I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Mati Sakit vs Mati Terkejut

Salam…

Ustaz Love buat entry ni dalam keadaan mengantuk.. dah nak maghrib ni memang mengantuk.. tambah2 bila tgh bercuti.. habis stamina turun.. Sebabnya, time kerja tak bleh nak tido.. jadi, balas dendam time cuti..

Daripada tadi nak menulis, tak tulis2 gak.. sibuk blogwalking dan baca entry blog2 lain.. Yg paling mencucuk hati, bila baca kat blog ohdaus tentang keadaan pelajar Malaysia di Mesir.. Ada yg dah kena rogol, rumah kena pecah dgn perompak.. Tak pasti berita ni sahih atau tak.. Tapi, kalau ikutkan kebiasaan, bila timbul huru-hara mcm tu, memang ada la orang yang akan ambil kesempatan..

Mcm kat Iraq.. masa mula2 US menyerang… Ustaz Love tengok kat Al-Jazeera, tgh2 peluru berterbangan tu, masih ada lagi org yang sibuk dok pecahkan cermin kedai bawak lari barang2… memang dah tak ingat nak selamatkan nyawa ke apa ke masa tu.. Sampaikan ada sorang Ustaz yang sama2 menonton dgn Ustaz Love cakap, memang patut pun rakyat Iraq dapat pemimpin mcm Saddam Hussein.. sbb perangai rakyat pun teruk.. macam mana rakyat, mcm tu la jugak pemimpinnya..

Ustaz Love bukan la nak buat entry pasal keadaan di Mesir, cuma selingan je.. tapi sebenarnya ada kaitan..

Seandainya kita dibenarkan untuk memilih, antara mati disebabkan sakit yg lama dan mati mengejut.. mana satu pilihan kita?

Kita kadang2 demam seminggu pun dah tak lalu… macam2 ubat kita makan sebab nak cepat baik… Sebab umat akhir zaman ni memang lemah sket bab fizikal.. biar la misai tebal ular sawa sekalipun, tapi bila putus cinta, terisak2 menggigit bantal jugak.. tak macam umat zaman Nabi s.a.w… kena potong sebelah tangan, pegang lagi bendera Islam kat sebelah tangan.. sampai dua2 tangan kena potong, masih lagi dipegang dengan lengan yang terpotong tu.. sampailah akhirnya, Jaafar bin Abi Talib r.anhu syahid di medan Mu’tah..

Kalau kita memilih untuk hidup lama, dan mati pun nak sakit lama2.. memang banyak cabarannya.. ditakuti sampai ke satu tahap, kita berputus asa nak hidup lalu menamatkan sendiri riwayat.. Atau sepanjang masa kita sakit tu, kita dok mengeluh.. merintih.. sehingga menyusahkan orang lain.. Arwah mak Ustaz Love dulu selalu cakap, kalau beliau nak mati pun, beliau tak nak sakit lama2.. takut menyusahkan anak2.. dan doanya telah dimakbulkan.. sehari je masuk wad, esoknya dah meninggal..

Kalau kita memilih untuk mati terkejut (bukan mati terkentut okeh), kita selalunya tak berapa sedia.. memikirkan anak2 yg masih kecil, memikirkan hutang yg bertimbun.. memikirkan projek2 yang dah lama dirancang dsb.. Orang kata, takut tak sempat menikmati nikmat dunia.. Tapi sebenarnya ia lebih baik daripada sakit lama2 yang memungkinkan kita semakin menambah dosa kerana mengeluh merintih.. juga terpaksa menyusahkan org lain nak menjaga kita..

Di sisi lain pula, kalau sakit lama2 ni, sebenarnya menghapuskan dosa kita.. sbb setiap ujian termasuklah tercucuk duri, merupakan kifarah (penghapus) dosa bagi orang beriman..

Walaupun sebenarnya, kita tak punya hak untuk memilih, namun kita masih mempunyai peluang untuk bersedia.. Maka bersedialah untuk mati.. sebelum kita mati terkejut… dan bersedialah semasa sihat, sebelum kita sakit sampai membawa maut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. sgt insaf bila baca bab2 mati–sungguh rasa sgt2 tak bersedia πŸ™ and selalu rindukan arwah ayah me , sbb kiranya mcm mati mengejut gak, koma 2 minggu, sedar 2 minggu then terus meninggal πŸ™

    1. Macam kita nak exam.. selalu rasa tak bersedia.. tapi tiba juga hari exam tu, dan kita hadapinya juga.. bersedia atau tidak, kena tempuh juga.. maka, adalah lebih baik kita bersedia πŸ™‚

    1. kita jadi takut nak mati bila terlalu sayangkan dunia.. kita kena lebih takut mcm mana keadaan kita nak mati.. itu la yg akan menentukan baik buruk selepas kematian.. umpama berlari 100 meter, kalau 10 meter pertama kita ada kat depan, belum boleh dikira sebagai pemenang.. siapa yg sampai garisan akhir dulu, dialah pemenang (ayat david teo versi melayu sket πŸ˜€ )

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme