I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Nama Panggilan

Salam…

Petang tadi Ustaz Love keluar gi makan jap… punya la ramai orang… dah la nak cari parking pun payah, nak amik makanan pun kena beratur… nak makan pun kena tunggu org tinggalkan meja… Memang sesak… Nampak sangat orang Malaysia ni tak terkesan dengan kenaikan harga minyak dan barang2…

Masa nak keluar, terserempak dengan seseorang… walaupun beliau cuba bermain sorok2 (dengan menyorokkan anaknya ke muka.. konon2 tak nak bagi Ustaz Love nampak), tapi Ustaz Love masih mengenali beliau… Lamanya tak jumpa, dekat 15 tahun rasanya.. Last jumpa masa jaman sekolah menengah dulu.. kira member sekolah menengah la ni…

Secara peribadinya, Ustaz Love memang jenis ingat orang.. walaupun dah lama tak jumpa… Tapi masalah Ustaz Love adalah mengingati nama.. Jadi, kadang2 Ustaz Love risau gak sekiranya member2 lama tegur, tapi Ustaz Love tak ingat nama.. maka dikatakan plak Ustaz Love ni sombong.. saje2 buat2 lupa nama ke, apa ke…

Serius.. member tadi pun Ustaz Love tak ingat nama.. walaupun muka beliau hampir tak berubah langsung sejak zaman sekolah lagi…Β  Punya la lama berborak, akhirnya tiba masa nak bertukar2 no phone… Ustaz Love bleh tanya plak nama beliau apa… bila dia bgtau nama, Ustaz Love plak kompius.. apsal tak fimiliar pun nama tu?

Sebenarnya, zaman2 sekolah Ustaz Love dulu, memang payah nak ingat nama penuh.. Jadi guna nama panggilan je.. kadang2 takde kena mengena pun dengan nama sebenar… Mcm ada sorang tu Ustaz Love tak pernah tau pun nama beliau yg sebenar apa.. dok panggil Bob… dah nak habis sekolah baru tau yg Bob tu kependekan daripada nama ayah beliau, Mahbob..

Nama panggilan ni sebenarnya penting.. terutama untuk tujuan pengenalan.. Sebab kadang2 dalam satu kampung tu, ada banyak orang yg nama sama… bila tanya Mat mana? owh.. Mat yg tempang tu ke? Mat yg perut buncit tu ke? Mat yg suka kentut tu ke? Jadi, ia sebenarnya memudahkan pengenalan.

Walaupun kadang2 ia agak mengaibkan (sbb menyebutkan kecacatan atau kekurangan beliau), namun ianya dibenarkan.. sbb ia merupakan salah satu cara untuk pengenalan… Kalau untuk tujuan saja2 (nak mempermainkan ke, nak menghina ke) maka itu memang haram hukumnya…

Rupanya member Ustaz Love tu dah jadi cikgu… mesti beliau kena gelak kalau menyebut cita2 nak jadi cikgu masa zaman sekolah dulu.. sbb masa tu, langsung takde rupa nak jadi cikgu.. kihkih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
    1. kalu kenangan manis tu, mmg seronok nak buat imbasan.. kalu kenangan pahit, nak tgk muka member lama pun rasa tak sanggup πŸ˜‰

  1. owh..congrats la ngn mmber tu sbb tcapai impian..

    hmm betul tu…nama pnggilan mmg penting…dulu masa skolah, kitaorg 3 skawan suma sama nama..hah!

    nsb baek nama pnggilan xsama juga..hoho

    1. betul tu.. selain nama panggilan, nama ejekan pun ada.. biasa la zaman budak2.. suka mengejek2.. last2 lekat nama tu sampai ke tua πŸ˜€

  2. saye pon jenis igt muke je,name tu mmg kt memori ni mcm temporary je,hehehe,lainlah klu mmg rapat..kt skolah dulu mmg ejek name ayah,atok sumer..terukkan ?

    1. memang pun… kalau dapat sakitkan hati org itu yg paling best.. nasib baik tak terbawak2 sampai ke lepas sekolah.. πŸ˜‰

    2. bukan waktu sek je org suka ejek2 nama ayah ,atok smua tapi terbawak2 bila dah dewasa ni…contohnya tu ustaz love suka nak ejek2 kakjem….”balik kg nak jumpa …….”kihkihkih

    1. Ustaz Love plak jenis sembang dulu.. borak sikit punya lama, dah nak blah baru tanya nama.. πŸ˜€

    1. kalau muka org mudah berubah, mmg susah nak recall.. kalau muka mmg mcm tu dr kecik sampai besar, mudah nak ingat.. part nama je yg susah sket πŸ˜‰

  3. hahahaha..ana pun der simpton yang sma nan ustaz dan akhi wa ukhti yang komen kat ats ni.. hahahah..bc komen sumer ni memg haru btul..mai tang nama memng jd satu mslah..tmbh2 kalu orng tu der nma panggilan len dr nma dia sbnaq..hikhikhik.. tp sronok kn kalu ley jumpa member2 jaman skola dlu..huhu.. tp ana da simpton x cam muka n x engat nama..btul2 haru(ni yang x bqapa qapat la msa skola dlu) dia kenai kita sgt2,kita lak kenai gutu2 ja.. hikhik

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme