I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kahwin Lari

Salam…

Tadi lepas makan Ustaz Love berborak2 dengan member jurunikah.. Mcm biasa banyak benda yg diborakkan sementara tunggu nasik turun ke perut.. hehe.. Beliau pun tak puas hati Yuna kalah… minat betul beliau dgn Yuna.. Tapi Ustaz Love ckp kira ok la.. Kalau tahun lepas orang tertarik pakai tudung Yuna, tahun ni org tertarik plak nak pakai baju kurung mcm Ana Raffali.. kira sopan la berbaju kurung dan bertudung.. hehe..

Lepas tu, beliau pun cerita satu kes.. pasangan bernikah kat negara jiran… mungkin kes tak dapat persetujuan wali.. kalau dulu, memang takde masalah sangat.. setakat daftar balik pernikahan dan membayar denda..

Tapi berita terbaru yang Ustaz Love dapat daripada beliau, kalau bernikah kat sempadan, masuk mahkamah.. bukan setakat denda saja, tapi bleh kena penjara gak 3 bulan… Menangis gak mak pasangan tu bila mendengarkannya.. Kiranya member tu takde la bagitau akan kena mcm tu, tapi bila bagitau kena masuk mahkamah, mungkin orang tua akan rasa takut dan gementar.

Kiranya berat jugak la kes bernikah kat sempadan ni… sekalipun nak bernikah luar negara, kena dapatkan kebenaran kerajaan Malaysia dulu.. baru urusan pernikahan tu akan mudah (dari segi undang2)..

Itu belum lagi masuk kes ada pasangan bernikah dgn jurunikah drp Indonesia (nikah sindiket)… Ada gak kes tu.. Anak pun dah lahir.. Takde surat beranak.. Jadi, ini menyusahkan banyak pihak terutama anak tu sendiri… Masalah pewarisan harta, masalah perwalian dsb…

Jadi, nasihat Ustaz Love, kalau nak bernikah jugak (dalam keadaan wali tak bersetuju dgn pernikahan tersebut), maka failkan permohonan wali enggan di mahkamah.. InsyaAllah, ada juga caranya. Jangan ikut perasaan nak kahwin lari ke, kahwin kat sempadan ke.. nak akad nikah memang mudah, tapi urusan selepas tu la yg akan menjadi payah..

Tapi, lagi mudah kalau dapat keizinan wali.. iaitu dengan cara pujukan dan doa.. InsyaAllah, sekeras2 kerak nasik, lembut jugak kalau direndam dlm air… Jangan telan kerak nasik tu bulat2.. nanti tercekik tak sempat nak bernikah πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 Comments

Add a Comment
  1. nikah owh nikah.
    tak bleh ingat pengaaman ngan cabaran nak nikah.
    rasa nak ketawa berdekah-dekah.
    ada jugak rasa nak menangis airmata darah.
    apapun, dah selamattttt pun dah.
    hehe

    1. jangan pernah terfikir untuk kahwin lari.. kerana kita takkan mampu untuk terfikir akan risiko yang bakal kita terima selepas itu πŸ˜‰

    1. sbb itu kalau bercinta jangan sorok2.. kenalkan dulu dgn keluarga.. biasanya orang (terutama lelaki) yg tak nak kenal dgn keluarga pasangan, tak nak ada komitmen.. jadi, ada kemungkinan hubungan tu atas dasar suka2 dan nafsu saja.. bukan serius pun πŸ˜‰

    1. apa yg penting, doa… kerana doa itu otak kepada ibadah.. dan juga senjata org mukmin.. πŸ˜‰

    1. tak lengkap tu mama…

      nasi lemak buah bidara,
      sayang selasih hamba lurutkan,
      buang emak buang saudara,
      kerana kekasih hamba turutkan.. (cewahhh) πŸ˜€

  2. Nape la kawin lari…

    ni mesti x dpt restu mak bapak ni…haiiii…donia..donia…

    kalo dah x dapt restu mak bapak..Adakah perkahwinan itu berkat?
    Walhuallam….

    1. Kadang2 kita terlalu mengikut kata nafsu… mcm kes yg berlaku kat Lombok tu.. last2 menyusahkan mak ayah gak nak tolong bawak balik..

      Restu tu penting.. sbb dgn restu tu, kita akan selalu mendapat doa daripada mak ayah dan mertua.. redha Allah tu terletak pada keredhaan ibu bapa.. πŸ˜‰

  3. saya pernah dengar istilah nikah dengan wali hakim..
    klu wali yg sah menolak..atau tidak ada…boleh guna wali hakim kan?

    duh… ingat cerai aja yg susah.. sekarang mo nikah juga susah y a… πŸ™‚
    salam

    1. salam dea..

      insyaAllah, Allah dah jelaskan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6.. setiap kesusahan itu disertai kemudahan… even kalau kita nak makan pun (kiranya makan ni perkara mudah la kan..), tapi sakit gigi.. susah gak nak makan..

      kalau wali yg sah menolak keinginan kita untuk bernikah, kita boleh failkan permohonan wali enggan di mahkamah… dan selepas perbicaraan (pasangan dan wali dipanggil bersoal jawab dan hakim berpuas hati dan membuat keputusan pernikahan boleh dijalankan – mungkin sbb alasan wali tu tak logik) maka hakim akan mengeluarkan kebenaran berkahwin secara wali hakim.. dengan kebenaran hakim itu, baru jurunikah boleh melaksanakan pernikahan berwalikan hakim… bukan terus2 kalau wali tak benarkan, terus kita jumpa jurunikah nak bernikah wali hakim… sbb bernikah wali hakim ini adalah atas mandat drp hakim syariah.. πŸ˜‰

  4. Betul tu..kena banyak doa, lama2 lembut jugak hati mak ayah kita. Mohon permudahkan segala urusan, InsyaAllah semuanya jadi senang. Jgn ikut perasaan je dlm hal ni. Kawin lari memang tak setel problem πŸ™‚

  5. assalamualaikum ustaz..
    bagaimana pula kalau yang kahwin tanpa kebenaran isteri pertama..
    dan jika rahsia tue terbongkar pada anak2.. dan dia menafikan perkahwinan nya yang terbaru.. adakah sah..
    dan jika dia tidak lagi berjumpa serta tidak menunai kan tanggunjawab sebagai suami atau bapa sudah sekian lama.. adakah akan jatuh talak serta merta..

    1. Waalaikumussalam hunny..

      Jap lagi Ustaz Love buatkan entry jawapan.. ada perkaitan dgn entry yg Ustaz Love nak buat jap lagi πŸ˜‰

  6. tapi x sume ibubapa sme.. de juga ibu yg x pnah nak dgr ckp ank.. sentiasa menganggap ank tu slh.. sdg kan ank dah bsr dan berhak utk wat kptsn sndri.. situasi bkn sume sme.. lain org lain mslh.. msing2 melalui bnde yg berbeza.. mcm mana klu btl2 trpaksa kawin syp2? ustaz mcm mana pula klu ibu bapa dah bercerai.. si ibu ni x bg ank dier brjumpa atau cntct dgn ayh kndng si ank.. dan si ank ni nak kawin dgn psgn nyer dan dier hndk mncri ayh kandung nyer smla utk jadi wali.. tetapi ibu dier plak jenis yg x bley dibawa brbincang? klu si bapa setuju utk menjadi wali dan ibu tidak tau akn prkhwinan tersebut apa hukum nyer ustaz? nak mintak nsht ustaz..

      1. terima kasih ustaz.. byk jugak snar nyer nak mntk nsht ustaz.. ustaz de email x? saya btl2 perlukan nsht dr ustaz..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme