I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kembali Ke Sekolah

Salam…

Esok merupakan hari pertama sesi persekolahan tahun 2011… Sekejap je masa berlalu… Anak Ustaz Love pun dah nak masuk pra-sekolah… Dah start menulis dah beliau… konon2nya nak praktis sebelum masuk sekolah… Serentak Ustaz Love teringat masa mula2 Ustaz Love nak masuk sekolah dulu…

Ustaz Love duduk kat perkampungan setinggan (skrg ni perkampungan tu pun dah tak wujud.. dah jadi taman perumahan dah)… Masa tu hidup memang susah… Elektrik takde.. pakai lampu gasolin je (yg kena pump tu… nak tau mcm mana rupanya, sila la tanya encik google.. malas plak Ustaz Love nak tepek gambar tu…). Air pun pakai paip yg dikongsi beberapa buah rumah… Tak payah la Ustaz Love cerita detail sangat pasal tu… sbb itu bukan topik utamanya…

Tadika yg Ustaz Love masuk tu dekat je dgn rumah… Gi jalan kaki dengan kawan2… Kadang2, time rehat tu, balik jap makan nasik… pastu gi balik sekolah tadika.. Memang best.. sbb sekolah tu takde nak kena buat kerja sekolah ke, apa ke.. cuma belajar 3M je (Membaca, Menulis, Mengira)… pastu makan.. pastu menyanyi…

Masuk sekolah rendah, dah jauh sket dari rumah.. Ustaz Love gi naik motor dgn arwah ayah… bila dah sampai sekolah, seronok ada kawan2 baru.. siap suh ayah balik dulu… tak lama lepas tu, bila sesi pembelajaran dah start, Ustaz Love plak tercari2 ayah Ustaz Love… mcm2 perasaan masa tu… sedih ada.. nak nangis ada…

Bila masuk darjah 3, Ustaz Love start sekolah rendah agama sesi petang… maknanya, daripada pagi (lepas Subuh) sampai la ke petang Ustaz Love ada kat sekolah… malam je baru ada kat rumah.. Punyalah sedih bila tengok member2 yg tak sekolah agama.. lepas habis sekolah kebangsaan, bleh terus balik rumah berehat… petang bleh main… Ustaz Love plak, kalu nak main, kena tunggu hujung minggu…

Masuk sekolah menengah, kena masuk asrama… lagi la langsung tak dapat nak balik rumah.. seminggu mula masuk asrama tu, bleh tahan lagi.. Bleh lagi gelakkan member2 yg homesick sampai menangis2 atas jalanraya depan asrama sbb tak nak duduk asrama… alasannya sebab makanan tak sedap la, tandas pintu rosak la.. hehe…

Tapi akhirnya, air mata lelaki ini tertumpah juga sebab teringatkan mak kat rumah… kihkih.. homesick gak… tapi lama2 ok dah… sampai cuti pun rasa malas nak balik…

Sampai la satu malam tu, jiran Ustaz Love datang jemput… tapi masa tu bukan time cuti… katanya ayah Ustaz Love suh datang amik… Sampai kat rumah, baru tahu yg mak Ustaz Love dah meninggal… Ustaz Love tak terkata apa2.. baca Yaasin… lepas tu tido… Bangun esok pagi, baru sedar yg mak Ustaz Love dah takde.. masa tu, pejam mata pun bleh kuar air mata…

Hajat Ustaz Love nak jadi askar mcm arwah ayah dan abang2 Ustaz Love.. tapi teringat kat pesanan arwah mak supaya cari kerja lain… jadi Ustaz ke, cikgu ke… doa dan harapan arwah mak Ustaz Love dah terkabul walaupun beliau tak sempat melihatnya atas dunia ni…

Jadi, pada kesempatan ni Ustaz Love nak menyeru adik2 (nak sebut anak2, rasa mcm dah tua sangat plak Ustaz Love ni.. hehe) sekalian.. jangan malas2 belajar… ingat pesan mak ayah.. gi sekolah bukannya nak mencari suami ke, isteri ke… tapi nak cari ilmu… kalau setakat nak cari suami, takyah gi sekolah..duduk umah pun insyaAllah mak ayah bleh carikan suami…

Nasihat Ustaz Love ini terpakai juga kepada mereka2 yg berada di IPT… jangan korbankan pelajaran demi percintaan… sbb ianya akan menyebabkan suka sesaat, tetapi derita berpanjangan… (cewahh)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
  1. hmm sedih juga cerita ustazlove…esok anak saya pun dah sekolah darjah 2,bukan main seronok lagi sebab serba baru,kasut,baju,beg dll…bapa nya saja belum tidur lagi ni..layan blog dulu πŸ™‚

      1. tidaklah terniat nak mengenang, cuma sesekali terlintas dalam fikiran… walaupun kita memandu ke depan, kadang2 kita kena tengok side mirror gak utk melihat di belakang πŸ˜‰

    1. budak2 memang baru2 nak masuk sekolah ni seronok sangat.. terutama kalau semuanya serba baru… Masa zaman Ustaz Love dulu, 3 tahun pakai baju dan seluar yg sama.. mujur Ustaz Love jenis tak lasak…

      pagi ni dah hantar diorg gi sekolah… baru ada masa nak mereply… hehe πŸ˜€

  2. salam Ustaz..
    alahi sama lah anak
    saya..tahun ni tahun
    ke-2 beliau pra sekolah
    tahun pertama 5 tahun
    alhamdulillah dah boleh
    membaca..

    1. salam bro zul…

      anak Ustaz Love baru je masuk balik pra-sekolah.. sebelum ni dah pernah masuk, tapi berhenti sekejap… ni nak masuk balik.. harap2 beliau dpt belajar 3M tu sebelum masuk ke darjah 1 tahun depan..

      p/s: Ustaz Love dah ada anak umur 6 tahun? mcm tak percaya je.. huhu πŸ˜‰

  3. kesusahan di zmn lampau akan membuatkan kita lebih menghargai setiap sen yg kita dapat, me dari keluarga sederhana, tp bila me dh mula ada income sendiri, kdg2 rasa terlalu bermewah2 dlm berbelanjan–azam baru thn 2011, nak berjimat & berbelanja dgn berhemah

    1. tapi, kadang2 manusia selalu lupa.. bila dah selalu memandang ke langit, terlupa rumput di bumi… kesusahan zaman lampau mungkin boleh menjadi pemangkin untuk kejayaan masa depan, tapi mungkin juga setakat tinggal kenangan… akhirnya berkali2 jatuh ke lubang yg sama.. susah > senang sekejap > susah balik…

      semoga azam mama dipermudahkan πŸ˜‰

    1. salam kakyon…

      betul tu kakyon… sesekali kena pandang belakang.. tapi jangan berkali2 pandang, takut tersepak tunggul jatuh tersembam.. sbb yg di depan kita itu matlamat, yg di belakang itu cuma kenangan… yg didepan itulah itik betina dan di belakang itulah itik jantan

  4. wahhh…anak ustaz tekun menulis nampaknya tu. moga dia membesar jadi anak yg membanggakan ibu n ayahnya ye.

    **kenangan zaman sekolah mmg tak bolh lupa sampai bila2~

  5. ngapa kisah2 ustaz ada je yg iras2 ngan kisah2 kakjem????tiru ekkkkkk…..kihkihkih..
    klau anak ustaz dah 6 taun anak kakjem dah 13 tahun….apa mcm ada brani……hihihihi

    1. kak jem lain sket.. sbb kak jem laku masa muda.. Ustaz Love plak laku masa dah tua… kisah kita seiras, sbb kita pelanduk dua serupa πŸ˜‰

        1. dia tak bawak belanja gi sekolah.. sbb tadika ada makan dlm dulang (dia sebut pinggan besar).. makan ramai2 πŸ˜€

  6. sronok kn klu bley imbs ceta2 jaman dhulu kala ni..ana nak mengimbas kmbli x brapa sronok sgt sb usia msih remja,dewasa un x msuk lgi..kalu imbas waktu jamn skola rendh pun tak sesronok klu dah der kuarga snri pastu terngat msa zmn bdak2 dlu..mcm ustaz..hihihii.

    1. zaman budak2 Ustaz Love dulu, sangat berbeza situasinya dengan zaman sekarang.. sbb tu ia menjadi kenangan yg agak manis (sbb zaman Ustaz Love kecik2 dulu, KL ni pun penuh dengan hutan rimba lagi.. siap boleh terserempak dengan beruang dan harimau.. zaman sekarang ni, semua hutan batu) πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme