I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Cerita Tidur

Salam…

Ustaz Love nak menyambung sikit je pasal entry semalam.. Rasa macam tak lengkap plak.. Maklum la, Ustaz Love ni bukan jenis ingat masa tu jugak.. sbb tu kadang2, perbualan yg baru je berlaku, Ustaz Love tak pandai nak cerita sangat.. cerita sikit je.. pastu esok, ingat sikit lagi.. lusa ingat sikit lagi…

Sebab benda ni agak penting, maka Ustaz Love buatkan entry.. walaupun sebenarnya boleh je Ustaz Love tulis kat komen…

Entry sebelum ni Ustaz Love bagitau tentang kaedah menghafal sebelum tido.. dan ada selit sikit pasal amalan tido depan TV… Tapi Ustaz Love terlupa nak bagi alternatifnya.. Contoh la kan.. kalau seorang yg dah berdenyut2 sangat nak kawin, tapi masih belum mampu, maka takkan dibiarkan mcm tu je kan.. Sbb tu Nabi s.a.w. bagi alternatif supaya pemuda atau pemudi tu berpuasa.. kerana dgn berpuasa, ianya dapat mengawal nafsu..

Jadi, kalau tak nak menghafal sebelum tido, atau tak bleh tengok TV sampai tertido depan TV.. apa alternatifnya? Bagi kanak2, digalakkan untuk membacakan buku cerita.. kisah snow white? snowball? dragon ball? bukan3x… itu kisah khayalan dan dongengan.. tak membantu pemikiran anak2.. lebih menyebabkan mereka banyak berkhayal…

Tapi, bacakan la buku2 kisah Nabi ke, perjuangan sahabat ke…

Ustaz Love teringat satu kisah yg diceritakan sendiri oleh seorang bapa… waktu tu Ustaz Love duduk skali dlm program diorg (tabligh).. Bapanya bagitau, cikgu kat sekolah anaknya (sekolah antarabangsa) call suh datang ke sekolah.. ingatkan anaknya ada buat kes ke, ragging budak ke, isap ganja ke… tapi tak mungkin la.. sbb anak dia baru 4 tahun laa..

Rupa2nya, cikgu tu (minah salleh) bagitau peristiwa dalam kelas pagi tu.. bila ditanya kepada murid2 bila besar nanti nak jadi apa.. ada yg nak jadi cikgu, nak jadi engineer, nak jadi superman… ada yg nak jadi batman (zaman tu cicakman belum wujud).. bila cikgu tu bertanya pada anaknya, maka anaknya pun bagitau nak jadi SAHABAT.. Cikgu tu pun pelik dan bertanya.. sahabat tu apa? Budak tu bagitau, itu kena tanya bapak dia..

Sebab tu cikgu tu panggil bapak dia nak tanya tentang sahabat (yg anak dia bercita2 nak jadi tu).. lalu bapak tu bercerita siapa sahabat (sahabat Nabi s.a.w.), akhlak mereka, keimanan mereka, kecintaan mereka kepada Nabi s.a.w. dsb.. sehingga cikgu tu menjadi ghairah (bukan ghairah nafsu serakah tu tau) lalu menjerit.. Kalau mcm tu, dia pun nak jadi sahabat!!

Semuanya berpunca daripada bapak budak tu yg setiap hari sebelum tido, akan menceritakan / membacakan kisah2 sahabat Nabi s.a.w. sehingga kisah itu sebati dalam dirinya.. dan menjadi asbab pula kepada org lain untuk mendapat hidayah…

Biarlah anak terlena walaupun kisah yg diceritakan itu belum habis.. kerana esok masih ada… ibarat titisan air yg menitis di atas batu.. pasti akan memberi kesan suatu hari nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
  1. ya ustaz…sungguh terkesan nasihat ini…sebab masa dulu tak pernah diajar tuk membaca cerita kepada kanak2..akan cuba mengapply kan tuk anak2…insyaAllah…thanks

  2. salam ustaz..
    lama jge tak singgah komen2 kt entry ustaz..
    pertama sekali tahniah sbb dah berpindah ke domain yg baru.. bercerita perkara2 yg baik kepada anak2 di waktu mereka masih kecil lebh baik dari membiarkan mereka leka sebelum tdo dengan segala jenis hiburan yg ada skank.. kerara, dari situ kita dapat mencorakkan personaliti mereka bila besar nanti.. Insya’Allah..

    #(mcm dah ada pengalaman lak.. hehee)
    sekadar pendapat dari pemerhatian ke atas anak2 sedara.. πŸ™‚

    1. salam haida..

      betul3x.. kadang2 tak semestinya kita bleh belajar melalui pengalaman sendiri.. melalui pengalaman org lain pun kita bleh amik iktibar πŸ˜‰

  3. salam ustaz.
    kelakar ada..terharu pun ada..n3 ustaz ni..
    sayangnya zaman akak dah trlepas nak dpt ilmu mendidik anak cam ni..
    amalan brcerita sebelum tidor biasa buat..tapi isi cerita tu bnyk kisah khayalan..hehe
    tulisan ustaz menghiburkan..yg penting ilmu yg ustaz nak sampaikan tu..betul2 memberi manfaat pada akak.

    1. salam kakyon..

      terima kasih kerana terhibur dgn Ustaz Love..

      Walaupun kita terlepas zaman2 tu, kita masih lagi boleh praktikkan pada cucu2 ke.. takpun bacakan je kat telinga suami sampai tertido.. romantis gitew πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme