salam ateh..

      skrg ni dah berani ke keluar malam? jangan berani sangat.. zaman dulu2, hantu jenis jin je banyak.. sekarang ni, manusia pun lebih teruk drp hantu 😀

  3. lucu pulak bila nama penyanyi feminin pun terselit dlm n3 ustaz..

    setuju. byk juga baca n3 bbrp blogger yg pertikai tentang ni.. kakyong malas nak campur.. sbb setahu kakyong boleh guna salam @ as-salam .. cuma kalo nak tulis pjg2 tu kena setting siap2 dlm template n3.. 😉

    1. hehe.. kumpulan feminin tu sezaman dgn Ustaz Love.. tu yg teringat tu..

      kadang2 kita terlalu menjaga sangat.. sampai benda yg mudah jadi susah 😉

  4. hohoho..memula saya rasa boleh je guna salam tu sebab pernah terbaca…tapi sebab lately banyak yang buat entri takleh guna salam, buat saya was was pulak nak guna salam..

    terima kasih di atas perkongsian ini..mitak izin untuk disebar-sebarkan..

    1. yg terbaik adalah memberikan salam dgn lafaz yg lengkap “assalamualaikum”.. soal singkatan tu, takde masalah.. yg penting ianya dimaksudkan sbg memberi salam.. cuma jangan sampai tahap mcm menghina (guna singkatan ass) mahupun mempermainkan (cthnya semekom)..

      boleh puan hady.. sila2.. tak perlu minta izin pun.. blog Ustaz Love takde copyright 😉

  5. hujah yg menggunakan ayat quran tu mendukacitakan bg saya..tambahan pulak isu ni diperbesarkan dan dikongsi dlm fb dgn meluas..sy copy entri ni ya ust..

    salam ~

  6. saya agak terkejut juga dengan tersebarnya kat internet ni cakap tak boleh guna perkataan ‘salam’. nasib baik ada penjelasan yang bagus di sini. terima kasih ustaz.

    1. apa2 pun, kita kena selidik dulu.. kena dapatkan 2nd opinion.. mcm jugak benda2 yg ada kat dalam blog Ustaz Love ni.. takleh nak terima bulat2.. sbb Ustaz Love pun manusia biasa… tak dapat lari daripada salah dan silap 😉

  7. salam ustaz
    syukur la ade n3 ni
    serabut la dgn spreader2 yg tak ngaji betul2 ni
    takderlah smpai tensen tpi geli hati sebab nak jdi devouter tpi perkara asas tak buat.
    sibuk2 nak jaga menda cemeh.
    tq for sharing.
    mohon link n3 ni dlm blog haku.
    merci beaucoup.

    1. salam sidratul muntaha..

      pada pandangan Ustaz Love, situasi ini menunjukkan ramainya orang yg suka menyebarkan maklumat dan info yang baik.. cuma kena perhalusi maklumat yg kita dapat.. takut2 jadi ibarat ayam terlepas, tangan berbau tahi (dah mcm Karam Singh daa)..

      nak kongsikan takde masalah.. sila2 😀

      1. betul tu ustaz… saya sokong…bile kita menerima sesuatu maklumat tu, jgn la kita terus mngatakan yg perkara itu betul @ sbaliknya. Kita perlu siasat dan menanyakan pd org yg lebih arif terutama yg melibatkan tentang agama.. 😉

  8. assalamualaikum. terima kasih atas hujah2 ini. saya punya kawan yang agak obses dgn “sebaran penggunanaan as-salam” ni.. kasihan, niat nak berdakwah, tapi sebar tanpa kajian. semoga Allah beri pemikiran yang luas kepada kita semua. kalau ikut bahasa arab pun, takda bezanya as-salam dengan salam…(^_^)

    1. waalaikumussalam..

      kadang2 orang terlalu memikirkan perkara2 remeh atas alasan nak berhati2 dan berjaga2.. sebab itu kita kena kuasai asas kepada sesuatu ilmu.. bila ada persoalan ttg cabang2nya, mudah kita kembali kepada asasnya.. 😉

  9. .ha.. selame ni, salem pikir xboleh gune ‘salam’.. rupenye boleh..tapi sekarang da biase guna ‘assalamualaikum’, lagi bagus kan,ustaz love? thanx for the info 🙂

    1. terima kasih kembali..

      salam takde masalah nak guna.. tapi kalau nak guna ‘salem’ memang tak bleh.. hehe.. Ustaz Love gurau je 😀

    1. itu namanya terlalu ghairah.. ghairah penting dalam agama, tapi kena berpandukan ilmu yg sahih 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme