I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab 3 : Isu Syiah

Salam…

Ustaz Love kena cepat2 habiskan benda ni.. sbb banyak lagi pertanyaan2 yang menunggu untuk dijawab.. dan Ustaz Love janji nak buat entry…

Kata Dr. Faisal Tehrani :

1. Nampaknya Dr. Faisal sangat la tak puas hati kenapa delegasi JAKIM tersebut boleh makan2? Banyak kali diulang2 dalam pertanyaannya.. Kenapa tak boleh makan? Dan tahukah Dr. Faisal, apa yg dimakan oleh para pegawai JAKIM tersebut? (sila fokuskan pada gambar buah epal).. Dr. Faisal yakin ke mereka makan kenyang2? (gayanya mcm org kebulur sangat nak makan kat situ)…

Sekali lagi Ustaz Love nak tegaskan, bahawa memakan masakan org bukan Islam adalah harus, selagi kita meyakini beliau tidak memasukkan bahan2 yg haram dalam makanan itu.. ianya berbeza dgn sembelihan.. sembelihan org bukan Islam adalah haram dimakan.. Jadi, tiadalah masalahnya, kalau nak makan nasik kat kuil ke, makan durian dlm gereja ke… yg penting dalam bab makanan ini adalah apa yg dimakan, dan bukannya di mana tempat ianya dimakan..

Jadi, tak timbul persoalan tak boleh makan kat ‘sinagog’ Syiah..

Soal bersolat pula… kalau ikutkan gambar yg dipaparkan di blog Dr. Faisal (yg kebetulan sama dgn blog takmirpenang), gambar dalam masjid itu adalah gambar Prof Syiah tgh bersolat.. dan tiada kenyataan pun yg dikeluarkan bahawa mereka bersama2 bersolat dlm masjid itu.. atau solat berjemaah bersama2 ke.. yg ada cuma gambar Syiah bersolat.. kalau rujuk pada blog takmirpenang, ada satu gambar (yg tak diletak dlm blog Dr Faisal) iaitu sejadah yg diletakkan pada tempat sujudnya itu ada batu Karbala.. agak mustahil bagi pegawai JAKIM untuk solat atas batu itu.. berkemungkinan juga mereka tidak bersolat di situ.. Apapun, Ustaz Love akan cuba dapatkan penjelasan lanjut daripada Ustazah Fauziyah Haron yg mengikuti delegasi tersebut tentang perkara ini..

4. Dr. Faisal terlupa satu perkara.. Jawatan sama, bidang sama.. tapi bidang kuasa tak sama.. kerana enakmen jenayah syariah setiap negeri adalah berbeza2.. cthnya di Kuala Lumpur… Imam dan AJK Masjid tiada kuasa untuk menangkap pasangan khalwat… walaupun mereka bertanggungjawab berkenaan hal ehwal kariah masjid tersebut… yg boleh melakukan tangkapan dan pendakwaan hanyalah bahagian penguatkuasa JAWI.. pegawai masjid cuma boleh tangkap dan menunggu penguatkuasa JAWI untuk datang dan melakukan tangkapan semula…

Dalam hal penangkapan di Gombak, pegawai JAKIM (walaupun sama jawatan dgn pegawai penguatkuasa JAIS) tiada kuasa melakukan tangkapan, kerana ianya di luar bidang kuasa mereka.. kerana penguatkuasaan adalah milik Jabatan Agama Negeri (JAIN) dan dalam kes ini, JAIS memang berkuasa untuk melakukan tangkapan.

Soal kenyataan Datuk Khusrin itu, beliau mengeluarkan kenyataan atas kapasiti beliau sebagai ketua kepada JAIS.. dan kenyataan beliau itu tidak ada salahnya.. Jika diteliti kitab2 karangan ulamak Syiah, mereka memang menganggap golongan sunni adalah kafir dan darahnya halal untuk dibunuh.. terbukti di negara2 spt Pakistan, malah di Iraq sendiri berlaku pembunuhan sunni (selepas kejatuhan Iraq).. cuma bezanya Iraq di London, mereka tertakluk kepada undang2 kerajaan Britain.. jadi, diorg pun takde la sebodoh itu untuk mengancam sebegitu rupa… apatah lagi dengan akidah kitman dan taqiyyah mereka, jadi tak bleh nak expect lebih dgn keramahan dan kemesraan mereka..

soal makan dan solat sekali itu, Ustaz Love akan tanyakan pada Ustazah Fauzaiyah.. insyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

64 Comments

Add a Comment
  1. syukran once again. saya suka baca cara ustaz handle and jwb soalan –nak kena belajar ni, sbb penuh berhikmah–lembut tapi penuh dgn fakta πŸ™‚ barakallah fiik–byk saya dpt ilmu psl syiah ni dari entry ustaz

    1. afwan ya mama.. terima kasih.. takde la hikmah mana.. ada juga yg tak menyukai cara jawapan Ustaz Love.. cuma apa yg penting, Ustaz Love dah cuba menyampaikan sekadar kemampuan.. soal penerimaan itu adalah hak individu πŸ˜‰

  2. nmpknya ustaz ni nak glkkn prpchn dlm umat islam sdgkn sluruh dunia islam menyeru kepada perpaduan…..Sunni d arab saudi pun dah buat pejanjian damai dengan syiah d sana…….

    1. reply to mohd :

      perpaduan umat Islam memanglah penting.
      tapi antara Islam sahajalah…
      kalau dah masalah akidah, kat mana nak brpadu atas kalimah lagi…
      perpaduan sebagai manusia je laa..
      dah tahu nak berpadu, kenapa perlu ada syiah..
      kan dalam Islam hanya Ahlus Sunnah Wal Jamaah sahaja yg diterima…
      ke macam mana?

      1. betul 32C.. ini Malaysia, bukan Arab Saudi… Malaysia mengharamkan fahaman Syiah.. jadi, jika masih nak mengamalkan juga, sila la berpindah ke Arab Saudi πŸ˜‰

        pastu try la lukakan kepala dan badan masa Hari Asyura… kot2 geng2 Arab sana nak tumpang menangis sekali.. πŸ˜€

    2. Susu tak boleh bersatu dengan tuba.. susu akan jadi beracun, manakala tuba akan semakin tawar bisanya πŸ˜‰

      1. jgn la brbicara tanpa fakta wahai saudara2ku…Malaysia mengiktiraf syiah sbg 1 fahaman dlm islam…rujuk la deklarasi amman yg ditandatangani oleh bbp pmimpin m’sia spt pak lah,khairy jamaluddin,anwar ibrahim,tan sri hamid osman…

        1. isu politik, pemimpin negara yg akan buat keputusan.. manakala isu agama, telah diletakkan di bahu Majlis Fatwa Kebangsaan.. Jadi, apabila Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan syiah itu sesat, maka kalau ada pemimpin politik mengatakan sebaliknya, maka yg perlu diikuti adalah majlis fatwa kebangsaan…

          sama juga isunya dgn program Jom Heboh.. Majlis Fatwa dah nyatakan pengharaman.. tapi program masih berjalan…

          mungkin pengiktirafan itu atas dasar kepentingan politik (iran dilihat sbg kuasa Islam yg boleh membantu negara2 Islam)..

          soal sesat tetap sesat… yg menjadikan pengiktirafan itu mungkin atas dasar maslahat, dan bukan hakikat πŸ˜‰

        2. Takkan itu pun tak dpt nk faham sdr Mohd…Deklarasi Amman tu bukannya fatwa…..apalah salahnya menjaga hubungan diplomatik antara negara seluruh dunia. Pengiktirafan kewujudan golongan Syiah tidak bererti pengiktirafan kebenaran mereka dari sudut akidah. Sepertimana kita bercampur gaul dgn harmoni dlm masyarakat berbilang bangsa, begitu juga antara negara.

          1. bukan tak faham tu, saje je buat2 tak faham.. even kalau diorg bleh gunakan kata2 burung kakaktua pun, mereka akan jadikan bukti dan dalil mempertahankan diri πŸ˜€

  3. xda pun dalil yg mengatakn hny ahlus sunnah saja yg ditrima islam…jgn la trlalu dangkal….Imam syafie pun trtima syiah….xtau la klu kalian brmazhab lain plak….rektor azhar pun kluar fatwa syiah adlh satu cabang dlm islam….

    1. rektor azhar ada banyak? mmg suatu masa dulu al-azhar dan syiah mengadakan usaha taqrib.. tapi mcm biasa, syiah yg menikam belakang org yg ikhlas nak membantu mendekatkannya..

      cuma kena faham.. yg diterima cuma fiqh syiah yg dekat dgn fiqh sunnah sbg cabang ajaran islam.. dan bukan akidah syiah imamiah yg menyesatkan..

      bab Imam Syafie menerima Syiah itu, boleh nyatakan sumbernya? πŸ˜‰

    2. reply to mohd :

      mana bukti yg Imam Syafie menerima Syiah?
      Fitnah itu lagi besar dari dosa membunuh.
      Fitnah tu adalah sesuatu yg diada2kan. Jangan salah faham plak.

      1. Fitnah dan mengadu domba adalah makanan Syiah ni.. kalau isteri Nabi s.a.w. sendiri difitnah Syiah ini, apa la sangat nak dibandingkan dgn Imam Syafie πŸ˜‰

  4. Salam,
    Alhamdulillah dah jawab pun.

    Harap jawab yang ini juga, orang beriman akan beri bukti: ‘jika diteliti kitab2 karangan ulamak Syiah, mereka memang menganggap golongan sunni adalah kafir dan darahnya halal untuk dibunuh.. terbukti di negara2 spt Pakistan, malah di Iraq sendiri berlaku pembunuhan sunni (selepas kejatuhan Iraq)..’

    Terima kasih.

    1. merepek lagii…
      cerita oic laa pulak…
      cerita gombak pun tak habis lagi…
      nak cerita global, tapi pemikiral glokal…
      cerr hujjah sket…
      jangan melantun sahaja yg pandai…

    2. banyak benda kena fikir dulu kat situ..

      1. deklarasi tu tahun 2004.. skrg dah 2011.. jauh masanya tu bro..
      Kalau dulu, Syeikhul Azhar Tantawi beri pengiktirafan, Syeikhul Azhar skrg (Dr. Ahmad Al-Tayyib) pula menolak segala usaha2 penyebaran Syiah di negara2 Muslim..

      Tun Abdullah – dah tentu tak setaraf dgn mufti Perak
      Khairy Jamaluddin – setaraf ke ilmu agamanya dgn Mufti Selangor
      Shahidan Kassim – layak ke dibandingkan dgn mufti Perlis?

      Dan Ustaz Love percaya, banyak lagi (bahkan lebih separuh yg menyokong deklarasi itu) bukanlah alim ulamak… kecuali beberapa org.. yg lain, ada Doktor Perubatan la, penasihat PM la…

  5. saya tidak fitnah ttg kenyataan imam syafie itu. .ia ada dlm kitab imam syafie…kenyataannya berbunyi…Jikalau menyintai ahlul bait itu rafidi(syiah) maka saksikanlah aku adalah rafidi…

    1. Itulah juga kata2 HAMKA.. tapi bukanlah beliau menyatakan bahawa beliau itu Rafidhi (Syiah).. sebaliknya ia adalah bahasa kiasan… sbb Ahlus Sunnah juga mencintai Ahlul Bayt… sedangkan Syiah ini jugalah yg membunuh Ahlul Bayt… dan memfitnah golongan sunni yg membunuh mereka..

      Ustaz Love juga akan mengatakan.. kalaulah dgn mencintai Miqdad al-Aswad itu dikatakan RAfidhi, maka Ustaz Love juga Rafidhi (sbb Miqdad al-Aswad itu juga sahabat Nabi).. tapi bukanlah Ustaz Love seorang Rafidhi, cuma seorg yg mencintai para sahabat Nabi s.a.w. saja πŸ˜‰

  6. bukankah guru imam syafie imam hanafi&imam hanafi berguru dengan imam jaafar yg merupakan imam syiah yg mana nasabnya terus dengan rasulullah?

    1. kan setakat fiq sahaja…bukan akidahnya…huhu, payahnya orang syiah nih nak faham benda mudah ngan terang. lagi mauu pusing ngan lambung batu karbala…

    2. Imam Jaafar Sadiq adalah Ulamak besar keturunan Nabi s.a.w. Tetapi mcm biasa, Syiah suka memutarbelitkan fakta… banyak hadis2 palsu rekaan Syiah dinisbahkan kepada Imam Ja’far Sadiq… padahal Imam Ja’far Sadiq tak pernah mengatakan sebegitu.. InsyaAllah, nnt Ustaz Love akan buat entry untuk berkenalan dgn Imam Ja’far Sadiq ini πŸ˜‰

      1. mohd oo mohd…
        jawab laa yg bab nih…
        tak yah gi global sangat lagi…
        takut tersandung je…
        cerr bukak kitab2 sendiri…

        1. Apabila Ustaz Love menyatakan yg sebenarnya Imam Ja’far Sadiq bukanlah Syiah (cuma dipergunakan namanya je oleh Syiah), dah tentu la Ustaz Love akan gunakan sumber sunni yg lebih dipercayai πŸ˜‰

  7. dan kalau sunnah saja yg dikatakan betul maka sesatlah masyarakat selepas kewafatan rasulullah kerana tiada bukti mereka berpegang dgn ahlus sunnah…Boleh nyatakan pada saya wasiat Rasulullah yg menyuruh kita berpegang pd ahlus sunnah?

    1. Rasulullah s.a.w suruh berpegang pada sunnah Baginda…
      siapa yg amalkan sunnah Baginda tu yg di panggil ahlus sunnah…, bukan pada imamiyah…

    2. wasiat Nabi s.a.w. :

      “Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah (s.a.w.).” (HR. Malik)

      Ahlus Sunnah berpegang kepada Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w., manakala Syiah menolak Hadis dan menambah ayat dalam al-Quran…

      Maka, sudah tentu Syiah bukanlah golongan yg disebutkan dalam hadis tsb πŸ˜‰

  8. ttg menghalalkan darah sunni,boleh nyatakan pd saya brp statistik pembunuhan beramai-ramai puak sunni di Iran,Iraq&pakistan?Setakat yg digembar gemburkan dlm brita byk mengaitkan Al-Qaeda yg mengaku mereka itu sunni dlm siri2 serangan berani mati ke atas masyarakat di sana.Di Iran xplak dpt berita pembunuhan sunni berlaku di sana.

    1. hahahaha…
      dari tadi dok menyoal…
      bila plak mohd nih nak menerangkan?
      abiss semua hujah orang lain tak betul…
      cerr datangkan bukti yg syiah tak halalkan darah sunni…
      yg PENTING SYIAH HALALKAN DARAH SUNNI…
      bunuh ke, belum bunuh ke, sedang bunuh ke…itu bab lain

    2. itu Ustaz Love pun tak dapat nak pastikan.. sebagaimana mohd juga tak dapat pastikan itu kerja al-Qaeda… semua bergantung kepada berita..

      Tapi, kenyataan bahawa “golongan ahlus sunnah ini kafir dan darahnya halal dibunuh” adalah daripada kitab Ulama’ Besar Syiah sendiri… πŸ˜‰

  9. Satu lg pertanyaan,yg menandatangani amman message ni klu dilihat bukan semua pemimpin politik…..Kiranya Prof. Dr. Kamal Hasan
    President of the Islamic International University, Kuala Lumpur,
    Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali
    Dean of the International Institute of Islamic Thought and Civilisation dan Dr. Salih Qadir Karim Al-Zanki
    International Islamic University pun pemimpin politik Malaysia jugak la ye…..

    1. mereka mengikuti delegasi pemimpin politik.. mana mungkin mereka akan menyalahi pandangan Pak Lah (PM ketika itu)… tambah2 lagi masa tu (kalau tak silap) Malaysia tgh membida projek minyak dan gas kat Iran πŸ˜‰

  10. 32c ni tkt nak hadapi global nmpknya?Jais pun xdpt nk dkwa lg minoriti syiah yg diorg serbu d gombak tu…..Ttg sunnah plak,siapa yg lbh mgtahui ttg sunnah nabi,bukankah ahlul baitnya yg suci?Dan betulkah tiada hadis ttg imamiyah dr Rasulullah?

  11. ngra lain cmna plak?Diaorang pun ada projek minyak &gas jugak ke dgn Iran? Maknanya pak lah pun org munafik la ustaz love?Menggadaikan akhidah semata-mata kerana kepentingan dunia…….

    1. Ustaz Love tak komen apa2 pun.. sbb itu soal beliau dgn Tuhan..

      Siapa tak nak bersatu? Dalam Malaysia yg pelbagai agama pun nak bersatu gak.. bezanya, Syiah menyatakan sebagai Islam, tapi akidah dan amalan bertentangan dgn Islam.. maka atas kuasa dalam hal ehwal Islam, mmg padan pun JAIS tangkap geng2 Syiah ni πŸ˜€

  12. Jwb la prtanyaan2 saya dahulu krn saudara2 yg mengatkan demikian…Ttg fatwa halal darah tu xprnh pun diklgn ulama syiah menyuruh membunuh org2 sunni.Yg adapun Almarhum Imam Khomeini keluar fatwa bunuh ke atas Salman Rusydi yg mencaci Rasulullah saw. Itu pun ulama sunni mendiamkan diri seribu bahasa……

    1. kenapa pula tak pernah… Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah:

      “Terdapat dalam beberapa riwayat bahwa Ali bin Yaqtin iaitu menteri al-Rasyid dan seorang Syi`ah yang istimewa, beberapa golongan mukhalifin berada di dalam tahanannya, lalu dia memerintahkan orang-orang suruhannya menjatuhkan bumbung tahan ke atas tahanan-tahanan tersebut, lalu kesemua mereka mati terbunuh, bilangan mereka lebih kurang 500 orang. Bagi melepaskan diri dari tanggungjawab kematian mereka, Ali bin Yaqtin telah menghantar surat kepada Imam Mawlana al-Kazim dan al-Kazim menghantar jawapannya yang berbunyi: Jika anda bertemu saya dahulu sebelum membunuh mereka tentu anda tidak menanggung apa tanggungjawab terhadap darah mereka. Oleh kerana anda tidak berbuat demikian, maka hendaklah anda membayar kaffarah untuk setiap orang yang anda bunuh sebanyak satu tis. Satu tis itu lebih baik dari mereka.

      Lihatlah kepada diyat yang sangat sedikit ini yang tidak menyamai diat saudara mereka yang kecil iaitu anjing buruan kerana diatnya sebanyak 20 dirham dan juga tidak menyamai saudara mereka yang besar iaitu Yahudi atau Majusi iaitu 800 dirham dan keadaan mereka di akhirat lebih hina dan lebih rendah.”

      Riwayat ini juga dinukilkan oleh Muhsin al-Mu`allim untuk berdalil bahawa harus membunuh Ahli Sunnah. (Al-Nasb wa al-Nawasib, halaman 622)

      Ayatollah keluar fatwa bunuh ke atas Salman Rusydie? Siapa yg mati dulu? Ayatollah ke, Salman Rusdie? πŸ˜‰

  13. Nyatakanlah ayt2 Al-Quran yg DITAMBAH oleh syiah dan Hadis2 sahih yg ditolak ttg syaih…..Rasanya Yazid itu Khalifah yg mengamalkan sunnah Nabi sehingga sanggup membunuh Saidina Hussein,cucu kesayangan Rasul kita ye…..

    1. Al-Kulaini menyebutkan dalam al-Kafi 1/457: Dari Abu Bashir dari Abi Abdillah berkata: ”Sungguh kami mempunyai sebuah Mushaf yang namanya Mushaf Fathimah, tahukah anda apa mushaf Fathimah itu? Dia berkata: Mushaf Fathimah adalah seperti tiga kali Quran kamu sekalian, demi Allah tidak ada di dalamnya satu huruf pun yang tertulis dalam Quranmu (sunni)”. πŸ˜‰

      Yazid membunuh Hussain? Itu salah satu pembohongan Syiah juga.. InsyaAllah, Ustaz Love akan buat entry gak… πŸ˜€

  14. Maka Salman rusydi lbh mulia la pada pandangan ustaz berbanding Imam Khomeini…..Nmpk gayanya ilmu ustaz ni lebih tinggi rektor Azhar terdahulu spt Mahmud Syaltut,Salim Al-Bisyri,mlh Yusuf Qardawi pun kena belajar dgn ustaz sbb beliau pun xkata syiah sesat….

    1. dua2 tu tak mulia pun.. sbb seorg menghina Islam, seorang lagi menyesatkan umat Islam..

      sekalipun Yusuf Qaradawi turut sama dalam Amman Message bertaqrib dengan Syiah, beliau tidak pernah lupa mengingatkan kepada umat Islam tentang kesesatan syiah yang memiliki aqidah tahrif al-Quran dan mencaci maki para sahabat nabi, malah beliau meletakkan syarat dua ciri aqidah Syiah ini dihapuskan sebagai syarat berjayanya projek tersebut. Tidak memadai di situ, Syeikh Qaradhawi melarang usaha penyebaran Syiah di negara-negara Sunni kerana menurutnya akan mencetuskan pertumpahan darah (rujuk Siaran al-Jazeerah, 31 Ogos 2006). Manakala Syeikh Tantawi pula sebelum kematiannya turut menyatakan golongan yang mencaci maki para sahabat dan isteri nabi bukanlah dari kalangan umat Islam. Beliau meninggal sebelum usul beliau terhadap pendirian syiah direkomendasikan kepada lembaga penyelidikan al-Azhar (eramuslim.com, 28 Ferbruari 2010). Sebelumnya syeikh tantawi turut mengecam usaha penyebaran Syiah yang dilakukan oleh sayap Hizbullah di Mesir yang sedang pesat berkembang (mufakkirah al-Islam : 19 April 2009). Barisan Mufti Pakistan sejak berzaman telah memfatwakan Syiah sesat malah terkeluar dari Islam. Malah ulama’-ulama’ hadis sunah di benua India (khususnya ulama’ Pakistan) paling kuat membongkar kesesatan aqidah Syiah menerusi karya-karya mereka yang tidak terhitung jumlahnya (sumber : Syiah Rafidhah : Di Antara Kecuaian Ulama & Kebingungan Ummah oleh Maulana Asri Yusuf). Malah di kalangan mereka ada yang dibunuh oleh orang-orang Syiah seperti Prof. Ihsan Ilahi Zahir. πŸ˜‰

    1. mohd :

      nak pertikai sunni, sila khatam kitab syiah dulu, lepas tu baru sunni…

      jangan kitab syiah tak lepas, kitab sunni hancuss…ikut kepala sendiri..
      buat malu orang syiah je…
      nak quote dari kitab sendiri pun tak lepas…

  15. Ustaz Love ni xbaca fatwa baru Sayyid Ali Khamenei ni….lgpun,mrk yg dicaci tu pasti ada sebab…caci2 pun xsmpai membunuh kan spt Yazid…..Bab tahrif tu,nyatakanlah mana ayat Al-Quran yg ditambah…

    1. Adakah fatwa terbaru itu membatalkan fatwa terdahulu? Sudah tentu tidak.. fatwa terbaru sekadar propaganda terbaru Syiah.. Syiah masih tetap Syiah yg lama, yg baru cuma orangnya saja πŸ˜€

      Sahabat Nabi dicaci dgn sebab? Apa sebabnya? Yazid bukan drp golongan sahabat… πŸ˜‰

    2. hebattt..syabbasss…
      boleh caci sahabat nabi dengan sebab…
      huhu…lagi hebat nih…
      mohd yg tak tahu dari mana…
      dibolehkan caci sahabat nabi…dengan sebab..huhuhu

  16. Ustaz love bg yg thn 2006,yg trkini dri Dr Yusuf Qardawi plak cmna? Anaknya sendiri pun dah jadi syiah….

    1. Iman tak dapat diwarisi..dari seorang ayah yang bertaqwa… πŸ˜‰

      “Saya bukan seorang Syi’ah, bukan pula seorang al-Ikhwan al-Muslimun. Saya adalah seorang Arab Nasionalis dan mencintai kesatuan,” tegas Abdurrahman. (as-Syuruq (1/6))

      mcm biasa.. Syiah suka tersalah tafsir banyak perkara.. puisi penulisan beliau yg memuji Hezbollah, dgn pantas dikatakan bahawa Abdurrahman ibn Yusuf al-Qardhawi itu sebagai Syiah… πŸ˜€

      Sila rujuk akhbar Berita Harian ni.. dah bulatkan mata pada yg di boldkan πŸ˜‰

      DOHA: Tokoh ulama, Sheikh Yusuf al-Qaradawi menggesa puak Syiah berhenti cuba mengkafirkan penganut ajaran Sunnah wal Jamaah serta menyebarkan fahaman Syiah ke atas penduduk Sunnah.

      Berikutan itu, beliau menyarankan supaya kedua-dua pengikut mazhab supaya merapatkan perbezaan dan bersatu menghadapi cabaran ketika pertumpahan darah berterusan di Iraq ketika adanya cubaan pihak tertentu mencetuskan masalah yang sama di rantau Islam yang lain.

      Di Baghdad, 78 orang lagi maut dan 156 cedera selepas dua bom meletup di kawasan majoriti penduduk Syiah di tengah kota itu, semalam, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Hakim al-Zamili.

      Letupan pertama berlaku pada tengah hari selepas satu beg yang diletakkan di celah warung perniagaan kaset dan DVD meletup di daerah Bab al-Sharqi diikuti dengan letupan kedua tidak jauh dari situ.

      Seramai 63 orang terbunuh kerana letupan bom di kawasan sama bulan lalu.

      Qaradawi, yang mengetuai Kesatuan Cendekiawan Islam Antarabangsa (IUMS), berkata, penduduk Sunnah yang menjadi majoriti dalam dunia Islam sudah mengambil inisiatif dan mengeluarkan fatwa yang mengiktiraf mazhab Jaafari Syiah, sebaliknya Syiah tidak pernah berbuat demikian. – Ustaz Love : yg Qardhawi iktiraf, mazhab Ja’fari, bukan keseluruhan Syiah okeh πŸ˜€

      β€œTindakan Syiah menyebarkan fahaman di kawasan penduduk Sunnah adalah suatu tindakan bahaya dan menjejaskan perpaduan,” katanya pada Sidang Dialog Antara Mazhab di Doha.

      Beliau berkata, tindakan menyebarkan fahaman Syiah atau memaksa pengikut lain menuruti mazhab mereka adalah suatu tindakan yang memecahbelahkan masyarakat serta menjadi penghalang kepada perpaduan.

      Qaradawi merujuk kepada contoh yang dilakukan oleh diplomat Iran yang mengedarkan buku menyebar fahaman Syiah di Sudan dan ia disahkan oleh Menteri Wakaf Sudan, Esam Al-Bashir yang turut hadir pada persidangan itu.

      Bagaimanapun, ulama Syiah Iran, Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri, yang mengetuai Pertubuhan Kebudayaan dan Komunikasi Islam menolak tuduhan Qaradawi Syiah mengkafirkan Sunnah.

      β€œGolongan ahli Sunnah yang sepatutnya berhenti menyebarkan fahaman itu ke atas pengikut Syiah serta berhenti mengkafirkan pengikut golongan ini akibat perbezaan mazhab,” katanya.

      Seorang lagi wakil Iran pada sidang itu, Ali Azrship dari Pusat Kajian Kebudayaan Iran-Arab, berkata beliau terkejut kerana Qaradawi sanggup bercakap sedemikian kerana ia tidak membantu dialog itu. – Agensi

  17. seluruh bukti sejarah mengatakan demikian ttg yazid yg membunuh Saidina Hussein….Mushaf Fathimah tu Quran ke?Kalau ikut kenyataan tu,ia xmenggambarkan Quran pegangan Syiah….Saya pun baca Quran dari Iran,saya rujuk sama ja dgn dgn dari Arab saudi….Ustaz ni kena kaji lg ttg Mushaf Fatimah ni…Klu jumpa dgn Maulana Asri Yusuf,tanyakan padanya hasil debatnya dengan Ustaz Syed Sulaiman&tahanan2 Isa suatu masa dahulu……Knapa plak jakim xbetulkan aqidah mereka seperti dibuat pd Arqam?

    1. Itu sejarah yg diresapi propaganda Syiah.. Hakikatnya, Syiah sendiri yg membunuh Hussain.. kata cinta sangat, tapi bunuh Hussain plak.. pastu tuduh org lain.. ini memang perangai Syiah sejak berkurun lamanya.. susah nak buang ni πŸ˜€

      Kalau Mushaf Fatimah tu bukan al-Quran versi Syiah, habis tu apa? Buku Fairy Tale ke? Kalau buku Fairy Tale, kenapa pula al-Kulayni nak bandingkan dengan al-Quran? Adakah betul membandingkan otak lembu dan otak manusia? Sudah tentu al-Kulayni tak sebodoh itu nak membanding sesuatu yg bukan sama tahapnya… apatah lagi beliau jelas menyatakan bahawa “Mushaf Fathimah adalah seperti tiga kali Quran kamu sekalian”… malah Ayatollah Al’Uzma Sayyid Kazem sendiri menyatakan : “al-Quran yg ada pada mereka (sunni) adalah kurang dan tidak lengkap serta berlaku padanya perubahan“…

      Hasil debat Ustaz Syed Sulaiman? InsyaAllah, Ustaz Love akan cuba dapatkan jawapannya…

      Zaman itu, Tun Mahathir lebih bijak dgn memasukkan terus mereka ke dalam ISA… takde dakwa2 dah… senyap je la kat dalam tu… tapi mcm arwah Abuya juga, walaupun dah keluar ISA, tapi masih lagi berpegang dgn akidah sesat beliau… sama ada ianya disebabkan kekurangan yg ada pada pegawai JAKIM, ataupun kuatnya pegangan pada ajaran sesat tersebut, Ustaz Love tak dapat nak komen lebih lanjut πŸ˜€

  18. Syukran..tolong jawab soalan Dr. Faisal Tehrani tuu…tapi malang golongan syiah kat Malaysia selalu menafikan mereka seperti syiah di Iran atau pakistan..termasuk Faisal Tehrani…

    1. kalau dah daripada sumber yg sama, dah tentu semuanya sama.. bezanya mungkin daripada segi pengamalan dan pemahaman πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme