I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kualiti Drama Melayu

Salam…

Ustaz Love suka layan citer Hollywood.. kadang2 layan gak Bollywood.. tapi kalau ada citer Tamil, Ustaz Love prefer cerita Tamil.. masih terbayang2 lagi di bibir mata ini akan air yg mengalir melaluinya (air mata) bila tengok ada satu citer tamil tu.. tajuknya Pon Sanam.. memang sedih..

Tapi, entry kali ni seperti biasa takde kaitan dengan citer Tamil… Tapi berkaitan dengan cerita Melayu..

Kalau zaman2 arwah mak ayah Ustaz Love ada dulu, memang selalu la kena sound kalau Ustaz Love bukak cerita cina.. katanya bukan Ustaz Love faham pun.. padahal ada subtitle..

Arwah mak ayah Ustaz Love memang peminat drama melayu.. kalau zaman dulu2, disebut ‘drama swasta’.. tak pasti plak dari mana asalnya nama tu.. mungkin masa tu, drama swasta tu bermaksud drama2 yg dihasilkan oleh syarikat perfileman swasta.. dan bukannya oleh RTM.. Drama mcm “Opah” memang menjadi ‘makanan’ masa zaman Ustaz Love kecik2 dulu…

Drama dulu2 sentiasa menonjolkan pengajaran yg baik.. Ibu bapa menasihatkan anak.. anak taat dengan ibu bapa.. isteri dengar cakap suami.. suami berlembut dgn isteri.. Bila tengok drama2 mcm tu, terasa ingin untuk mengikut apa yg dipaparkan dalam drama tu.. Kalau ada cerita pasal anak derhaka pun, pasti akan ditunjukkan pengajaran.. Pengajaran tambahan biasanya Ustaz Love dapat daripada arwah mak.. sbb lepas habis drama tu, mesti beliau akan bersyarah.. suh jangan jadi anak derhaka mcm dlm drama tu dsb..

Tapi, suasana tu dah jauh berbeza sekarang.. betapa kurangnya drama / filem yg menonjolkan elemen kekeluargaan yg baik ni.. Semuanya klise… Anak menengking mak (walaupun dibuat dlm gaya melawak.. telor anak mami la.. pasal mak mintak tolong masakkan dalca), isteri menunjal suami… Suami berkasar dgn isteri… dan dibiarkan habis mcm tu je tanpa didatangkan pengajaran..

Sepatutnya para pembikin filem dan drama kena memikirkan elemen sosial ni selain daripada keuntungan… Kalau tak diperbaiki, maka budaya filem Barat yg tiada kesopanan bakal meresap ke dalam filem / drama Melayu.. seterusnya meresapi pemikiran penggemar2 filem / drama…

Jangan bila nak buat cerita berunsur agama je baru ada unsur2 ni…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
    1. itu baru drama Melayu.. cuba tengok drama cina petang2 tu ke (yg bersiri tu).. lagi kuat PHD dan politikingnya πŸ˜€

    1. salam kakyon..

      sungguhpun ianya realiti dalam masyarakat, namun perkara negatif ini sepatutnya tak disebar2kan… bila disebar2kan, suatu masa nnt org akan terpengaruh dan akan menganggap biasa je isteri tengking suami, anak derhaka kat mak ayah dsb.. masih ada lagi realiti di sisi masyarakat yg mana adanya anak yg menghormati ibu bapa, jiran yg saling menghormati dsb… ini yg patut diketengahkan supaya kebaikan dapat disebarkan.. semoga apabila kebaikan dah tersebar, org akan berasa malu nak buat kejahatan.. berbeza dgn realiti skrg, org malu nak buat kebaikan.. tapi tak heran pun kalau buat jahat πŸ˜‰

  1. salam.. kalau kita lihat lately pengarah2 filem pun asyik mengejar box office dan kutipan juta-juta.. fokus yang tu bukan nak fokus pengajaran yang sepatutnya diberikan kepada penonton. ada juga sesetangah filem tu tak sesuai ditonton oleh remaja, tetapi still dibenarkan sebab dengan alasan ‘bagi pengajaran’.. tapi hakikatnya?? faham2 la kan…

  2. sangat setuju, kemudian apa yg dipaparkan pun sangat streotaip, kalo kaya mesti pakai bmw, merc, rumah gedabak, sembang ada saham itu ini, bisnes di luar negara bagai, pastu balik2 cerita hal khianat dlm bisnes, kahwinnya pun org2 dlm tu jugak..xde pengajaran sangat dlm cerita..saya lebih suka tengok citer tamil terutamanya rajnikanth punye citer..best and realiti yg sebenar..

  3. sy tak suka citer melayu sbb bnyk sgt tak logiknya…(yelah kot ye pun citer mmg selalu tak logik)..nie tak logik tahap gaban dah…dan kdg2 tu xde ‘isi’

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme