Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Jawab FT – Kemesraan JAKIM – Syiah

Salam…

Dalam Ustaz Love berjalan2 tadi, Ustaz Love terjumpa beberapa blog yang meletakkan blog Dr. Faisal Tehrani (FT – bukan Faizal Tahir okeh)… Sebelum ni, Ustaz Love langsung tak tertarik nak masuk ke blog FT… walaupun penulisan sastera beliau pernah menjadi pujaan Ustaz Love suatu ketika dahulu.. Namun, apabila karyanya sedikit demi sedikit mula memasukkan doktrin syiah, maka Ustaz Love memutuskan untuk tidak lagi menyokong beliau (dgn membaca karya atau membeli novel2nya)..

ini gambar batu Karbala yg digunakan untuk sujud oleh pengikut Syiah.. Ustaz Love amik kat sini : http://takmirpenang.blogspot.com

Dengan artikel bertajuk : WikiLeaks: Kemesraan JAKIM & Syiah, Ustaz Love terasa tergaru2 hati untuk singgah ke blog beliau dan membaca apa isi kandungannya.. Sbb bagi Ustaz Love, agak mustahil JAKIM menjalinkan kerjasama dengan Syiah sedangkan JAKIM sendiri melalui Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan bahawa ajaran Syiah adalah termasuk dalam senarai ajaran sesat yang diharamkan di Malaysia..

Rupa2nya, ia merupakan kursus khas pegawai JAKIM ke Kota London… bukanlah pegawai JAKIM terbang ke London semata2 untuk menjalinkan kerjasama mahupun kemesraan dengan pergerakan Syiah di sana.. Ini antara kekeliruan biasa yang sering ditimbulkan oleh golongan Syiah ini.. bagi sesiapa yg menerima bulat2 info daripada mereka, nescaya akan terkeliru dgn dakyah spt ini..

Dalam blog beliau, beliau menyatakan spt berikut :

Soalan saya yang betul-betul jujur dan tulus, sekarang juga beritahulah kepada pengikut Hauzah ar Ridha di Gombak mengapa sampai jauh sekali kalian mencari orang Syiah di London untuk berdialog dan bermesra? Tidakkah Hujjatul Islam Kamil Zuhairi ketika mengadu nasib mereka kepada SUHAKAM 27 Disember 2010 lalu memberitahukan bahawa ‘kami adalah penganut Syiah asal’. Mengapakah Syiah di London lebih manusia? Beritahulah kepada anak-anak kecil di Gombak, mengapa Syiah di tadika Sadiq dan Zahra tidak sesat?

Nampak tak apa yg beliau cuba nak sampaikan? Beliau bukan setakat mengelirukan fakta (tujuan asal pemergian pegawai JAKIM ke London), malah beliau boleh plak bertanyakan perkara itu secara sinikal kononnya berbaik dgn Syiah luar negara, tapi dgn Syiah dalam negara, dianaktirikan (sila google kes penangkapan Syiah di Gombak)… beliau sendiri terkeliru dengan fungsi JAKIM dan Jabatan Agama dengan mengambil pendekatan ‘pukul rata’ demi memenuhi emosi beliau…

JAKIM bukanlah spt jabatan agama negeri.. kerana JAKIM hanya bertindak sebagai penyelaras peringkat pusat kepada aktiviti2 Jabatan Agama Negeri… dan Jabatan Agama Negeri (JAIN) adalah bertindak sebagai badan bertindak / penguatkuasa kepada peraturan yang ditetapkan oleh JAKIM.. itu pun bergantung pada JAIN itu sendiri.. ada antaranya yg tidak mewartakan fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM…

Jadi, JAKIM tidak mempunyai kuasa bertindak menguatkuasakan peraturan agama di negeri.. ianya merupakan tanggungjawab JAIN…

Sebab itu, penangkapan puak Syiah di Gombak dilakukan oleh JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor).. dan bukannya JAKIM.. JAKIM dalam hal ini cuma memainkan peranan mewartakan ajaran Syiah sebagai ajaran sesat.. dan sememangnya Syiah itu sesat, walaupun pelbagai kenyataan dikeluarkan untuk mempertahankan akidah mereka.. spt kononnya mereka beramal dgn Fiqh Ja’fari, mereka beramal dgn amalan ahlil bayt dsb… bukan soal Fiqh yg menjadikan mereka sesat, sebaliknya persoalan akidah.. Kalau nak cerita kat sini, boleh pingsan 2 3 kali dulu baru habis…

Maka, demi meraih simpati, mereka mengatakan kenapa ditangkap? Kenapa tak diadakan dialog (malah kenyataan ini juga nampaknya disokong oleh seorg bekas mufti)? Kenapa dan kenapa? (cewahhh)

Untuk makluman, pergerakan Syiah di Gombak itu bukanlah baru hari ni diorg tubuhkan, hari ni gak kena tangkap… Ambil masa dah bertahun2.. Ustaz Love ingat, masa zaman Ustaz Love belajar lagi dah timbul isu Syiah di Gombak ni… kenapa bertahun2 dulu, mereka tak minta nak adakan dialog? Kenapa lepas kena tangkap baru nak ajak berdialog?

Kalau nak kira soal simpati, Ustaz Love lebih bersimpati dengan nasib pergerakan al-Arqam… tapi, kalau dah jelas ianya sesat, maka kena tunjukkan simpati itu lebih kepada agama, berbanding rasa simpati atas dasar kemanusiaan.

Jadi, Ustaz Love menyeru kepada mana2 blogger yg membaca entry ini.. Jika anda ada meletakkan blog FT dalam bloglist anda, sila la keluarkan.. kerana ditakuti, kita bakal menjadi penyumbang kepada tersebarnya dakyah Syiah melalui penulisan FT… walaupun beliau menggunakan tag “Saya tidak bermazhab Syiah, tetapi saya mencintai Husain!”, tetapi itu adalah kenyataan HAMKA yg bermazhab Ahlus Sunnah (Sunni)… memang Ahlus Sunnah mencintai Ahlul Bayt, tetapi tidak spt mana kecintaan yg didakwa oleh puak Syiah yg melampau…

Maaf sekiranya ada kekasaran dan ada yg tersinggung dengan artikel ni… Tanggungjawab Ustaz Love hanyalah menyampaikan..

WA

Soalan saya yang betul-betul jujur dan tulus, sekarang juga beritahulah kepada pengikut Hauzah ar Ridha di Gombak mengapa sampai jauh sekali kalian mencari orang Syiah di London untuk berdialog dan bermesra? Tidakkah Hujjatul Islam Kamil Zuhairi ketika mengadu nasib mereka kepada SUHAKAM 27 Disember 2010 lalu memberitahukan bahawa ‘kami adalah penganut Syiah asal’. Mengapakah Syiah di London lebih manusia? Beritahulah kepada anak-anak kecil di Gombak, mengapa Syiah di tadika Sadiq dan Zahra tidak sesat?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Comments

Add a Comment
    1. Ustaz Love pun terkejut gak.. nasib baik la Ustaz Love penulis entry ni.. jadi takde la terkejut sangat.. hehe :D

  1. ramai student2 IPT yg kagum sangat dengan FT nih.
    mungkin mereka tenggelam dengan bombastik dan sarkastiknya FT, tanpa disedari mereka menjadi plastik.

  2. Assalamualaikum ustaz..
    time saya study slalu gak dengar sal syiah…
    tapi amalan nya dah terang agak meragukan..
    menyeksa diri sendiri.. hurmm… sepatutnya student ipt lagi dapat beza perkara nie..

    1. Waalaikumussalam hunny..

      Bila doktrin sebegini dah meresap, maka taksub itu akan menyebabkan mata hati menjadi buta.. sama spt kes al-Arqam, al-Maunah, Ajaran Ayah Pin dan pelbagai ajaran sesat yg lain…

      Dkt Vietnam ada satu pokok.. yg kulitnya dah tertanggal… pokok tu tempat komunis menghentak kepala bayi2 untuk membunuh mereka.. nampak mcm kejam, tapi itulah akibat bila doktrin komunis dah mendarah daging..

      Para pelajar kena menggunakan akal yg berpandu kepada al-Quran dan Sunnah untuk menilai sesuatu perkara itu baik atau buruk ;)

  3. Wah..terkejutnya.. bukan sebab Faizal Tahir atau Syiah.. Tapi sbb Faisal Tehrani.. Selama ni pernah sekali je membaca blog beliau.. Selepas Ustaz letak entry ni, dgn segera surf pasal dia..

    Err.. sbb tu lah manusia ni kena ada ilmu yg dtg dari pengamatan sendiri gak, tak boleh disuap2 saja.. Sbb mmg ada org2 tertentu yg dikurniakan anugerah dlm ‘pengaruh’.

    Mcm entry Ustaz juga.. Stlh Ustaz wat entry ni, pembaca kena la rajin gak wat research bg menguatkan pendirian sendiri utk percaya..

    Apepun, thanx sangat2 Ustaz.. Seyesly scary dn kehebatan ‘pengaruh’.. :)

  4. Salam,
    saya tiada masalah dengan fatwa JAKIM mengatakan Syiah sesat. Nak fatwakan kafir pun boleh juga. tapi dalam negara ini orang syiah adalah tax payer. jadi mereka mesti dapat hak sebagai warga negara. kalau kafir layan mereka kafir. kalau islam layan mereka sebagai islam.
    Wassalam.

    1. Salam Dr. Faisal..

      Terima kasih kerana sudi komen.. InsyaAllah, Ustaz Love akan jawab dalam entry nnt… ;)

  5. Salam,
    1. Jangan salah faham. Saya tahu di Malaysia, JAKIM dan semua pihak berkuasa agama dah fatwakan Syiah sesat.

    2. Yang saya tak faham, kenapa makan minum, gelak ketawa, tepuk tampar, dan paling utama dialog wacana dengan Syiah di London dikira okay dan positif TETAPI tidak boleh melakukan yang sama di Malaysia. Al Khoei Foundation dan Khoja Shia pun nak tahu perkara yang sama. ‘Seseorang’ dari London yang hantar gambar2 ini dan bongkar perkara ini. Seperti dia juga, saya pun nak tahu.

    3. Kalau al Khoei di samakan sebagai melawat sinagog dan gereja, saya juga nak tahu apa hukum makan minum sampai kenyang di al Khoei, solat di masjid mereka, bergelak ketawa dengan anak-anak mereka. Adakah semasa melawat sinagog dan gereja di London untuk tujuan perbandingan agama itu mereka juga makan minum sampai kenyang, tumpang solat dan bergelak ketawa dengan penganut agama yahudi dan kristian?

    4. Memang penguatkuasa JAIS 9 Muharram lalu berbeza dengan ahli2 rombongan ke ‘sinagog al Khoei’ (sinagog al Khoei jamu makan dan ahli rombongan makan sampai kenyang) ini.AKAN TETAPI mereka dalam area yang sama, bidang yang sama, jawatan hampir sama; mengapa kejadian 9 Muharam lalu mereka tidak betulkan keadaan. Paling tidak keluar kenyataan ‘tak betul kenyataan khusrin jais yang syiah halalkan darah sunni, kami pernah pergi london makan minum dengan orang syiah dan solat di masjid mereka tapi tak timbul kena tumpah darah pun’. jadi saya nak tanya kenapa mereka tidak melakukan seumpama itu?

    5. saya tahu syiah difatwakan sesat di Malaysia. yang saya nak tahu apa hasil ‘perbandingan agama’ dnegan syiah london itu. kalau syiah ‘satu agama’ dan masjid al khoei sikit lebih kurang macam sinagog kenapa semasa di london tak cakap begitu? sebab orang al khoei di london kata mereka tak cakap macam tu pun. malah mereka puji syiah dan lain-lain. kerana itu saya nak tahu, dan saya rasa ramai lagi yang nak tahu; kenapa di london kalian cakap lain, di kuala lumpur cakap lain. ini bukan sifat orang Islam dan bukan sifat orang Melayu yang mengenang budi bahasa.

    6. kenapa dengan syiah di london, pegawai berkuasa agama kita boleh ‘bersatu’ malah ‘makan minum makanan’ mereka. tetapi di sini mereka difitnah dan diugut (sampai sekarang berlaku).

    7. menurut orang yang mengemel saya, di tadika al khoei itu guru dan muridnya separuh adalah sunni, separuh lagi syiah. saya nak tanya soalan lain kepada jakim kenapa ini boleh diterima di london sedangkan di kuala lumpur tak boleh?

    8. Saya nak tahu kenapa UK negara bukan Islam boleh melindungi minoritinya kita tak boleh? Orang syiah di Malaysia pun tax payer juga, kenapa mereka tak dapat hak beramal macam sunni?

    9. banyak lagi soalan dalam kepala saya bila saya diemel gambar2 ini. orang yang hantar gambar2 ini juga tanya soalan yang sama. saya lihat pun saya penuh teka-teki. saya cari sumbernya dan saya pautkan pada entri. untuk makluman pihak al Khoei sangat kecewa dan marah oleh penindasan terhadap orang syiah di malaysia. ketika pegawai-pegawai agama ini hadir ke tempat mereka iaitu di al khoei, pegawai-pegawai agama ini tak beritahu pun yang syiah di malaysia sesat dan anak haram!

    10. jadi apakah ertinya semua ini?

    1. Salam Dr. Faisal..

      InsyaAllah, Ustaz Love akan cuba menjawab satu persatu persoalan yg dikemukakan oleh Dr. Faisal dalam entry lain ;)

    2. saya terkilan dgn FT yg berhujah dgn org Syiah di Malaysia pun tax payer juga, oleh itu mereka perlu diberi hak beramal spt sunni.

      Munasabahkah soal akidah boleh disetarafkan dgn perkara-perkara duniawi semudah itu sahaja….sangat dikesalkan dgn mentaliti demikian sdgkan beliau seorg yg berpendidikan, tetapi menilai sesuatu perkara dgn perbandingan konteks yg salah.

      Penganut agama lain memperoleh kebebasan beramal kerana terang-terang mereka BUKAN Islam. Ahlussunnah tidak pernah diajar mengkafirkan org sesuka hati. Oleh itu jgn memprovoke sunni supaya mengatakan Syiah Kafir.

      Sesat di hutan, tetap ada jalan keluar. Begitu juga Syiah. Selagi nyawa belum di hujung kerongkong, pintu taubat masih terbuka. Takkan kita nak biarkan saudara kita yg buta terjatuh dlm gaung kebinasaan. Kerana mereka masih Islam, maka sebab itu FT tak boleh samakan layanan kpd penganut agama lain dgn pengikut Syiah. Kerana itu juga kita masih mengatakan mereka pengikut Syiah BUKAN penganut Syiah!

      1. golongan syiah memang selalu mengutamakan akal berbanding dalil.. sbb tu dia akan gunakan apa saja hujjah akal walaupun bertentangan dengan dalil.. ;)

  6. Salam Ustaz Love,
    Just nk tanya, batu Karbala tu ke punca wujud tanda sujud di dahi? Sorry off topic skit tapi sy selalu rasa pelik, kenapa ramai org mcm sengaja je buat tanda sujud agar org kata dia rajin solat/beribadat? Bukan ke tu riak namanya?

    1. Salam Hanim..

      Kalau Ustaz Love nak jawab, agak panjang… jadi Ustaz Love akan buatkan entry, insyaAllah.. boleh kita kongsi ramai2 ;)

    1. terima kasih ibnuhasan atas perkongsian maklumat.. Ustaz Love yakin, Dr. Faisal Tehrani telahpun menelitinya sebelum ini ;)

  7. ustaz,background color(merah bata)blog ni sgt menyeksa mata saya..x boleh nak baca so nak bg komen pon terus lupa sbb jd pening.harap dpt ditukar kpd yg lebih nyaman..anyway,thanks 4 the info.

    1. rasanya itu blom habis loading lagi.. sbb background utk teks adalah berwarna putih suci murni :D

Leave a Reply

Your email address will not be published.


two × = 18

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site