I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kaedah Mudah Hafalan

Salam…

Ustaz Love baru habis dengar kuliah maghrib tadi… Lamanya, takkan sampai pukul 12.30 pagi baru habis? Takde la mcm tu.. maksud Ustaz Love tadi la.. lepas Maghrib ada ceramah Ustaz Zul Ramli.. sape2 yg tak kenal, bleh search entry lain dalam blog Ustaz Love ni.. ada Ustaz Love letakkan gambar beliau…

Beliau bagi kuliah tentang sirah.. menggunakan kitab Tabaqat Ibn Hisham (kitab sirah).. tapi takde la masuk bab dalam kitab lagi.. pengenalan secara umum je..

Ustaz Love sangat kagum dengan daya ingatan beliau… beliau menyebutkan salasilah (silsilah) Nabi s.a.w. sampai ke Nabi Adam a.s. tanpa melihat kitab pun.. Ustaz Love memang tak mampu laa.. ingatan dah tahap org tua nyanyuk dah.. hehe..

Banyak yg beliau sampaikan.. tapi ada satu yg benar2 menarik perhatian Ustaz Love.. iaitu kaedah nak mudah mengingat hafalan.. Mungkin yang masih belajar lagi bleh try amalkan.. mana la tau menjadi…

Menurut beliau, waktu terbaik untuk menghafal adalah waktu sebelum tido.. maksudnya, waktu2 dah nak tido, waktu itu la yg paling baik menghafal.. Ustaz Love ingat lagi waktu jaman belajar dulu, Ustaz Love suka menghafal tengah2 malam (bab2 hadis dan ayat al-Quran mana bleh reka2 sendiri).. kitab pun guna kitab Arab.. mana nak fahamkan lagi.. nak hafal point lagi.. tapi bila tengah2 menghafal, memang biasanya tertido di celah2 kitab..

Tapi alhamdulillah.. memang Ustaz Love ingat apa yg dihafal.. walaupun takde la study sangat.. study last minit je..

Mungkin boleh cuba dengan hafal satu dua doa dulu ke sebelum tido ni.. lepas tu, esok bangun pagi2 sebelum gosok gigi dan gosok daki, cuba ingat2 balik apa yg dihafal.. insyaAllah, bleh ingat..

Menurut beliau, kat Jerman, ada keluar pekeliling yang melarang ibu bapa membiarkan anak2 tertido di depan TV.. sbb nnt ia akan mempengaruhi ingatan anak2 terhadap perkara terakhir yg dilihatnya sebelum tido..

Lagi cantekk kalu sebelum tido, kita cuba hafal 2 3 ayat al-Quran ke.. lama2 bleh jadi al-Hafiz dan al-Hafizah walaupun menghafal dalam bilik je.. jangan jadi al-Tido dah le..

Sebelum Ustaz Love mengakhiri entry tido ini, Ustaz Love nak kongsikan satu lagi tips yg Ustaz Love dapat daripada seorang pensyarah kimia kat ILP… beliau kata, kalau nak mudah menghafal, ikut petua ni..

“U write what u read… and u read what u write.. and u write again what u read.. and u read again what u write”…

Sekian πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
    1. kalau rancangan ok mcm mari mengaji ke, tanyalah ustaz ke.. insyaAllah, tertido masa tu pun ok.. Ustaz Love dulu selalu tertido masa tengok tilawah al-Quran.. sampai termimpi2 jd peserta tilawah.. hehe πŸ˜€

    1. sbb itu la kita dianjurkan untuk muhasabah diri dan memaafkan org lain sebelum tido.. agar bangun je dari tido, otak kita secara automatis dah dapat terima yg kita dah maafkan org lain serta muhasabah yg kita lakukan semalam.. bangun pagi tanpa dendam, marah2 dan sentiasa ceriang πŸ˜‰

  1. salam ustazlove.

    sihat n ceria hari nie?
    sy setuju ,dan diakui berkesan….(setuju saje..hihi)
    waktu terbaik untk menghafal adalah time2 nak tido..itulah yg sy lakukan…menghafal ayat2 AL-QURAN….alhamdulilah..D))

    w salam,

    1. salam ateh..

      hari ni alhamdulillah, sihat dan ceriang..

      nak menghafal lagu pun bleh sebelum tido.. biasa Ustaz Love amalkan masa jaman sekolah dulu.. sampai sekarang masih ingat lirik2 lagu rock kapak.. hehe.. ini sekadar untuk makluman, bukan ajaran.. sila jangan amalkan okeh πŸ˜€

    1. 3x kira ok la tu.. masa sekolah dulu, cikgu Sejarah suh baca buku teks sejarah sampai khatam 10x.. Ustaz Love sempat khatam 5x je.. alhamdulillah, dapat gak A πŸ˜€

    1. salam kakyon..

      bagus2.. ilmu yg bermanfaat (amal yg tak terputus walaupun dah mati) adalah ilmu yg disampai2kan πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme