Salam…
Entry ni sebenarnya takde kaitan dengan orang2 sekeliling mahupun member2 Ustaz Love.. tapi tepat menuju ke batang hidung mancung Ustaz Love ini.. sangat tersentak (bukan tersentap okeh).. bila ada seseorang yg menamakan dirinya Guest, menegur Ustaz Love di shoutbox :
“askum ustaz,banner nuffnang tuh promote valentine day la kat blog ustaz, better ustad disablekan wat sementara nih“
Pertamanya, Ustaz Love mengucapkan terima kasih kepada beliau walaupun beliau menggunakan identiti Guest (lebih kurang anon kat comment) dan bagi salam dgn askum (nnt Ustaz Love nak buatkan entry ni)… Kalau beliau letakkan identiti, boleh Ustaz Love bagi kredit kat beliau (kredit kat beliau, bukan kredit kad beliau.. bunyi sama, ejaan lain)
Keduanya, Ustaz Love sambil mengurut2 janggut ini memikirkan.. kenapa Ustaz Love tak perasan benda ni selama ini? Kadang2 benda2 remeh Ustaz Love boleh nampak dan jadikan modal entry, sedangkan benda yg dah depan mata ini Ustaz Love tak nampak.. selalu gak Ustaz Love kalau nak tengok income heartbeat, Ustaz Love akan gi kat blog yg pasang banner tu.. pastu baru login ke akaun heartbeat Ustaz Love.. tapi tak perasan gak benda yg Ustaz Love klik tu.. Ini membuktikan bahawa Ustaz Love pun manusia biasa.. ada masa terlupa.. ada masa tersilap..
Sehubungan dengan itu, Ustaz Love telah membuat beberapa tindakan susulan.. Ustaz Love telah e-mail cadangan kepada tokey heartbeat supaya beliau menyediakan alternatif iklan yg lain.. yg takde kaitan dgn valentine’s day.. dan Ustaz Love dah buang iklan heartbeat sementara menunggu tindakan beliau.. dan seterusnya Ustaz Love menyeru kepada semua warga blogger yg ada memasang iklan heartbeat agar menghantar e-mail cadangan sama beramai2… biar penuh inbox tokey tu.. dan deactivate dulu iklan sementara menunggu perubahan..
Ada apa dengan Valentine’s Day? Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa hukum meraikan Valentine’s Day adalah haram kerana ianya bukan daripada ajaran agama Islam dan sebenarnya berasal daripada ajaran Kristian.. maka itu, sebarang promosi untuknya hendaklah dihentikan..
WA





![Validate my RSS feed [Valid RSS]](http://ustazlove.com/blog/wp-content/uploads/2012/04/valid-rss-rogers.png)
32D
30/01/2011 at 11:41 am
baru semalam pasang HB tuh
dah remove.
ha’ah kann…time kasih laa kepada guest tersebut.
Ustaz Love
30/01/2011 at 1:18 pm
betul tu.. hidup ni kena ada tolong menolong.. mana yg betul, sama2 kita sokong.. mana yg tak betul, sama2 kita tak sokong
Zefa NorAsmara
30/01/2011 at 12:05 pm
Terima kasih ust atas peringatan ini.. sekejap lg sy akan ‘sorok’ iklan tu..
Ustaz Love
30/01/2011 at 1:20 pm
terima kasih Zefa.. harapnya, bila ramai yg sorok iklan ni, maka mempercepatkan tindakan pihak heartbeat untuk bagi iklan yg lebih sesuai
MDHAFiZ.NET
30/01/2011 at 12:20 pm
Islam dahulunya kuat hingga menguasai 3/4 dunia.. Islam dulunya kuar hingga bisa menukar gereja menjadi masjid.. kerana apa?? kerana Islam dahulunya Islam yg benar2 mengambil Islam sebagai cara hidupnya..dan bukan agama semata2..Islam itu indah..dr tertidur kita hingga di saat kita terbangun..
“Kerana Hari Valentine lah juga Kerajaan Islam di Andalusia runtuh kesemuanya.. hanya kerana Hari Valentine.. justeru itu apa harus kita semua merai keruntuhan Kerajaan Islam kita?? ” renungkan…
Salam Ukhwah dr saya..
Ustaz Love
30/01/2011 at 1:21 pm
terima kasih mdhafiz atas komen yg bermanfaat
Mama Zharfan
30/01/2011 at 1:54 pm
jap lg me antar email kat HB yer
Ustaz Love
30/01/2011 at 2:47 pm
ok.. makasih ya mama
nuriz
30/01/2011 at 1:57 pm
boleh la bagi cadangan kat nuffnang pasal ni plak.
Ustaz Love
30/01/2011 at 2:42 pm
setakat ni Ustaz Love belum nampak lagi iklan Valentine’s Day keluar kat blog..
qistynacorner
30/01/2011 at 2:16 pm
salam ustaz….
mintak ijin nak backlink n3 ni yer…. tk
Ustaz Love
30/01/2011 at 2:45 pm
salam qistyna.. silahkan2… kerna blog Ustaz Love ini tiada copyright.. nggak perlu diminta ijinnya
kakngah
30/01/2011 at 2:30 pm
belum terpanggil joint HB lg. tak tau nape.. padahal dh ada blogger yg membuktikan pendptn HB diorg melebihi rm100 dlm masa yg singkat…
Ustaz Love
30/01/2011 at 2:44 pm
memang betul.. kalau nak ikutkan produk HB ni pun best2.. cuma gitu la.. bisnes ikut tema.. mcm shopping complex gak.. hujung tahun penuh dgn santa claus.. time nak raya, santa claus tu gak yg pakai baju melayu.. hehe
assoyfinger67
30/01/2011 at 5:19 pm
Salam..iklan Nuffnang yang merah tu pun…restoren (no pork) tapi nyata bukan islam punya…aku tak buang pun tapi takderlah peduli sangat fasal aku punya trafik amat2 poor..:)
Ustaz Love
30/01/2011 at 6:01 pm
Salam bro assoy..
takde masalah nak promo iklan syarikat / restoran bukan Islam.. yg jd masalahnya adalah iklan tu sendiri, kalau mengandungi perkara2 yg dilarang spt arak, sambutan Hari Kekasih dsb
assoyfinger67
30/01/2011 at 9:02 pm
T/kasih…baru benar2 faham..:)
Ustaz Love
30/01/2011 at 9:53 pm
sama2 bro assoy
Mama Zharfan
30/01/2011 at 9:23 pm
me dh email HB and me dh fwd email tu kat Ustaz Love gak
and me dh buat entry psl ni, me link kat entry ustaz love ni gak
http://suzie284.blogspot.com/2011/01/panas-regret-open-letter-to-heartbeatmy.html
Ustaz Love
30/01/2011 at 9:58 pm
terima kasih mama.. harap2, usaha kita berjaya
Myra Jay
30/01/2011 at 9:57 pm
Assalam Ustaz.. tima kasih atas info ustaz yg menyedarkan tentang perkara nie..
Myra nak kongsi artikel nie kat blog.. boleh kan?
Ustaz Love
30/01/2011 at 10:09 pm
As Salam Myra..
Boleh.. takde masalah.. kongsikan je, tak perlu bagitahu.. Sbb blog Ustaz Love takde copyright
iqa
30/01/2011 at 10:47 pm
salam ustaz,
thanks sbb info ni. tak penah pulak terfikir.
btw, sy ade buat entri pasal buang dulu untuk sementara ilan ni dekat blog.
http://puterizyan.blogspot.com/2011/01/panas-jangan-pasang-iklan-heartbeat.html
Ustaz Love
30/01/2011 at 11:06 pm
salam iqa..
terima kasih atas perkongsian
miza yusof
30/01/2011 at 10:54 pm
terima kasih atas perkongsian artikel. sangat berguna untuk kita semua. miza pun nak remove buat sementara.
Ustaz Love
30/01/2011 at 11:05 pm
terima kasih juga kepada miza kerana menyahut seruan ni.. cuma Ustaz Love nak tambah.. iklan yg bermasalah tu adalah iklan banner je, sbb ada promo utk Valentine’s Day.. kalu iklan teks, boleh letak.. sbb kita bleh adjust teks tu dan letak link ke akaun kita
anje
30/01/2011 at 11:18 pm
saya pun dah remove banner tu…sama2 kita betulkan keadaan
Ustaz Love
31/01/2011 at 12:16 am
terima kasih anje.. sama2 la kita sebar2kan
cikpuanhady
30/01/2011 at 11:22 pm
as salam..saya ada kopipes entri ustaz ini..terima kasih kerana sudi berkongsi..
Ustaz Love
31/01/2011 at 12:17 am
As salam puan hady..
terima kasih kerana sudi sebar2kan
kakyong
31/01/2011 at 9:10 am
bagus juga saling ingat mengingati..
Ustaz Love
31/01/2011 at 11:47 am
ingat mengingati ni salah satu bahagian daripada bertolong2an atas kebajikan dan ketaqwaan (ta’aawanuu ‘alal birri wat taqwa)
MamaYatie
31/01/2011 at 9:52 am
dah remove ustaz..time kasih kat org tu ek!
Ustaz Love
31/01/2011 at 11:47 am
terima kasih kepada Mama dan Guest itu juga
hasrulhassan
09/04/2011 at 3:52 am
Salam.
Erkk nak tanya .. peribahasa tu memang begitu atau sepatutnya ..
“Kuman di seberang boleh nampak, Gajah di depan mata tak nampak”
Maaf jika silap.
Ustaz Love
09/04/2011 at 2:09 pm
Salam..
Peribahasa Ustaz Love memang suka terbalik2.. hehe