Salam…
Hari ni terasa sunyi sket rumah… biasanya riuh rendah dengan bunyi anak2 Ustaz Love… TV pun takde mood nak bukak… aikk… takkan kat opis pun ada tv? Dah namanya Ustaz Love kat rumah, jadi takde la kat opis.. hehe.. Ustaz Love sambung cuti lagi… sbb cuti hari Jumaat hari tu (yg dah apply), Ustaz Love anjakkan ke hari Isnin…
Seawal pagi dah anak2 Ustaz Love dah bersiap nak pergi sekolah… Semangat betul… padahal baru pra-sekolah… Berbeza dgn Ustaz Love dulu.. sungguh liat nak bangun gi sekolah… sampai bleh tertido masa sarapan (masa tu sarapan pukul 5.30 am… sbb nak kejar bas Foh Hup yg datang pukul 6.00 am… tetiba teringat plak janji Ustaz Love kepada kakjem nak cerita pasal bas Foh Hup… tengok la jap2 lagi.. hehe)
Malam ni akan berlaku satu peristiwa besar dalam diri Ustaz Love… Walaupun Ustaz Love cuba menafikannya, ianya adalah hakikat yang tak boleh diubah.. Masa sentiasa berjalan… Bak kata pepatah Arab “Masa itu umpama pedang.. kalau kamu tak memotongnya, dia akan memotong kamu”…
Ustaz Love terpaksa rahsiakan dulu sehingga minit2 terakhir… masih menikmati apa yg ada buat masa ni…

suspens ni…..
ni suspens tahap gaban ni… seram sejuk je kaki tangan π
salam..
saspen betul
peristiwa besar anda
malam ni ye..
salam bro zul…
memang agak besar peristiwa malam ni.. Ustaz Love pun masih berdebar2 lg π
adakah ustaz nak nikah malam ni?
adakah dengan gadis morocco?
hehehehe
hehe… biarlah rahsia.. π
pandai lak berahsia……ni yg buek x sabau2 nak m’dongarnya….
biasa aa tu… ala2 siti nurhaliza gak.. “biarlah rahsia”.. hehe π
salam ustazlove…
jenggg..jenggg..jenggg!!
teruja nak tau sambunganya nie…cepat….cepat laa sambungg ekk..:)
tungguuuu… hehe π
apa2 pun kakjem nak ucapkan selamat hari tua kpd ustaz smoga setiap apa yg dilakukan mendpt keredhaan Allah dan dipanjangkan usia,disihatkan tubuh badan dan yg paling penting dilimpah ruahkan rezekinya(x nak ckp murah rezeki sbbnya bila murah tntulah sikit) supaya dpt berkongsi dgn org yg lebih memerlukannya…….
time kasih kak jem.. tua Ustaz Love, tua jugalah kak jem… doakan rezeki murah bukanlah bermaksud rezeki sikit, tapi doakan semoga Allah Yang Maha Pemurah akan mudah mengurniakan rezeki kepada Ustaz Love.. dan terima kasih atas nasihat kak jem itu π