I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab 2 : Isu Syiah

Salam…

Patutnya Ustaz Love nak gi main badminton malam ni… Tapi rasa tak sihat plak.. pastu hujan.. jadi, Ustaz Love tangguhkan dulu la.. sbb Ustaz Love bukanlah Dato’ Lee Chong Wei mahupun Hj. Misbun Sidek yang perlu berlatih setiap hari.. Ustaz Love nak main seminggu sekali pun tak mampu.. hehe..

Jadi, adalah baik Ustaz Love selesaikan sikit demi sedikit persoalan yg bermain daripada pengomen yg menamakan dirinya Dr. Faisal Tehrani ini.. bukanlah Ustaz Love org yg alim yg layak menjawab persoalan Dr. Faisal, tapi disebabkan pertanyaan diajukan ke kotak komen blog Ustaz Love, maka menjadi tanggungjawab Ustaz Love untuk menjawabnya..

Ustaz Love akan cuba menjawab persoalan Dr. Faisal satu persatu.. supaya lebih fokus.. berbanding jawapan umum yg lebih menerawang yang akhirnya tidak dapat menjawab persoalan..

1. Ini kali ke-2 Dr. Faisal menyatakan bahawa Dr. Faisal mengetahui akan fatwa JAKIM dan Jabatan Agama Negeri (JAIN) yg menyatakan bahawa ajaran Syiah ini adalah sesat.. Soal tahu, ramai yg tahu.. persoalan faham atau tidak akan sebab kenapa ia diharamkan itu yg lebih utama..

2. Apa agaknya yg tak kena dengan makan minum dan gelak ketawa delegasi JAKIM tersebut dgn golongan Syiah di London itu? Adakah sekiranya kita tidak mengiktiraf pegangan seseorang itu, menjadikan kita bermasam muka dan mengeluarkan kata2 kesat apabila bertemu dgn mereka? Tidakkah golongan Syiah juga yg memang memusuhi golongan sunnah, tetapi apabila melawat ke Malaysia dan bertemu pemimpin2 negara yang berpegang dgn Ahlus Sunnah, mereka juga bergelak ketawa dan berpeluk2an.. dan makan juga makanan yg disediakan untuk mereka oleh chef2 Ahlus Sunnah? Adakah sikap seperti ini dilabel sebagai taqiyyah?

Sudah tentu tidak bagi Ahlus Sunnah.. ini kerana golongan Ahlus Sunnah mengutamakan hikmah… bahkan penangkapan 200 pengikut Syiah di Gombak juga bukanlah suatu kekejaman… mereka ditangkap untuk didakwan.. Jika didapati bersalah, mereka akan dimasukkan ke Pusat Pemulihan Akidah untuk diselamatkan akidah mereka.. sama seperti yang dilakukan ke atas pengikut al-Arqam dan juga ajaran2 sesat yg lain.

Bahkan sebelum penangkapan itu lagi, JAKIM dgn kerjasama JAIN telah mengadakan sesi penerangan dan dialog berkenaan Syiah ini.. kenapa pada waktu itu, ‘Hujjatul Islam Kamil Zuhairi’ tidak bersoal jawab dengan pegawai jabatan agama yg menjadi panel seminar dan dialog tersebut?

Dr. Faisal jangan buat2 lupa yang sejarah Syiah di Malaysia ini bukan baru setahun jagung… sejak Revolusi Iran tahun 1979 lagi, Syiah telah melebarkan pengaruhnya di Malaysia.. Malah ramai juga Ustaz2 dan Ulamak Malaysia yang terpengaruh dengan Revolusi Syiah tersebut.. jadi, sebenarnya isu Syiah ini dah lama…

Sepatutnya, dah lama JAIS melakukan tangkapan tersebut… kerana adalah tidak adil, setelah sekian lama difatwakan sebagai ajaran sesat, Syiah di Gombak masih gembira ria dengan amalan dan gerakan mereka.. malah ada pula kader2 Syiah untuk menyebarkan fahaman tersebut… sedangkan ajaran2 sesat lain, cepat saja ditangkap dan dilupuskan..

Kalaulah Kota London itu dibawah wilayah jajahan kerajaan Negeri Selangor, Ustaz Love percaya, pihak JAIS pasti akan ke sana untuk melakukan tangkapan (mungkin ada sesi makan2 sikit.. salah ke makan?) πŸ˜€

Dialog Sunni-Syiah telah menjadi sejarah hitam buat golongan sunnah… apabila menjalin hubungan dgn Syeikhul Azhar, dan banyak kitab2 daripada al-Azhar memasukkan mazhab Ja’fari dan Zaidi dalam kitab2 syarah fiqh… Akhirnya ditikam belakangnya oleh Ayatollah melalui ceramah2 dan penulisan beliau..

Agak2 Dr. Faisal, apakah isi dialog yang diwar2kan sangat itu? Tentang manhaj Syiah? Tentang kebebasan beragama? Atau tentang apa sebenarnya? Mungkin Khwaja2 sanjungan Dr. Faisal itu boleh menyatakan serba sedikit mengenainya…

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
  1. tekun saya membaca.
    menarik…
    tertarik…
    banyak ilmu boleh korek…
    barulah terasa selama nih ilmu saya rupanya cetek…
    apatah lagi bab syiah yg memang merepek…

    πŸ™‚

    1. takde la ilmiah mana entry ni.. sekadar jawapan logik.. kalau nak lebih ilmiah, boleh baca di website JAKIM atau di blog2 yg dicadangkan oleh ibnhasan πŸ˜‰

  2. Emm…pandangan ustaz ini membuatkan saya tanda tanya..

    Di Malaysia telah mengatakan fahaman syiah itu sesat. Tetapi masih ada lagi org yg menggunakannya. Adakah ini kerana kurgnya pendedahan agama atau rakyat malaysia kurg menimba ilmu agama?

    Wallahualam

    1. isu akidah ni bergantung sejauh mana tertanamnya doktrin tu dlm diri kita.. yg akan mengeluarkan kita drp kesesatan itu adalah hidayah drp Allah jua.. sama juga kes mcm al-Arqam.. semua tahu kesesatannya.. tapi masih ada yg cuba menghidupkannya dgn pelbagai nama baru (rufaqa’ contohnya)..

      soal taqlid pun satu hal.. mungkin dgn banyak belajar agama, akan memandu kita untuk menjauhi perkara2 sesat sebegini πŸ˜‰

  3. kagum me baca cara ustaz kupas + jwb isu ni. syukran ya ustaz πŸ™‚ in case me diajukan or berdepan dgn isu ini, now rasa dh lebih yakin utk menjwb πŸ™‚

    1. Ustaz Love jawab biasa2 je mama.. kalau nak lebih mantap, mama kena banyak buat research ttg Syiah ni… 10 tahun lepas Ustaz Love ada buat assignment ttg Syiah ni… banyak dah lupa dah πŸ˜€

  4. salam uztaz..
    boleh beri contoh ciri-ciri yang sesorang tu syiah. mana tau dalam keluarga kita sendiri ada yang berfahaman begitu..

    1. untuk lebih memahami, kak jem kena baca artikel2 berkaitan syiah ni.. Ustaz Love paling cadangkan artikel pegawai penyelidikan JAKIM (sbb maklumat mereka lebih dipercayai).. boleh lawat ke http://www.islam.gov.my πŸ˜‰

  5. 32C,apakah sunah itu wujud dahulu sblm syiah? jika benar la kata saudara 32C itu,maka fatwa syeikhul azhar,mufti mesir tu merepek la ye…PUM pun dok merepek jgk la tu….

    1. kenapa pula sunnah tak wujud dulu sebelum syiah? Sbb zaman para sahabat itu zaman sunnah.. dan zaman Abu Bakr serta Umar dan Uthman mendahului daripada zaman Abdullah bin Saba’..

      soal PUM itu, Ustaz Love pun malas nak cakap lebih2.. sbb ada antara ulamak yg berada dlm PUM itu sendiri berfahaman syiah.. 15 tahun lepas, beliau masih lagi sujud atas batu karbala… sama ada beliau sudah bertaubat, itu Ustaz ove tak pasti..

      dan satu lagi… mana mungkin syeikhul azhar mengiktiraf akidah syiah terutamanya syiah imamiah.. kalau iktiraf pun, mereka setakat mengiktiraf fiqh ja’fari dan zaidi saja ye.. jgn bangga terlajak plak πŸ˜€

    2. reply to mohd :

      ni apa punya soalan daa..
      dah terang2 laa sunnah tu wujud sebelum syiah.
      nih laa yg saya kata merepek.
      sampai tak terbelek untuk berlawan inetelek…
      bukan setakat Imam Syafie yg kena fitnah
      Bahkan sahabat r.a pun kena ‘panah’..

  6. Saya tetap berpegang pada sunnah..saya tak pernah tahu pun kewujudan syiah ni dan tak pernah ambil tahu..tapi bila belajar, ustaz -ustaz ada menyebut , syiah ni macam org india yang sambut taipusam…menyeksa diri…lalu saya rasa tak perlu kita ikut syiah ni kerana terang-terang dah sesat…cuma pendapat cetek dari seorang yang tak pandai bab-bab agama. Saya letak list FT sebab saya minat dalam penulisan dia sahaja…tentang pegangan dia…biarlah urusan dia dengan Allah Taala

    1. tiada masalah nak letak atau tak nak blog FT dalam bloglist.. itu hak individu.. Ustaz Love sekadar bagi panduan..

      kata la ada seorang sami membuat blog.. kata2 syair daripada beliau sungguh menusuk jiwa.. lalu kita mengambil keputusan meletakkan link blog beliau dalam bloglist di blog kita.. tanpa kita sedari, selain syair, beliau juga menyelitkan mentera2 agama Hindu.. lalu tajuknya naik di bloglist blog kita.. ada pelawat datang blog kita dan tertarik untuk klik link blog sami itu.. dan tertarik membaca mentera itu.. kemudian tertarik untuk convert ke agama Hindu.. apakah perasaan kita? di manakah peranan kita?

      blog kita, tanggungjawab kita πŸ˜‰

  7. Golongan Syiah membenci golongan Sunnah. Tapi kedua-duanya ada satu persamaan. Kedua-duanya membenci Wahabi. Pandangan Ustaz Love mengenai Wahabi?

    1. tak kena persamaan tu.. yg betulnya golongan sunnah membenci Syiah, golongan wahabi juga membenci Syiah.. baru sama taraf.. sbb wahabi masih lagi berada dalam kelompok ASWJ.. berbeza dengan Syiah yg difatwakan sesat. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme