I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Poligami : Huru-hara?

Salam…

Sebelum keluar, rasa macam nak menulis sesuatu… Semalaman Ustaz Love berperasaan nak menulis entry ni, tapi tertangguh je… Puncanya, bila Ustaz Love tengok berita semalam.. ada satu kes isteri muda menetak isteri tua.. kes cemburu…

Jadi, jelaslah ‘poligami’ ini tiada kaitan dgn buffered earning, trafik mahupun isu tudung shawl… hehe…

Sekali lagi Ustaz Love ingin mengulang persoalan.. Adakah poligami ini penyebab kepada huru-hara dalam hidup berumahtangga?

Poligami adalah suatu hukum yg diharuskan oleh Allah s.w.t. untuk para lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ini dijelaskan dalam al-Quran :

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (an-Nisaa’ : 3)

Jadi, tiada sesiapa yg layak mempertikaikan keharusan yg Allah berikan ini, hatta beliau seorang menteri sekalipun… Cuma, sejauh mana keharusan ini digunapakai, atau disalahguna.. itulah sebenarnya pokok perbincangan kali ini (tang buah dan daun tu, lain kali kita cerita.. hehe)

Ustaz Love nak fokuskan pada kisah dalam berita itu… Suami dan kedua2 isterinya tinggal serumah… Adakah ini merupakan salah satu ajaran syariat iaitu menempatkan 2 org wanita yg berkongsi kasih dengan seorang lelaki di dalam satu tempat…

Jika kita meneliti secara halus bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan kepada umatnya cara berpoligami, nescaya poligami ini lebih memberikan keadilan, berbanding ketidakadilan yg selalu kita dengar dan digembar-gemburkan dalam media..

Setiap isteri wajar disediakan rumah yg lain… tak wajar meletakkan 2 orang isteri di dalam satu rumah… kerana ia lebih membuka peluang kepada syaitan untuk mencucuk dan memprovokasi pemikiran isteri2… Mana taknya, kalau balik rumah, tiba2 isteri pertama nampak suami main2 mata dgn isteri kedua, dah tentu timbul rasa cemburu… Bila disimpan2 angin tu, akan jadi la macam belon… bila angin dah sarat… pommmm!!! (terkejut tak?)… terus meletup… masa tu, akal fikiran dah tak stabil dah sbb nafsu dah menguasai diri…

Jalan lebih selamat, asingkan isteri2 anda.. Walaupun Ustaz Love takde pengalaman beristeri banyak ni, tapi Ustaz Love dikelilingi saudara mara yg berpoligami.. Jadi, sedikit sebanyak, dapat juga belajar pengalaman mereka (bukan belajar cara2 nak menambah isteri okeh…)

Semoga kita sama2 dapat ambil manfaat…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 Comments

Add a Comment
  1. assalamualaikum ustaz

    terbaca juga kisah isteri muda tetak bini tua
    seram juga baca
    hehe

    saya nak komen lebih pun
    saya tak berkahwin lagi
    hehe
    apa apa pun, thanks for the info πŸ™‚

    1. waalaikumussalam eqa…

      terima kasih atas komen… org belum berkahwin kena banyak ambil tahu isu perkahwinan ni.. supaya dapat bersedia jika dah tiba masanya nnt πŸ˜‰

    1. takde siapa pun dalam dunia ni yg sanggup berkongsi kasih.. hatta adik beradik pun akan cemburu kalau mak ayah melebihkan adik beradik yg lain.. namun, jika takdirnya begitu, kena banyak bersabar dan redha.. itu lebih menenangkan hati.. berbanding menyimpan perasaan… sbb kata Aisyah “Kemaafan Dendam Yang Terindah” (ini Aisyah penyanyi tu tau πŸ˜‰ )

  2. salam..
    isteri jd tak tentu hala,dan cemburu melampau disbbkan suami tak dapat adil dgn baik..cuba kalo suami bersikap adil,tegas dan berlemah lembut,pasti isteri tak akan lakukan perkara2 di luar jangkaan..
    ehm..xtau la nk cakap..yg penting ilmu,iman perlu kukuh di dada..barulah hidup aman dan hati bahagia.. πŸ™‚

    1. salam insyirah…

      suami cuma mampu untuk berlaku adil secara zahir je.. bab hati, memang tak bleh nak paksa2… sbb itu ada kaedah penggiliran dalam bermadu ni… tapi tak semestinya isteri pertama bleh dapat apa yg isteri kedua dapat masa gilirannya..

      sebenarnya, yg lebih penting drp itu adalah bertolak ansur… kalau masing2 menuntut hak, memang pening kepala suami dan terus menjadi botak.. hehe πŸ˜€

    1. Salam Zefa..

      Kadang2 kita diuji apa yg kita tak nak… maka bersedialah untuk ujian bermadu atau dimadu… hehe…

      insyaAllah… Allah akan berikan apa yg terbaik buat kita.. yg penting, kena selalu berdoa πŸ˜‰

    1. salam bro zul…

      kalau tak cuba, mana nak tau.. hehe.. gurau je..
      bab adil ni agak abstrak… kadang2 kita rasa dah berlaku adil, tapi org kata tak adil gak πŸ˜€

    1. memang tak patut… sbb tu mahkamah syariah mengetatkan syarat nak poligami ni kena tgk pendapatan dulu…

      tapi bila tgk org2 al-Arqam dulu duduk 4 isteri serumah, nampak mcm mudah je… hakikatnya, mereka jugak yg mengetahuinya πŸ˜‰

    1. salam kakyon…

      kebanyakan wanita tak berani nak komen sbb takut diuji dgn perkara itu… betul tak? akak jangan risau.. insyaAllah, Ustaz Love doakan akak akan bahagia dengan suami sehingga ke syurga πŸ˜‰

  3. Hidup bermadu memang la bnyk risiko nya. Suami mesti berlaku adil sama ada pada zahir ataupun batin. Isteri pulak mesti mnjd seorg pemaaf dan mempunyai sifat sabar yang tinggi. Pada isteri yg mempunyai kesabaran yg tinggi akan diberi ganjaran yg tinggi di syurga. Tp biasa la.. isteri mana yg snggup tahan utk bermadu. Cuma chip nak ckp skit.. walaupun poligami ini ada baik dan buruknya, kita tidak boleh menolak hukum poligami kerana ianya sunnah rasulullah..

    p/s: huhu..ckp mcm dh kawin plak chip ni..chip pun x sggup nk kawin lebih..hehehehe..’maintenance’ tinggi..hehehee

  4. Salam…

    Tak sanggup rasanya nak berkongsi kasih.
    Antara ibu dan isteri pun ada yg terasa hati, inikan pula nk beristeri lebih…

    1. Salam iza..

      Itu memang lumrah wanita… takde yg sanggup berkongsi kasih.. cuma kena belajar2 untuk menerimanya… sbb kita tak tahu masa akan datang mcm mana.. mcm kematian gak.. kena bersedia, sbb tak tahu bila akan datang menjemput kita πŸ˜‰

  5. eh, macam mana plak saya boleh terlepas thread nih..hehe
    poligami adalah sesuatu yg indah…ceaaaaa…sebut bolehlah..kihkihkih

    1. hidup ini ada pasang surutnya.. begitu juga kehidupan berpoligami.. ada masa indah, ada masa gundah πŸ˜‰

          1. ada golongan yang menolak hukum poligami sekeras-keransnyaa, bahkan sampai mengharamkannya…apakah hukumnya? ada setengah ustaz berkata, hukumnya murtad/kufur..mohon ustaz ulas dalam satu entry lain dengan panjang lebar.tq

          2. wahh.. hot topic tu.. insyaAllah nanti Ustaz Love cuba buatkan jawapan πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme