Salam…
Semalam Ustaz Love masih bercuti.. Jadi Ustaz Love pun pergi solat Jumaat kat masjid member Ustaz Love bertugas.. beliau jadi khatib.. Bila sampai je sana, member Ustaz Love terus bagi borang nikah.. Aikk.. bila masa plak Ustaz Love apply nak nikah ni? Rupa2nya borang saksi.. Beliau nak minta tolong Ustaz Love jadi saksi satu pernikahan yg akan dijalankan selepas solat Jumaat.
Ustaz Love pun takde kerja nak buat, on je..
Rupanya pernikahan tu dijalankan kat opis masjid je.. serba ringkas.. bapa pengantin pempuan hadir untuk mewalikan anaknya.. Dan tak sampai 15 minit, majlis berjalan dengan lancarnya…
Begitu mudah pernikahan tersebut.. Tak seperti yg selalu kita dengar atau tengok dalam akhbar.. atau yg dinukilkan dalam novel.. nampak mcm payah betul nak kahwin..
Ustaz Love yakin ianya ada kaitan dgn ibu bapa juga.. Kalau mereka nak mudahkan, maka pernikahan boleh jadi mudah dan ringkas.. Kalau nak jadikan payah (nak ada mak andam la, jurukamera la, upacara batal air sembahyang la dsb), memang akan jadi payah.. Jurunikah dah berpeluh ketiak pun, pengantin belum keluar2 lagi daripada bilik.. sibuk dengan mekap..
Nak kata pengantin lelaki tu takde duit, wang hantaran dekat RM10k gak.. π

mudahnya nikah.
haaa…boleh laaa ustaz love nikah lagi satu lepas nih…
member ada jadi jurunikah. π
uhukkkk!!
Lebih adat dari ibadat
betul3x.. π
kerja yang baik seharusnya dipermudahkan kan..
betul3x π
yg penting, dh halal dh lepas tu heehhe
memang pun.. selesai je majlis tu, 2 3 kali pengantin lelaki tu salam dgn Ustaz Love.. gembira betul beliau.. π
ustaz, bila 2ustaz free nanti, tlg jwb psl ni yer..ni blog kwn me ni
http://babyibu.blogspot.com/2011/01/alkisah-salam-akum-semekom-dan-bye.html
sbb setahu me, boleh guna perkataan salam..
entry ni ckp kena guna “as-salam”, tak leh guna “salam” ajer
insyaAllah, nnt Ustaz Love buatkan entry jawapannya π
Alhamdulillah…. buat yg patut lg baik dr menyusahkan kedua2 nya…. asalkan kedua2 nya sepakat… π
betul tu.. sepakat membawa berkat.. bersatu kita teguh, bercerai kahwin lain π
itu impian sy~ simple tapi sempurna. tapi br declare ada kawan, family dh sibuk nak tempah itu dan ini.. haihh~ pening sy
jangan hampakan kehendak keluarga.. selagi tak melanggar syariat, ikutkan je.. sbb sok2, anak2 kita pun mungkin kita nak buat lebih meriah lagi.. jgn sibuk nak kejar yg sunat (akad nikah, sederhana dsb) hingga timbul perkara yg haram dan berdosa (melukakan hati org tua).. pandai2 la kita memilih keutamaan sesuatu perkara π
parents sy pn nak wat mcm ni..sy ikut je.. restu mereka dan redha Allah itu lebih penting.. drpd kita kononnya nak bina masjid tp majlis nikah je dah penuh dgn kesalahan hukum islam.