I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Nak Tergelak

Salam..

Masa solat Asar tadi, Imam yang sepatutnya bertugas takde.. mungkin ada hal.. jadi Ustaz Love pun naik jadi imam.. sambil pandang2 kat jemaah untuk tengok mana2 saf yg kosong ke, renggang2 ke… Mata Ustaz Love tertancap pada sorang brader berpakaian kemas..

Beliau tersenyum2 kat Ustaz Love.. Ustaz Love dah rasa tak sedap hati… nak senyum balik, rasa mcm tak gerak je pipi.. Tiba2, beliau meluru ke arah Ustaz Love..

Ustaz Love ingat beliau nak rampas mic imam, rupanya beliau hulurkan tangan nak salam.. lalu beliau dengan ramahnya bertanya nama Ustaz Love… Ustaz Love tengok jemaah dah ada yg tersenyum2…

Sambil senyum, Ustaz Love pun bagitau la nama.. dan suruh beliau kembali ke dalam saf… Lepas tu Ustaz Love pun suh penuhkan saf yg kosong belah2 hujung.. Tiba2 brader ni bersuara “Fuyyoo.. fuyyoo”.. Waktu ni Ustaz Love dah tak tahan dah.. Sambil senyum, Ustaz Love pun pusing ke depan nak mulakan solat..

Lama gak Ustaz Love amik masa nak mententeramkan hati.. Sbb Ustaz Love jenis kalau dah start gelak, memang susah nak berhenti.. bila teringat je, rasa nak gelak.. Ustaz Love risau sangat kalau teringat masa dlm solat lalu tergelak.. Habis solat jemaah kang..

Bila dah habis solat pun, Ustaz Love tak sanggup lagi nak pusing ke arah jemaah.. risau tergelak lagi… Dah habis berdoa, member Ustaz Love pun datang dekat sambil melawak.. buat2 tanya nama…

Ustaz Love dah bantai gelak.. rupa2nya, member tu cerita.. masa sujud pertama, beliau terus bangun sambung sujud kat saf kedua… lepas tu, masa Ustaz Love berdoa, beliau dok mengomel2 kat belakang sbb katanya panjang sangat doa…

Brader tu ada masalah mental sket… memang kalau tengok secara zahir, takde apa yg cacat.. tapi hakikatnya beliau ‘tak berapa sihat’.. Zaman sekarang ni, memang susah nak kenal sapa yg sakit jiwa.. tak semestinya yg sakit jiwa tu berpakaian selekeh, makan dari tong sampah dsb.. Ada jugak yg nampak mcm normal tapi sakit jiwa.. sbb jiwa ni, kita tak bleh nampak secara kasar.. kecuali kalau kita teliti melalui perbuatan atau percakapannya..

Mungkin tekanan hidup menjadikan seseorang sakit jiwa.. Sbb otak manusia mempunyai had2 yg tertentu.. kalau ditekan pada tahap melampau, itu yg jadi sakit jiwa.. jadi, bila rasa tertekan, solatlah.. baca quran ke.. jangan dilayankan tekanan itu.. ia bakal merosakkan jiwa kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
    1. owh.. jauhnya sangkaan mama.. Ustaz Love ni blogger picisan je.. takde org kenal pun πŸ˜€

  1. kat kampung saya ada sorang yang ‘tak berapa sihat mental’. tapi yang bagusnya, dia sembahyang, mengaji.. setiap malam ada di masjid. orang tadarus pun dia ikut sekali. lebih elok dari orang normal yang duk tak tentu hala hisap ganja, lumba haram. isk..

    1. masalah jiwa ni banyak bahagian.. Ustaz Love dengar, autisme pun sejenis penyakit jiwa gak.. jadi mcm lembap, susah nak ikut / faham arahan.. tapi ada gak yg berjaya (kalau tak silap, mcm kes Bill Gates)..

      mat rempit, mat ganja, mat paipon… semua tu pun ada masalah jiwa gak.. πŸ˜€

    1. Salam bro zul..

      hehe.. terima kasih kerana tolong gelakkan… sampai sekarang, kalau Ustaz Love teringat kisah tu, Ustaz Love akan rasa nak tergelak.. πŸ˜€

      alhamdulillah, Ustaz Love sihat wal afiat

    1. salam ateh..

      rindukan kakjem ke? lama dah beliau tak singgah blog Ustaz Love ni.. sibuk memasak le tu πŸ˜€

    2. aikk..tetiba je sebut2 nama kakjem ni ngapa….smpai tersedak2 kakjem d buatnya….
      -klau tgh solat senyum je bolehkan ust?

          1. mak budak pun sama gak.. kalau tak mengadap tv pun, mungkin ada jeling2 sket kat tv.. kihkih πŸ˜€

  2. Saya pun tersenyum bila baca cerita ustaz ni…samalah saya dulu ada jumpa orang cam ni..dok baguih nyembang dengan dia…tiba2 berlari lompat2…bila tanya org sekeliling dorang tunjuk isyarat kat kepala dan pusing2 jari hmmm..otak ada sedikit mental kot.

    1. ada jugak org gila yg Ustaz Love jumpa (pakai boxer je takde baju).. tiap kali jumpa orang, mesti dia mintak rokok.. bila Ustaz Love selidik tanya org2 yg lama duduk kat situ, diorg bagitau yg org tu sebenarnya bekas akauntan.. belajar kat US.. tapi masa kejatuhan ekonomi sekitar 1998 (kalu tak silap), beliau kena buang kerja.. stress sampai gila.. mujur mak dia ada tolong jaga..

      Tapi sebenarnya, org gila ni memang Allah pelihara rezekinya πŸ˜‰

  3. salam Ustaz Love. Disebalik nak ketawa (“,) ada maksud tersirat. ana rasa bersyukur kerana masih lagi normal pada akal ini, tapi istighfar kerana kesilapan yg dilakukan pada salahnya menggunakan akal yg normal ini untuk berfikir..

    1. kadang2, orang tak normal tu selalu melakukan perbuatan normal.. dan kadang2 org normal juga selalu bertindak tak normal πŸ˜‰

    1. org yg berpenyakit mental ni memang suci mcm budak2.. walaupun zahirnya kita nampak mcm kotor (pakaian comot, ketiak berbau dsb) πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme