I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Maruah : Antara Spender Dan Bikini

Salam…

Pertamanya Ustaz Love nak merakamkan ucapan terima kasih kepada caliph shuriken kerana telah mendaftar Heart Beat melalui link iklan di blog Ustaz Love.. seterusnya Ustaz Love dapat la tambahan RM2.. hehe..

Setakat itu saja.. kita lupakan dulu pasal caliph dan Heart Beat.. hehe..

Ustaz Love sebenarnya dah lama nak menulis entry tajuk ni.. Cuma asyik terlupa… bila tangan mula menaip, Ustaz Love menaip apa je yg terlintas… Berbeza dgn entry soal jawab, yg tu memang Ustaz Love akan prepare dulu.. tak bleh main tulis je.. kang jadi ajaran sesat plak..

Entry ni Ustaz Love tak nak letak gambar.. sbb entry ni nak mengajak kita berfikir.. bukannya berkhayal lalu memikirkan sesuatu perkara yg lucah.. walaupun mungkin melihat tajuknya saja bisa menggentarkan jiwa2 yg gersang..

Ustaz Love berikan situasi..

Seorang wanita sedang menunggu bas.. beliau memakai skirt separas peha.. kelihatannya beliau cuba menarik2 skirt beliau yg pendek itu, walaupun tak mungkin ianya dapat menutupi pehanya yg gebu mahupun yang berparut2.. sambil merah2 muka seakan2 menahan malu bila memandang kepada mata2 lelaki miang yg sedang menikmati pemandangan yg indah itu…

Pada masa yg lain, beliau memakai skirt labuh… tiba di satu kawasan, angin bertiup kencang… lalu menaikkan paras skirtnya sehingga nyaris2 nak nampak spender.. sepantas kilat, beliau menutup kembali kainnya.. sambil memandang ke kiri kanan takut ada orang yg nampak adegan tersebut..

Pada waktu yg lain, wanita ini berada di kolam renang… oleh kerana pihak pengurusan tak membenarkan mandi dengan memakai skirt, apatah lagi baju kurung… lalu beliau pun memakai pakaian mandi.. iaitu bra dan spender.. selepas puas berenang, beliau lalu berbaring di atas kerusi rehat sambil menikmati sinaran matahari.. tanpa memikirkan orang yang lalu lalang di sekitarnya..

Daripada situasi2 di atas… kita memahami bahawa walaupun kemaluan itu telah ditutup oleh kain lain (spender), namun spender itu turut sama dijadikan satu perkara yg membabitkan maruah dan kehormatan.. Jika ada org yg sengaja mengangkat kain wanita lain, maka wanita itu akan melempang beliau atau membuat laporan pencabulan kehormatan..

Tetapi, jika benar spender itu lambang kehormatan, kenapa waktu mandi di kolam renang, beliau tak kisah pun menunjukkan spender kepada orang ramai…

Itulah hakikat suasana.. bila berada di kalangan orang yg berpakaian, maka secara automatis kita akan rasa malu kalau tak berpakaian.. sebab itu walaupun seseksi mana org itu, bila jejak kaki pergi umrah ke, ziarah ke madinah ke, beliau akan menutup setutup2nya.. sbb suasana di situ memang semua org menutup (tentunya sbb kat situ kena tutup aurat).. bila balik Malaysia, kembali seksi.. bukan sbb kat Malaysia ni tak perlu tutup aurat (sbb aurat tu tak kira negara).. tapi disebabkan suasana..

Bila kita berada di kolam renang bersama org2 yg separuh bogel, kadang2 kita plak terasa malu nak mandi (walaupun memakai seluar panjang.. kalau pakai baju kurung, memang kita dok rasa akan kena gelak).. sedangkan kita pergi kerja pakai baju kurung, takde plak kita rasa malu mahupun segan…

Sebab itu dunia akhir zaman ini, kita kena cari suasana2 yg baik.. supaya kita akan sentiasa tergerak ke arah kebaikan.. selalu ke masjid, insyaAllah solat kita takkan terkurang waktunya.. berbanding kita solat kat rumah, lama2 langsung tak solat..

Kalau zaman sahabat Nabi s.a.w., mereka yg mengubah suasana.. pasar2 jualan, jadi mcm masjid.. sbb kat pasar pun ada orang solat, ada org berzikir, baca al-Quran, berdakwah dsb.. Zaman kita sekarang ni, masjid pun dah mcm pasar.. kat dalam masjid pun orang buat jualan langsung, bersembang, dgn bunyi ringtone masa solat lagi..

Hakikatnya, spender dan bikini adalah benda yg lebih kurang sama jugak.. tapi jadi berbeza mengikut keadaan tempat dan masa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. mendalam mesej ni..barakallah fiik..me hisab diri me sendiri gak..

    ayah my BFF baru kembalik ke rahmatullah pagi ni..Al-fatihah utk Arwah Hj Ahmad Khalilil

    1. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg soleh.. aminn

  2. memang macam tu kan,seolah-olah jadi trend pulak..nak pakai ikut orang,ikut tempat..bukan nak ikut kata hati..ingatan untuk diri sendiri jugak πŸ™‚

    1. sebenarnya itulah nilai iman umat akhir zaman.. ikut suasana.. kalau ada dlm suasana baik, rasa nak buat baik.. kalau berada dlm suasana jahat, rasa nak buat jahat.. tak mampu lagi nak jadi mcm ikan, yg isinya tawar walaupun duduk dlm lautan yg masin πŸ˜‰

  3. bila dikelilingi perkara2 yg menyesatkan kita hilang rasa malu pada Allah..

    wallahuaalam…

    saya juga seperti ‘mama zharfan’ sdg hisab diri..juga al-fatihah

    p/s: sy sgt suka baca entry2 ustaz love ni

    1. perlukan usaha yg lebih gigih untuk istiqamah atas jalan kebenaran walaupun di mana kita berada.. lagi hebat, kalau dgn kehadiran kita, suasana di situ yg buruk berubah jadi lebih baik..

      apapun, terima kasih atas sokongan fya πŸ˜‰

    1. Ustaz Love tak faham.. iklan yg mana satu? Sebab setahu Ustaz Love, Ustaz Love tak pernah tanda kebenaran untuk iklan rokok dan arak πŸ˜‰

    1. terima kasih chapie kerana setia menyokong Ustaz Love.. doakan semoga Ustaz Love sentiasa istiqamah πŸ˜‰

    1. sikap manusia ni kadang2 suka diramal.. pakai seksi2 (rasanya mcm nak suh org tengok).. tapi bila org tenung, kata org gatal plak (peristiwa ni benar2 berlaku.. tapi bukan kat Ustaz Love ye.. Ustaz Love ni sangat pemalu.. hehe) πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme