I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ikan Dalam Air vs Burung Dalam Sangkar

Salam..

Ustaz Love tengah bercuti lama… 2 minggu.. bukan la cuti rehat 2 minggu.. tapi campur2 dgn cuti Hari Wilayah dan Chinese New Year, maka dapat la cuti direct 2 minggu… Dah lama rasanya Ustaz Love tak bercuti panjang ni.. Sebelum ni, cuti pun macam tak cuti je.. Bila dah tambah pegawai baru, maka ada la back up kalau bercuti.. Makanya, cuti kali ni memang betul2 cuti.. berapa kali cuti daaa..

Dalam masa 2 minggu ni Ustaz Love cuba untuk menyelesaikan beberapa masalah peribadi.. Kalau tak cuti, takut terganggu plak kerja..

Jadi, banyak la masa untuk Ustaz Love kemas2 sket file2 dalam laptop yg bersepah2 ni.. Lalu, terjumpa la gambar ikan kap ini.. tak ingat plak masa bila Ustaz Love amik..

Merenung ikan dalam air, terasa nyaman je hati.. Tiba2 Ustaz Love teringat satu cerita…

Masa ada satu kursus tu, member Ustaz Love ditugaskan untuk menyampaikan tazkirah kepada Ustaz2 yg sama2 berkursus.. Oleh kerana beliau tak pandai nak ceramah (apatah lagi depan Ustaz2 yg tinggi2 ilmunya.. Ustaz Love tak termasuk dlm golongan ni okeh).. Lalu beliau pun menyampaikan tazkirah tentang orang beriman dan orang munafiq..

Tapi tazkirah beliau sekejap sangat.. tak sampai 5 minit.. beliau tersangkut kat “ikan dalam air, burung dalam sangkar”.. Lepas tu terus blank.. hehe.. nervous sangat kot…

Tapi, Ustaz Love dapat tangkap apa yg beliau nak sampaikan..

Maksud beliau, orang beriman ini, apabila duduk di dalam masjid, maka keadaannya sama seperti ikan dalam air… sangat tenang.. nyaman.. damai.. tapi bila keluar je dari masjid, rasa mcm tak bleh nak hidup… sebab itu la dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa hanya orang yg beriman dgn Allah dan Hari Akhirat sahaja yang layak memakmurkan masjid2 Allah.. sbb hati2 mereka ini seumpama terikat pada masjid.. pergi ke mana pun, masjid juga la yg akan ditujunya.. Sebelum keluar bekerja, beliau akan singgah dulu di masjid.. Solat sunat Isyraq ke, Dhuha ke… balik kerja pun singgah masjid dulu… utk berzikir ke, baca al-Quran ke.. kemudian baru balik ke rumah..

Dan dalam satu hadis juga dinyatakan antara orang2 yg mendapat naungan Allah pada Hari Kiamat adalah orang yang hatinya terikat dengan masjid.. Itulah lebih kurang huraian pada ‘ikan dalam air’ itu..

Manakala ‘burung dalam sangkar’ adalah merujuk kepada orang munafiq yang berpura2 soleh dengan berada di dalam masjid.. keadaan beliau seumpama burung dalam sangkar… rasa rimas duduk dalam masjid lama2.. masuk ke masjid pun bila imam dah dekat2 nak rukuk.. sebaik saja imam bagi salam, terus beliau cabut…

Dalam solat pun, kadang2 imam baca ayat panjang sikit je daripada biasa (biasa baca surah al-Ikhlas, tapi hari tu baca surah An-Nas.. kira panjang sikit la), maka dalam solat pun hati beliau merungut2.. ada kes, siap orang hantar surat layang lagi berkenaan imam yg baca surah agak panjang..

Tapi bila berada di pejabat, tak kisah lama mana pun.. kadang2 masuk awal, balik tengah2 malam.. tak terasa pun masa berlalu.. bila duduk je dalam masjid, terasa lama betul.. nak habiskan tasbih (yg tak sampai seminit) tu pun rasa mcm sejam.. Bila keluar je daripada masjid, maka hati terasa bebas, damai dan tenteram..

Inilah yg dikatakan seperti ‘burung dalam sangkar’.. sentiasa mencari2 jalan untuk keluar daripada sangkarnya.. kita tengok burung pun kadang2 serabut.. kejap2 berkepak2.. kejap2 terbang sana sini..

Latihan untuk ‘melekatkan hati’ dengan masjid… mulakan dengan solat berjemaah 5 waktu.. kemudian naikkan sikit.. banyakkan zikir.. naikkan lagi, banyakkan baca al-Quran.. naikkan lagi dan lagi.. sampai la satu masa kita terasa tak senang hati bila dengar azan, tapi kita tak ke masjid.. bila ada kuliah ilmu, hati tergaru2 untuk sama2 duduk di dalamnya..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. saya pulak, dalam masjid asyik rasa nak tertido je.
    tak tido, kerja nak berlunjur je.
    tu nak kira macam mana plak ustaz? huhu.

    1. itu kiranya kurang tido la tu.. jangan berjaga lewat malam.. sbb qiamullail pun kena tido dulu.. bila rehat malam cukup, siang akan jadi cergas.. time qailulah (tido sebentar sebelum Zohor) pun kena cover2 gak.. jgn terlentang je dlm masjid πŸ˜€

    1. Salam Iklil..

      terima kasih kerana menyokong Ustaz Love.. doakan semoga Ustaz Love dapat istiqamah πŸ˜‰

  2. entry ustaz sentiasa penih dgn mesej
    teringat kat arwah ayah me–dia sgt2 attached dgn masjid–masa dia sakit pun dia sanggup gaghkan diri pegi masjid, sampailah dia koma πŸ™

    1. terima kasih mama..

      arwah ayah Ustaz Love pun sama gak.. walaupun stroke sebelah badan, beliau tetap solat berjemaah.. duduk atas kerusi.. tiap pagi lepas Subuh, beliau akan mengaji.. lepas maghrib pun sama.. lepas Isyak je beliau layan cerita P. Ramlee.. πŸ˜€

  3. Best entry ni. Melekat n berkesan di hati. Tapi kaum Hawa tak digalakkan ke masjid kan. Jadi, kaum Hawa tak dimaksudkan dlm hadis tersebutkan (orang2 yg mendapat naungan Allah pada Hari Kiamat adalah orang yang hatinya terikat dengan masjid)?

    1. sebenarnya ada 7 golongan yg dinyatakan dalam hadis :

      Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah..” (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

      Pilihlah nak jadi golongan yg mana πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme