I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kacang Lupakan Kulit

Salam…

Sambil layan cerita tamil ni (tgh scene menyanyi), Ustaz Love terasa nak buat entry plak… Tajuk ni dah jadi umum.. semua orang memahaminya.. tak kira apa bangsanya.. hatta David Teo pun kedengarannya selalu mengungkapkan peribahasa “seperti kacang lupakan kulit ni”.. walaupun Ustaz Love sendiri tak pernah dengar peribahasa “ular berak”.. πŸ˜€

Perlukah kacang mengingati kulit? Kalau nak kaji asal usul peribahasa ni mungkin payah sket.. Sbb zaman ianya dikeluarkan daripada mulut org2 tua, kita pun belum wujud lagi.. Zaman sekarang ni, kadang2 kulit kacang pun jarang kita nampak.. sbb biasa beli kacang tanpa kulit / kacang botak..

Ustaz Love cuma nak sentuh pengajaran daripada peribahasa ini sahaja..

Ustaz Love takde gambar kacang.. Ada gambar kucing je.. kira boleh la.. ejaan pun lebih kurang je πŸ˜€

Suatu masa dulu, bila sang kacang masih lagi muda dan tak dapat berdikari sendiri, maka beliau mengharapkan sang kulit melindunginya daripada bahaya dan serangan makhluk perosak.. kulitnya itu melindunginya daripada hujan dan panas (panas tu tak sangat la kot.. sbb kacang ni duduk bawah tanah).. Hinggalah sampai masanya kacang itu dituai… dibersihkan dan dijual..

Kacang rebus direbus sekali dgn kulit2nya.. sbb kalau rebus isinya saja, maka isinya akan hancur sbb tak tahan kepanasan.. lagipun kalau rebus isinya saja, jadi tak sedap.. kena rebus sekali dgn kulit2…

Tapi bila dah boleh dimakan, isinya dimasukkan ke dalam mulut.. sedangkan kulitnya dibuang bersepah tanpa perasaan.. di manakah nilai kemanusiaan? Tak kesian ke kat kulit tu?

Walaupun kita menganggap kulit dah takde gunanya lagi, sekurang2nya jangan la buang merata2.. hargailah ia walaupun sekadar membuangnya ke dalam tong sampah.. kerana suatu masa dulu, kulitnya itulah yg melindungi dan menjadikan isinya baik dan sedap dimakan..

Kalau ada orang pernah berbudi kepada kita, janganlah sesekali dilupakan sekiranya kita telah stabil dan hidup senang.. kerana semasa susah, mereka pernah memberikan sedikit jasa kepada kita.. biarpun tak banyak dan tak berbaloi, sekurang2nya masih lagi ada jasa dan budi mereka pada kita..

Jangan bila dah senang, budi org kita lupakan.. malah kita balas dgn cacian dan penghinaan.. lebih teruk daripada kacang dan kucing… Sbb peribasa Melayu pun ada menyatakan “Hutang emas boleh dibayar.. Hutang budi dibawa mati”..

Sebab hidup ini tak selalunya indah.. Langit juga tak selalu cerah.. Seperti air laut yang ada pasang surutnya, begitulah juga kehidupan kita… Ada naik dan turunnya… Masa kita tengah naik, jangan berlagak sangat.. Sbb nanti bila kita jatuh, siapa yang nak tolong sambut? Kalau org tak tolong gelak pun dah nasib baik πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
  1. pedihnya…
    terkenang kadang2 tuh saya jadik kacang…
    tapi, saya tak pernah buang kulitnya merata2…
    saya buang dalam tong sampah. ^_^

    1. ada masa kita jadi kacang.. ada masa kita jadi kulit.. pandai2 la kita sesuaikan diri dgn keadaan kita masa tu πŸ˜‰

  2. cite asal usul kacang tu sama la mcm arwah nenek sy cite kan kat sy ms kecik2 dulu….

    insyallah moga sy tidak jd spesis kacang versi cite ustad ni…ngeeeee

    1. Arwah nenek Ustaz Love dulu, tak cerita pasal kacang ni.. beliau selalu cerita pasal kucing πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme