I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab 1 : Isu Syiah

Salam…

Seperti yang Ustaz Love janjikan, Ustaz Love akan menjawab pertanyaan Dr. Faisal Tehrani (sama ada beliau sendiri yg bertanya, ataupun ada org yg menggunakan nama beliau untuk bertanya..tiada masalah) pada entry baru… Sebab pertanyaan beliau agak banyak, dan agak rumit sekiranya dijawab pada komen entry berkenaan Kemesraan JAKIM – Syiah sebelum ni..

Pertamanya, Ustaz Love ingin memaklumkan bahawa pandangan Ustaz Love ini tidaklah mewakili mana2 jabatan agama, sebaliknya merupakan pandangan peribadi Ustaz Love..

Ustaz Love agak sibuk siang tadi.. jadi cuma sempat menjawab komen2 secara ringkas dan sambil2 blogwalking… malam ni baru ada kelapangan sikit.. Jadi, Ustaz Love akan cuba menjawab satu persatu persoalan Dr. Faisal..

Sebelum Dr. Faisal menimbulkan persoalan Muslim dan kafir, Dr. Faisal kena memahami dulu konsep Muslim dan kafir dari sudut kontemporari… Supaya tidak ada yang tersalah sangka. Dalam memahami konsep Muslim di Malaysia, mereka adalah org2 yg beragama Islam… serta tidak menyalahinya atau melakukan sesuatu yg terkeluar daripada syariat Islam. Manakala, kafir ini adalah mereka2 yg tidak mendakwa diri mereka Islam.. sebaliknya menganut agama selain Islam.. itu konsep yg paling mudah…

Namun, jika mereka itu mengaku beragama Islam, sebaliknya mereka mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan akidah dan dan syariat Islam, maka mereka2 itu adalah org2 yg rosak akidah.. atau lebih kasar disebut sebagai murtad (terkeluar drp Islam).

Hukum berbeza antara kafir dan murtad… kerana org kafir yang bernaung dalam sebuah kerajaan Islam, maka mereka adalah kafir zimmi yang dilindungi… Sebaliknya, golongan murtad (walaupun asalnya mereka beragama Islam), mereka2 ini diperangi..

Soal tax payer atau tidak, itu bukan persoalannya.. Sekiranya seseorang itu atheis (tidak beragama / free-thinker) sekalipun, dan duduk dalam negara Malaysia dan bekerja yg mana pendapatannya itu melayakkan beliau untuk dikenakan tax (cukai), maka beliau kena membayar cukai.. begitu juga kalau beliau nak makan kat KFC, tak kira apa pegangan akidah beliau, tax 5% untuk makanan itu beliau kena juga membayarnya…

Sebab membayar cukai adalah tanggungjawab warganegara… tiada kaitan dgn soal agama..

Namun, bila seorang warganegara (beragama Islam) itu melakukan kesalahan dari sudut akidah Islam, maka beliau akan diadili mengikut enakmen undang2 syariah.. dan bukannya undang2 buruh ke, akta cukai ke dsb…

Dalam hal Syiah, kenapa Dr. Faisal beria2 mempertahankan penangkapan golongan ini (walaupun tag di blog Dr. Faisal menulis bahawa “Aku bukanlah Syiah”) dalam pada masa yg sama, Dr. Faisal melupakan kisah penangkapan Abdul Kahar (Rasul Melayu), Abuya (al-Arqam), pengikut2 Ayah Pink (sebutan bahasa ganu..hehe)? Kalau Dr. Faisal boleh terima bahawa ajaran Syiah ini adalah sesat, dan kedudukannya sama tahap dgn ajaran2 sesat yg lain, maka sudah tentu Dr. Faisal tidak akan fokuskan perihal isu Syiah sahaja.. sbb pengikut2 Ayah Pink juga merupakan tax payer, begitu juga pengikut al-Arqam dsb..

Cuma Ustaz Love kurang faham kenyataan Dr. Faisal, “kalau kafir layan mereka kafir. kalau islam layan mereka sebagai islam.”

Apakah maksud Dr. Faisal di sebalik kenyataan ini? apakah layanan kafir yg Dr. Faisal maksudkan.. dan apakah pula layanan sebagai Islam?

Jadi, Ustaz Love buka perbincangan ini seluasnya untuk tujuan dialog..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
    1. terima kasih mama… untuk maklumat lebih jelas, mama boleh melayari laman web JAKIM dan mana2 laman web / blog yang menerangkan kesesatan ajaran Syiah ini πŸ˜‰

  1. ini serius ni…kekadang, bila kita nak melabelkan kafir dan islam ini…jika tidak cukup ilmunya, lain jadinya. janganlah kita sesuka hati melakukannya. Bahaya. biarlah orang yang layak melakukannya.

    1. memang serius.. dan kita kena mengambil tahu berkaitan perkara ini supaya kita tidak terjebak dalam doktrin permainan Syiah ini.. dan juga kita bertanggungjawab setakat kemampuan ilmu kita untuk menjelaskan bahaya Syiah ini kepada orang lain πŸ˜‰

    1. Wallahua’lam.. Itu Ustaz Love tak tahu… Hanya Dr. Faisal sendiri yg dapat menjawabnya.. πŸ˜‰

  2. Salam ustaz,

    bercakap pasal syiah. I just want to know, iranian most of them adalah penganut syiah. Erm, saya faham yang sebagai seorang muslim kita tak boleh makan makanan yang dimasak oleh mereka. tapi kalau yang masak itu orang iran adakah halal? Saya kurang faham tentang issue syiah ini. Tapi pernah baca what is syiah.

    1. tiada masalah memakan masakan golongan Syiah, hatta masakan bukan Islam sekalipun.. yg menjadi persoalan di sini adalah hukum memakan sembelihan org Syiah.. maka menurut Majlis Fatwa Arab Saudi (Lajnah Daimah), haram memakan sembelihan golongan Syiah kerana mereka telah terkeluar daripada Islam.. sembelihan mereka tidak sah sekalipun mereka menyebut nama Allah semasa menyembelihnya..

      WA πŸ˜‰

      1. astaghfirullahhal’azim…binatang sembelihan mereka tak boleh di makan? bagaimana kalau ahlil sunnah dan syiah bernikah? apa hukumnya ?

        1. hukumnya tidak sah pernikahan tersebut.. kerana akidah Syiah tertolak di sisi Ahlus Sunnah.. bahkan menurut Dato’ Hassan Din al-Hafiz, anak yg lahir daripada pernikahan tersebut dikira anak luar nikah.. Wal ‘iyazu billah..

  3. Salam ustaz, mungkin saya tersalah tempat untuk mengajukan soalan kepada ustaz tetapi saya berharap agar ustaz segera membaca dan dapat menjawab pertanyaan saya ini.

    Ustaz, seorang syiah telah bercerita kepada saya bahawa Syaidina Umar ra telah membunuh Syaidatina Fatimah. Ringkasnya begini Ustaz:

    Syaidina Umar dan orang2nya telah menendang daun pintu Rumah Ali a.s yang kemudiannya telah menyebabkan daun pintu itu tercabut lalu terbang melayang mengenai batang tubuh Fatimah a.s yang juga kebetulan semasa itu sedang sarat mengandung.
    hentakan kuat oleh daun pintu yang telah mengenai bahagian badan Fatimah a.s yang sedang mengandung itu telah menyebabkan Fatimah a.s mengalami pendarahan yang teruk dan seterusnya telah mengakibatkan beliau a.s mengalami keguguran yang mana tidak berapa lama kemudian telah menjadi sebab kepada kewafatannya.

    Saya amat terperanjat mendengar cerita ini, saya cuba search goole untuk mencari jawapan tetapi tidak berjumpa. Oleh yang demikian saya memohon kepada ustaz untuk menghuraikan peristiwa tersebut.

    Saya berharap ustaz dapat membantu. Wasalam

  4. Salam Ustaz,
    Hanya inginkan meluahkan rasa terkilan dan pedihnya hati kerana telah di aibkan di depan khalayak ramai oleh seorang kadi dimana dalam satu majlis pernikahan anak saudara perempuan saya.
    Saya adalah orang kuat keluarga yang banyak membantu sekiranya ada majlis perkahwinan ataupun majlis-majlis lain.
    Dalam majlis yang dihadiri oleh ramai saudara mara kedua-dua pihak pengantin serta jiran tetangga, kadi telah bertanya kepada pengantin perempuan ” adakah awak suka”. Saya secara tidak sengaja telah terkeluar perkataan ” tentulah sukakan?….dan meminta anak saudara saya ckp suka..suka” dan secara tak langsungnya menjadi bahan ketawa dan meriahlah majlis tersebut.
    Tapi apa yang saya terima dari kata-kata kadi tersebut adalah seperti berikut ” usah pedulikan perempuan yang menjerit tadi kerana perempuan yang berkata tadi adalah seorang janda” Ya Allah semua mata memandang kepada saya, malunya dan tebalnya muka saya, kerana beliau menggunakan microphone.
    Sehingga hari ini saya tidak boleh lupakan setiap inci perkataan yang di ucapkan oleh kadi tersebut.
    Tiba -tiba saya teringatkan suami dan anak-anak saya yang berada dimajlis tersebut kerana secara tidak langsung mereka juga tentu rasa malu.
    Duhai Ustaz,
    Saya cuma ingin bertanya:-
    1. Adakah kesalahan gurauan saya ini (saya tidakpun menjerit) patut di tegur oleh kadi tersebut dengan melemparkan kata-kata yang tidak sedap didengar?
    2. Bagaimana tuduhan nya mengatakan saya adalah seorang janda, sedangkan saya mempunyai suami dan kami hidup dengan aman.
    3. Bagaimana saya mahu berdepan dengan ahli keluarga yang lain, perlukan saya memohon maaf pada ahli keluarga kerana ketelanjuran gurauan saya?
    4. Bagaimana untuk melupakan perkara tersebut, walaupun saya telah melakukan solat taubat dan beristigfar sebanyak-banyaknya.
    5. Setelah majlis tersebut saya terus jatuh sakit akibat menangis setiap kali teringat kejadian tersebut.

    Saya perlukan nasihat dan panduan untuk merawat hati saya supaya tenang dan dapat mengembalikan kehidupan harian saya seperti asalnya.
    Jawapan dan nasihat dari ustaz amat saya hargai dan diucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah yang dapat membalasnya.

      1. Salam.. hai Puan Suka Duka.. Terasa geram plak membaca kisah awak tu… Takpa doa org teraniaya cepatl makbul InsyaAllah.. Klaulah saya suami awak kat situ gak lepas abis Akad nikah lebam bijik mata tok kadi tuh!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme