Salam…
Ini penulisan terakhir Ustaz Love untuk malam ni.. malam? Dah pagi dah pun.. tapi bila teringatkan janji nak buatkan entry jawapan untuk satu soalan, maka Ustaz Love buat jugak entry (walaupun dah penat menaip sejak serangan geng Syiah tadi)..
Soalan beliau berkaitan malaikat…
Soalan ini datangnya daripada lina dengan pertanyaan :
“HUKUM AYAT βSIMPANG MALAIKAT 44?”
Setakat ni Ustaz Love belum pernah jumpa lagi mana2 dalil yg menyatakan Malaikat ada 44… yg disebutkan dalam al-Quran dan hadis, ada 10 malaikat… tang 44 tu tak pasti plak..
Mungkin jugak ianya sekadar sebutan yg terlepas drp mulut org tua… Alaa.. yg mcm P. Ramlee selalu sebut tu “Sumpah makan sate 20 cucuk”… kira mcm penyedap ayat le kot..
Nak hukum mcm mana ye?
Nak kata haram, kat mana haramnya? Nak kata sunat, takde plak dalam dalil…
Mungkin bleh situasikan begini… kalau seseorang menyatakan bahawa “simpang malaikat 44 itu ada dalam al-Quran” maka hukumnya haram.. sbb takde disebut dlm al-Quran..
Ataupun kalau dii’tiqadkan (yakin) bila sebut ayat tu, akan dijauhkan bala, maka hukumnya juga haram.. sbb ia membawa kepada syirik..
Ok tak jawapan tu? π

tu la, pelik betul–apalah agaknya asal usul ‘malaikat 44’ tu..kalau org cina, no 44 tu tak bagus kan hehe
memang pelik.. tapi dah jadi amalan dan kebiasaan yg diperturunkan dari generasi generasi π
salam ustaz..
saya tahu pompuan
bersalin pantang 44
hari..he he
Salam bro zul..
bukan setakat isteri je, suami pun kena pantang 44 hari gak.. hehe π
ohh hmmm
π
slalu dgr cmni tp x tau ntah mana sumber asalnya…
bila takde sanad, mmg susah nak tau sumber asalnya π
emmm…macam mane yek nak ckp…
Ada yg cakp malaikat ni banyak..yg wajib di ketahui hanyalah 10..
Bagi Chip simpang malaikat 44 ni macam jd satu sebutan je kut..mcm x mau satu perkara tu jadi..mcm tu la kut..chip pun kadang2 pening dgn ayat org2 dulu ni..hehehe…tp masalahnya ayat ini dah jd amalan masyarakat kita..
btul kan ustaz
betul3x π
part ni selalu dgr org tua2 selalu tersebut.kekadang ada gak yang terikut.
ustaz, nak kongsi isu sanggul wanita. ini link dari harian metro http://www.hmetro.com.my/articles/Tiadahukumkhususbersanggultinggi/Article
apa pendapat ustaz?
maaf sbb lambat balas komen ni.. Ustaz Love ada buat satu entry pasal hukum bersanggul tinggi / sanggul unta ni π
Salam,
Memang selalu dengar org2 tua cakap macam tu…mungkin ada maksud tersirat kut..
Salam bro mankuchai..
mungkin juga.. sbb org tua2 ni selalu bercakap mengikut keadaan persekitaran masa tu π
owhhh macam tu rupanya
selama ni x tahu
T__T
alhamdulillah
nasib juga selama2 ni mmg x guna ayat tu
alhamdulillah..
ayat yg lebih baik utk digunakan adalah a’uzubillah π
assalammualaikum ustaz~ thanks yep~ da puas hati dah~ saja nak tau je~ thank a lot~
waalaikumussalam lina.. terima kasih kembali π
Assalamualaikum,
Perkara itu adalah khurafat. Boleh membawa kepad syirik. Sila lihat:
http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=23478
Waalaikumussalam..
Terima kasih passerby kerana sudi berkongsi π