I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Singkatkan Seluar Turunkan Baju

Salam…

Sebenarnya ada kesinambungan lain pasal cerita dalam solat ni.. Tapi yg ni bukan daripada Syeikh Nuruddin tu.. Ada seorang jemaah datang jumpa Ustaz Love lepas solat Asar (kalau tak silap).. Kisah ni berlaku agak lama dulu.. dalam 2 3 bulan lepas..

Biasanya kalau Ustaz Love naik jadi imam, Ustaz Love akan pesan kat jemaah untuk rapatkan dan luruskan saf (itu yg kena tegur tu.. hehe) serta suh matikan henset… Ada satu hari tu, ada sorang jemaah (bukan kariah masjid.. musafir rasanya) datang jumpa Ustaz Love..

Beliau kata, bagus la Ustaz Love suh jemaah matikan henset.. sebab mengganggu jemaah lain nak bersolat.. Tapi, menurut beliau ada yg lebih penting untuk Ustaz Love bagitau jemaah..

Beliau mengatakan bahawa ada beberapa orang jemaah memakai kain / seluar yg melepasi buku lali.. sedangkan memakai seluar lebih daripada buku lali tu hukumnya haram… terkenjut Ustaz Love mendengarnya.. Nampak gayanya beliau macam tak boleh terima teguran.. sbb beria2 dia menggesa Ustaz Love suh bagitau jemaah.. kalau tak, Ustaz Love akan menanggung dosa jemaah tu…

Ustaz Love pun tak sempat nak balas apa2.. sbb beliau pun nampak mcm tergesa2 nak cabut..

Sebenarnya memang terdapat larangan memakai pakaian yg melebihi buku lali.. sbb ia antara pakaian org yg sombong dan bongkak.. Tapi kita kena memahami sesuatu dalil itu bukan secara zahir semata2.. istinbat (kaedah pengeluaran hukum) fiqh daripada mengambil kira banyak perkara..

Maka, larangan itu sebenarnya bukanlah bermaksud haram.. sebaliknya makruh.. kecuali la kalau beliau memakai pakaian labuh itu untuk tujuan riak dan takbur.. maka itu, waktu nak solat, lipat la kaki seluar atas sikit daripada buku lali… lagi cantik, pakai kain.. tak perlu nak lipat2 dah.. gulung2 je.. ini untuk lelaki la.. perempuan memang kena pakai yg labuh2..

Begitu juga dengan lengan baju.. kadang2 kita berwuduk, kemudian kita terlupa nak turunkan lengan baju.. Sebaiknya, selepas wuduk turunkan lengan baju.. butang kemas2.. sbb melipat lengan baju itu hukumnya makruh, apatah lagi ketika solat..

Tapi, sampai sekarang Ustaz Love tak suruh jemaah singkatkan seluar ke, kain ke.. sbb bagi Ustaz Love, ianya lebih kepada individu.. berbeza dgn bunyi ringtone henset, ianya mengganggu jemaah.. Pun begitu, kalau ada masa yg sesuai, memang Ustaz Love akan ceritakan ttg perkara ni.. tapi secara individu la.. tak elok tegur depan2 org.. menjatuhkan maruah org..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. ustaz kat kg me pun memang tekankan bab2 singkatkan kain jemaah lelaki tu…my mom+late dad sgtlah mrh kalau anak2 lelaki pakai kain melepasi buku lali time solat…

    nak mintak tlg ustaz vote kalau sudi. syukran jazilan
    tlg vote utk MZ!

    1. Ustaz Love masa belajar dulu pun suka pakai seluar singkat (lipat kaki seluar).. sampai lecturer tegur, kat hostel banjir ke.. hehe πŸ˜€

      Ustaz Love dah vote for mama πŸ˜‰

  2. Salam.
    Tapi Ustaz sebab kenpa dilarang kain tak boleh lebih buku lali tu, sebab dulu2 harga kain memang mahal. Siapa yang banyak kain tu, memang orang kaya. Sekarang ni harga kain takdelah mahal sangat. Susah kita nak nampak manusia yg tak berbaju sekarang ni.

    1. itu bukan sebabnya.. yg dinyatakan dalam hadis adalah disebabkan takbur / sombong.. sekalipun tak takbur / sombong, lebih afdhal meninggalkan isbal (melabuhkan pakaian hingga ke bawah buku lali) ini.. πŸ˜‰

  3. isu ni femes masa kat SMKAS dulu. ada je yg nak kuar hukum.haha.tp yg plg utama dilupakan.tp sekarang tak tau ar…pemahaman dah meningkat, sepatutnya amal pun meningkat πŸ™‚

    1. SMKAS tu apa ye? SMK Alam Shah ke?

      zaman sekolah memang zaman menghukum.. itu haram, ini berdosa.. sbb zaman sekolah Ustaz2 pun tak syarah panjang2 sangat.. kalau murid tanya banyak2 pun, mau kena tempeleng.. hehe πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme